Flower Dreams
Thursday, October 13, 2005

Awal sgt ke???

Lilypie Expecting a baby Ticker
Dah 9 hari kita puasa, kan? Sungguh pantas masa berlalu. Baru 9 hari puasa, aku dah buntu pasal nak masak apa utk berbuka nanti. Belum pernah sampai ke pasar ramadan lagi ni. Musti lagi rambang mata tgk pelbagai juadah di sana. Aku bukannya rajin masak sgt pon, cuma malas nak meredah hujan. Kat uatara ni hujan turun dgn hebat di waktu ptg. So, malas lah!!! Semlm pon sebenarnya decide nak beli lauk, tup2 hujan lebat plak. Kensel je lah. Masak sambal telur + goreng bendi dan sambal kering bilis. Jiran bg kuih. Sederhana je berbuka. Bila la pulak aku nak balas bekas derang tu ek?? Nak tak nak hujung minggu je la aku available nak buat kuih. Kalau hari kerja ni, cam beli je la.

Ptg ni aku nak balik Penang. Misi buat kuih raya telah bermula. hehehe...Awal sgt ke?? Kalau ikutkan tarikh tu mmg la awalkan, tp aku kena pikir jugak, pasni susah nak bercuti segala kecuali nak raya je. Bebudak tak cuti lg, minggu ke-3 puasa derang baru exam. So, biarla awal ke tak janji aku dpt gak mkn biskut2 fav aku. Aku akan bertolak lepas adik aku balik kerja. Hubby tak ikut sbb kerja. Kami jelah yg akan balik.

Harap2 siap la 2-3 jenis. Lega la sikit. Nak bakar sendirik oven kecik, mau tido depan oven tu. Balik kampung ada 3 oven sekali jalan. Amik ko....buleh bisnes nih. Hahahahah...Bisnes mmg best, aku dgn hubby pon ada plan nak pakat dgn mak aku nak jual kuih raya...tp memasing pakat kerja, tmpt jauh lak tu...maka kensel. Akan dibawa untuk perancangan thn depan. Insya-Allah.

|
Shida blogged @ 11:08 AM



Saturday, October 08, 2005

Summary

Lilypie Expecting a baby Ticker
Dasat jugak aku nih, sekali check balik rupa2nya dah sebulan aku tak hapdet. Mmg takdak mood nak update. AKuni sungguh MELUAT bila part internet conn yang cam #%^@&. Dah report, scan segala mak nenek pon masih bermasalah. Camno tuh?? Aku ingat nak masuk line telepon la kat umah, senang skit aku nak surf segala bagai. Kat opis asik terbantut jek.

Hmmm...apa nak citer ek..Byk benda berlaku sepanjang sebulan lepas. Hubby dan Nayli demam teruk+batuk+selsema. Adehhh...cam besa la..aku kena jadi nurse. Ada sekali tu aku kena amik EL sbb Nayli tak kebah2 dari demam...siap menggigil lagi. Sekrg ni, aku je yg masih belum jatuh sakit. Hai...mudah2an dijauhkan segala penyakit. Aku tak dpt bygkan camana la bila aku sakit/demam. Nayli pon dah ok sekrg...cuma batuk masih bersisa. Dasat betul la kuman batuk nih (yeke kuman??) dah dekat 2 minggu tak baik2. Terpaksala repeat amik ubat, kali ni dr bagi kaler lain plak dan alhamdulilah da nampak kesan.


Sekejap je dah puasa kan? Rasanya cam baru jek raya...dah nak raya lagi. Raya thn ni mcm kelam kabut skit...dah dekat nak raya baru bebudak abih exam dan cuti. Tak boleh la aku nak amik cuti ronggeng2 buat kuih raya. Kalau nak buat pon ala kadar jek, tu pon hujung minggu. Mcm thn2 lepas jugak, kami sekeluarga sambut ala kadar jek, cuma kali ni duduk rumah baru. Barang2 dlm rumah mmg tak sempat nak dipenuhkan lagi sbb kos belum cukup. Slow2 la kan....mintak2 la ada bonus hujung thn ni..AMIN.

Oh ya...aku nak share something. Dlm bulan lepas, mak teh hubby kena admitted ke wad sakit jiwa Hospital Bkt Mertajam. Erkksss....mmg kami pakat terkejut. Tapi, bila difikirkan balik...mmg tak mustahil perkara camni berlaku. Dengan masalah peribadi (paling byk menyumbang rasanya) + masalah opis sampai cam histeria kat opis. Last2 kawan2 hantar ke hospital. Kesian kat anak2 yang masih kecil, paling tua darjah 5. Mmg diorang independent, sbb dah biasa ditinggalkan...especially abah mereka..yang pada aku satu manusia yg tak bertanggungjawab. Ishhh...dah la. Hilang selera nak berbuka nanti.

Pernah dengar tak frasa LAST MINUTE?? Musti memasing selaluuuuuuu sgt guna bila kena masanya. Mcm aku ni laa....aku cukup benci frasa nih. Sbb ia boleh membuatkan kita kelam kabut, tak terurus. Aku selalu kena berhadapan dgn keadaan LAST MINUTE. Especially bile melibat family sebelah hubby. Sungguh aku tak gemar!!! Antaranya :

  1. Kenduri - selalunya mesti diberitahu LAST MINUTE. Kalau kenduri 20hb, paginya baru call bagitau. Kalau kitorang dah ada plan camana?? Apalah salahnya bagitau awal. Boleh prepare apa yg patut. Penah sekali tu, FIL datang rumah kul 1130 pg nak ajak aku and hubby pegi kenduri jugak2 time tu. Ishhh...sungguh aku geram tak terkata. Last2 aku bgtau, ada kenduri tmpt lain, mmg ada pon. Kan aku dah ckp....lain kali bgtau awal2...taklah clash.

  2. Makan - bab ni toksah cakaplah. Aku mmg pelik, agaknya org Kedah ni mmg kuat mkn gamaknya. Kalau buleh, pg ptg siang mlm nak mkn nasik. Istilah yang selalu diguna, "Lapaq terketaq2..". Ha bila tiba time ni mcm2 la dibuat. Semuanya last2 minute...baru nak masak. Org letih kerja nak mamposs pon "terpaksa" involve. Sib baik la aku dok asing. Lemas la aku. Tak bebas nak mkn menu sesuka ati (bila di rumah MIL). Tu satu hal, lagi...suka sgt masak berlebih2. Kalau ada 4 org, selalu masak meriah...byk lauk, mcm nak jamu 20 org. Membazir jek. Bila tak abih, ha mula lah nak membungkus suh bok balik. Masalahnya, kat umah kitorang ada 2 perut jek. Mana mampu nak menghadam sampai ke semua makanan yang diberi. Last2 terpaksa masuk umah Cik Pah. Rimasss..

Dah la tu, kang lebih2 plak. Kalau diikutkan mmg tak tercerita. Sabar jelah....aku byk diam, yela....nak buat apa lagi. Cuma bila aku tak thn sgt then baru la aku melaser. Sapa thn beb, tak tenang hidup aku bila pikir balik. Jgn aku terikut jejak mak teh sudah.....mintak simpang laa...


|
Shida blogged @ 3:05 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com