Flower Dreams
Tuesday, April 19, 2005

Interview + kecewa + balik kampung

Lilypie Expecting a baby Ticker
Selasa (12/4)
Minggu lepas kena ke KL untuk interview. Aku menumpang kawan2 yang pakat nak drive dan nak cukupkan korum utk claim nanti. So, kesimpulannya, 2 bijik keta konvoi yang terdiri dari group lelaki dan perempuan. Kalau ikut perancangan awal nak bertolak kul 10 am, tp oleh kerana sorang punya hal semua kena tunggu dan bertolak kul 11 am. Kesian at aku la, sbb aku mintak diorang amik kat umah. Lgpon dah dekat dgn hgway kan, maka lepas amik aku buleh chalo terus.

Masa K L*za, T*e dan K R*sem* sampai aku tgh sapu sampah. Ingat nak bertolak terus, rerupanya sempat lagi stop and melawat satu umah. Heheheh....malu seh...umah tgh tak proper masa tu. Lepas short tour, baru berangkat. Janji dgn keta geng lelaki kat tol. Maka bermulalah perjalanan yang panjang. The whole journey, K L*za jadik driver. Berenti kat hentian jenjantas Sg Buloh nak drop K R*sem*, sbb dia dok umah adik dia. Start from there aku lak jadi driver. Kat hentian tu kul 4.30. Oleh kerana kesalahan tour guide, kami salah masuk jalan dan terpaks melalui route yang jem tak hengat. Akibatnya sampai Hotel Maluri tepat pukul 7 pm. Legaaaaaaaa.

Rabu (13/4)
Pukul 8 am kitorang bertolak dari hotel ke KPTM Cheras. Singgah kat warung luar tu utk bfast. Guest what.....ada tempe tuhh...hehehe...maka itulah santapanku bg menaikkan semangat. Around 8.45 am baru melangkah ke dalam bangunan itu. Berjumpa la dgn mereka2 yang telah sampai dulu. Iena and the gang kena hadiri bengkel pilih soalan, which is 2 hari awal. Berdebar wooo tunggu depan pintu bilik keramat itu. My turn pukul 1 pm. Perut tgh lapar, kena lak terjahan soalan2 yang melampau. Mmg tak puas hati, rasa cam nak masuk sambung gaduh lagi. Tp...ahh...malas ah. Sempat sembang2 dgn Iena. Dia bgtau sempat ronggeng dgn MC dan ada bagi souvenir plak tu. Terima kasih bebyk ye MC. Keadaan tidak mengizinkan. Pastu Iena bgtau maybe nak jumpa Merry dan Don. At the end, sempat jumpa Don dan Dela dgn sesi 'exercise' yang sungguh rancak. (Jeles sehhhhhhhh....)

Lepas selesai semua, rush ke hotel utk check out. Atas permintaan majoriti, kami memilih Times Square sbgai tempat nak release tension. Lengang tempat tu, maybe sbb hari kerja kot. Ok la....yang pasti aku and the gang mengangkut beberapa jenis kek kat Secret Recipe. Mcm sayang nak mkn plak, buleh?? Hehehhehe....Bertolak keluar dari bangunan itu tepat 5.15 pm. Aku la jugak drivernye. Takpo, den tak kisah aii. Carik jln keluar sampai sesat. Salah tour guide lagi, sbb kitorang yg kat belakang ni mengikut jek maklumlah...tak tau jln.

Berada betul dia atas hway pukul 6.30 pm. Rasa lega sbb dah berjaya melepasi segala kesesakan yang melampau. Stop kejap kat Tapah beli buah. Maka dengan itu, aku drive sampai ke depan pagar umah aku. Nak suh diorang ganti, cam kesian sbb K L*za dgn T*e ngantuk jek. K R*sem* balik asing sbb dia balik lambat sket. Lantaklah.....jgn libatkan aku dah. Sampai umah, mandi and terus santap kek Secret Recipe. Heheheh....sayang sungguh nak abihkan suapan terakhir. Lepas tu sembang2 jap, dgn penuh perasaan menceritakan betapa hampehnya sesi interview kat hubby. Lepas dah puas sembang, ngantuk...tido la apa lagi...hehehhe

**sambungan.......


Khamis (14/4)
Abihkan masa rehat2 di rumah dan settlekan kerja2 rumah yang sepatutnya. Bagitau hubby nak balik Penang esoknya, sbb dah lama tak balik kg. Last balik pun time raya Cina, iaitu 2 bln lepas.

