Flower Dreams
Saturday, November 27, 2004

Mmg ampeh la....

Lilypie Expecting a baby Ticker
Apa la kena dgn blog nih? Aku dah masukkan satu entry ari rabu tu, bila publish je page cannot be displayed. Aku ingatkan dia pending je, rerupanya takde tros. Mmg ampehs sungguh. So, hari ni aku summary je la apa yg berlaku.
&
Dua hari ni aku berhempas pulas dgn Iena memproses result bebudak. Remeh gak le, bila sistem dah weng skit aku rasa cam nak hempuk je monitor depan aku nih. NerdDok terjegil depan PC seharian. otak pun rasa dah cair jek. Petang Rabu tu HEA dtg check progress, tup2 ada lagi problem yg masih tak ok. Nasib baik dah settle utk meeting soknye. Pagi Khamis tu aku sampai je opis Iena bagitau HEA suh aku print worksheet result keseluruhan utk tiap semester. Hangin tul, awat chek tak habaq awai2. Dah la masa tu tak bfast lagi. Nasib baik aku dah beli siap2 sblm naik opis. Apa lagi, sambil menyuap sambil dok print la. Meeting sepatutnya kul 9 tertunda ke 9.30 tunggu aku punya pasal. Nasib baik la ada si Iena kalau tak mampos aku tergolek. Sejak Iena masuk group UPP ni aku rasa beban aku kurang skit. Yelah, member UPP yg lain bukan IT background so susah la skit. Sbb tu bila ada je rombakan unit aku akan ikat Iena supaya tak ke mana2, kang susah plak aku. Aku penah ingat dulu, sblm Iena bertukar ke AS aku terpaksa handle bab2 result student ni sampai kul 7-8 pm walaupun masa tu aku tgh ngandung. Walaupun masa tu tugas proses masih lagi dibuat oleh HQ, tp nak print slip result, analysis surat menyurat semua aku kena buat. Alhamdulillah, tugas aku dibwh unit UPP tak lah terbeban sgt sekrg ni, hasil kerjasama jitu ahli2nya.
Hari ni cuti. Takde apa yg menarik berlaku melainkan kerja2 umah biasa yg menanti; laundry, ngemas umah dan sesi lipat-melipat baju yg dok menimbun. Bila dah siap melipat baju dan nak simpan kat almari masing2 baru sedar baju dah terlampau byk, especially mine and Nayli's. Rasa cam nak roboh dah almari tu. Baju2 Nayli plak aku simpan dlm laci plastik toyogo tu, pun dah melimpah. So, kena sort out baju yg dah tak muat masuk kotak supaya senang nak pindah nanti. Nampak gayanya bila masuk umah baru nanti kena pertimbangkan pembelian almari baju yg baru. Nak wat camana kan, baju makin bertambah. Itu dlm dok sedekah baju2 kat orang tu, masih tak muat lagi almari tuh.
Wakka-wakkaPtg ni hubby janji nak gi Pizza Hut, Pizza Pie sbb nak gunakan baucer RM30 yg SIL kasi. Due date sampai akhir bulan ni je. Tup2 dia kata nak masuk keja awal plak (syif mlm). Aku diam je la, ala2 merajuk la kunun. Terus masa dia dok siap2 nak pi keja aku pun siap2 gak dgn alasan nak kuar mkn, malas masak kalau hubby takde. Aku kuar dgn Nayli ke Star Parade. Tak lapar pun, jln2 ke Kasih Ibu, takde yg menarik pun tp dok aim sepasang kasut kat situ. Kendian ke Reject Shop. Masuk2 je terbekenan dgn satu skirt utk Nayli, RM 3 je, terus aku sapu. Jln2 ke belakang aku berkenan plak dgn skirt+short, skirt sporty TOMMY then aku cari shirt utk dipadankan dgn skirt2 tadi. Off The RackMasa dok pilih2 tu aku biar Nayli melilau dlm Reject Shop tu. Bila aku rasa dia ilang dari pandangan je aku panggil nama dia, then dia dtg. Ada skali tu aku dengar dia nangis, kalut aku carik. Rupa2nya staff kat situ nak main2 dgn dia. Nayli ni prinsip dia "You can see, but you cannot touch". Dari jauh dia akan senyum kat org, tp kalau pegang dia, satu Star Parade tu bergegar. Aku pun pilih cepat2,bayar then kuar. Masa kat luar tu, tah camana Nayli jatuh. Abih kasut dia terkeluar tapak. Pegi plak ke Kasih Ibu beli kasut td. Memula tu ingat nak beli cam sandal je, tp teringat hubby pesan suh beli kasut bertutup sbb nanti kuku kaki dia itam masuk tanah. Umah pengasuh ada part yg bertanah, bila main2 tu mesti ada yg masuk dlm kuku dia. Balik umah aku tak larat nak korek kuku dia, nak potong dah pendek dah. Dah selesai dgn kasut, aku ke Pacific bhg groceries. Shopping 2 Nak gak beli buah2 ke, tgk2 troli dah abih kat atas. Kalau nak kena turun plak ke parking lot amik. Malas ah. Aku ke gerai majalah, cam biasa aku aim Mingguan Wanita, Anjung Seri dan Pa&Ma. Yg ada hanya Mingguan Wanita, sahih kena order kat Iena gak lepas ni Pa&Ma. Sbb lepas ni aku dah maleh nak masuk pekan. Dasat kan aku ni, order majalah sampai ke Kangar. Tp takpela, Iena pun dok beli gak majalah tuh.
Ari ni aku keja, full day lak tu. Tak tau nak buat pe tah. Brg2 sume aku dah kemas, get ready utk pindah ke atas. Meeting pun dah selesai cuma kena produce report utk senate di KL. Bab tu biar org lain buat plak. Yang penting part aku dah selesai. Oh ya, last night my sis tipon bagitau Haidar Hamizi kena warded kat Hospital KT sbb cirit birit. Mungkin teruk sgt kot sampai kena masuk air. Puncanya? Tak tau lagi, nak sembang panjang2 pun takleh concentrate sbb masa tu tgh dok ligan Nayli dlm Reject Shop. Sian nephew aku sorang tu. Haidar tu anak kedua abang aku yg dok kat Langkawi tu. Abg dgn SIL kena gi KL sbb kursus induksi 2 minggu kot. So, dioarang tinggalkan 2 anak dgn maidnya kat KT, umah mak SIL kat Chabang Tiga. Mungkin Haidar ada termakan apa2 kot, sbb dia ni pantang jumpa benda mesti nak masuk mulut.




