Flower Dreams
Saturday, October 30, 2004

Cerita geram+misteri skit2...

Lilypie Expecting a baby Ticker

Winky Malas sungguh la kena dtg keja hari sabtu ni. Sepatutnya hari ni adalah hari bermalas2 di rumah. Takpe, kita think positif ek, tak byk hari dah nak posa pastu rayaaaaaaaaa!!!!!

PerturbedHari ni aku terlintas nak luahkan rasa hati aku ni kat sorang opismate aku ni. Rasa ni mula wujud semenjak N pindah masuk satu bilik yg sama dgn aku. Jgn pikir lain plak, bilik ni ada 10+ org ye. N ni lelaki, dah dekat 30 pun umurnya tp tak kawin lg. Bagi aku N ni seorg yg tak penah tetap pendirian. Aku pun kadang2 tak paham, hari ni mintak tlg carikan teman, bila dah introduce tak nak pulak. Tak ke bangang tu, mcm nak mainkan hati dan perasaan pompuan je. Tup-tup dengarnya dia sebenarnya dah ada kawan pun, dah tu yg peliknya buat pe suruh cari bakal isteri, bengong ke hapa??!! Tu abih la, aku dah maleh nak dengar luahan rasa N pasal hal2 peribadi lagi dah. Sbb N ni jenis yg tak dengar nasihat org, keras hati, kepala batu, pendendam...sume ada. Sekrg ni aku mmg dah maleh sgt nak layan ckp N sbb kekadang tu buat lawak bodoh tak bertempat. Suka sgt buat2 pekak, bila aku panggil kat sebelah dia tak dengar, tp bila nama org lain dipanggil cam perasan pulak org panggil nama dia....byk sgt khayal kot...Pada pandangan aku la kan, selagi dia tak kawin selagi tu la dia suka buat2 sewel. Ya Allah, percepatkanlah jodoh kawan aku yg sorang ni agar jiwa insan2 lain tidak terseksa. Lepas cuti raya kitorang dlm bilik ni kena pindah ke tingkat dua (la ni dok kat tgkt 1). Aku berdoa sgt2 agar tempat aku bukan kat sebelah dia dah. Tak thn ah aku, hari2 asyik gaduh jeBlah meluat ah!!!

Sneaky Ha kau, pueh hati. Hang mesti tau sapa yg aku maksudkan, kan Iena kan? Lepas baca ni hang buat tak tau je la ek. One more thing, bukan crita hamba Allah kat atas tu, crita lain plak. Pg tadi tgh syok2 tido tetiba aku terjaga sbb dengar budak nangis. Terus aku check on Nayli. Fuhhhh...nasib baik dia masih lena. Tgk jam dah kul 2 pg. Suara budak tu aku tak tau lelaki ka pompuan sbb dok jerit2. Aku ada la terdengar pekikan budak tu, "Mak...takut...mak ...takut..." Masa ni terus aku rasa lain dah. Teringat crita Dilla yg penuh misteri tu. Aku takleh lelap, mata dok terkebil2 tgk Nayli, mana tau kot2 spesies ber'jangkit' ka jeritan tu. Memula aku ingat anak jiran sebelah aku, tp aku terdengar bunyi derap langkah budak tu depan umah, pastu tangisan budak tu pun cam sayup2 lalu depan uma h. Tak lama lepas tu aku dengar bunyi pintu terbuka, tertutup and tangisan budak tadi terus diam. 1/2 jam jugak la budak tu dok terjerit2. Nervous 2 Aku terlintas nak jenguk kot tingkap, tp takut pun ada. Last2 dok senyap2 bwh selimut. Hubby berdengkur tak sedar satu apa pun, agaknya. Alhamdulillah, sampai aku bangun sahur kul 5 takde apa2 yg misteri melanda Nayli, tapi kepelikkan jugak sbb sapa budak tu ek? Takkan mak bapak dia kurung kat luar kot pagi2 buta tu? Ntah la...biarkan ia berlalu.








|
Shida blogged @ 1:24 PM



Thursday, October 28, 2004

Shopping baju raya.....

