. Kejap je dah berpindah tahun kan. Pejam celik pejam celik dah masuk thn baru. Selamat menempuh tahun baru dan selamat melaksanakan segala azam yang telah dirancang.
. Ok la kan, cara sempoi. Barang2 basah seme dah abih, jadi petang ni harus ke pasar malam beli ikan ke, ayam ke, dan sayur2 sket. Buat stok ujung minggu. Malas nak ke pasar besar pagi Jumaat sbb hubby kerja pagi. Lepas siap masak, mandi and siap2 nak gi Pacific beli susu, pampers seme sbb dah nak abih. Ala, bukan jauh pun.....depan umah je. Naik motor pun tak yah pakai helmet....hehehe. Lepas hubby solat terus ke sana. Lepas amik brg2 seme, lalu plak area kasut/sliper. Hubby beli sepasang, aku pun amik sepasang. Murah je, tak sampai RM 10 pon...ok la kan nak pakai kat umah je. Lepas dah byr terus balik dan mkn mlm. Memula tu cadang nak teman hubby je, tp dok tenung udang goreng tu mcm kenyit2 mata kat aku suh makan dia
. Maka aku pun join mkn. Jahanam diet aku semlm, sbb aku mmg tak amik dinner kecuali on special occasion shj. Mcm kenduri ke, kat umah my parents or ILs. Jamah skit je buat syarat.(ye ke buat syarat???)
Lepas dah selesai makan, aku kemas2 meja while hubby bawak Nayli naik atas. Memlm tak best dok bwh sbb curtain tak pasang lagi. Lepas dah kemas, aku lepak bwh jap sambil baca mingguan wanita yg tak sempat dikhatam. Tak sedar plak bila mata ni tertutup. Sedar pun bila hubby panggil suh buat susu. Aku pun lepas buat susu terus naik siap2 nak tido. Nayli biasa la....lepas minum trus
. Hubby tgh layan cite hindustan, tak tau tajuk pe tah. Mcm best je, Hrithik Roshan dgn Kareena Kapoor. Tapi cam biasa la, dah nonton dlm gelap tak sedar bila mata tutup...heheh
Sampai susah aku nak tido semlm, asyik dok teringat2 apa yang terjadi. Yesterday evening, lepas balik kerja aku pegi gerai jual kuih2 dulu sbb ada member nak dtg
jenguk umah baru. Then, aku terus amik Nayli. Mcm biasa, hampir tiap2 hari Kak Bariah akan buat summary tentang tingkah laku Nayli kat umah dia. Hari ni katanya Nayli bagitau dia poo (eeyak) kat husband K Bariah. Dah tu, pandai pulak masuk toilet sbb nak suruh basuh. Lepas dah masuk tu dia bertinggung, betul2 mcm org nak b*rak. Suruh basuh rupanya, pandai pulak duduk camtu, senang sikit orang nak membasuh. Mungkin dia belajar dari anak2 KB yg dah besar. Bagus lah camtu. Aku terhutang budi dgn KB kerana dapat membantu aku mendidik Nayli sebaiknya. Dah pandai salam cium tangan dgn strangers, dgn syarat jgn gomol2 dia. Last Monday bawak Nayli ke opis sat sbb ada keja skit. Memula sampai tu buat perangai gak sebab nak main tangga.
Tp lepas dah bawak masuk bilik pensyarah dia mcm “perak” skit. Takut dgn org memula, tp lepas org layan, bagi macam2 suka dia sampai lupa kat mama sendiri.
Rupanya dia drive sambil cempung baby tu. Siannye.....mesti terantuk kat mana2. Driver kancil nampak mcm mengamuk sakan kat cina sport tadi, siap tunjuk2 penumbuk lagi. Apa yg lebih mengkagetkan aku dia tendang pintu kereta dia sendiri, sampai anak yang dicempungnya itu terlepas kebelakang dan jatuh
. Betul2 mcm anak patung. Kesiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn baby tu. Aku pun terpaksa berhenti sbb baby tu jatuh kat area tayar depan kereta aku. Nanti tak pasal2 aku terlanggar pulak.
Dia terus angkat anak dia, dan meluru tumbuk cina tu. Cina tu plak cepat2 peluk si bapa tadi dan bawak ke tepi dan tenangkan. Tak tahu apa yg berlaku kat baby tu. Memang terhentak teruk rasanya, atas jalan tar pulak tu.
