Flower Dreams
Wednesday, April 27, 2005

Worm viruss??

Lilypie Expecting a baby Ticker
Benda alah ini telah menyerang PC ku. Iskkk...iskkk...terbantut semua kerja. Soalan lagi....paling sedih takleh nak YM dengan kengkawan. Aku dok minta belas ehsan kengkawan utk guna PC jap. Tu pun sekejap2 jek, kang guna lelama ada plak yang masam muka. Bila la PC aku nak pulih nih....tolonglahhhh!!!

UPDATESSSS.....

Nasib baik dah ok pc ku ini. Mau tak ok, abih kena tukar hard disk seme. Kiranya parah jugak la keadaan hard disk lama ku. Hehehe....

Hmmm...nak citer apa ek? Nak citer pasal Langkawi cam dah lama dah. Tp sepanjang 2 hari aku kat sana, tak la shopping sakan. Jenjalan pon tak, sbb abg and SIL sibuk. Nak shopping pon terkejut, sbb harga brg2 yang aku expect murah naik. Buleh dikatakan semua harga brg naik. Mungkin dah adat kot, sekrg ni semua harga brg asik naik kan. Lagipon kalau aku nak memborong pon tak semangat, sbb tak dak sapa nak tlg hangkot naik-turun feri nanti. So, the whole last weekend hanya sesi lepak2 jek.

Ehem....minggu depan adalah minggu terakhir student belajar. Maksudnya, lepas tu kami di sini akan merehatkan tekak memasing for about 1 1/2 mths....bebudak cuti beb. Hehe...mungkin di awalnya akan bz marking those papers, then process the results...and lepas dah masuk meeting seme, relakssssssssssssss......YIHAAAAA. Walaupun lambat lagi, biar la menyedapkan hati memasing di waktu sekrg ini. Hehe....

Nayli masih belum dicucuk utk 18 mths nye...er?? apa ek namanya tu...3 serangkai? Sbbnya...2 bln yg lepas dia kerap demam. So, dr suh dtg lambat skit.....biar selesai dan lega dari demam seme. Plan nak bwk ke klinik sok....tp masih dlm perancangan. Takut ada plan lain nanti. Tp bila pikir2 balik, Friday next week nak gi KL sbb kenduri. Satgi Nayli demam melarat sampai hari nak ke KL plaks...ishhhhh...Kalau tunggu sampai lepas balik KL ok tak? Hehehehe....makin lambat la pulak. Tgkla camno kan......

Pasal ke KL on 6th May, bertambah lagi satu keta....jadi 3 buah sumenya. My bro buat decision saat akhir utk pegi kenduri Zuki. Bosan gamaknya dok kat Langkawi tu. Di sana nanti kitorang akan sewa rumah rehat MARA di PJ. Ahh...its better then menumpang mana2 umah sedara. Bebas sikit kan nak berjalan2, shopping2 dan sebagainya. My mom's idea tu...aku ikut jek. Best pulak kan bila dpt berkumpul ahli keluarga ramai2...tak ramai sgt pon..aku 3 beradik jek. Tp ok jugak kan....Oklah, memandangkan pc dah pulih, maka aku kena sambung keja yang terbantut, repair soklan exam. Kalau sempat siap ptg ni ok, kalau tak sambung esok la jawabnya.

|
Shida blogged @ 12:15 PM



Thursday, April 21, 2005

Langkawi....oh Langkawi...

Lilypie Expecting a baby Ticker
Hehhehe....akhirnya aku sampai juga ke sini. Tp yang tak bestnye, hubby tak dtg sama. Actually kedatangan ke Langkawi ni lebih kepada nak menziarah abg aku sefamily. Dah lama rasanya tak bersua. Last met....Aidilfitri thn lepas....ni baru jumpa pulak. Abg aku ni cikgu MRSM, sama la dgn wife dia. Selalu je byk kerja kena buat. Maklumlah, nak mantap prestasi punya pasal. Kekadang tu sampai tgh mlm pun tak balik lagi. Lebih2 lagi diorang dok kat kuarters dlm kawasan MRSM. Sekrg ni pon dah dekat 1 am, SIL masih belum balik lagi dari rehearsal dikir barat utk competition Sabtu nih. Ishhhh....kalah aku yang jadi lecturer nih. Dah la tgh pregnant anak ke 3 nak masuk 5 mths, tak bagus la kuar memlm. Hmmmmm....biarla, my SIL ni susah nak dengar nasihat org. Dulu masa baru 3 hari bersalin kat anaknya yang sulong tu berani betul dia mkn pulut panggang. Mak aku nak marah pon tak terkeluar, sbb mak SIL sendiri dok ada dan da yang beri laluan. Buleh gitu???? Haaaaa...tp akibatnya tanggung sendiri la kan. Bila anaknya dah masuk 6-7 bulan, dia dok ngadu sakit2 badan. Ishhh...tu la...apsal mkn sikit jek...awat tak hantam sebelanga???