Cite pasal Haidar teringat perangai si Nayli 2-3 hari lepas. Masa aku nak amik dia kat umah pengasuh dia cam tak mau balik je. Bila aku nak amik dari pengasuh dia geleng kepala dia sambil peluk erat Kak Bariah tu. Cam kecik ati gak masa tu, rasa macam dia dah tertukar mak plak. Aku tak pedulik, aku angkat je dia masuk keta. Dia menggelupur ya Allah, nak turun dari keta tu nak gi kat Kak Bariah. Cry Baby Keluarkan plak, pujuk2 dulu dah ok skit baru masukkan dlm keta. Masuk keta je, dia mula balik. Kali ni aku buat tak pedulik je. Terus drive balik umah. On the way dia meraung mcm sakit je, sampai nak termuntah2 tersedu2. Sampai je kat umah nasib baik hubby dah balik. Aku letak dlm umah, kat ruang tamu terus dia terguling2 ngamok sampai nak terperosok bwh almari kasut. Aku tak pedulik gak, nasib baik abah dia pujuk masuk bilik. Senyap. Pastu bunyi pulak dah, aku terus buat susu, bagi minum. Abih cepat plak tu. Masa tu mata tu dah kuyu dan sisa2 esak tu dok ada lagi. Mungkin dah letih berguling kot, pastu dia terlena. Hubby tanya aku apsal jadik camtu. Aku kata tak tau. Tp masa kat umah Kak Bariah ada cite yg dia dok rebut duit syiling dgn kak cik (anak yg bongsu). Tp takkan sampai camtu kot. Ari Khamis aritu pun dia wat perangai gak. Kali ni aku tak pedulik, aku masuk dlm keta buat bodo je. Sampai kat umah aku ajak dia main masak2. Terus ok. Aku pon layan la walaupun mata ni ngantuk sesgt. Ruang tamu tu penuh dgn periuk belanga dia. Mungkin dia nak main kot, kat umah Kak Bariah tu ramai kawan balik umah dok tgk muka mama dgn abah je.
Sekrg ni pun Nayli dah pandai bagitau bila dia poo. "eeeyak" sambil pegang bontot dia. Bila kita ajak mandi terus lari berdiri depan bathroom. Kalau buang air besor dia berdiri depan toilet.(toilet, bathroom asing). Kalau jln2 jumpa budak sebaya atau baby dlm stroller sambil tunjuk2 dan kata "bebee". Buleh la skit2 satu dua perkataan lain. Sementara dia dok minat ni aku dok giat nak carik education CD utk umur dia. Tgkla dlm minggu ni kot. Oklah, dahh byk bercerita. Lain kali sambung lagi ye. Lagipun la ni dok free memanjang heheheh. Bye Head Banger