JANGAN SESEKALI DRIVE SAMBIL MEMEGANG/MENCEMPUNG/MENDUKUNG ANAK. ELAKKAN SEBARANG KECELAKAAN SEBELUM ANDA MENYESAL. Itu saja kisah utk hari ini.
Actually, proses angkut mengangkut dah mula Isnin lepas. Angkut sikit2 guna keta, tinggal perabot2 je nak angkut naik lori. Kemuncaknya adalah pada malam Jumaat yang lalu.
bermula pukul 12 tgh malam. Entah la kenapa angkut tgh mlm. Nak tanya byk2 pun tak best sbb mood hubby mcm tak ok je. Aku tak nak pikir sgt, yang penting dah selamat mengangkut semua. Nasib baik adik2, Jan dan Udin ada. Buleh la tolong2 angkut bebarang naik atas. Kalau tidak mesti aku dgn hubby je nak ngangkat seme tu. Takkan tak tau, kudrat pompuan bukannya kuat sgt. Selain BILs, MIL pun ada sama. Memang niat dia nak dtg baca yasin dan beberapa surah lain. Aku tak kisah, cuma terkilan skit sbb keadaan umah kelam kabut jadi tak sempat nak menyediakan tmpt tido dgn sempurna. Nasib baik diorang jenis yg tak kisah. Dan lebih nasib baik Nayli tak buat hal. Ada gak MIL tolong susun2 brg kat dapor. Sebenarnya aku tak begitu setuju susun aturnya, tp aku diam je nak jaga ati beb.
Hari Jumaat pagi, lepas bangun subuh terus turun bawah kemas2 apa yg patut. Siapkan air dan mkn dgn roti je sbb rasa cam tak mampu nak kuar dah. Hubby plak sambung tido. Aku dgn MIL menyambung tugas susun atur di dapor. Dlm kul 9 aku panggil hubby mintak tlg pasangkan mesin basuh. Entah apa angin pagi tu dia marah2 aku. Depan MIL lak tu. Lepas puas dia marah2 seme, pastu siap mengarah buat itu ini, aku tak tunggu lama.
Aku naik atas amik tudung, kunci kereta terus aku blah sorang ke satu tmpt yg sunyi. Lock pintu, off enjin bukak tingkap skit aku meraung sekuat hati.
Aku sedih sesangat, dah tak terbendung rasanya. Aku tau aku berdosa tinggalkan umah tanpa kebenaran suami, tp mmg tahap kesabaran aku dah max. Lama gak aku lepak situ. Pastu one of my opismate sms kata gaji dah masuk. Aku terpikir tak nak balik umah, so pikir punya pikir...aku decide nak check in hotel je
.
Masa kat bilik hotel tu mcm2 aku pikir. Call masuk aku tak angkat. Sms aku tak balas. Biar, kali ni biar aku tenangkan fikiran aku dulu. Nekad tak nak balik umah mlm tu. Hanya Allah yg tahu betapa terlukanya perasaan aku atas perbuatan hubby, orang yang amat aku sayangi selama ini. Aku tertanya2 apsal aku buat camni ek? Selama ni aku tak penah nak buat camni. PMS kot? Mmg tak silap....Alamak, aku mmg takleh cite lama2 bab nih, sedih masih bersisa. Walaupun sekrg dah selesai sebenarnya, aku takkan lupakan peristiwa hari tu.
Kesimpulannya, hari tu aku tak spend the whole night kat hotel. Aku balik jugak setelah dipujuk oleh mak dan abah aku yg sampai dari Penang lewat ptg hari tu. Hati aku jugak dok teringat kat Nayli. Sayu, sian kat dia. Apa yang berlaku seterusnya biar aku dan yg terlibat je tau. Jadikan teladan dari kisah aku yg sedih ini. Aku seorang yg pemendam, mmg tak reti nak ngadu kat sesapa. Blog jugak tmpt aku meluahkan perasaan. To all my friends out there, if anything happen to me jgn segan silu utk mendedahkan url blog aku ni. Semoga yang terang semakin jelas. Chow....