Ehem...ehem....selalu terpesong kan, heehhe. Aku sampai kul 11 am tadi. Nasib baik org tak ramai. Kalau tak, mau dok cium peluh org je la. Aktiviti hari ni, lepak2 di rumah abg jek. Letih la konon, dok bertarung dgn hayunan ombak yang menghentam feri yang kitorang naik tadi. Oh ya....aku dtg sini dgn mak dan adik aku jek. Abah aku pon takleh dtg sbb ada mesyuarat pe ntah. So, mcm tak cukup korum jek. Nak wat camana.....next time (tak tau bile) kena make sure semua buleh dtg, baru best. Aku nih teringin nak naikGng Mat Cincang tu...tp hubby tak dak tak best aaaa. Mmmm...oklah, dah ngantuk. Agenda esok hari masih belum tau. Kalau ada masa akan ku coretkan lagi. Daaaa....

|
Shida blogged @ 11:45 PM



Tuesday, April 19, 2005

Interview + kecewa + balik kampung

Lilypie Expecting a baby Ticker
Selasa (12/4)
Minggu lepas kena ke KL untuk interview. Aku menumpang kawan2 yang pakat nak drive dan nak cukupkan korum utk claim nanti. So, kesimpulannya, 2 bijik keta konvoi yang terdiri dari group lelaki dan perempuan. Kalau ikut perancangan awal nak bertolak kul 10 am, tp oleh kerana sorang punya hal semua kena tunggu dan bertolak kul 11 am. Kesian at aku la, sbb aku mintak diorang amik kat umah. Lgpon dah dekat dgn hgway kan, maka lepas amik aku buleh chalo terus.

Masa K L*za, T*e dan K R*sem* sampai aku tgh sapu sampah. Ingat nak bertolak terus, rerupanya sempat lagi stop and melawat satu umah. Heheheh....malu seh...umah tgh tak proper masa tu. Lepas short tour, baru berangkat. Janji dgn keta geng lelaki kat tol. Maka bermulalah perjalanan yang panjang. The whole journey, K L*za jadik driver. Berenti kat hentian jenjantas Sg Buloh nak drop K R*sem*, sbb dia dok umah adik dia. Start from there aku lak jadi driver. Kat hentian tu kul 4.30. Oleh kerana kesalahan tour guide, kami salah masuk jalan dan terpaks melalui route yang jem tak hengat. Akibatnya sampai Hotel Maluri tepat pukul 7 pm. Legaaaaaaaa.

Rabu (13/4)
Pukul 8 am kitorang bertolak dari hotel ke KPTM Cheras. Singgah kat warung luar tu utk bfast. Guest what.....ada tempe tuhh...hehehe...maka itulah santapanku bg menaikkan semangat. Around 8.45 am baru melangkah ke dalam bangunan itu. Berjumpa la dgn mereka2 yang telah sampai dulu. Iena and the gang kena hadiri bengkel pilih soalan, which is 2 hari awal. Berdebar wooo tunggu depan pintu bilik keramat itu. My turn pukul 1 pm. Perut tgh lapar, kena lak terjahan soalan2 yang melampau. Mmg tak puas hati, rasa cam nak masuk sambung gaduh lagi. Tp...ahh...malas ah. Sempat sembang2 dgn Iena. Dia bgtau sempat ronggeng dgn MC dan ada bagi souvenir plak tu. Terima kasih bebyk ye MC. Keadaan tidak mengizinkan. Pastu Iena bgtau maybe nak jumpa Merry dan Don. At the end, sempat jumpa Don dan Dela dgn sesi 'exercise' yang sungguh rancak. (Jeles sehhhhhhhh....)