|
Shida blogged @ 9:42 AM



Wednesday, November 17, 2004

Bila nak menziarah ni???

Lilypie Expecting a baby Ticker
Thumbs Up Diam tak diam dah masuk raya ke 4 dah hari ni. Percaya atau tidak aku and family tak berkesempatan nak menziarah umah sesapa pun lagi, melainkan umah tok. Balik Sg Tiang, hari Jumaat yakni 2 hari sblm raya. Masa tu yang dah balik hanya maksu & family je. Makcik & family akan sampai mlm raya. Letih woooo balut ketupat, kacau rendang, buat laksa...ishhhh mmg letih bangat sihhhh. Tenaga yg ada tak cukup nak menampung semua kerja yang ada. Tapi alhamdulillah semuanya selesai dgn selamat. Seperti yang dijangka la, biras aku yg bertuah tu hanya sampai dekat2 nak bukak posa hari Sabtu tu. Biarla...sesungguhnya dia akan dapat balasannya nanti.
Wink Pagi raya kedua kitorang bertolak balik ke Penang. Rupa2nya sepupu sepapat aku yg dok Sg Lalang datang 4 bijik keta, masa ni mmg sibuk la mak dan adik aku. Aku ingat abg dan kakak ipar aku ada sekali, rerupanya mereka telah awal2 lagi terbang berjalan2 ke rumah sahabat handai. Sian kat mak dan adik aku, nasib baik abg aku tinggalkan maid suruh tolong mak. Aku pun terus salin uniform tolong mak kat dapur. Hubby aku plak mengambil kesempatan test drive keta Honda Accord 2.4 milik sepupu aku yg keja Telekom. Dasat woooo keta tu, tp bukan taraf kitorang ni la. Setakat menumpang rasa beberapa minit pun jadik la. Hari tu mak aku masak mee rebus. Baunya sungguh enak sekali, tp aku tak sempat nak merasa lgsg sbb habis dijamu kepada tamu. Lepas geng Sg Lalang, tiba pulak geng Shah Alam 2 keta. Masa ni baru la abg aku pulang dari beraya, jumpa kak ipar aku aku terus terasa bangga. Nak tau sebabnya? Masa aku baru lepas pantang, dia pulak bersalin anak no 2. Bila dia dah lepas pantang, dia asyik perli aku sbb badan aku dok kembang je tak nguncup pon. Kali ni raya aku dah buktikan bahawasanya aku berjaya menguruskan diri aku. Ini diakui sendiri oleh adik aku. Aku pun kembang kuncup hidung tanda bangga...heheheh. Tu la jgn suka hina orang tak tentu pasal, kan dah kena kat diri sendiri.
Barbeque Hari ni, raya ke 4 family2 sebelah hubby plan nak buat BBQ sbb lepas hari ni masing2 nak pulang ke destinasi memasing. Baru siap siang sotong 2 kilo nak buat goreng tepung katanya. Dlm kol 12 akan bertolak semula ke Sg Tiang. Acara bakar2 akan mula lepas Asar, mkn sampai kenyang and then aku and family akan balik semula ke AS. Hubby kata sok dia dah keja. Bosan la nak kena beraya sorang2, tapi tak kira la...aku nak balas dendam berjalan2 umah orang plak.
Thn ni Nayli dpt byk gak duit raya. Berapa jumlahnya aku tak sempat nak kira. Alhamdulillah ...rezeki anak kan. Syukur sesangat Nayli tak banyak songeh masa dok ramai2 dgn sepupu sepapat dia sume. Senang aku buat keja. Malam raya tu dia punyala seronok siangnya sampai mlm ngayan takleh tido, Cry Babyasik nangis je. Aku plak dah la letih siang harinya, hai terduga betul kesabaran aku mlm tu. Nasib baik MIL ada tolong ikhtiarkan baca ayat2 pelindung ke apa tah. Diam gak, tp kul 2 pagi masa makcik aku sampai dari KL dia bunyi plak. Lepas tepuk2 skit tido la dia sampai sok pagi. Pagi raya tu aku bangun terasa sakit belakang+sakit urat belikat. Rasanya silap bantal dah ni. Mintak tlg hubby urutkan, okla skit. Hubby plak sampai tak gi semayang raya sbb sakit perut. asik ulang ke toilet je. Mcm2 sgt menunya tu la pasal asyik membuang je.
Vacation 1 Hmmm oklah...nak bersiap la. Dah nak bertolak ke Sg Tiang dah nih. Kalau senang aku merapu lagi. Selamat Hari Raya ye.....