Alhamdulillah, setelah seharian membetulkan analisis dan sebagainya siap jugak di penghujung hari
. Letihs giloss. Meeting untuk dinner pun tak attend. Cam biasa aku antar wakil jek utk dengar intipati meeting tu. Kalau aku masuk meeting gak musti keja aku tak siap. Lepas susun report sume, nak balik terus aku antar kat boss. Lepas antar tu rasa lega jek. Balik amik Nayli, terus balik umah. Lepas semayang Asar aku lepak jap tgk Senario. Hubby tgh tido sbb dia keja mlm. Terasa berat sungguh mata ini, maka terlelap la sebentar
. Sedar2 dah kul 6.30. Tu pun sbb hubby tgh siap2 nak gi keja. Si Nayli pun dok ngekor je abah dia. Hubby masuk bilik depan dia ikut, then gi dapor dia ikut sampai nak masuk toilet pun dia nak ikut masuk gak. Maybe dia rindu nak bermain2 dgn abah dia. Mana taknye, 5 hari yg lepas hubby start keja mlm. Selalunya bila syif mlm hubby akan masuk awal iaitu at 7 pm walaupun masa masuk sebenarnya 11 pm. Bila dah masuk awal tu for sure masa untuk spend dgn Nayli pun kurang. Aku balik kerja pun sampai umah dah kul bape. Masa tu pun hubby tgh tido. Bila aku terlelap dia pulak siap2 nak gi keja. Abih tu bila masa nak bersembang?
Aku pun sejak akhir2 ni rasa cam sunyi jek sbb dah kurang sembang dgn hubby. Aku mmg benci betul bila dia masuk malam. Dah tu sepanjang 5 hari yg lalu pun hubby bertungkus lumus membersihkan umah baru tu sorang2. Aku kesian kat dia, nak tolong sesangat tp nak buat camana....aku kena save cuti utk kes2 emergency gak. Rasa serba salah tak membantu dia membasuh umah tu. Pagi semlm dia balik keja awal skit, kul tujuh. Masuk umah, makan roti skit terus kalut2 siap ke umah baru. Pagi ni dia balik lagi awal, kul 6. Aku dgr bunyi moto tp cam malas nak bangun, sbb tido lambat. Lepas mandi+semayang subuh dia kuar balik. Aku perasan dia nak masuk bilik, tp bila dia bukak pintu jek Nayli nangis terus dia tak jadik masuk agaknya.
Aku sedih, bukan apa....sejak akhir2 ni nak dengar suara suami sendiri pun payah. Aku nampak dia macam runsing jek. Nak tanya, masa tak sesuai. Jadi, sementara aku dok kat umah nih, apa yg mampu aku buat ialah pack barang2 kat umah masuk kotak sikit2. Tapi aku takleh kemas lama2, keadaan berabuk telah membantutkan kerja aku....asyik terbersin je sampai berair idung. Aku dah pesan kat hubby suh bwk balik cover idung tu, maybe dia lupa kot.
Sebenarnya aku ada berbalah sikit dengan hubby semenjak nak masuk umah baru nih. Hubby cadangkan kitorang buat loan sikit sempena nak masuk umah baru nih. Firstly aku tanya apakah perancangan yg nak dibuat dgn duit loan tu. So dia bagitau la nak beli itu, ini, itu, ini..........Fine. Aku buleh terima sesetengah pendapat dia. Tp bila dia cadangkan extend terus belakang umah (wet kitchen) + kitchen kabinet utk wet and dry aku tak bape setuju. Sapa yang tak suka kalau nak perbesarkan dapor, buat kitchen kabinet sume, tp apa penting bagi aku adalah kemampuan. Nak buat loan mmg senang. Bila dah dapat duit memang seronok, tapi bab nak bayar balik tu yang sakit. Sekarang ni pun kitorang dah byk komitmen pasal installment bulanan. Kereta, umah, trust fund, kredit kad dan 2-3 lagi. Aku hanya pikir balik, mampukah kitorang nak settle sume hutang2 dalam satu masa?? Apa yang aku dapat lihat adalah kesusahan. Jadi, aku bagitau yg aku tak setuju dgn cadangan dia. Dari gayanya aku tau dia tak puas hati dan cuba pujuk aku. Kali ni aku tegaskan pendirian aku ni. Aku tetap tak mau buat loan lagi, kecuali dah settle 1-2 loan yg ada sekrg.
