Flower Dreams
Saturday, July 31, 2004

Hari yang tenang

Lilypie Expecting a baby Ticker
Hari Sabtu memang best, sbb takde kelas. Cuma prepare skit2 utk kelas esok dan the whole week. Hari Khamis lepas mmg sibuk walaupun takde kelas, tp kena settle result students. Balik pun lambat skit, about 2 pm (half day}. Tp best giler sbb keja dah siap.

Yesterday ada sale kat Billion (dkt umah je). Buka sampai midnight. Dah bagitau hband nak pi jugak sbb nak beli brg dapur yg dah nak abih. Tup-tup mak mertua dtg ptg tu, mmg tak pi la. Lebih malang lagi Hband kena masuk keja kul 7 pm sbb ada kwn dia MC (slalu camtu dah maleh tu amik MC je). Mmg muncung gak le. Tak kira, mlm tu jugak lepas maghrib pegi jugak shopping dgn my daughter. Letak dia dlm troli tu pastu bubuh apa yg patut. Brg yg dibeli pun agak byk, sian anak mama sorang tu mcm tak selesa dok dlm troli yg penuh dgn barang. Nasib baik ada promosi biskut "teddy bear" promoter tu bagi kat Nayli, suka die. Tenang la sat. Pastu pi bhg baju baby, issshhh tak thn tgk baju yg kiut2, terus borong 5 pasang (RM60+). Kira murah le tu, shopping utk anak tak pe lebih puas ati. Org keliling dok tgk semacam je sbb tolak troli yg penuh brg, pastu sorang lak tu.Org lain ada yang dtg tanpa suami tp ada yg bawa mak la, adik la sebgai teman. Ni dtg sorang bwk anak, borong byk lak tu mmg rasa independent sgt (chewah). Kalau nak tunggu hband alamat terlepas lah peluang keemasan beli brg murah. Nasib baik ada staff yg tunggu kat escalator utk angkut brg ke bwh(dua tingkat and takde lift). Pastu balik, salin baju Nayli(sbb comot dgn biskut). Buat susu and tidokan dia. Lepas dia lelap baru mula mengemas barg yg dibeli, and iron baju utk keja sok (arini).Pas dah selesai suma, tgk tv jap, bukan kejap la around 2 am baru tido.

Terlewat skit bangun, nasib baik suma dah siapkan semlm so taklah kalut sgt. Dtg opis lengang sgt, ada yg cuti, dengar taklimatlah dan yg hilang terus pun ada. Biasala kan ....manusia. So, kita kena keja and cukup time kena balik. Thats it.

|
Shida blogged @ 11:35 AM



Wednesday, July 28, 2004

Hari yang bz....

Lilypie Expecting a baby Ticker
Hari ini adalah hari yg paling "packed" utk tiap2 minggu. Kelas bermula 9 - 1 pm rest sampai kul 2pm pastu sambung sampai kul 4pm. Kiranya pada ari ni kilang air liur bekerja sakan. Kena pulak waktu lab , ke hulu ke hilir kalau student ada masalah. Mmg dasat la ari ni....nanti balik nak mintak tlg hband picit la, lenguh bahu ,tangan, kaki senang cakap satu badan lah. Mlm ni nak rest puas2, tido seawal mungkin then tomorrow will be a new day....balik dulu....

|
Shida blogged @ 4:46 PM



Monday, July 26, 2004

Hari yang nyaman

Lilypie Expecting a baby Ticker
Bangun pagi disambut dengan hujan yang lebat. My husband terkandas takleh pi keja dgn moto. Org dah pesan suruh beli baju ujan tak beli2 sampai sekrg nih. Yang kena antar tak lain dan tak bukan kite la. Its okay utk hband tercinta sanggup buat apa saja, walaupun terpaksa sampai lewat ke pejabat. Bila kena mcm ni rasa cam nak bangun kul 4 pg je, settlekan semua kerja kat umah. Yelah, nak masak nasi Nayli lagi, nak mandikan dia ,sapu sampah kat umah lagi (sekrg ni byk serangga), ish rasa cam tak cukup masa je.

Sampai pejabat lewat 2 minit, merah lagi la punch card. Takpe, tak sengaja....jgn biasakan dtg lambat, tak elok utk motivasi diri. Nasib baik bhn utk ngajar kelas pagi nih dah siapkan awal. Kalau tak mmg kalut la pagi ni.