|
Shida blogged @ 10:39 AM



Monday, November 08, 2004

Mari buat kuih raya.....

Lilypie Expecting a baby Ticker

Setelah tiga hari bercuti, bukan untuk berehat tapi untuk berjuang menyiapkan kuih raya yang digemari, akhirnya dapat gak aku kembali ke arena memblog ini. Mmg penat tapi aku puas hati sbb dpt apa yg aku nak.


Aku bertolak Khamis petang lepas balik kerja half day, around 2.30 pm gitu. Aku balik ngan Nayli je sbb hubby keja, kalau nak tunggu balik sekali dgn dia alamat tak jadik la kuih raya aku. Nasib baik Nayli ok on the way, walaupun tak tido tp mood dia ok. Cuma letih je aku nak menjawap setiap kali dia tunjuk ke benda2 yg attract dia sepanjang jalan. Yang dia pandai,"Tu...tu...tu" sambil dok tunjuk kat mana2 tah. Aku pun cerita la " Tu traffic lights.....tu van...tu treler". Setiap kali aku cakap, bagi jawapan, dia tersengih2...suka kot dpt apa yg dia nak tahu. On the way hujan lebat nak mampos kat Gurun, so slow la skit. Target nak sampai Telok Air Tawar (amik mak) around 4.30 pm. Alhamdulillah, sampai di Kolej Kemahiran Tinggi MARA seperti yg dirancang. Sementara tunggu mak settlekan keja skit lagi, kitorang jejalan kat pasaraya kat sebelah, cuci mata je.
Family Road Trip Lepas cukup time, kitorang berangkat ke Balik Pulau. Nasib baik tak jem kalau tak alamatnya berbuka dlm keta la. Sebelum sampai umah singgah kat pasar ramadan, tapau je sbb mmg tak sempat nak masak pape. Sampai kat umah abah dan adik tgh pulun kat dapor masak nasik+ buat air+sayur. Lepas berbuka, solat maghrib kitorang rehat jap tgk buletin utama. Kul 9 dah start misi kuih raya. Malam tu mula dgn yg senang dulu iaitu coating Almond London. Buat cara senang je, masukkan doh AL yg kosong dlm cup, cairkan coklat, masukkan dlm botol kicap kemudian picit je atas doh tadi. MMg la tak salut keseluruhan, tp sekadar buat nak mkn sendiri buleh la....kalau tak mesti comot gila.










So mlm tu dpt la dlm 400 biji camtu. Rupa2nya my mom ada gak jual kat kwn pejabat dia. Katanya balik modal utk buat kuih utk diri sendri.

pagi lepas sahur terus mula operasi Biskut Kacang sampai 11.30 am. Penat weyyy tapi pueh hati bila tgk hasilnya. Nayli plak nasib baik ok. Dia ni asyik dok ngekor tok wan dia je. Lepas tok wan pi keja dia dok diam jap, cam sedih je sbb tak de sapa nak layan dia. Me, my mom and my lil sis pulun sungguh2 sampai siap. Aku tinggalkan jap buat kuih, mandikan Nayli bagi susu then sambung balik. Around 10.30 camtu dia cam ngantuk je, aku gi tidokan dia sekali dgn aku terlelap. Sedar2 Nayli dah lena, aku bangun cecepat sambung keja. Lepas dah selesai sume, kemas2 and rehat. Ptg tu sibuk dgn juadah berbuka plak. Mlm lepas berbuka sambung balik biskut lain pulak, Biskut Cornflakes. Sampai kul 12 tgh mlm.

