Flower Dreams
Sunday, May 28, 2006

Cabaran bermula

Lilypie Expecting a baby Ticker
Hari Jumaat dan Sabtu aku kena bertugas di kaunter pendaftaran terbuka. Walaupun calon yang datang tak sampai 10, tugas tetap tugas. Nasib baik half day saja. Kemarin lepas bertugas aku sefamili balik Pendang, bg memenuhi hajat mak mertua suruh lunch di rumah. Malangnya nasib kami masa sampai sapa pon takdak. Call tanya rupa2nya ada di rumah mak lang yang tak jauh dari rumah tu. Nasib baik la. Bila dah masuk rumah, rasa pelik. Pastu baru mak mertua bgtau, dia tak masak lagi. Iskkk, aku nak nangis betul time tu. Dah pukul 2 lebih time tu. Punya la sanggup tak makan di opis tadi sbb nak mkn sekali, rupa2nya......Nasib baik aku amik jugak nasi ayam untuk petugas. Aku hantam itu jelah. Hubby ok la...dia dah mkn kul 11 tadi, aku nih....iskkk sedih beb. Seperti biasa, mak akan buat kalut2 nak pesiang ayam nak masak nasi seme. Aku diam jela.

Lepas aku siap2 makan seme, duduk kejap then beransur sebab hubby dah janji nak bwk ke klinik utk scan. Sampai kat klinik pakar tu nasib baik la tak ramai sgt, tunggu dlm 1/2 jam gitu. Masa scan perut mmg tak nampak sgt saiz janin, so tak buleh nak ukur dah berapa minggu. Then Dr tu cakap nak scan bwh. Ayooo, terkujat aku sbb tak penah lagi scan endovaginal nih. Cara camtu baru buleh nampak babyku dgn jelas. Cinonit lagi, baru 6 minggu gitu. EDD 16 Januari 2007. Tahun depan la tu. Balik dari klinik terus check kalendar jantina. Keputusannya.....jeng jeng jengggg, maybe pompuan jugak. Alhamdulillah, aku syukur je mana2 pon. Rezeki Tuhan nak bagi. Maka dengan ini akan bermulalah episod alahan yang tak tau lagi teruk ke tak. Hopefully tak seteruk awal dulu.

Itu cabaran yang pertama, yang keduanya pasal gaji. Company aku ni apesal la suka bagitau last2 minit. Selalunya gaji dah masuk as early as 25th every month. Bulan ni dah sampai pekeliling, mulai bulan ni dan seterusnya gaji akan masuk selewat2nya akhir bulan. Aduhhh...payah la camni. Apsal la baru decide sekrg ek? Yang ada komitmen nak byr loan sebelum tarikh tu cemana?? Maybe diorang ada alasan sendirik, tp janganla bgtau last2 minit camni. Kecewa sungguh la sejak akhir2 ni. Tu tak masuk lagi bab perubatan. On paper ada peruntukan bersalin RM2000 sorang, syaratnya bersalin di GH. Hmmmm...sampai hari ni tak penah la dgr kos bersalin kat GH capai ribu2. Even ceasar pon baru RM100++. Kes terbaru pasal peruntukan bersalin ni, dah 2 orang kawan aku dimalukan di GH sini sbb tak nak terima guarantee letter company kitorang. Alasannya, company ni masing berhutang dengan diorang. Camno tuh? Pelikkan, dah tak de duit sgt ke ek company nih? Sedih laa.....

|
Shida blogged @ 4:45 PM



Wednesday, May 24, 2006

Dah berzaman

Lilypie Expecting a baby Ticker
Sungguh lama rasanya ruangan ini ditinggalkan. Byk kekangan..., masa....mood kerja...cukup lengkap la tu. Sekarang ni baru betul2 relaks sikit. Byk perkara berlaku sepanjang 'kesunyian' ruang ini. Dalam byk2 tu, ada jugak yang meninggalkan kesan sampai sekarang. Antaranya, rumahku dimasuki pencuri. Sedih beb, barang2 kesayangan hilang. Walaupun bukan emas permata, tp gelang2 kristal yang aku kumpul sume dihangkot. Takpelah kan, takde rezeki. Cuma sampai sekarang aku fobia kalau hubby takde kat umah. Sah2 rumah aku terang benderang sampai siang.

Tapi kata orang ada hikmah disebalik kejadian. Selepas peristiwa buruk tu berlaku, aku dan hubby dapat berita baik yang mmg aku tunggu2 dari tahun lepas. Menambah ahli keluarga le, apa lagi. Aku sampai dah malas nak ke klinik atau buat self-test, sbb takut kecewa. Tapi kali ni mmg positif, alhamdulillah. Cuma tak tahu lagi dah berapa minggu, kena gi scan plak. Klinik kat bwh ni rosak plak. Pikir2 balik kes aku ni macam pernah berlaku kepada salah sorang mommies. Aku tau pon melalui blog dia la.

Hmmm......Nayli ok. Sekrg ni dah kena sentiasa ingatkan dia bakal jadi kakak. Takleh manja2 sgt dah. Bila tanya nak adik tak? Jawabnya NAKKKK. Berapa org? DUAAA. Hehehe...ok la tu kan, tak ramai sgt. Mau kata seploh ke, pengsan woo. Dia kata nak adik lelaki. Aku tanya lagi, nak bagi nama apa? Cepat ja jawab....IRFAN!! Tak lain tak bukan pengaruh drama NATASYA la tu. Hensem la kot 'Irfan' tu, sampai buleh ingat sedia namanya.

Oklah, nak lunch dulu. Cepat lapor sekrg nih, tp tak lalu nak mkn. Sumbat gak le skit pon (errr...2 bungkus nasi lemak kira skit ke??). Ni nak hantam nasik lagi, skit je tak byk.Hehehe....

|
Shida blogged @ 12:38 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com