Flower Dreams
Wednesday, August 17, 2005

Deretan kenduri kahwin.....

Lilypie Expecting a baby Ticker
Alhamdulillah, jerebu dah kurang kat utara nih. Nasib baik hujan turun jugak di malam hari, byk membantu mengurangkan jerebu nih. Bermula jerebu awal minggu ni, aku datang opis dgn membonceng motor. Tak sihat kan?? Heheheh....tp nak buat camana, hubbyku adalah seorang yang kurang prihatin tentang semua ni. Dia hanya akan prihatin bila dah kena kat diri dia jek. Kalau bini dia ni sakit, takpe. Lagi satu, mmg dia beria2 nak antar aku pergi kerja bila syif malam. Nak hapuskan rasa bersalah dia kot sbb kurang bersua bila dia kerja syif tu. Apa taknya, bila dia keja syif malam patut masuk kul 10.45pm...ni tak...gila OT punye pasal, kul 6.30pm dah masuk. Time tu aku dan anak baru terhegeh2 balik dari opis, hubby dah siap2 nak gi kerja. Kiranya time tu nak bersembang 10 patah pon tak sempat. Tapi aku bersyukur dalam diam bila hubby bagitau kilang tmpt dia kerja tu nak limitkan OT, nak kurangkan kos gamaknya. Walaupun nampak mcm dia kecewa tp aku suka sebenarnya, byk sikit masa dgn family. Nak cari duit lebih? Aku bersyukur dgn keadaan aku sekarang nih. Bg aku, cukuplah kalau hubby buat OT seminimum mungkin. Family jgn sampai ditolak ke tepi.
___________________________________________________________________
***sambungan (Khamis)****

Satu hari hubby ada menyuarakan pasal tindak-tanduk Nayli. Bukan secara serius, masa tgh santai...main2 dgn anak seme. Hubby cakap Nayli ni cam berat sebelah. Sikit2 mama, sikit2 mama. Kalau nak susu, nak mama buat. Dah abih minum susu pon nak mama yg amikkan botol kosong dari tangan dia. Bila hubby nak amik, dia tak bg...katanya nak mama gak. Hmmm...camno nak jawab tuh? Aku kekadang buat tak dengar je bila hubby tanya camtu. Sbb secara logiknya, takkan dia tak penah terpikir semua ni sedikit sebanyak kesan dari semangat OT dia tu. Sampaikan Nayli sendirik dah terbiasa dgn ketiadaan abahnya. Bila tanya "abah mana?", dgn spontan dia akan jawab "kija", walaupun masa tu abahnya ada depan mata tgk tv. Hmm...anak pon dah terbiasa. Mungkin kurang kerap bermesra dgn abah, sampai dah lekat jawapan di mindanya camtu. Tapi sekrg nak improve, sbb kes OT kena sekat tu. Thats why aku bersyukur dlm diam.

Next week on 26th aku akan bertolak ke KL, kenduri kawin sepupu aku. Kendurinya pada 28, saja pegi awal...buleh menziarah Mak Caq kat Sijangkang yang tak baper sihat. Dah lama tak menjenguk ke sana. Mula2 berhasrat gak nak melilau ke IKEA, tp nampak gayanya baik toksah berharap lagi. Sbb, umah yang nak diziarah tu mcm byk jek...sure tak sempat insert dlm agenda. Apa2 pon aku ikut jek.....sesekali berjalan2 pon ok gak...buleh release tension. Nak harapkan kami berjalan sendiri mcm susah je, bila jalan dgn family camni baru meriah sikit. And then, minggu selepas tu cuti merdeka. Kat sini 1 hb pon cuti lagi, Israk mikraj. Kesimpulannya, cuti lagi straight 4 hari. Hubby bercadang2 nak bawak berjalan. Tapi ke mana ek? Akan diberitahu kemudian.

