Flower Dreams
Thursday, July 28, 2005

Kenduri kesyukuran dan terubuk masin

Lilypie Expecting a baby Ticker
Phewww....setelah sekian lama menyepikan diri, baru hari ini berkesempatan nak mengupdate. Sungguh tak disangka2....kerja datang sekali melambak kena settle. Sekrg ni pon ada lagi yang masih belum siap, tapi gatal pulak tangan nih nak mengupdate.

Kenduri

Walaupun kisah kenduri ni dah agak basi, tapi aku nak cerita jugak. Sebenarnya MIL yang suarakan nak buat kenduri sempena BIL#5 dpt masuk IKM. Aku tak kisah nak buat kenduri tu, yg aku tak tahannya......apsal nak buat kat rumah aku??? Mmg pelik mulanya, tp bila dgr cadangan hubby nak buat sekali harung dgn kenduri masuk rumah baru nih, aku terdiam sejenak. Mmg byk benar perkara yang aku tak setujui bila melibatkan MIL. Bukan sengaja cari salah, tp mmg bertentangan dgn pendirian aku nih. Boleh tak bayangkan, MIL suarakan perihal kenduri ni hari khamis...majlisnya nak buat hari Jumaat....LOGIK TAK???? Apa dia ingat dia je ada kawan?? Dia je ada jemputan?? Abih aku dgn hubby tak dok kengkawan ke???

AKu tak pedulik...aku racun hubby habih2 suh kenselkan kenduri nih. Kalau MIL nak buat terketaq2...buat la kat umah sendirik....bakpe sibuk2 kat umah org plak....dah la bgtau LAST MINUTE...ini aku paling pantang!!! Hubby pon cam serba salah memula...yelah...benda tak plan, mana nak uruskan mkn lagi....jemputan lagi....heeee...nak naik minyak aku!!!! Tp aku sabar....aku call mak aku beritahu pasal kenduri nih. Sbb mak pernah suarakan dulu, kalau nak buat kenduri masuk umah, dia nak join sekali. Bincang punya bincang, akhirnya dpt kata putus buat jugak kenduri kesyukuran tu kat umah aku....tp seminggu kemudian. (gilo ko nak buat dan2???).

Pendek kata, kenduri yang dirancang tetiba tu memuaskan hati semua pihak....aku dan hubby buleh jemput sedara-mara berdekatan. Walaupun sesetengah agenda yang berlaku pada hari tu aku tak setuju, tp terpaksa aku telan walaupun pahit. Dan tanpa segan silu, aku telah me'laser' pada MIL sendiri bila dia tgh sibuk dok membungkus lauk utk sedara mara dia....sedangkan time tu org tgh ramai berkunjung. Kalau lauk tak cukup camno??? Aku tak mau peristiwa kenduri kawin aku (sebelah hubby) berulang kembali. Tetamu yang datang hanya dijamu sambal telur sbb lauk kenduri dah lama licin. NO WAYYYYYY!!!!! Paling aku hot....sebelah mlmnya, sblm MIL balik, dia sempat percik2kan air yasin ke segenap dinding rumah aku. Lagi laaaaa aku hot!! Dgn hubby sekali naik minyak. Pada pandangan aku bukan cam percik lagi dah....dah sampai tahap simbah terus. Hubby tegur mak dia sendiri (aku tak hasut okehh) supaya berhenti dari buat kerja tu. Come on laa........aku ingat sebagai seorang ustazah, dah tak amalkan benda2 yang pada aku bukan WAJIB dan SUNAT dlm tuntutan agama. Kang tak pasal2 dinding umah kitorang kotor. Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...geramnyeeeeeeeeee...

Lantaran kenduri ini jugak, aku MC keesokan harinya. Sakit badan, pinggang segala. Dah tu nak kena kemas dan basuh periuk belanga semua. Ni yang aku tak suka bila umah kita jadi tuan rumah. Semua pakat blah balik, yang nak sakitnya aku jugakk. Nasib baik mak, abah dan adik aku stay sampai esoknya...sbb Penang cuti sabtu ahad. Legossss....

Terubuk masin

Mak dan adik aku baru balik dari Sarawak hujung bulan lepas. Aku ada la pesan tikar dan pasu dari sana. Penah dengar org bercerita pasal terubuk masin nih, tapi aku tak amik pusing sangat. Pada aku semua ikan masin sama jek rasanya. Selepas hari kenduri tu baru aku sempat merasa dgn aman. SEDAP!!! Lain dari rasa ikan masin biasa nih. Tak la masin sgt, pastu ada masam2 sikit. Ishhh....kiranya mkn ikan tu dgn nasi + goreng bawang besar dan cili kering pon dan cukup pada aku. Bertambah2 aku mkn nasik. Heheheheheh....diet pon tah ke mana. Mak ada bagi sekor terubuk masin kat aku. Seminggu jek dah abih....hehehe. Hari ni adik aku nak balik Penang. Aku bagitau mak, kalau ada lagi ikan tu nak lagi....hahahhahahah. Mmg dasat penangannya....Tak percaya?? Try dulu....baru tau beb.


|
Shida blogged @ 9:52 AM



Wednesday, July 06, 2005

What happen????