Pagi cam biasa lepas sahur dah start. Kali ni Biskut Chocolate Chips. Abih cam biasa, tghari baru siap. Mlmnya pulak buat Biskut Kelapa, sampai tgh mlm. Sian kat Nayli tak de org layan sgt tp dia main la sorang2 sbb tok wan pi terawih plak.

Pagi ni misi terakhir sbb ptg sblm berbuka dah nak balik AS. Buat Biskut Chocolate Chips lagi sbb tak cukup. Lepas dah abih sume, lega rasanya. Puas hati sbb aku dpt setiap sejenis satu balang besar + nak bagi kat MIL lagi.

Petang tu bertolak balik around 4 pm. Kena hantar my mom ke umah sewa dulu. Before that mak nak singgah pasar ramadan beli serba sikit juadah. Masa ni Nayli poo plak. Nampak gaya nya kena bersihkan kat umah mak la. Lepas dah selesai sume, aku pun bertolak ke AS. Masa tu aku tgk jam dah 6.05 pm. Mcm tak sempat je nak berbuka dgn hubby. Aku call hubby awal2 suh masak nasik + beli lauk skit2. Dari tol Bertam Dragster aku pecut nak mampos sbb nak berbuka gak dgn hubby. Masa aku balik ari tu mana sempat jumpa dia + mlm ni dia masuk awal sbb syif mlm. Laju gak aku bwk, tp still in berhati2 mode la. Sampai umah 6.45 pm, sempat la berbuka dgn hubby. Masa dok mkn tu la aku cite serba skit apa aku buat kat umah. Sok mintak tlg dia hantar pi kerja sbb nak mintak tolong angkat sekotak kuih bakar yg kawan2 pesan.

Kesimpulannya, aku amat2 berpuas hati dgn misi buat kuih raya nih. Aku bwk balik kg 7 balang kecil, and dpt balik 3 balang besar + 6 balang kecil, ok tak? Sume tu bukan aku punya sorang, nak bagi kat MIL pun termasuk la tu. Esok hari terakhir kerja, pastu dah start cuti. Bonus pun dah masuk semlm, alhamdulillah. Yang nak balik jauh, bwk keta bebaik ek. Yg nak naik 'belon', make sure anda on time satgi kena tinggal lak...hehehehh. Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca blog ini.




|
Shida blogged @ 4:06 PM



Wednesday, November 03, 2004

Macam-macam

Lilypie Expecting a baby Ticker

Hari ni sambung sesi presentation oleh students. Out of 4 groups 3 dah selesai, 1 lagi ada masalah sbb tak buat backup copy. Aku bagi masa sampai ptg ni je kalau tak 0, telur ayam F- . Dah berbuih mulut aku ni dok pesan buat backup, tp buat pekak. Bila dah jadi camni baru nak nangis sume. Tegas ttp tegas...markah dah nak kena submit soon, so takleh bagi muka sgt.
Teethy Last night hubby bagitau mlm ni pakat2 dgn kawan dia nak berbuka di Kuala Perlis, syurga seafood. Masa aku dok Arau dulu, buleh dikatakan tiap2 bulan agenda makan2 di Kuala Perlis tu wajib. Pizza Parlor 2 Kat situ kena pandai pilih kedai, baru puas hati. Aku ni pun kira nasib baik je sbb masa first time singgah kat situ dah masuk kedai yg sedap. So sampai la ni dok masuk kedai yg sama, sampaikan selalu diberi diskaun. Kat KP tu mmg byk sungguh pilihan, kena tanya sapa2 yg kenal. Kalau takde sapa2 main tembak jelah. Ikan dia mmg fresh, masakan dia sedap and harganya jauh lebih murah berbanding kedai2 makanan seafood yg aku penah pi. Aku penah sampai Teluk Tempoyak kat Penang. Situ pun best gak. Ikan dia siap lompat2 lagi masa nak pilih tu, mmg fresh gile. Tapi tula harganya mahal skit, mungkin la ni situ dah jadi tumpuan. Kat Alor Star ni aku penah pi la Perindu dan Samudera (sapa dok AS tau la). Tp kekadang masakan tu tak ok gak, harga pun mahal. Aku and hubby (dan sesapapun rasanya) mesti nak yg terbaik bab2 mkn ni. Memandangkan kitorang lebih berpuashati dgn masakan dan layanan di KP, kitorang sanggup menempuh perjalanan hampir 1 jam ke sana demi mendapatkan makanan yg best. Hubby bagitau yg diorang dah pilih restoran Zaina Ikan Bakar, quite famous la kat situ. Aku tak kisah papepun, janji suasana ok dan tak kelam kabut. Almaklumlah, bila nak mkn ramai2 ni setiap sorang tu mcm pe'el. Teringin nak ajak hubby berbuka kat hotel ke mana ke. Mcm best je dok baca blog kengkawan yg berbuka+reunion kat hotel, dpt mkn mcm2 dan byk plak tu. Nanti nak pujuk hubby gak la....
Family Road TripSok ptg aku akan balik ke Penang dgn Nayli sbb nak operasi kuih raya. Ajak hubby dia kata kena kerja, cari duit lebih skit. Lagipun nanti raya kilang tutup seminggu so takde can nak keja. Suka ati la, janji aku nak balik Penang gak buat kuih raya. Nak hangkot kuih fav aku bebyk. Mudah-mudahan perjalanan sok takde masalah. Oh ye, on the way akan fetch my mom di Teluk Air Tawar sbb dia amik cuti hari Jumaat nak operasi sekali heheheh. Kalau aku tak sempat update sok doakan perjalanan aku pergi dan balik. Selamat bercuti hujung minggu dan bergembira semasa sesi shoppping-mopping ye. Off The Rack