Hujung minggu ni kenduri berderet2. 20hb ada 3 kenduri, 21hb ada 1. Pada 20hb tu satu kenduri terpaksa dilepaskan kerana agak jauh dan lg 2 kenduri tu memerlukan komitmen yg tinggi kerana sepupu hubby. Pada 21 hb plak, ada kenduri gak...walaupon kerja, nak jugak cari masa untuk menghadiri majlis di Gurun. Keputusannya? Tgk keadaan....kalau ok sampailah kami (geng opis) ke rumah kenduri.

Hari ni half day (ariibaaaaa). Tp sedey sbb satu check claim perubatan aku kena return sbb masalah teknikal. Salah org yg issue kata bank. Jadi aku masih menunggu. Apa2 pon, selamat berweekend kepada semua, biar di mana anda berada......

|
Shida blogged @ 4:09 PM



Sunday, August 14, 2005

Birthday dan jerebu

Lilypie Expecting a baby Ticker
As I mentioned in my previous entry, 11th August was Nayli's 2nd birthday. Seperti tahun2 lepas jugak mmg tak sempat nak buat apa2 preparation. Hubby sibuk dengan aktiviti wiringnya, aku plak dok pening kepala dengan kerja2 rumah yang tak penah putus2. Am I selfish? I am also want to thank all comments from my frens. Yes, its true....every couple has their own unique way to remember the special events. As for me, tak sempat pon nak beli kek utk anakku itu. Apa yang aku buat adalah nyanyi lagu "Happy Birthday" hampir sepanjang hari. Bila nak bagi minum susu, kami nyanyi...even nak tido pon aku nyanyi lagi. She seems so excited, tepuk2 tangan la dan nyanyi sekali dgn bahasa yang bercampur2. Cam rasa terkilan sbb tak sempat nak bg apa2, but I promise to myself...aku akan bagi jugak something utk Nayli. Biarla lewat sikit, janji niat aku termakbul.

Bermula kelmarin, kawasan utara mula dilanda jerebu. Aku ingatkan kabus biasa saja, sbb mlm sebelumnya hujan. Rupa2nya keadaan makin teruk bila menjelang petang. Mmg terasa sakit2 tekak dan ada yang pedih2 mata. Ada jugak 2-3 org kawan aku yang agak sensitif dgn keadaan ni mula pakai mask. Adik aku yang dtg melawat aku kat pejabat ni pon mula mengambil langkah keselamatan tu. Aku? tak pakai pon lagi.....sbb aku rasa masih mampu diatasi. Lagipon aku kerja dlm bangunan, takdaklah terdedah sgt dgn persekitaran. Hari ni pon masih jerebu lagi, semalam pon hujan jugak...berlarutan sampai awal pagi nih. Awal pagi tadi aku tgk mmg kurang byk jerebunya, tapi bila langut ke atas, rupa2nya masih keadaan yang sama. Mungkin menjelang petang keadaan masih sama macam kelmarin. Sekrg ni pon dah 12.30 tghari, matahari pon tak nampak rupa....cuma terasa bahang jek. Teruk bangat ya kebakaran kat sumatra tu? Sampai ke tahap ini jadinya.

Hmmmm...oklah. Sebenarnya aku dlm lab nih. Mengambil sedikit kesempatan sementara mereka semua menyelesaikan assigment yang aku bagi. Nak meronda tgk progress diorang. Kalau biar gitu je, tah apa2 la yang diorang buat. Biasalah kan....semua nak kena pantau
.

|
Shida blogged @ 12:05 PM



Wednesday, August 03, 2005

Month of anniversary

Lilypie Expecting a baby Ticker
STRESS

Sungguh stress sejak akhir2 ni. Maybe jadual mengajar yang sungguh 'gila' dan boleh meng'gila'kan pemiliknya. Bayangkan, 5 jam straight sehari. Kalau ada gap tu ok la jugak. Tapi, bila tak tahan tu terpaksa aku buat gap sendirik. Tak mampu rasanya tekak ini nak menanggung...especially kelas yang terakhir, mmg flat.