Lepas selesai semua, rush ke hotel utk check out. Atas permintaan majoriti, kami memilih Times Square sbgai tempat nak release tension. Lengang tempat tu, maybe sbb hari kerja kot. Ok la....yang pasti aku and the gang mengangkut beberapa jenis kek kat Secret Recipe. Mcm sayang nak mkn plak, buleh?? Hehehhehe....Bertolak keluar dari bangunan itu tepat 5.15 pm. Aku la jugak drivernye. Takpo, den tak kisah aii. Carik jln keluar sampai sesat. Salah tour guide lagi, sbb kitorang yg kat belakang ni mengikut jek maklumlah...tak tau jln.

Berada betul dia atas hway pukul 6.30 pm. Rasa lega sbb dah berjaya melepasi segala kesesakan yang melampau. Stop kejap kat Tapah beli buah. Maka dengan itu, aku drive sampai ke depan pagar umah aku. Nak suh diorang ganti, cam kesian sbb K L*za dgn T*e ngantuk jek. K R*sem* balik asing sbb dia balik lambat sket. Lantaklah.....jgn libatkan aku dah. Sampai umah, mandi and terus santap kek Secret Recipe. Heheheh....sayang sungguh nak abihkan suapan terakhir. Lepas tu sembang2 jap, dgn penuh perasaan menceritakan betapa hampehnya sesi interview kat hubby. Lepas dah puas sembang, ngantuk...tido la apa lagi...hehehhe

**sambungan.......


Khamis (14/4)
Abihkan masa rehat2 di rumah dan settlekan kerja2 rumah yang sepatutnya. Bagitau hubby nak balik Penang esoknya, sbb dah lama tak balik kg. Last balik pun time raya Cina, iaitu 2 bln lepas.

Jumaat (15/4)
Oh yaa, pagi ni Kak Shah tipon bagitau nak pasang langsir. Yahuuuu....at last, dpt jugak aku berjalan2 di dlm umah dgn rasa selamat. Sblm ni rasa nak turun bwh pon takut2, specially waktu malam. Masa proses nak memasang nilah baru tau ada langsir yang tersalah ukuran. Kak Shah bwk balik, pinda then janji akan dtg semula esoknya.

Aku kena balik Penang sendiri sbb hubby tak buleh cuti. Inilah yang sungguh mengecewakan aku. Ahh, malas nak elaborate. Sorang pon soranglah...janji aku dpt balik menenangkan fikiran. Bosan jugak asik terperap di bumi AS nih. Bertolak around 6 pm, sampai kul 8 pm....due to traffic yang melampau. Tak penah lagi experience traffic jam seteruk itu sblm ni. Mungkin ini satu petanda yang Penang semakin berkembang pesat.

Sabtu (16/4)
Tiada aktiviti yang menarik. Rutin mcm biasa, kerja2 umah, masak dan makan2. Nayli tidak melepaskan peluang utk beramah-mesra dgn haiwan2 yang meriah di kg. Ayam, ayam piru, itik, burung, kucing dan lain2. Kalau buleh sepanjang hari nak dok di luar umah. Bila dah penat, dahaga dan lapar baru masuk.

Petangnya mak aku ajak ke Kamdar Bkt Jambul, mana lagi. Manusia sungguh ramai...rupa2nya ada persembahan kat ruang legar. Aku tak jenguk pon..tak minat. Yang aku dengar Ifa Raziah dgn Rem nyanyi. Tujuan utama mak aku nak beli kain utk match dgn blouse dia. Sekali terpesong beli kain lain. Dan yang bestnye, aku pon dpt gak. Heheheh....hadiah birthday aku katanya. Mekasih mak ek. Kalau nak harap aku, mmg nak kena pikir berpuluh kali utk beli kain tu. Lama gak dlm Kamdar tu. Sempat round area kain langsir. Mmg byk pilihan dan cantik2 belaka. Harga pon ok. So, kalau sesapa nak beli kain langsir, pegila ke Kamdar ye. Keluar dari Cosmart 7 pm. Sampai umah 7.45.