About 11 am adik call minta tolong poskan soalan exam. Katanya kat tempat dia kurang soalan2 yang lepas. Nampak gayanya kena pos esok sbb ari ni kelas full. Ni baru ada masa nak duduk mengadap komputer sambil minum milo panas. Cuaca camni minum air panas mmg terangkat....ditambah pula dgn cempedak goreng perghhhhh, sedap beb. First thing bila ngadap pc check email....pastu tgk fotopage....sesekali tu boring2 best gak tgk gambar2 yg ada kat sini. Kalau kategori blog pulak suka baca yang Kak Rini nye, sempoi...dan best. Cerita pasal si dobot yg baru turn up 1st year mmg menarik. kite pun minat sungguh kalau bab shopping nih, nak pulak baju si kecik. Sekali beli tak kurang dari 3 pasang, tak masuk hair accessories lagi tu. Walaupun Nayli tak byk rambut tp nak hias jugak ikut kesesuaian. Kekadang tu mama dia pun tumpang sama masa kat umah....hehehehe....Kalau kat sini (Alor Setar) suka berkunjung ke "Kasih Ibu" berbanding "Anakku". Harganya tu berpatutan la kan. Kiranya RM 50 buleh la dpt dlm 3 pasang. Kalau Anakku sepasang je, so dlm bab ni kena bijak memilih.

Hari ni gaji adh masuk, maka buleh la plan nak beli baju apa lak utk si kecilku. Siapkan dia cantik2, pastu amik gambar and published dlm fotopages....best kan? Tgk la dlm minggu jugak ke nak masukkan gambar baru gak. Choww....

|
Shida blogged @ 1:30 PM



Sunday, July 25, 2004

Akademi Fantasia .......

Lilypie Expecting a baby Ticker
Last night konsert akademi fantasia. Baru buleh tgk dgn tenang sbb last week balik penang, so balik mlm. Punya excited nak tgk hband cakap nak makan mee bandung. Nasib baik dah beli brg, maka masak la lebih kurang. Rasa tu biasa je....elok siap je Nurul tgh nyanyi lagu Lucky (Britney Spears) tak sedap pun (hhehe jahat kan) tersedak masa mkn mee. Komen pengetua akademi tu betul, dia nyanyi cam lagu melayu tak omputih langsung. The rest cam biasa je, tp yang best tu Zahid la fuhhh terangkat....go on Zahid, you can do it.

Selesai makan, kemas, buat laundry and sambung tgk tv. Bentang toto kat ruang tamu tu, tutup lampu maka lemah la si Nayli tu. Bila tenyeh2 mata tu menunjukkan tak lama lagi lelap la tu. Tup2 tgk dah lelap pun dia....dah abih konsert, mama dgn abah tgk movie lak kat channel lain....lewat gak tido. Rerasa tu after 12 gak la sedar2 tv dah off sendri. Pagi ni terlewat skit bangun, kalut ya rabbi...mana nak sidai baju lagi, masak lagi mandi nayli lagi....sampai opis pun dah lewat....takpe la nak buat camne, bukan sesuka ati dtg lewat.

Tgk2 schedule class pepagi lak tu, pastu sampai ptg lak tu....end of day nanti mmg pengsan terlepek....takpe takpe.....demi anak bangsa aku sanggup berikan segalanya (chewahh)....

|
Shida blogged @ 11:37 AM



Saturday, July 24, 2004

Weekend

Lilypie Expecting a baby Ticker
Last Thursday suppose to be half day, but because of student assembly kena balik lambat skit. Nayli akan diambil oleh abah dia at 1 pm, pastu pepandai la abah dia jaga. Assembly abis around 4 pm, terus call hband sbb dia yg antar tadi. Katanya Nayli tak mau tido dari kul 1 sampai la skang (4pm} asyik nak main je. kejap letak stoking atas kepala la, kejap lompat atas perut abah dan bila dah jemu sengaja baling bantal busuk ke bawah sebab nak turun. Dasat tul anak mama sorang nih....

Balik umah rehat2 jap pastu hband ajak mandi kat Titi Hayun....best gak tuh. Sesekali rendam Nayli dalam air bukit pun best gak. Jarak dari umah tu buleh tahan la...about 1 hour journey. Baru naik kejap je keta terus hanyut si Nayli nih. Letih sgt kot dok melompat kat umah tadi. Elok sampai je dia terjaga dari lenanya. Nasib baik orang tak ramai, senang skit nak carik tempat...best woooo sejuk amat.....sampai menggigil si Nayli, tp kaki masih nak main2 dengan air walaupun dah biru kaki tangan. Mandi tak lama, sbb sejuk sgt. Salin baju pastu balik. sempat lagi singgah minum air nira on the way balik. Area YAn tu mmg byk org jual nira nipah. Dah minum tu rasa kenyang mcm tak mau mkn seminggu.

