Actually, hari ni kitorang semua kat KPTM AS ni dpt jemputan kenduri kahwin anak tokeh kedai printing kat bwh nih. Kitorang panggil Pak Long. Very baik hati, sampai segan nak gi fotostat atau print apa2 kat kedai dia. Sometimes dia tak amik duit pon. Kebanyakan kad kawin staff2 yg nak menamatkan zaman bujang pegi upah kat dia. Memang dpt special price la. Even my kad yg dikatakan 'glamer' tu pun dia sponsor. Yes, mmg free dan aku tak byr satu sen pon sbb dia takmo accept. Pak Long kata dia mmg dah niat nak sedekah kat aku. Thanks a lot. Sebenarnya aku anggap Pak Long mcm abah aku jugak. Kekadang tu dia sendiri tersasul bahasakan diri dia 'ayah' dengan aku. Aku tak kisah, cuma takut org kata aku cam nak amik kesempatan ja. Pak Long adalah salah sorang daripada insan2 yang tahu masa silam aku. Dia byk bg nasihat kat aku, sampailah aku berjaya mengharungi pahit getir hidup zaman bujang. Bila aku bagitau kat dia aku nak kawin, dia seronok dan terus offer nak print kad kahwin sebagai hadiah kahwin aku. Hanya Allah yang dpt membalas budinya.
Kenduri hari ini adalah perkahwinan anaknya yg no 3 kalau tak salah aku. Anak yang sulong dan no 2 lelaki, still bujang you...hehehe. Kira langkah bendul la nih. Memandangkan anak tokeh kedai printing, maka kad jemputannya jauh lebih hebat la....siap masuk gambar mak dan ayah pengantin lagi.

Bertolak dari opis beramai2 ke rumah pengantin kul 1, yakni waktu lunch. Masa sampai tu org dah ramai, maklumlah waktu lunch. Buffet kat khemah pompuan siap kena beratur lagi nak amik mkn....teringat masa kat sekolah asrama dulu. Lepas mkn, kitorang tak tunggu lama, terus jumpa tuan rumah dan beransur. Bagi ruang kepada org lain nak pi mkn pulak. Menurut DJ yang bertugas, ptg nanti Senario akan dtg memeriahkan majlis. Tak tau la betul ke tidak. Nampak kelibat Huzz, cam kaget sat...heheheh. Tinggi gak orgnye. Balik opis semua dah mcm anaconda kekenyangan. Mmg kenyang sungguh laaa. Rezeki kan......
Ada masa lagi 1/2 jam nak balik. Rasa mcm kejap je pulak mai opis hari nih. Mungkin sebab senang hati kot. Kalau senang hati mmg tak sedar masa begitu cepat berlalu. Esok, janji nak jumpa my fren (yg tempah baju tu..) and have a chit chat. Bos2 kan takdak...maka dunia ini masing masing yang punya....mmuahahahhaha.
Dengan gembira dan penuh excited dia pos kat aku 3 pasang kain utk buat baju. Aku terima bungkusan tu 2 minggu lepas, and last week baru berkesempatan nak bg kat member aku kat sini yg dok amik upah jahit (sambilan, disamping ngajar). Tup2 ari nih dah siap tiga2 pasang. Mmg bagus betul tailor nih, cepat dan effective. Sedap pon sedap, selesa dan sebagainya. Jumlah upah semuanya tak sampai 80 pon...lagila dia excited. Pastu dia bagitau, maybe ada member2 yang lain nak antar sama. Wah wahhhh....buleh bukak cawangan la camni. Bila dah maju sikit kita transfer jadik butik plak, bulehh? Hehehehe....biasalaa....area utara nih still consider murah la segalanya. KL nun dah bandaraya sepenuhnya, kos pon tinggi, kena la pandai2 kalau nak idup. Hari Ahad ni janji nak jumpa, exchange brg : dia dpt baju2 dia, aku dpt baju2 anak aku. Mmuahahahahaa.......sempat lagi order baju anak tuh....
Bila pikir2 balik, meniaga ni best sebenarnya kan? Masalah utamanya adalah TAK MINAT dan TAK BERBAKAT. Seronok tengok orang sekeliling dah berjaya. Income sehari ja dah ribu2 walaupun hanya jual nasi ayam. Sebelum nih ada gak org pujuk masuk Multi Level Marketing nih, tp tak jln sgt la. Jadi dealer utk beli brg kegunaan sendiri je. Nak buat camana kan, mulut nih hanya petah utk mengajar dlm kelas jek, nak ajak org join the club tak reti leerr. Hubby pon camtu. Dia nih penah suarakan, satu hari nanti dia nak berenti kerja, bukak kedai mkn. Aku nih asik dok pandang -ve jek. Takut nak menghadapi risiko. Macam2 aku dengar pasal kedai mkn nih, org dengki la, itu la ini la....Ishhhh letihla nak pikir. Bagi aku, selesa lagi makan gaji. Mungkin org anggap aku nih jenis yg tak suka buat kerja susah2. Bukan camtu, kalau nak kira senang, dok umah goyang kaki je la. Mengajar ni pon dah dikira susah pe. Ntahla....ini memasing nye pilihan lah yeea..
Buat masa ni ini la yg ingin dicapai secepat mungkin. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada jumlah tabungan semasa.
Heheh...Kalau ada duit semua buleh jln. Untuk jangka masa panjang, nak extend lagi ke belakang sampai atas utk dapur basah dan ruang sidai kain kat tingkat atas. Selain tu buleh la melepak sakan sambil minum2 + sembang2 dihembus angin kat tingkat atas tu. Dan juga untuk kitchen cabinet. Kalau buleh nak buat yg elok terus, tp kena tunggu la.
Ishhh...kalau tgk list nih buleh tahan la. Bila thn nak complete?? Kita usaha, tunggu dan lihat yea. 
utk jumpa kaunselor di sekolah2 yg ditugaskan. Aku kena dgn Iena je memula, tp disbbkan Din takdak partner kami join sekali. Jadi semuanya 6 buah sekolah perlu dilawati. Malangnya berjaya settlekan 4 buah ja, lg 2 tak berjaya dijumpai....hehehhe. Serahkan kembali ke unit marketing utk tindakan selanjutnya.
Ok....fotopages dah update. Fotopages pon suka la buat hal kekadang tuh. Tapi sekrg ni ada la masa nak settlekan sume. Baru la rasa tenang dan tenteram sikit. Akan ku manfaatkan masa ini untuk menenangkan fikiran. VCD CSI NY tak cover lagik.....hehehe. Ada peluang la....