Flower Dreams
Wednesday, August 03, 2005

Month of anniversary

Lilypie Expecting a baby Ticker
STRESS

Sungguh stress sejak akhir2 ni. Maybe jadual mengajar yang sungguh 'gila' dan boleh meng'gila'kan pemiliknya. Bayangkan, 5 jam straight sehari. Kalau ada gap tu ok la jugak. Tapi, bila tak tahan tu terpaksa aku buat gap sendirik. Tak mampu rasanya tekak ini nak menanggung...especially kelas yang terakhir, mmg flat.

Disebabkan keadaan yang aku lalui ini, menyebabkan aku akan tergolek dok bila balik rumah. Nak mengemas rumah pon tak larat. Baju tak berlipat menggunung dlm satu bilik tu. Bila tgk baju menimbun camtu lagi laaaaaaaaaaaaaa rasa nak pengsan. Lagi satu, dapor pon dah dekat seminggu tak berasap. Kalau tidak gagah jugak aku masak satu lauk, ni nak pegang pisau pon ...ishhhh...tak reti nak cakaplah. Sian kat hubby dok mkn tak tentu hala bila keja syif ptg. Nak buat camana yangg...kekadang kenalah paham keadaan isterimu ini yang tiada terlafaz dgn kata2. Kalau setiap anggota badan ni buleh berkata2, tak larat nak dengar komplen rasanya.

ANNIVERSARY

Pejam celik pejam celik dah pon bulan Ogos. Sungguh cepat masa berlalu. Bulan Ogos nih aku anugerahkan sebagai "Month of Anniversary". Sbb, pada bulan ini ada dua tarikh keramat, iaitu harijadi anak kesayangan kami dan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3. Kalau ikut tarikh scan masa pregnant dulu, EDD adalah hujung bulan Ogos...iaitu area ulangtahun perkahwinan. Tapi, atas sebab2 tertentu, mungkin Nayli dah ditakdirkan melihat dunia lebih awal dari sepatutnya....tarikhnya agak jauh. But still pada bulan yang sama. Ok la tu....buleh celebrate sekali harung.

Celebrate??....seingat aku, sepanjang kawin ni, tak penah pon celebrate apa2 event yang berlaku dlm family kami. Birthday? ...tak pon....Wedding anniversary??....lagi la tak. Seronok bila baca atau dengar cerita2 kengkawan yang celebrate special events ni. Camana rasanya ek?.....musti best kan. I'm impressed dgn GA dan surprisenya untuk MC. MC mmg bertuah!! Mungkin sbb sblm ni aku bukan jenis yang suka ambil pusing about any celebrations. Ntahlah....rasa tak kisah pon. Penah sekali tu hubby tak wish pon on my birthday. Hadiah tu apatah lagi la kan....Bagi aku, tak bagi hadiah pon takpa....at least remember my birthday. Peluk cium ke....tu dah memadai....kalau nak bg hadiah tu kira bonus la kan (hihihihi). Anyway, aku rasa nak celebrate jugak birthday Nayli. I mean, kecil2an je la. Just our small family. Tgk la camana, hopefully semua ok.

RUMAH

Dlm minggu ni hujan mula turun. Satu malam tu mmg lebat sungguh, siap dgn angin ribut lagi. Panik jugak. Nasib baik adik aku dah balik dari tempat praktikal dia. Kalau tak...mau aku masuk bilik, kunci dan tido. Mana taknye, rumah aku tu, bila ada angin kuat sikit mula la bunyi semacam...eeee....pulak tu, tgh tgk GOTHIKA....double lagi perasaan takut. Bumbung family hall tingkat atas bocor. Buleh dengar air hujan menitik2 atas siling plaster tu. Esoknya aku pegi follow up report kerosakan kat customer service pemaju. Bukan jauh pon, selang sebuah rumah je opis dia. Tapiii....yang aku nak marahnya, sampai ke hari ni tak pegi tgk pon lagi...buleh gitu?? Ingatkan dah dekat dgn kita, keja cepat siap...ni tak...buleh bgtau la tu...mungkin akan takes time sebulan. Wahhhhh....kalau cenggini buleh banjir rumah aku kalau hujan tetiap hari. Aku nak tunggu sampai Jumaat.....kalau tak mai tgk gak...aku serbu...


Shida blogged @ 2:33 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com