Friday, nothing special happened. Hband keja half day, pastu balik umah tok dan mak mertua (pendang). Oleh kerana dekat dan tomorrow keja, maka balik ari je. Dah balik kg tu biasa la tok dan tok wan nak bermain2 la dgn cucu, tp si Nayli ni mmg tak suka kat org yg tak penah/jarang jumpa kalau meraung tu siap nampak anak tekak lagi. Mmg dasat dan berhati2 anak mama nih....mlm hband gi main badminton, lepas tidurkan Nayli layan tv jap sementara tunggu jaguh badminton balik....around 2 am baru tido.....semenjak ada Astro nih selalu tido lambat, bukan apa sebab tak ngantuk.....tak kan nak paksa kot.

|
Shida blogged @ 9:10 AM



Thursday, July 22, 2004

Class..class...and class

Lilypie Expecting a baby Ticker
Today is Wednesday. My schedule is full starting from 9 am to 4 pm (1-2 pm lunch).Memang letih giler la....at the end of the day suara pun dah macam itik serati. Tapi yang penting rasa puas...sebenarnya kite pun tak suka ngajar nih, kalau diimbas kembali cita2 masa skolah rendah/menengah nak jadi doktor ke engineer ke tapi nampaknye takde rezeki...takpela, kalau terlalu memilih nanti kena tanam anggur je payah gak......

Hmmmm...baru lepas marah my students, rasa cam nak makan bebudak tu. Apa taknye, bila kita tanya ada prob ke tak no response, bila bagi exercise pakat2 tiru lak tu, jwapan semua sama je. Sekali keluar mcm mak marah anak, nasib baik takde rotan tadi kalau tak mau hancur isi kite kerjakan. Alah, jgn takutla....kite ni cakap je nak buat tu belum tentu. Yela anak org beb, kang naik court lak. Zaman sekarang ni dah lain, silap sikit je parents dtg serang, eventhough telah terbukti anak diorang salah, pelik kan? Nak buat camna, mak bapak lebih sayangkan anak hingga sanggup mengaburi mata sendiri dengan mempercayai 100% cakap anak. Kalau anak kata pensyarah yang buat salah haa terus serang.....bahaya jugak kerja kami nih, so kalau nak join the club make sure dah ada insurans nyawa ye.

|
Shida blogged @ 1:56 PM



Wednesday, July 21, 2004

I LOVE YOU HONEY.....

Lilypie Expecting a baby Ticker

My beloved husband and our baby..... Posted by Hello


Shida blogged @ 4:41 PM



My husband......

Lilypie Expecting a baby Ticker
All of the sudden teringat kat husband and my daughter, terus masukkan gambar diorang kat sini. Walaupun jumpa tiap-tiap hari, tp masa yang kami spend together rasanya kurang berkualiti. Yela my husband kerja syif bila keja mlm, tinggal la kami dua beranak kat rumah, bila keja petang dia balik keja waktu kitorang tgh mimpi, then esok my turn go to work, balik keja takde sapa.....boring la...keja siang je yang ok, sebab masa kerja yang sama. Kekadang tu kita cuti dia keja gak abis tu camne, mmg kena byk sabar sangat. Ada sampai satu tahap tu voice out kat husband, cari keja lain yg boleh selaraskan waktu keja, tp dia tak setuju. Sekarang ni kena sabar banyak la. Bila dtg rasa boring yang amat, saya bawa anak gi jenjalan, just the two of us. Gi la memana pun, window shopping pun jadik. Sekurang-kurangnya terubat la kebosanan ini. Bila jenjalan tu tgk lak hband & wife jalan sekali dgn anak diorang...syahdu la pulak sbb kita jalan sorang...alah buat tak tau dah la....yang penting kami bahagia.....


|
Shida blogged @ 8:00 AM



Monday, July 19, 2004

Nak masak apa pulak ek??

Lilypie Expecting a baby Ticker
Best gak ada blog nih. Nak nulih dlm diari maleh nak mampus, bila menaip ni lain skit. Bila fikir pasal keja mmg tension, nasib baik la ada si 'gebok' nih (nayli) terubat terus segala duka nestapa. Sayang anak mama sorang nih. Selalu hantar Nayli around 8 am, kalau hband tak keja syif pg atau mlm buleh la tolong siapkan si gebok nih...kalau tak jenuh gak mama, mana nak siap anak, nak siap diri lagi. Ambik balik keja kul 5, selalunya on time punch card tuh tak penah nye lambat tunggu depan mesin pcard tu lagi ada....sbb tak sabar nak tgk nayli, rasa tenang dan tenteram je. Yesterday pengasuh bagitau nayli tak berapa suka makan moi yang mama masak. Mungkin dah jemu kot dengan makanan lembik nih. Tp kalau bagi biskut memang cepat je abis.Nampaknye lepas nih kena reka resepi baru kot....

|
Shida blogged @ 1:40 PM



Tuesday, July 13, 2004

Wonderful life

Lilypie Expecting a baby Ticker
This is the date I've signed in. Thanks to Kak Rini sebab perkenalkan blog nih (through fotopages).Kalau tak tgk fotopages kak rini tak tau kewujudan blog nih. Saya sebenarnye tak tau nak caap sgt....nak carik artikel mmg takde masa la....ngajar lagi, cari bahan lagi, buat soalan lagi...cukuplah sekadar meluahkan apa yang berlaku seharian.....

|
Shida blogged @ 3:58 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com