Sejak kes tu aku perasan hubby cam kurang cakap ngan aku. Kalau mmg betul sbb tu aku tak kisah. Sbb kalau aku setuju, aku nampak masalah. Lebih menyakitkan hati hubby cakap dia nak renovate balik plaster ceiling kat ruang tamu. Itu mmg aku tak setuju sesgt sbb ceiling yg dah siap sekrg ni pun adalah hasil renovate siap2 oleh pemaju. Tup2 nak buat lagi, tak ke membazir??? Lebih baik spend duit tu utk benda lain pulak. Langsir ke, beli perkakas umah ke....kan lebih berbaloi?! Hubby berkeras jugak naktukar ceiling tu. Aku bagitau dia, kalau nak buat jugak jadik apa2 nanti tanggung sendiri. Aku tak nak campur dan tak mau dengar rungutan2 pasal renovation yg bakal berlaku nanti.
Mungkin ada orang anggap aku ni pentingkan diri sendiri. Aku tak kisah. Aku boleh terima hidup susah, senang dgn hubby dengan syarat semua keputusan adalah atas persetujuan satu sama lain. Kalau sendiri2 yg decide maka tanggung sendiri. Mungkin bunyinya agak kejam, tapi percayalah I have my own reason. Dari awal aku dah nyatakan hasrat aku kat hubby. Kami kawin dlm usia yg agak muda, baru kerja, jadi simpanan masih tak seberapa. Apa salahnya masuk umah baru dengan kelengkapan yang ada, di samping itu kita menabung. Bila dah cukup baru spend utk perkara2 yg dirancang. Aku tau, it takes time...tapi aku lebih selesa begitu. Kagum dgn pengalaman hidup Merry. Buleh berdikit2 sampailah satu tahap dapat mencapai apa yang diimpikan. Mmg itu yang aku rancang, tapi aku perlukan bantuan, sokongan dan paling penting kerjasama dari hubby. Kalau aku sorang yang beria2 susah nak mencapai apa yang diinginkan pada masanya.
Kepada semua pembaca, merancang sesuatu memang mudah. Tetapi melaksanakannya amat susah sekiranya tidak dilakukan dengan tegas dan tanpa kerjasama. Oleh itu, tetapkan matlamat bersama-sama dan laksanakan bersama-sama. Muafakat membawa berkat.

OK, sepertimana yg telah diwar-warkan dlm radio ERA dan juga iklan2 yg bergantungan di sekitar AS, kelmarin adalah hari pembukaan satu lagi shopping kompleks yg baru iaitu Alor Star Mall. Ada jugak rasa teringin nak menjejakkan kaki ke situ, tp memandangkan aku posa so plan nak pi lepas maghrib. Buleh beli susu anak dan beberapa brg dapor yg lain. Tp kereta byk sungguh sampai jem kat simpang nak masuk ke situ. Sepanjang kiri dan kanan jalan pun penuh org parking keta. Macam ada funfair plak (yg aku pi dulu). Melihatkan keadaan itu, aku terpaksa membatalkan niat nak melawat kawasan. Pusing balik ke Billion yg dekat dgn umah. Tgk2 kat situ plak ada pasar malam cina (sbb ramai penjual cina jek). Parking pun hampir penuh, tp nasib baik satu keta tu dah kuar, so tak yah la jln jejauh. Kat pintu masuk tertarik sebentar dgn iklan promosi yg ditampal. Elok nak mula langkah masuk jek jumpa FIL. Maybe time tu turn Billion jadi tmpt melawat. Terus dia dukung Nayli, and dia suh aku masuk beli brg. Ok gak tuh, sbb kalau heret mek tu sekali mesti lambat nye cite. Lepas grab 2-3 brg keperluan, bayar then aku terus amik Nayli and bagitau FIL dah nak balik.
***to be continued***
Lama tak update heh. Busy seh, buat preparation untuk majlis anjuran tmpt aku keja nih. Majlis tu akan berlangsung hari nih. Memula tu nak buat majlis raya, tp sbb Syawal dah berlalu maka tukar tema plak. Jadi Majlis Jalinan Mesra. Apa salahnya stick dgn tema raya, kan l ebih meriah. Aku ni org bawahan je, takleh cakap bebanyak. So untuk majlis ni aku diassign bwh unit hiasan dewan. Mmg hampeh, deco backdrop, huruf2 polisterin sume kena toreh sendiri. Alat pemotong yg diguna utk bentukkan huruf (tak tau nama) jahanam la plak. Bila ditanya apsal tak hantar repair tak apa jawabnya, "sapa pun tak repot kata rosak". Dah tu hang tau dari mana menatang tu jahanam? Tak bleh ka tolong hantar gi repair kalau dah tau rosak?. Lagi pulak aku dapat tau mesin tu dah rosak dekat setahun.
