Flower Dreams
Saturday, March 26, 2005

Gastrik pulok...

Lilypie Expecting a baby Ticker
Bukan aku laaa. Hubby la ni....dah tau diri tu tak buleh nak berlapar, tp biar jugak. Semua ni berlaku Khamis lepas. Aku kerja half day. Lepas office hour, balik dan rehat jek. Bila hubby balik pon tak sedar, sbb dok mimpi. Heheheh....jaga elok2 masuk asar. Hubby dgn operasi membetulkan rail langsir sbb esok org dtg nak ukur utk tempah langsir. Nayli? Ohoooo...waktu2 begini sudah pandai meminta2 utk keluar beriadah bersama kawan2. Aku siapkan utk ke Pacific berdekatan utk membeli bhn mentah utk sok (dlm kepala,mee bandung...). Turun je, hubby tgh basuh keta pulak. Tangguh sampai lepas maghrib. Selalunya, hubby akan plan nak mkn apa, dan dia akan kuar gi beli (hari kerja kannnn...tak larat masak). Tapi, dia takde pulak bersuara nak mkn apa. Aku tolak sebelah la....dinner mmg 'off'. Lepas beli brg, terus balik. Pun tak bersuara kata lapar ke apa.....pelik. Dah aku nak lelap mata baru bagitau lapar. Kita nak hanyut kan......mana nak berkisah nak turun ke dapur dah. Pastu aku bagitau ada roti jagung kat dapor. Dia bantai abis....lapor benor tuh. Then, tido..zzzzzzzzzz.

Tetiba pukul 2.30am, dia kejut kata sakit perut, memulas katanya. Tp bila ke toilet takde pulak 'pelaburan'nye. Dia suh masak nasik. Ishhhh...aku nak marah jugak, pukul 2 pagi tuuu. Takpe, aku masak nasik dan telur goreng mkn dgn kicap. Itu je yg aku mampu buat di pagi2 buta ini. Masa aku bawa naik, tgk dia dah terguling2 atas katil dlm bilik yg satu lagi. Cam diserang period pain la pulok. Bila aku tanya nak ke klinik tak? Tak nak. Pastu cakap cam nak marah2 kita pulak. Malas aku nak balas. Lepas dah mkn seme, sambung tido. Sok pagi sesudah subuh, hubby bagitau suh masak nasik lagi. Ya Allah, cam nak marah je aku nih, tp sabarrrr. Aku pon masak la nasik berserta sayur campor, chicken ball bersos dan tidak dilupakan telur goreng. Nak wat camana, pepagi nih mana sempat ke pasar lagik. Kesimpulannya, bermula dari breakfast sampai lunch itu jelah juadah kitorang. Hubby dok berulang mkn 2-3 kali jugak. Katanya, dah kurang cuma memulas tu dok ada lagik. Opss, lupa nak bagitau. Sepatutnya hubby keja pagi tp amik MC la jawabnya.

Aku gi kedai beli ACTAL. Pastu suh hubby makan. Aku lupa dah camana aku mkn ubat tu masa aku kena gastrik dulu2. Kalau baca kat packaging dia, kena kulum atau kunyah. Aku pon suh hubby kulum. Nak tergelak aku tgk muka dia menahan rasa 'pelik' ubat tu. Last2, dia telan cam ubat biasa...ekekekke. Lepas zohor, anak dan abah pengsan. Mama? Ke dapor utk operasi mee bandung...hehehe. Tp, aku tumis kuah saja. Bila nak mkn baru panaskan kuah dgn mee+rampai2nya. Sempat la jugak mengagih2kan kepada jiran2. Aku mkn sikit je. Mmg la, kalau aku yg masak mmg tak byk aku mkn. Menjelang maghrib, baru la tukang jahit langsir sampai. Punya la lama kami menunggu. Mmg rezeki diorang la, dpt la merasa mee bandung aku yg tak tau camana rasanya...hehehe. Malamnya, sebelum tido aku tanya hubby, lapar tak? (sedangkan baru pekena sepinggan nasik) Dah kenayng katanya. Tapi perut tak berapa sedap lagik. Aku pon suh dia mkn ACTAL lagik. Terus dia kata dah ngantuk. Ishhhhh....mcm bebudak pulak. Aku gi amik ubat, air then suh dia mkn atas katil. Dia ngelat tak nak mkn. Alasan:ubat tak sedap. Choishhhh....sungguh kebudak2an. Lepas leter baru mkn. Pastu boleh pulak tgk movie lagik, tadi kata ngantuk. Apa punya autaa.....

Sblm tido sempat la aku membaca utk mengajar kelas ganti OUM di IPDA. Aku janji nak diskas soalan semester yang lepas. Alhamdulillah, sekrg all 5 tutorials dah complete. Aku hanya perlu marking assignments and submit those results beserta claim yg amat ditunggu2.....hehehhe. Sapa tak suka dapat duit kan...... Sekrg, tinggal kena buat satu set lagi soalan final. Satu dah siap dgn skema jawapan. Adoiii, letih jugak woooo. Tak tahu la sempat ke tak nak submit on time. Mintak2 la sempat. Kang tak pasal2 kena sound dgn boss. Kepada mommies sekalian, bergumbiralah di hujung minggu bersama insan-insan terchenta. N.


Shida blogged @ 2:56 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com