Lilypie Expecting a baby Ticker

TeethyToday is my 7th day of cuti posa. Hopefully sok dah buleh posa, nanti jenuh nak bayor bebanyak. Bila kira balik dah tak byk hari lagi nak posa kan? Lebih kurang 2 minggu lagi...pastu RAYA!!!! Ngalahkan bebudak plak aku ni. Kontrol Shida....kontrol. Ok, apa yg berlaku 2-3 hari lepas takde yg menarik pun. Sbb sekrg ni bebudak tgh exam. Tp sian kat my hubby la, demam+sakit urat+batuk. Hubby mmg jarang demam, tp bila dah demam tu mau 2-3 hari gak. Start hari Selasa, bila aku balik keja tgk2 dia dah berbungkus dlm toto yg tebal, dgn kipas tak bukak....masuk umah je terus rasa bhg panas. Pegang dahi dia mmg panas gile. Dia tak mkn ubat sbb puasa katanya. Aku punyalah marah, dah teruk2 camtu nak posa lagi. Terus aku suh bukak posa. Masak nasik + tomyam mkn panas2, tu pun tak mkn byk sbb tak lalu katanya, tekak perit lagi. Baru la aku ada geng tak posa...heheheh. Lepas waktu berbuka, terus siap2 ke klinik.
Pill Bottle
Kat klinik ramai gak org Q, sbb staff tak masuk lg g berbuka kot. Si Nayli pun syok la dok dlm tu, ada la kawan2 yg melayan. Dgn kasut pet-petnya, dok tepuk2 tangan la babai la. Pastu bila dah syok sgt nak lompat pulak dah. Lepas tu buleh pulak buat aksi nak lap lantai dgn tangan sambil bertinggung. Kotor la....terus aku angkat dok atas kerusi, dia meronta nak turun gak. Hubby tak ckp apa dah, dok melepek tunggu turn dia. Nasib baik tak lama. Aku hangkot budak tu tunggu dlm keta. Lepas dah amik ubat seme, kitorang pun balik. Nasib baik Dr bagi MC 2 hari. Teruk gamaknya tu...sampai 2 hari. Maka 2 hari la hubby kena ganti posa nanti.
Sick In Bed
Yesterday dah ok skit tp still sakit2 pinggang+belakang katanya. Tghari aku balik jap (lapar weh) tgk tingkap umah dah bertutup rapat. Rupa2nya ada 'projek'. Aku pun join la. Hubby mkn pun cukup syarat je, sbb nak mkn ubat. Sian tgk dia, tak bermaya je. Lepas dah konyang aku balik opis la, sbb turn jaga exam ptg tu.

Balik ptg tu, aku ajak hubby gi tgk umah. Yg kena repair tu diorang dah buat, tunggu meter je. Mkn masa jugak bab meter ni sbb kontraktor salah wiring. Kitorang dah mintak single phase je, diorang pasang three phase. TNB tak nak pasang meter sbb application utk single phase. Apa lagi, kitorang serang kontraktor tu. Siasat punya siasat rupanya salah developer sbb tak inform kontraktor tu. So kitorang buat keputusan kekalkan three phase tp kos2 tambahan tak nak bayor sbb kira cam denda diorang la. So sekrg ni dlm proses. Confirm lepas raya baru masuk umah baru. Too Happy 1

Lepas melawat umah balik jap, konon2 buka posa la. Lepas solat maghrib hubby ajak beli baju raya kat Nayli. Cam tak setuju mulanya sbb keadan hubby camtu, tp dia yg berkeras nak pi....aku pun ikut je la. Tmpt tujuan tak lain tak bukan Star Parade. Ramainya org toksah ckp la. Kat ruang legar tu diorang jual baju2 raya mcm2 kaler. Aku tak pndg sgt sbb matlamat utama ke bhg kanak2. Bhg ni pun ramai orang, mcm2 ragam. Nayli ni pun tak melepaskan peluang menjelajah kawasan. Habis semua fitting room dia masuk, dok tersengih2 tgk muka kat cermin Shopping 3 . Baru beli dua pasang (baru??) tu pun dah RM 150. Baby Kiko, mmg dok aim lama dah baju tu. Memandangkan dua2 baju tu konsep overall, nak kena carik yg skirt2 plak. Mama and abah tak berbaju raya pun takpa. Tp utk hubby aku nak belikan jugak kot, surprise la kunun. Lepas dah beli baju, gi bhg groceries kat Pacific plak. Hubby teringin nak mkn buah pulak. Takpe, baru baik demam kan mesti dok rasa pahit mulut. Beli la epal fuji + grapes. Lepas terus balik umah, sampai kul 9.15 terus bukak tv AXN ada CSI:Miami. Suka a tgk cerita2 siasat2 nih. Bukan pe, dulu aku nak jadi dr., tup2 jadik dr. komputer plak...hehehhe.....nak wat camne kan. Oklah kawan2, bila pulak nak pi shopping tak tau lagi. Tgk keadaan dulu la...So selamat berbuka hari ni ye. Mkn juadah sedap2 tu ingat2 la kat aku nih....heheheh
Yo