Ahad (17/4)
Happy birthday to meee!!! Aku bersyukur masih lagi berkesempatan berada di bumi Allah ini bersama2 orang tersayang. Ucapan yang ditunggu2 oleh org yang aku sayang tak kunjung tiba. Takpelah...maybe hubby lupa kot. Dia mmg pelupa sgt. No IC dia sendiri pon susah nak hengat.

Bertolak balik ke AS kul 6 pm. Singgah kat Makro dekat USM, sempat hangkot susu Nayli, baju dan beberapa brg lain. Tak beli byk sbb tak cukup tgn. Tak amik troli pon, sbb tak plan nak beli byk. Lagipon Nayli dah letak dlm stroller, camno nak tolak troli plak kan....hehhehe. Pukul 7pm keluar dari perkarangan Makro. Sampai umah kul 8 camtu. Hmmm...seperti biasa, hubby dah kuar pegi kerja. Sesapa pon tak wish for my birthday, except my lil sis. Iskkkk...iskkk....

Isnin (18/4)
Bangun pegi keja la...mana lagi. Tak jumpa hubby lagi. Hmmm..biarlah. Lagipon bukannya buleh mati pon kalau tak wish birthday kan. Plan to have a lunch with him and I did. Masa tu kununnya merajok....baru la hubby pujuk...katanya dia tertido sbb kerja mlm kan. Takpa...aku paham la...saja je nak testing 1 2 3...hehhehe. So at last, dpt gak birthday wish, hugs and kisses from my hubby....mmmuaaahhh.


|
Shida blogged @ 4:09 PM



Sunday, April 10, 2005

Cemussss...

Lilypie Expecting a baby Ticker
Iskk..iskkk...lusa dah nak kena gi KL. Beratnye nak tinggalkan umah, hubby and my darling Nayli. Mana penah kursus lagi semenjak ada anak ni. As long as I remember, the last time I was assigned for question selection....somewhere in 2003. Masa tu tgh preg about 5 months. Itu yang terakhir....ni baru nak mula pulak. Pening kepala bila pikir sapa nak jaga anak??? Tp syukur sangat sebab hubby sanggup amik cuti semata2 nak jaga Nayli. Option yg sblm ini menghantui (antar kat MIL) tiada kelihatan. Alhamdulillah....
Takpalah....anggap aku pegi ni untuk memantapkan lagi kedudukan aku. Mudah-mudahan status kitorang yang masih KONTRAK ini berubah. Amin.

Aku heran...sejak akhir2 ni bila aku nak memblog je, sebut MIL, musti ada kes nak crite. Last night, masa aku dan hubby tgh lepak2 tgk tv, tipon berbunyi. Sepertimana yang aku agak, MIL called. Katanya BIL#5, yang aku cerita sblm ni tetiba bagitau MIL nak ke KL cari kerja. MIL dan FIL mmg tak setuju langsung. Tapi aku pelik, apsal tipon hubby plak??? Apa hubby buleh buat. MIL bagitau hubby, dia mmg dah larang BIL#5 tu...tp tau2 la kan budak2 remaja nih. Mcm2 tindakan diorang buleh buat. Lebih2 lagi dia dah bagitau MIL yang tiket bas dah beli....nak pegi dgn kawan katanya. Ishhhh....aku bukan buleh dengar cerita pasal BIL#5 nih....rasa hangin satu badan. Hubby suh MIL larang jugak2....and tetiba mcm terputus je line....pelik la aku. Hubby tak puas hati. Semlm jugak around 11.30 pm dia balik Pendang naik moto. Aku terdiam bila hubby cakap nak balik Pendang. Dalam hati ni....sumpah seranah belaka....waktu malam2 mcm ni la kita nak berehat2, beromantik segala tetiba......