Jumaat (15/4)
Oh yaa, pagi ni Kak Shah tipon bagitau nak pasang langsir. Yahuuuu....at last, dpt jugak aku berjalan2 di dlm umah dgn rasa selamat. Sblm ni rasa nak turun bwh pon takut2, specially waktu malam. Masa proses nak memasang nilah baru tau ada langsir yang tersalah ukuran. Kak Shah bwk balik, pinda then janji akan dtg semula esoknya.

Aku kena balik Penang sendiri sbb hubby tak buleh cuti. Inilah yang sungguh mengecewakan aku. Ahh, malas nak elaborate. Sorang pon soranglah...janji aku dpt balik menenangkan fikiran. Bosan jugak asik terperap di bumi AS nih. Bertolak around 6 pm, sampai kul 8 pm....due to traffic yang melampau. Tak penah lagi experience traffic jam seteruk itu sblm ni. Mungkin ini satu petanda yang Penang semakin berkembang pesat.

Sabtu (16/4)
Tiada aktiviti yang menarik. Rutin mcm biasa, kerja2 umah, masak dan makan2. Nayli tidak melepaskan peluang utk beramah-mesra dgn haiwan2 yang meriah di kg. Ayam, ayam piru, itik, burung, kucing dan lain2. Kalau buleh sepanjang hari nak dok di luar umah. Bila dah penat, dahaga dan lapar baru masuk.

Petangnya mak aku ajak ke Kamdar Bkt Jambul, mana lagi. Manusia sungguh ramai...rupa2nya ada persembahan kat ruang legar. Aku tak jenguk pon..tak minat. Yang aku dengar Ifa Raziah dgn Rem nyanyi. Tujuan utama mak aku nak beli kain utk match dgn blouse dia. Sekali terpesong beli kain lain. Dan yang bestnye, aku pon dpt gak. Heheheh....hadiah birthday aku katanya. Mekasih mak ek. Kalau nak harap aku, mmg nak kena pikir berpuluh kali utk beli kain tu. Lama gak dlm Kamdar tu. Sempat round area kain langsir. Mmg byk pilihan dan cantik2 belaka. Harga pon ok. So, kalau sesapa nak beli kain langsir, pegila ke Kamdar ye. Keluar dari Cosmart 7 pm. Sampai umah 7.45.

Ahad (17/4)
Happy birthday to meee!!! Aku bersyukur masih lagi berkesempatan berada di bumi Allah ini bersama2 orang tersayang. Ucapan yang ditunggu2 oleh org yang aku sayang tak kunjung tiba. Takpelah...maybe hubby lupa kot. Dia mmg pelupa sgt. No IC dia sendiri pon susah nak hengat.

Bertolak balik ke AS kul 6 pm. Singgah kat Makro dekat USM, sempat hangkot susu Nayli, baju dan beberapa brg lain. Tak beli byk sbb tak cukup tgn. Tak amik troli pon, sbb tak plan nak beli byk. Lagipon Nayli dah letak dlm stroller, camno nak tolak troli plak kan....hehhehe. Pukul 7pm keluar dari perkarangan Makro. Sampai umah kul 8 camtu. Hmmm...seperti biasa, hubby dah kuar pegi kerja. Sesapa pon tak wish for my birthday, except my lil sis. Iskkkk...iskkk....

Isnin (18/4)
Bangun pegi keja la...mana lagi. Tak jumpa hubby lagi. Hmmm..biarlah. Lagipon bukannya buleh mati pon kalau tak wish birthday kan. Plan to have a lunch with him and I did. Masa tu kununnya merajok....baru la hubby pujuk...katanya dia tertido sbb kerja mlm kan. Takpa...aku paham la...saja je nak testing 1 2 3...hehhehe. So at last, dpt gak birthday wish, hugs and kisses from my hubby....mmmuaaahhh.



Shida blogged @ 4:09 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com