Ishhh...sabar jela. Dah tu bila nak baiki? Bila nak guna baru la terhegeh2 nak gi hantar repair. Hampeh la admin nih!!
One more thing, staff disuruh buat persembahan. Ni yang lemah nih. Masalahnya di sini ada yg tak mau cooperate.
Tak lain tak bukan group admin lagi. Alasannya, byk kerja so takleh nak participate. Habih tu lecturer2 nih goyang kaki ke? Wey, kitorang ni pun walaupun student tgh cuti byk menda kena buat tau dak? Dokumen LAN, result bebudak lagi, pastu modul plak kena renew. Ingat goyang kaki ke?! Sakit ati bila pikir balik sume tuh. One more thing, hari ni sepatutnya kitorang staff pompuan kena pakai uniform yg ditetapkan (kain sama, pesyen lelain). Tup2 ari ni ramai yg tak pakai uniform.
Hangin la kunun sorang staff admin tu. Laa..nak naik angin bakpe...awat tak decide dan bagitau bebetul. Salah sorang yg tak pakai niform tu aku la. Lantaklah, asalkan aku pakai baju, bukan telanjang kan.
Majlis dijangka start kul 11. Aku buleh lagi ngadap PC nih update blog. Takpe, tugas aku dah abih, dewan dah siap sume. Biar org lain plak ek. Majlis ni punya pasal keja aku tak siap2. Lepas ari ni buleh sambung balik.
Last night hubby buat keputusan yg mengejutkan. Dia ajak gi basuh umah. Memula tu nak bantah gak sbb aku posa semlm, letih la. Bila pikir balik, bagus gak..nanti bulah masuk cepat. So, lepas berbuka, solat siap2 bawak perkakas membasuh terus ke umah baru. Memula nak basuh the whole tingkat atas, tp memandangkan Nayli dah bunyi macam2 siren maka sempat settlekan master bedroom shj. Aku sesambil hubby basuh master bed. aku cuci tingkap 2 lagi bilik kat atas, kikis percikan cat dan cuci. Elok aku siap cuci tingkap sume, Nayli dah tenyeh2 mata, ngantuk. Aku stop layan dia jap. Bagitau hubby Nayli dah ngantuk, dia pun basuh cepat2 then balik. Bersihkan diri, lepas Isyak terus landing. Kununnya nak layan CSI, hubby bukak cite cina lak. Best gak, kelakor walaupun dah byk kali tgk. Tak sedar bila aku pejam sampai pagi.
Majlis dah selesai. Semua dah mcm ular sawa kenyang. Terutama aku la tu. Tu pun tak sempat nak merasa semua juadah yang ada, dah takde ruang dlm perut. Persembahan ada 3 je; yg pertama nasyid la apa lagi
. Setiap ada majlis group nasyid ni mesti kena perform. Kedua, bacaan sajak oleh beberapa org staff (termasuk admin 2 org, tu pun lepas dipaksa). Ketiga, asalnya nak buat sajak+pentomin...aku pun kununnya nak involve la, tup2 jadik sajak je maka pelakon2 melantak sakan la.Ramai gak le yang datang. Dpt la jumpa kawan mak yg keja kat Kolej Mara Kulim, Pakcik Mad Long (PML). PML ni rapat dgn my mom masa keja seopis dulu. Rajin orgnya, lemah lembut, bukan nak kutuk ye tp betul lembut. Kelebihan dia pandai menjahit baju, langsir, cadar dan benda2 lain. Rajin buat dan jual kuih raya. And hari ni aku dpt tau dia dah ada 6 org anak, sume pompuan. Tu termasuk twins, tak ingat anak yg ke berapa. Mmg murah tul rezeki PML. And sesiapa yg pernah baca kisah cinta aku yg lalu, PML lah orgnya yg nak kenenkan aku dgn org Kulim dulu, tp takde jodoh. Walaupun aku dah berkahwin dgn hubby, kekadang dia call gak aku tanya khabar. mmg baik tul dia. Ishhh, kalau dia dok kat sini sahih jadik tailor family aku dah. Tp jauh sgt dong, nun di Kulim sana.
Tu je la citer ari ni. Walaupun ucapan VIP jemputan agak mengecewakan dan ramai yg agak tak puas ati, tp yg pasti we all puas hati dgn tahap kekenyangan yg diterima. Burrppp, alhamdulillah.