|
Shida blogged @ 9:54 AM



Monday, October 25, 2004

Juadah berbuka....? Berbuka di mana..?

Lilypie Expecting a baby Ticker
I Dunno Hari ni nak mkn apa pulak ek? Nak berbuka kat mana pulak hari ni? Inilah soalan2 yg selalu menerjah bila tiba hujung minggu. Ada2 sja umah yg nak dikunjungi, kalau ikutkan tu aku tak berapa minat sgt berbuka umah org ni. Yelah, belum tentu buleh mkn apa yg kita nak dan keadaan nanti mesti kelam kabut. Aku suka berbuka dlm keadaan yg tenang, buleh menikmati juadah dgn aman.
Kalau ikutkan plan semlm, hari ni nak berbuka kat umah tok hubby di Sg Tiang. Balik dari kerja terus ke pasar beli kepala ikan, sotong dan sayur sket. Tup2 MIL call ajak berbuka kat umah abg hubby yg sulong kat Kulim Htech. Frust la jugak, selalu hubby buat keputusan tak tanya dulu. Lagipun aku ni tak suka sgt kat biras aku tu, nyampah. Aku plan nak masak gulai kepala ikan siap2 kat umah, tp hubby tak setuju sbb takut tertumpah dlm keta. Plan nak bertolak lepas solat Jumaat, kalau ikut pengalaman yg lepas mmg tak sempat kalau nak masak kat Kulim. Apa taknya, satgi nak singgah byk tempat. Nak amik MIL kat Pendang, pastu ke Sg Tiang pulak amik tok. Chef So aku msk gak siap2 kat umah, gi Kulim hangkot satu periuk tu, senang.
Family Road TripKitorang bertolak kul 2.45, gi amik MIL, tok then baru bertolak ke Kulim. Sampai Kulim 5.15 camtu. Nasib baik aku masak siap2, sbb aku tgk bhn nak buat gulai kat umah BIL cam tak cukup je. Masa aku sampai biras aku tu tgh sibuk2 nak masak utk berbuka; taugeh goreng, daging masak gulai manis dan sambal + ulam timun. Dia buat cucoq keria. Aku saja je tak mau tolong kat dapor, nak balas dendam. Jahat kan aku ni, tp aku puas hati sbb dia layan mak aku lagi teruk. Aku ingat lagi masa aku dlm pantang di umah tok hubby (Sg Tiang) BIL duduk sekali sebelum pindah ke Kulim. Mak aku dtg la bermlm 1-2 mlm kat situ. Biras aku (Kak Shadah) sebgai tuan umah sepatutnya masuk dapor siapkan mkn, ni terbalik pulak, mak aku jadi tukang masak. Kata tak makan mlm konon, bila dah terhidang mentekedarah jugak, mmg bangang. Nasib baik la aku tak posa hari ni, kalau tak abih kurus posa aku.Static Shock
Eyebrow Berbalik kes bukak posa tadi. Lepas dah siap sume, hidang dan kitorang tunggu waktu berbuka. Masa ni MIL nak sendukkan kanji yg dia bwk dari umah,
Bouncy 4
Kak Shadah: Takpa lah mak, saya mkn nasi terus. Kalau mkn kanji nanti tak lalu nasik dah.
(Dah tiba waktu berbuka aku tgk dia tak sentuh lgsg gulai yg aku bwk)
Me: Kak Shadah tak makan gulai ka?
Kak Shadah: Baru 2 hari lepas masak gulai kepala ikan. Ajak kawan abg Shakir berbuka sekali.
Me: Kak Shadah masak rasa lain, saya masak rasa lain.