Aku tak buleh lelap mata semlm, sbb hati tak tenang+terus tak menyukai atau lebih tepat BENCI kat BIL#5. Tak abis2 masalah yang dia bawak. Yang herannya, bab belajar.. 'slow' tapi bila nak berseronok, nak berjalan2, nak menghabihkan duit kena pengaruh kawan, pantas tak terkata. Kalau SPM diuji dari segi tu aku rasa mmg CEMERLANG gile.. Aku dah abih kata la nak describe pasal BIL#5 ni. Lebih byk aku dengar, lebih panjang sumpah seranah aku. Camne nak handle org camni ek? Sekali pikir....nak je aku suh MIL rantaikan kat pokok kelapa. Waktu mkn bg mkn....waktu mandi bg mandi....waktu solat, kena kerah...baru tak panjang kaki. Ni tak sedar diri.....dah la takde lesen moto atau kereta...tp kejap2 sampai Alor Star....kejap2 pegi sinun....Kalau kena thn dengan polis sapa yang susah?? Bukan mak bapak dia....kitorang laki bini jugakk. Sebabnya, moto yang dia dok latu sakan sekrg ni still nama hubby. So, kalau saman ke, kena thn ke musti melibatkan hubby. Aku penah ckp tukar je nama pemilik moto tu. Tp cam tak layan jek. FIL mcm tak amik kisah dgn BIL#5. Apa2 hal berlaku mmg dia akan totally salahkan MIL. Ada yang aku setuju....dan ada yang tidak dengan tindakan FIL tu. Kalau dia amik sikap lepas tangan, maka bebannya berpindah pada kami. Bab salahkan MIL tu aku setuju sgt sbb mmg MIL suka bagi muka. Budak tu nak pi mana...bagi. Pastu kalau kena tangkap ke apa baru kelam kabut.......TENSIONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!

Semlm aku perasan hubby balik dlm kul 1 am camtu. Sian pulak kat dia. Dah la esok kena bangun awal pagi pegi keja. Aku tanya dia, jumpa tak BIL#5?? (kot2 la lari...) Dia kata jumpa. Aku tanya ckp apa? Hubby bagitau, dia cam larang la....pastu dia bagitau lg...dia hanya mampu ckp jela. Kalau BIL#5 tu nak pi KL gak, dia buleh blah camtu je. Sbb pg nih bila semua pi keja dia blah la. Kalau aku kat tempat hubby kan, aku tak ckp dah. Aku lepuk jek. Tak pun mintak tiket bas dia tu, koyak depan2 dia. Nak beli lain kot ralat nak kuar duit lagi. Biar ajar sikit. Ni buleh cakap camtu jek.......mmg tak jln laaa. Nasib baik bukan adik aku...kalau takk...hancur dia aku kejakan. Kalau hubby nak suh aku nasihatkan pon, sori la....bukan tahap buleh nasihat2 dah. Tahap tangankan jek. Geramnyeeeeee...!!!! Stoppp.

Dah....takleh lebih2...kang my blood pressures go upstairs. Tak pasal2 semua kena marah kang. Harap2 balik nanti aku TAKKAN dengar lagi pasal hamba Allah tu, tolonglahhh.......

|
Shida blogged @ 11:33 AM



Tuesday, April 05, 2005

Sedih

Lilypie Expecting a baby Ticker
Aku betul2 sedih bila mendapat khabar yg Mira admitted kat HUKM last Friday. Kalaulah terjadi kat aku, mmg tak terbayang camana reaksi aku untuk menerima keadaan itu. Kesian.....Mira masih kecil, baru menginjak sethn...dah byk dugaan yang dihadapinya. Apa2 pon aku nak wish Lara supaya banyak2 bersabar dengan dugaan ini. Hopefully Mira will recover as soon as possible, insya-Allah.

Hmmm....macam2 yang berlaku akhir2 ni. Buletin Utama semlm memaparkan seorang lagi gadis dirogol dan diliwat di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam. Sungguh kejam!!!!! Sampai bila kita akan berdepan dgn keadaan seperti ini?? Adakah ini salah satu petanda akhir zaman semakin menghampiri? Cukup takut bila memikirkan itu semua. Mula la dok berkira2..cukupkah semua amalan aku selama ini? Sempurnakah segala ibadatku selama ini?? Tetiba jadi takut bila memikirkannya. Mudah-mudahan segala yang aku lakukan diberkatiNya. Amin.

Hari ini hari Selasa. Sepanjang 3 hari mulanya minggu ni, aku sibuk memikirkan macamana nak memudahkan pengajaran topik "NORMALIZATION". Bagi sesiapa yang familiar dgn database development, topik ini mmg tidak asing lagi. Sungguh pening memikirkan penyelesaian kepada masalah yang satu ini. Nasib baik ada member lain kena ngajar subjek yang sama. Jadi bulehla berdiskusi untuk mendapatkan cara terbaik...

