Flower Dreams
Monday, November 08, 2004

Mari buat kuih raya.....

Lilypie Expecting a baby Ticker

Setelah tiga hari bercuti, bukan untuk berehat tapi untuk berjuang menyiapkan kuih raya yang digemari, akhirnya dapat gak aku kembali ke arena memblog ini. Mmg penat tapi aku puas hati sbb dpt apa yg aku nak.


Aku bertolak Khamis petang lepas balik kerja half day, around 2.30 pm gitu. Aku balik ngan Nayli je sbb hubby keja, kalau nak tunggu balik sekali dgn dia alamat tak jadik la kuih raya aku. Nasib baik Nayli ok on the way, walaupun tak tido tp mood dia ok. Cuma letih je aku nak menjawap setiap kali dia tunjuk ke benda2 yg attract dia sepanjang jalan. Yang dia pandai,"Tu...tu...tu" sambil dok tunjuk kat mana2 tah. Aku pun cerita la " Tu traffic lights.....tu van...tu treler". Setiap kali aku cakap, bagi jawapan, dia tersengih2...suka kot dpt apa yg dia nak tahu. On the way hujan lebat nak mampos kat Gurun, so slow la skit. Target nak sampai Telok Air Tawar (amik mak) around 4.30 pm. Alhamdulillah, sampai di Kolej Kemahiran Tinggi MARA seperti yg dirancang. Sementara tunggu mak settlekan keja skit lagi, kitorang jejalan kat pasaraya kat sebelah, cuci mata je.
Family Road Trip Lepas cukup time, kitorang berangkat ke Balik Pulau. Nasib baik tak jem kalau tak alamatnya berbuka dlm keta la. Sebelum sampai umah singgah kat pasar ramadan, tapau je sbb mmg tak sempat nak masak pape. Sampai kat umah abah dan adik tgh pulun kat dapor masak nasik+ buat air+sayur. Lepas berbuka, solat maghrib kitorang rehat jap tgk buletin utama. Kul 9 dah start misi kuih raya. Malam tu mula dgn yg senang dulu iaitu coating Almond London. Buat cara senang je, masukkan doh AL yg kosong dlm cup, cairkan coklat, masukkan dlm botol kicap kemudian picit je atas doh tadi. MMg la tak salut keseluruhan, tp sekadar buat nak mkn sendiri buleh la....kalau tak mesti comot gila.










So mlm tu dpt la dlm 400 biji camtu. Rupa2nya my mom ada gak jual kat kwn pejabat dia. Katanya balik modal utk buat kuih utk diri sendri.

pagi lepas sahur terus mula operasi Biskut Kacang sampai 11.30 am. Penat weyyy tapi pueh hati bila tgk hasilnya. Nayli plak nasib baik ok. Dia ni asyik dok ngekor tok wan dia je. Lepas tok wan pi keja dia dok diam jap, cam sedih je sbb tak de sapa nak layan dia. Me, my mom and my lil sis pulun sungguh2 sampai siap. Aku tinggalkan jap buat kuih, mandikan Nayli bagi susu then sambung balik. Around 10.30 camtu dia cam ngantuk je, aku gi tidokan dia sekali dgn aku terlelap. Sedar2 Nayli dah lena, aku bangun cecepat sambung keja. Lepas dah selesai sume, kemas2 and rehat. Ptg tu sibuk dgn juadah berbuka plak. Mlm lepas berbuka sambung balik biskut lain pulak, Biskut Cornflakes. Sampai kul 12 tgh mlm.

Pagi cam biasa lepas sahur dah start. Kali ni Biskut Chocolate Chips. Abih cam biasa, tghari baru siap. Mlmnya pulak buat Biskut Kelapa, sampai tgh mlm. Sian kat Nayli tak de org layan sgt tp dia main la sorang2 sbb tok wan pi terawih plak.

Pagi ni misi terakhir sbb ptg sblm berbuka dah nak balik AS. Buat Biskut Chocolate Chips lagi sbb tak cukup. Lepas dah abih sume, lega rasanya. Puas hati sbb aku dpt setiap sejenis satu balang besar + nak bagi kat MIL lagi.

Petang tu bertolak balik around 4 pm. Kena hantar my mom ke umah sewa dulu. Before that mak nak singgah pasar ramadan beli serba sikit juadah. Masa ni Nayli poo plak. Nampak gaya nya kena bersihkan kat umah mak la. Lepas dah selesai sume, aku pun bertolak ke AS. Masa tu aku tgk jam dah 6.05 pm. Mcm tak sempat je nak berbuka dgn hubby. Aku call hubby awal2 suh masak nasik + beli lauk skit2. Dari tol Bertam Dragster aku pecut nak mampos sbb nak berbuka gak dgn hubby. Masa aku balik ari tu mana sempat jumpa dia + mlm ni dia masuk awal sbb syif mlm. Laju gak aku bwk, tp still in berhati2 mode la. Sampai umah 6.45 pm, sempat la berbuka dgn hubby. Masa dok mkn tu la aku cite serba skit apa aku buat kat umah. Sok mintak tlg dia hantar pi kerja sbb nak mintak tolong angkat sekotak kuih bakar yg kawan2 pesan.

Kesimpulannya, aku amat2 berpuas hati dgn misi buat kuih raya nih. Aku bwk balik kg 7 balang kecil, and dpt balik 3 balang besar + 6 balang kecil, ok tak? Sume tu bukan aku punya sorang, nak bagi kat MIL pun termasuk la tu. Esok hari terakhir kerja, pastu dah start cuti. Bonus pun dah masuk semlm, alhamdulillah. Yang nak balik jauh, bwk keta bebaik ek. Yg nak naik 'belon', make sure anda on time satgi kena tinggal lak...hehehehh. Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca blog ini.





Shida blogged @ 4:06 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com