Kak Shadah: Takpa lah mkn lauk lain dok ada.
Bouncy 4
Grrr Hangin gak aku nih. Kecik ati ada, geram pun ada. Bukan apa, Kak Shadah ni bukan reti jaga ati org, dia kisah hati perut dia je. Hang tak mau mkn sudah! Nasib baik la MIL, tok, hubby dan Abg Shakir jamah gulai aku tu sampai agak licin. Bukan apa, aku ni jarang masak dlm kuantiti yg byk, so tak tau camana rasanya.
Lepas semua berbuka, turn aku plak melantak. Bukan apa kasi can pada yg berpuasa mkn dulu dan aku jaga Nayli yg suka menyibuk nak mkn jugak. Masa aku tgh mkn aku terdengar hubby bergurau dgn anak Kak Shadah yg sulung,
Bouncy 4
Hubby: Danish beli baju raya dak gi?
Danish: Dak gi....
Hubby: Ishhh...bila nak beli ni? Kedai2 semua dah nak tutup dah...nanti tak buleh beraya...
Danish:...(termenung dok pikir kata2 hubby)
Kak Shadah: Tiap2 tahun kita ja dok beli, thn ni biaq abah dia pulak yg beli.
Bouncy 4
Fainting Pastu semua terdiam. Kak Shadah ni cikgu sekolah rendah kahwin dgn abg ipar aku yg masa tu jadi supervisor kat DRB-HICOM kat Shah Alam. Abg ipar aku ajak dia dok Shah Alam, dia tak mau. Alasannya, sesak la, byk pakai duit la....ntah mcm2 lagi alasan dia. Finally abg ipar aku berenti kerja balik kg tak bekerja. Masa ni mmg kebanyakan belanja umah terletak di bahu Kak Shadah. Masa ni diorang dah ada sorang anak. MIL, FIL dan mak2 sedara yg lain marah dgn tindakan Abg Shakir. Yela, bukan senang nak naik jadi supervisor dgn kelulusan SPM yg tak seberapa. Lama jugak tanam anggur pastu dia dan kwn2 dia buat kerja2 kontrak. Pendapatan tak menentu, kesian kat Abg Shakir selalu jadi bhn sindiran Kak Shadah dan keluarga dia. Kak Shadah tu tak sedar, keadaan dia jadi camtu sbb dia jugak. Sapa suruh tak nak pindah Shah Alam? Kalau tak mesti sekrg diorang dah senang.
Bow Down Before You Kata orang rezeki ada di mana2. Alhamdulillah, selepas menghadiri kursus usahawan anjuran MARA, pinjaman MARA sekrg ni abg Shakir dah ada sebuah kedai cold storage, jual daging beku, daging burger dll. Itu pun hasil perkongsian abg Shakir dgn 2 org kawannya yg kerja sebgai engineer kat kilang sekitar Kulim Htech. Sbb tu dari kata2 Kak Shadah tu mcm nak pindahkan balik beban yg selama ni ditanggung kepada suaminya.
Pjg tul cite pasal biras aku nih. Sampai terlupa dgn tajuk aku hari ni. Hari aku berbuka kat umah. Masak ketam bercili, ikam stim dan kerabu mangga. Ok la, cara aku yg tak posa ni. Ketam tu tak abih plak, simpan utk berbuka esok harinya. Hari aku tambah lauk ikan bakar dan air asam. Tak msm bebyk sbb aku kerja ari nih. Ari ni masak apa? Tak tau lagi la...lambat pulak ilham dtg. Yg penting halal. Ok ye, selamat berbuka......