**************************************************************************************

LATEST !!!!
Rasanya aku dah berjaya mendapatkan penyelesaian masalah diatas. Hari ini aku dah cuba implemenkan untuk 2 kelas. Alhamdulillah......semuanya diterima dengan baik. Cuma, yang agak mencabar bila mengajar semester 4. Almaklumlah.....diorang dah byk pengalaman....so byk juga la soalan2 yang diajukan. Kekadang tu rasa mcm nak telan sorang2....tapi SABARRRR.... Lihat kesannya sekrg....student2 aku buleh paham dengan baik segala yang aku ajar (ehhh...agaknye laaa...). Camana aku buleh claim camtu? Sebab hari ini reaksi mereka agak berbeza....agak bersemangat nak tanya soalan, cara penyelesaian dan yang paling tak tahan ada yang mintak suh aku buat soalan topik tu banyak2...buleh? Pening kepala aku nak carik idea. Kekadang tu aku mmg download dari internet je.....tp kena ubahsuai sikit, sbb level diorang kat sini lebih rendah. Most of the questions on the net more for degree level. Kang dengan aku sekali pengsan nak jawab.

News on Nayli.....sejak akhir2 ni dia mcm byk minum jek. Dok kejap...."ma nak suuuuuuu.." sambil memuncungkan mulutnya cam siput. Pelik jugak.... Aku selalu campur cereal dalam susunya, sbb dia tak mau mkn dgn sempurna. Last Sunday night she asked for 2 bottles straight.....buleh camtu? Memula aku buat 8 oz...pastu aku buat 5 oz.....pastu dia mintak lagi....aku tak nak bg, tp dia mengamuk guling2 nak jugak...aku wat 4 oz ja. Terkejut aku......mmg ketiga2 trip tu licin. Paling menakutkan, PERUT dia....boyot cam org pregnant. Lepas minum aku tak bagi dia tido. Ajak dia duduk, main2....dlm 1 jam camtu baru bagi baring. Aku takut dia muntah je.

Yesterday agak kelam kabut sikit. Bukan apa...pengasuhnya mintak cuti sbb ada kematian. Nasib baik hubby kerja petang. Maka dari pagi sampai tghari hubby jaga, next my turn pulak. Aku mintak half day. Lepas hubby pegi keja, aku gomoi2 Nayli sampai lena. 2 jam kendian bangun, aku mandikan dan siap2kan dia. Dah jadi tabiat dia kot....asal bersiap je musti ingat nak gi jenjalan. Aku punya la plan cantik nak landing dulu. Sekali dia buat perangai guling2 ngamuk nak ajak aku keluar. Aku pon siap2 bawak ke opis balik. Sesambil tu buleh browse internet kan....hehhehe. Sempat la meluangkan masa 1/2 jam seblm masa balik. Aku tak balik terus.....melencong ke Star Parade...hehhe. Bukan takdak matlamat yea....nak cari botol susu baru...yg 12 oz nye. Punya la susah.....sampai je terus ke Kasih Ibu, aku carik sendirik tak jumpa....tanya sales girl dia......sesama mencari...akhirnya...dpt jugak. Maka mlm tadi dah rasmi botol baru setelah disteril. Semlm dgn rasminya berjaya menghabiskan 10 oz (pengsan.....). Lepas dah kenyang tu mulalah dpt tenaga nak kaco buat kerja. Abih kain yang aku nak lipat dia selongkar. Lepas aku marah baru diam....pastu wat2 merajuk. Aku biar je....tak pujuk. Alih2 dah lena pon. Aku pon lepas selesai baju dilipat join the club....zzzzzzzzzzzzzzz.

|
Shida blogged @ 4:16 PM



Sunday, April 03, 2005

Bosan bagai nak gila......