Disebabkan keadaan yang aku lalui ini, menyebabkan aku akan tergolek dok bila balik rumah. Nak mengemas rumah pon tak larat. Baju tak berlipat menggunung dlm satu bilik tu. Bila tgk baju menimbun camtu lagi laaaaaaaaaaaaaa rasa nak pengsan. Lagi satu, dapor pon dah dekat seminggu tak berasap. Kalau tidak gagah jugak aku masak satu lauk, ni nak pegang pisau pon ...ishhhh...tak reti nak cakaplah. Sian kat hubby dok mkn tak tentu hala bila keja syif ptg. Nak buat camana yangg...kekadang kenalah paham keadaan isterimu ini yang tiada terlafaz dgn kata2. Kalau setiap anggota badan ni buleh berkata2, tak larat nak dengar komplen rasanya.

ANNIVERSARY

Pejam celik pejam celik dah pon bulan Ogos. Sungguh cepat masa berlalu. Bulan Ogos nih aku anugerahkan sebagai "Month of Anniversary". Sbb, pada bulan ini ada dua tarikh keramat, iaitu harijadi anak kesayangan kami dan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3. Kalau ikut tarikh scan masa pregnant dulu, EDD adalah hujung bulan Ogos...iaitu area ulangtahun perkahwinan. Tapi, atas sebab2 tertentu, mungkin Nayli dah ditakdirkan melihat dunia lebih awal dari sepatutnya....tarikhnya agak jauh. But still pada bulan yang sama. Ok la tu....buleh celebrate sekali harung.

Celebrate??....seingat aku, sepanjang kawin ni, tak penah pon celebrate apa2 event yang berlaku dlm family kami. Birthday? ...tak pon....Wedding anniversary??....lagi la tak. Seronok bila baca atau dengar cerita2 kengkawan yang celebrate special events ni. Camana rasanya ek?.....musti best kan. I'm impressed dgn GA dan surprisenya untuk MC. MC mmg bertuah!! Mungkin sbb sblm ni aku bukan jenis yang suka ambil pusing about any celebrations. Ntahlah....rasa tak kisah pon. Penah sekali tu hubby tak wish pon on my birthday. Hadiah tu apatah lagi la kan....Bagi aku, tak bagi hadiah pon takpa....at least remember my birthday. Peluk cium ke....tu dah memadai....kalau nak bg hadiah tu kira bonus la kan (hihihihi). Anyway, aku rasa nak celebrate jugak birthday Nayli. I mean, kecil2an je la. Just our small family. Tgk la camana, hopefully semua ok.

RUMAH

Dlm minggu ni hujan mula turun. Satu malam tu mmg lebat sungguh, siap dgn angin ribut lagi. Panik jugak. Nasib baik adik aku dah balik dari tempat praktikal dia. Kalau tak...mau aku masuk bilik, kunci dan tido. Mana taknye, rumah aku tu, bila ada angin kuat sikit mula la bunyi semacam...eeee....pulak tu, tgh tgk GOTHIKA....double lagi perasaan takut. Bumbung family hall tingkat atas bocor. Buleh dengar air hujan menitik2 atas siling plaster tu. Esoknya aku pegi follow up report kerosakan kat customer service pemaju. Bukan jauh pon, selang sebuah rumah je opis dia. Tapiii....yang aku nak marahnya, sampai ke hari ni tak pegi tgk pon lagi...buleh gitu?? Ingatkan dah dekat dgn kita, keja cepat siap...ni tak...buleh bgtau la tu...mungkin akan takes time sebulan. Wahhhhh....kalau cenggini buleh banjir rumah aku kalau hujan tetiap hari. Aku nak tunggu sampai Jumaat.....kalau tak mai tgk gak...aku serbu...

|
Shida blogged @ 2:33 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com