|
Shida blogged @ 10:27 AM



Thursday, October 21, 2004

Demam

Lilypie Expecting a baby Ticker
Raise The Roof 1 ello kengkawan....aku kat sini dah pasang lagu raya dah....semangat beb. Yesterday aku mc sbb demam. Letih wehh, rasa cam nak bukak posa je tp sayang la plak nak tinggal. Mcmana ntah buleh demam, masa bangun sahur da rasa tak sedap bdn. Makan pun tak lalu tp sumbat gak, then aku bantai ubat demam siap2. Tunggu azan subuh, pastu aku tido balik. Aku tersedar bila Nayli dah terjaga, sbb dia tampar muka aku. Waaaa sakit.... rasa cam nak marah je, tp bila tgk muka dia yg 'innocent' tu nak tergelak la pulak. Try nak bangun, tp kepala beratnya ya Allah....pening2 rasa cam nak muntah la pulak. Aku duduk jap, then bangun pelan2. Mandikan dan siapkan Nayli nak hantor pengasuh. Rasa mcm nak terbalik tp lawan jugak. Hubby balik terus bagitau nak mc ari ni sbb tak mampu nak angkat kepala. So, decide tak yah hantar ke pengasuh, dia sanggup nak jaga, aku ok jelah. Ingat dia buleh rest sbb dah keja mlm, tp mungkin nak cover balik kot masa2 yg 'tak berkualiti'.
Sick In BedLepas call office, siap2 nak ke klinik. Nasib baik tak ramai org so cepat sikit. Dr kata demam tu tak panas sgt, darah ok, maybe PMS kot, sbb sakit kepala sgt. Lepas settle sume balik terus tumbang. Hubby buat apa ke keluar ke mmg tak sedar dah. Sampai tghari tersedar, berpeluh2 and kurang sakit kepala. Hubby dan Nayli dua2 dah lena. Aku mandi, solat zohor the terus kuarkan ikan, ayam dari freezer then tgk tv jap. Sementara Nayli dok tido baik aku masak nanti dah bangun. Pukul 5 dah siap masak ayam masak madu dan kerabu mangga. Tu je yg mampu sbb mcm dok pening2 lalat lagi. Ingat nak pi pasar ramadan hujan la plak, terus kensel. End up kitorang berbuka dgn apa yg ada shj + milo o ais.
Bouncy 4Lepas berbuka, solat relaks sambil tgk tv. Hubby terus pi kerja lepas solat, bulah buat duit skit utk raya. Mmg diakui, hujung ni byk nak pakai duit. Pindah umah, duit raya, baju raya dan lain2 raya lg. Kekadang tu sian tgk hubby kena bkorban buat OT. Aku sekadar bagi sokongan skit2 la seperti bekalkan nasi dan lauk berbuka tadi utk dia mkn tgh malam. Tak kisah pulak nak bwk, sblm ni dia mcm malu nak mkn bekal depan kengkawan. Lepas aku marah + kesedaran nak simpan duit dia dah tak kisah dah. Oklah, dah nak balik dah ni....jumpa lg next week. Selamat berbuka ye.






|
Shida blogged @ 1:26 PM



Monday, October 18, 2004

Tepat sekali !!!

Lilypie Expecting a baby Ticker

Salam kpd sume mommies dan pembaca sekalian. Dah masuk ari ke -4 posa. Mmg betul dan tepat tekaan aku. Semalam kitorang berbuka di rumah tok hubby di Sg Tiang. Semua berkumpul kat situ, MIL, FIL, BILs, mak lang dan anaknya Elisa. Lepas abih keja, 4.30 pm terus amik Nayli, balik umah amik susu+pampers+ lain2 brg keperluan terus ke pasar Ramadan berdekatan beli lauk skit and terus ke Sg Tiang.
Arrived around 5.30 pm, Barbeque MIL tgh bakar daging + ikan. Bau dia lazatttt gitu. Aku pun ada beli ikan cencaru + kembong bakar, murtabak dan air tebu. Tok buat kuih pau, comel2 je. Lauk-pa uk biasa2 je, tp yg menarik tu ada cecah air asam...fuh berselera aku. Aku pun mcm melanggar adat sikit, family IL berbuka dgn bubur lambuk tp aku bantai nasik siap2. Kalau mkn lambuk nanti tak lalu nak jamah nasik. Lepas dah kenyang cam ular sawa, barulah nak solat maghrib. Memandangkan hubby kena masuk keja mlm, kitorang tak tunggu lama, lepas hubby bantai laksa yg mak lang buat, kitorang pun beransur pulang. Offer nak bungkuskan lauk terpaksa ditolak sbb takde sapa nak makan, membazir. Lagipun peti ais dah penuh dgn lauk2 berbuka sebelumnya. Harap2 hari ni berbuka kat umah la pulak, letih la asyik berbuka kat umah orang je. Walaupun lauk simple tp puas hati. Kalau nak membeli pun mungkin air dan kuih muih je.
Masa berbuka FIL ada suapkanBaby Girl Nayli bubur lambuk. Masuk la 2-3 mulut lepas tu dia kulum, sampai mulut dah lenguh dia hamburkan semuanya keluar. Walaupun nafsu mkn nya mungkin kurang tp lega sikit sbb dia dah mudah terlepek atas org lain. Dengan syarat, LELAKI shj....heheheh. Pilih bulu jugak anak aku nih. Mak lang, Elisa, tok dan MIL tak berapa kuat tarikan magnet nya. Apa2lah asalkan mama buleh tulung serba sikit kat dapur tu. Nanti ada pulak yg sangka aku ni nak cari alasan tak mau masuk dapur. Fikiran manusia ni mcm2, bila kita niat lain, org pulak niat lain, kan Iena kan? Talking Through
The Thinker Dah tak larat pulak otak ni nak memerah idea. Nantilah aku sambung bila ada ide ye. Selamat berbuka kawan2, chow....