Lilypie Expecting a baby Ticker
Sungguh kronik tajuk ni kan?? Mmg betul, aku dah nak gila sbb cuti hujung minggu tak pegi memana, buleh? Destinasi tetap hampir setiap minggu adalah umah MIL, which aku tak penah concern nak tido barang semlm dua. Aku penah ditegur oleh hubby pasal ni, tp aku tak reti nak bagi alasan apa time tu. Yang syoknya hubby kata dia tak kisah kalau aku tak balik tido umah MIL, abih tu buat apa membangkitkan soal tu, ye tak? Sekrg ni aku ada idea la nak jawab, 1) Umah kami dgn MIL dekat je, 1/2 jam dah buleh sampai. Sbb tu aku lebih prefer balik hari. 2) Selalu kalau bab balik umah MIL musti aku dgn Nayli je, hubby tak balik. Alasan :kerja. Bagi aku takleh pakai sgt alasan tu. Bosan la balik umah MIL tanpa hubby, rasa pelik jek. 3) MIL dan FIL kerja, walaupun dah melepasi umur bersara. MIL, agak kerap kursus sana sini, jarang kat umah. So, what for aku balik? Baik aku dok umah sendiri, jauh lebih selesa.

Memula aku plan nak balik Penang. Tapi mak aku bagitau dia ada hal hari Sabtu, nak dtg A.Star sbb bos abah kena pindah ke sini. Hmmmm...tambah laaaa bosannya. Jumaat, mmg aktiviti biasa. Hubby pon tak kerja. Ingatkan nak ajak gi jenjalan ke, tp kena kensel sbb cuaca tak mengizinkan bila petang bertandang. Kesimpulannya, dok umah sepanjang hari. Bosan!!!

Hari Sabtu hubby keja pagi. Aku plan nak membeli barang2 dapor. Aku malas nak ajak hubby bila nak membeli belah nih, sbb dia tak suka berlama2. Aku plak suka keadaan yang relaks, nak membelek, membanding, menjamu mata then baru membeli. Baru puas hati kan? Seblm kuar, aku masak nasi dulu. Plan dlm kepala ni nak wat nasik goreng sardin ciptaan Rini lepas balik nanti. Kuar dlm kul 10.30, balik pukul 12.30. Semua yg nak beli ada. Lega, perut pon lapar. Aku pon start la menggoreng nasi dan telor mata kerbau. Mmg best......Aku kurangkan cili padi supaya Nayli leh mkn. Tp aku potong cili padi+kicap......fuhhhh...mmg asikkkkkkkkkkkkkkkkkkk sekali. Nayli pun mkn la 4-5 suap....pastu dia main masak2 dgn nasi tu sampai terabur. Sib baik dah kenyang, kalau tgh lapar mau kena je anakku sorang nih. Kemaskan dapor seme, then mak tipon nak singgah umah utk semayang zohor dgn 2 org kawan dia. Aku wat air je, sbb diorang dah siap santap dah. Kul 1.30 aku mandikan Nayli, then tidokan dia. Dah lena, aku selesaikan solat dan kemas2 umah sikit. Nak kemas apanye....bukan ada byk barang dlm umah pon...ekekekke. Sesambil tunggu mak and the geng sampai, aku cam biasa la...layan astro. 3.30 mak sampai, mandi2, solat pastu dah nak balik dah. Tak sempat nak sembang lelama, sbb kwn abah tu nak gi mana ntah.

Lepas mak balik, maka rutin aku kembali bosan. Dgn cuaca yang suram, takde mood nak kuar. Aku sambung tgk tv jek sampai terlelap. Sedar2 dah kul 5. Nayli pon dalam posisi nak mengejutkan aku (tgnnya sedang merayap keseluruh muka...dan hampir korek mata aku). Sib baik sedar awal......hubby balik kul 6.30. Masa tu aku tgh amik angin kat depan umah. Walaupun cuaca agak meragukan, tp kuar jugak sbb bosan dok dlm umah. Waktu malam dihabiskan menonton dan menggomoi Nayli. Hubby bergurau kasar dgn anaknya sendiri dgn cara menggigit jari anaknya sampai meraung budak tu. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari isterinya ini. Apa raaaa....nak gurau tu padan2 la....dan sebagai hukumannya, kena pujuk Nayli dan tidokan dia sampai lena...wakakakaka. Bukan senang wooo nak pujuk mek tu.....merajuk pon dah pandai. Bila merajuk je dok pusing la jari2 dia pastu siap sebik2kan mulut dia...sign nak nangis la tu. Padan muka hubby mlm tadi....aku buat tak tau je bila Nayli cam 'tak puas hati' dgn pujukan abahnya....... sapa suh bergurau tak kena gaya, kan dah kena.

|
Shida blogged @ 4:00 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com