With All My Love




|
Shida blogged @ 1:13 PM



Monday, November 01, 2004

Interview

Lilypie Expecting a baby Ticker
Raise The Roof 1 Salamssss sume.....hari ni cam bosan jek. Tp ada agenda penting iaitu interview di OUM sbg part time tutor. Ok la kan, buleh la tambah pendapatan skit2, tu pun KALAU dapat...Aku sampai kat tmpt tu 8.45am. Terus register, and luckily aku tergolong dlm kumpulan yg awal. Tapi yang tak menariknya masa fill in form tu aku yg ke-4, 3 yg di atas tu semua ada Masters.... Cam tak de harapan jek...terasa sungguh kecil diri ini di kalangan applicants yg lain. Dah tu kalut skit sbb masa staff diorang call bagitau ada interview, diorang cuma suruh bwk salinan sijil+gambar, tp tak bagitau berapa. Bila diorang kumpulkan sijil2 sume baru aku tau kena ada resume sekali, dah tu nak 2 salinan lak tu. Ingatkan aku sorang rupanya aa yg lain, maka berpusu2lah kami ke kedai fotostat. Before interview ada cam ujian bertulis skit. Masa interview tu diorang tanya soalan2 yg berkaitan subject and post yg aku mintak. Cam teruji pun ada gak nak jawab permasalahan yg diberi, tp oklah. Aku berserah pada takdir sbb applicants ramai dan melibatkan byk fakulti. Dah tu seme jauh lebih berpengalaman dari aku. Takpela kita tunggu jawapannya nanti.....
Cool
Lepas interview aku masuk semula opis. Tenangkan perasaan dgn membaca blog2 kengkawan. Dah ok baru sambung marking skit. Sebelah ptg ada student nak buat presentation system. So aku prepare apa yg patut such as booking lab and provide LCD projector. Ok la sistem diorang tu, asalkan memenuhi kehendak subjek. Esok ada lagi 4 group akan present sebelah ptg sbb pg aku kena jaga exam. Esok hari terakhir exam...YAHOOOOO!!! Bukan setakat student merdeka, lecturer pun merdeka sama...heheheh. Tadi hubby call bagitau nak berbuka umah tok kat Sg Tiang. Tak tau nak kata apa dah, dah abih pusing sume patah balik kpd destinasi awal. Ok gak sbb ari ni aku cam malas masak, tapau jela. Oh ya, hari ni gak dpt kerepek bawang+pisang+gunting yg aku pesan. Aku beli sekali besar sbb nak bahagikan 2 umah. Dah mula dpt kuih raya dah....tp event terbesar adalah hujung minggu ni, buat kuih raya kat kg. Siap amik cuti lagik....London Almond, Choc chips dan beberapa biskut yg lain. My fav are those two....yg lain skit2 je. Opsss dah time nak balik....jumpa lagi ye.






|
Shida blogged @ 4:02 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com