|
Shida blogged @ 2:40 PM



Sunday, October 17, 2004

Turn buka puasa

Lilypie Expecting a baby Ticker
How You Doin? Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman. Sedar tak sedar hari ni dah hari ketiga kita semua berpuasa. Amacam? Ok ke? Awal2 ni mcm2 dugaan. Sabar lah, sementara perut nak biasa.
Hari pertama puasa mmg letih dan melepek sangat. As usual, mcm thn2 yg sebelumnya, hari pertama puasa mesti berbuka bersama keluarga sama ada IL's house atau my parents. Memandangkan mak dan abah dah dok Penang, so kali ni first day berbuka di IL's. MIL semangat betul menyediakan juadah berbuka. Family my husband ni mmg wajib berbuka dgn kanji. So, MIL mula memasak selepas zohor lagi. Aku tolong la sikit, nak tolong byk tak pandai sgt especially bab2 menu tradisional ni. Selain kanji (bubur lambuk) MIL buat pulut sekaya, satu lengat besar pulak tu. Yang ada tak ramai sgt pun, MIL, FIL, BIL ,hubby, me and not forgotten Nayli. Lauk pauk tak byk sgt, setakat daging+kacang pjg goreng kicap, bawal masak sambal dan sup kaki. Aku ingatkan itu saja menu berbuka hari tu, rupa2nya MIL dah plan nak buat cucuq udang lagi. Memula tu nak bantah jugak, tp mungkin dia buat semua tu sbb kitorang ada kot. Kesian tgk MIL bertungkus lumus, aku nak tolong byk pun susah gak sbb Nayli agak meragam sbb panas. Pasta Bila tiba waktu berbuka, penuh satu meja dgn kuih-muih dan lauk-pauk tadi. Aku berbuka dgn semangkuk kanji dan sedikit kuih. Lepas maghrib nanti hajatnya nak bantai nasik pulak, tapi lalu pulak. Last2 MIL bungkuskan makanan serba sikit utk mkn kat umah+sahur sok pagi.
Hari agak malang sbb tak terjaga sahur. Tersedar pun bila dah azan subuh. Frustnye rasa dan nasib baik lauk-pauk yg MIL bagi dah masuk peti ais. Lupa set jam sbb terlena masa tgh syok nonton. Lepas sembahyang subuh, Clothes Linesidai baju then landing jap . Hubby dah kuar gi keja lepas subuh. Sebelum Nayli bangun buleh la baring2 dulu. 1/2 jam pastu bangunlah puteriku itu. Bila dah bangun tu mmg takde can nak baring2 lagi dah. Bagi susu, mandikan and then lepak2 sambil lipat kain. Nak pi mana takde mood lagipun puasa, dan tak sahur lak tu.