Lilypie Expecting a baby Ticker
Grrrrrrrr....apa la yang telah berlaku pada blogspot plak nih?? Mana entry aku pasal gi Kuantan tuh?? Iskkk....iskkk....sungguh penat aku menaip. Biarlah...tak nak buat keja 2 kali. Sebenarnya byk benda yang aku nyatakan dlm entry tu...nak cerita balik??? ishhh, tak larat lah. Biarlah yang lepas tu ek.....


So, kelmarin pelajar2 baru mendaftar. Sungguh tidak disangka bilangannya...nearly 200. Dan seperti yang dijangkakan, proses pendaftaran jammed di kaunter bayaran. Sudah dinyatakan masalah ini dari awal, tapi endah tak endah saja. Kesannya, ada parents yang terpaksa menunggu dari pukul 10 pg sampailah pukul 5.30 ptg...baru selesai semua. Buleh bayangkan tak camana kelam kabut situasi kat sini. Pulak tu ada parents yang mengeluh proses pendaftaran lembab, dan byk buang masa...sbb mereka kena bertolak balik immediately lepas pendaftaran nih. Hmmmm...aku cuma buleh ckp SABAR..... Dan kelmarin, masing2 balik pukul 6++....soooo exhausted..

Hari ni pulak pendaftaran pelajar lama kursus DIT sahaja. Kaunter yang sama jugak bermasalah. Rasanya lepas nih kena buat post mortem untuk registration yang akan datang. Esok another registration untuk kursus DSRK pulak. Nasib baik la baru ada 2 kursus (major) kat sini...kalau 10 camno??? nak kena spend 10 hari untuk registration??? sungguh tidak efisienn!!! Dah keja dgn edu. institution camni la ceritanya kan. Cerita pasal student...pasal result...pasal subjek...pasal exam...nak cerita apa lagi dok??

Pasal kehidupan harian, cam biasa jek. Cuma aku dgn hubby baru me'ramai'kan isi rumah kami dgn pokok2 hiasan. Pokok hidup la. Semua ni idea dari majalah Anjung Seri dan Impiana. Sebenarnya kami berdua nih mmg tak minat langsung bercucuk tanam nih, tp bila tgk dlm majalah2 tu tiba2 minat timbul. Buat masa nih baru 3 jenis pokok dibeli dan akan ditambah sejenis 2 lagi.....heheheh..tak tau la pelik ke tak, dah la tingkat bwh tu hanya terbentang karpet dan set meja mkn jek...tetiba diselit pokok2...pelik tak ek?.....Selain dari pokok2 tu kitorang pon beli rumput karpet untuk ditanam belakang rumah. So, semua pokok2 yang aku tanam kena transfer ke dalam pasu....ok gak. petang atau hari cuti ada la jugak aktiviti yang perlu dibuat....siram pokok la, gembur menggembur la..... and progress rumput yang kitorang tanam tu amat memberangsangkan. Dah nampak 'mereka' keluar menjalar untuk membesarkan lagi populasinya.....hehehehe.

Satu benda lagi nak citer. Ada sikit kecik ati dgn hubby. Sekrg nih hubby keja syif malam, kebiasaannya aku akan masak awal pg untuk lunch. Menu kelmarin adalah ikan merah + kembung masak sweet sour. Saja campur ikan2 tu sbb bekas simpanan dah penuh. Punya la semangat aku dok ingat nak balik mkn ptg semlm. Dah la mmg tak sempat nak menjamah mkn dgn sempurna kelmarin, sibuk punye pasal. Sekali aku balik tgk tinggal kuah jek....abih semua ikan dia sapu.....isk...iskk...mmg la aku hanya sempat masak satu mata jek, tp tinggal la kat org belakang sama. Bertuah sungguh suamiku ini. Aku hanya mkn nasik berkuahkan sweet sour dan telur goreng....uwaaaaa sedihnya. Lapar punya pasal hentam sajaa. Dan letih punya pasal, aku tertido masa tgh tgk diari AF. Sedar2 dah pukul 12. Browse channel, rupa2nya ntv7 ada shaolin soccer.....arghhhh...ruginya. Takpolah, takdok rezeki. Nayli pon dah ghaib, aku semayang Isyak then landing2 sambil tgk movie....tak sedar bila aku lelap.....sedar2 dah kul 6....buleh gitu?? Hehehehhhe....

|
Shida blogged @ 2:38 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com