Car 5 Around 11 am tetiba hubby balik. Katanya nak gi tukar tayar. Melayang lagi la duit. Kos 4 bijik tayar + balancing and so adala RM 1100. Tu la, nak sgt tukar sport rim 17. Ye kengkawan, kalau hubby anda nak tukar sport rim 17 ke 18 ke suh diorang pikir pjg. Harga sebijik tayar je dah RM400 kali 4 dah RM1600. Nampak gayanya aku masuk lepas raya la gamaknya ni. Lepas dah selesai around 12 pm hubby balik and sebelum gi keja semula dia ajak berbuka kat Penang. Aku ok je, lagipun sian kat mak dgn abah berbuka berdua je, bila balik bawak Nayli at least terhibur la jugak. Abang aku yg dok Langkawi tu jarang betul balik. Itu aku tak heran sgt, masa mak dan abah dok kat Perlis pun diorang jarang balik apatah lagi bila dah pindah Penang lagi 'double' jarang balik.
Hubby balik keja kul 3 pm, mandi2 then terus balik. Aku dah siap2 awal, tunggu masa nak chalo je. Sampai Balik Pulau kul 5pm, terus ke dapur tulun apa yg patut. Nayli leave to her abah ngasuh. Tak byk menu, ayam masak merah, tomyam campur dan telur masin. Kuih mak buat karipap Singapore. Walaupun tak byk mata tapi kenyang camtu gak dan paling penting tak membazir. Lepas berbuka sembahyang maghrib lepak2 sambil tgk tv. Masa ni lah Nayli nak tunjuk belang, dok sa'ie dalam umah tu entah berapa puluh kali la. Siap lompat2 la, golek2 and satu lagi dia suka buat muka Predator (part bukak topeng nak lawan dgn Arnold tu). Mana dia belajar tah. Lepas buletin utama kitorang balik.
Nayli dah lena awal lagi, sebelum naik bukit dah lelap. Letih sgt kot. Aku pulak tak sedar bila terlelap. Sedar2 dok atas hghway. Entah macamana terpandang meter, 180 km/j tu. Aku menjerit "ahhhhhhhhhh....". Hubby terkejut, dia slowkan keta dan tanya "awat pasaipa ni??". Aku pun bagitau yang aku mimpi kena culik.....ekekekeke. Hubby bersuara "Ingatkan apa la tadi...", heheheh Shy . Camana tah buleh dpt idea kena culik tu. Lepas tu maintain je 110 - 120 camtu...baru la tenang sikit. Sampai umah lebih kurang 10.40 pm. Masukkan lauk yg mak bagi dlm peti and then terus kunci jam, takut peristiwa berulang.
Waktu sahur tadi alhamdulilah terjaga, takde la rasa kesal. Lepas tu iron baju, mandi dan sembahyang subuh. Masak air nak mandikan Nayli. Hubby tolong siapkan Nayli and aku pun bersiap pada masa yg sama. Hari ni hubby hantar naik moto sbb dia keja syif mlm. Asik naik keta je, sesekala nak tukar gak. Dah dekat nak kuar taman tu tetiba rasa pelik satu macam. Rupa2nya aku tak pakai helmet. Aku bagitau hubby, apa lagi kena bebel la. Sepanjang jalan patah balik nak amik helmet potpetpotpet......buleh tahan gak hubby aku ni. Aku diam je sbb mmg salah aku pun. So ari ni aku tak tau nak tuju ke mana pulak utk berbuka...tekaan aku ialah rumah tok hubby di Sg Tiang. Kita lihat jawapannya esok........







|
Shida blogged @ 10:30 AM



Thursday, October 14, 2004

Nape ek??

Lilypie Expecting a baby Ticker
I'm back. Seronok betul berborak dgn mommies sekalian. Macam2 topik yang diketengahkan. Dari yg umum sampailah kepada yg lebih khusus. Baguslah kan kita bertukar2 pendapat, pengalaman antara satu sama lain. Bukan senang nak dapat kawan yang dok jejauh nih. Di samping share xperience and so buleh la jugak mengkhabarkan apa yg berlaku di sana, seperti SALE kat memana ke....heheheh. Walaupun jauh tp kekadang tu buleh la mintak tolong mommies yg baik hati kat tmpt yg berhampiran, betul tak? Bouncy 4
Bouncy 8 Yesterday Iena dpt parcel dari kak Sue yg berupa menan utk twins dan jugak popiah. Memang diakui sedap giler. Tak tau la hari ni masih bersisa ke tak, sbb Iena dah offer satu opis, sume puji sedap. Semakin rancaklah bisnes kak Sue nanti nih. Menan Fisher & Price tu pun aku cam berkenan jugak. Murah giler dua2 tu RM55 je, sbb label kat situ (tak tau la betul ke tak) kalau total mmg RM180++. Aku suka gak Fisher & Price tu especially yg ada iklan dlm TV tu, Peek-A-Block. Masa round2 window shopping adalah terjumpa kat Pacific, tp mahal gile ah RM160; block+troli. Mmg menarik, tp kos tu sama byk dgn upah mengasuh sebulan. Apsal la diorang tak jual asing2, mampu la skit nak beli. Kena pendam dulu la jawabnye... Cry Baby
HouseYesterday gak waktu lunch aku rush ke pejabat pemaju sbb nak amik salinan CF+surat api+surat air. Kalau buleh tu aku dgn hubby nak usahakan dok sblm raya. Barulah semangat skit nak sambut Syawal. Lampu2 hubby dah beli skit2 sbb takut tak termampu nak beli serentak nanti. One more thing tgh pikir nak pasang grill ke tak. Hubby tak setuju pasang grill kat pintu + sliding door depan, tp bila pikir pasal safety perlu jugak benda tu. Hubby punya alasan susah nak cuci + senang berabuk. Apa susah, kenalah rajin cuci kan? Kalau tak nak berabuk cuci tiap2 hari. Kenalah bantu sama , dah duduk sebumbung kerja kena buat sesama. Ni tak, memasak aku, ngemas umah aku, jaga anak aku (mostly la). Kalau umah berabuk sikit aku yg dia tegur. Laaaa....aku tau la dia sibuk keja, aku pun keja gak. So kena lah paham2 sama keadaan memasing. Kalau kuku anak hitam skit, kotor salah aku jugak tak potong la apa la. Awat dia tak buleh tlg potong ka? Nak sidai baju, lipat baju, gosok baju....bla bla bla...Sidai + angkat baju buleh harap. Lipat = fail, gosok baju = jgn harap, dia kata malas, buleh camtu? Opssss...aku dah terlalut topik pulak nih. Tgh syok2 cerita nak masuk rumah baru, termasuk pulak masalah. Sekadar coretan luahan ye kawan2.... Perturbed
I Dunno Masa amik Nayli dari pengasuh, Kak Bariah report yg Nayli tak mau minum susu pulak. Awat pulak anak mama sorang nih. Dari pagi sampai ptg (waktu aku amik ) baru masuk sebotol....Aku risau dah dengaq dia cakap camtu. Tapi aktif mcm biasa, sampai skip tido ptg. Gelabah dah aku ni, dah la nasik ke moi ke tak mau lgsg. Kalau suap nasik ke masuk la dua mulut lepas tu dia kulum dgn air liur dia. Dok kemam je mulut tu, sampai kena picit pipi kembung tu nak kuarkan khazanah dlm mulut. Keluar la mcm nira basi....Tak tau la camana nak attract mek ni sorang mkn. Penah ikut nasihat Rini, bagi finger foods tp masuk mulut tak seberapa, lantai yg kenyang. Penah satu ari tu masak 3 menu berbeza semata2 nak test selera anak mama nih, tp tak jalan jugak. Solutionnya, aku campurkan susu yg dia minum dgn cereal. Mmg tak elok sgt sebenarnya, tp itu saja satu2 benda yg dia mkn selain susu. Bila tghari aku bancuh cereal bg pekat skit, masuk botol. Alhamdulillah, abih dia minum. Senang sikit hati aku. At least aku tau dia akan kenyang sikit. Any suggestion mommies? Tolonglah kawanmu yg memerlukan ini...... The Thinker

Raise The Roof 1Memandangkan hari ni mungkin hari terakhir kita makan sepuasnya di siang hari, aku nak ucapkan kepada mommies dan pembaca sekalian selamat menunaikan ibadah puasa dgn khusyuk dan tawadduk. Kena kurangkan bercakap hal2 yang tak berfaedah, banyakkan berzikir berwirid. Nasihat ni aku tujukan utk diri aku dan pembaca sekalian. Semoga kita semua mendapat fadhilat puasa seterusnya menyambut Aidilfitri dgn meriah...hehehhe.

Hugs And Kisses







|
Shida blogged @ 9:05 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com