Flower Dreams
Monday, August 23, 2004

Balik Penang

Lilypie Expecting a baby Ticker

Hari ini sampai opis around 8.15. Beli bfast dulu baru naik punch, sbb malas nak naik turun 2-3 kali. Pagi ni jaga exam 1030 pastu ptg kena jadik UPP, meaning 3 hours waiting for the exam to end. But ada plan ptg ni, nak balik Penang and nak balik awal skit. Nasib baik la ada si Iena buleh tlg take over. Thanks ye....

Semalam hband amik MC, heran gak tgk sihat je. Tanya punya tanya baru nak bukak cite, rupanya diorang tgh pepakat nak boikot kilang tu. Sbabnye? Diorang dah tak buleh nak buat OT bebanyak, dgn alasan nak jimat kos. Secara teorinya tu mmg la betul, kite pun ada belajar skit2 bab management nih. Hband cakap tindakan tu tak relevan, katanya department lain buleh buat OT tak kena sekat pun apsal dpment diorang je? Pelik tu kan....maka dia pun story la...

Rerupanya ada unsur hasad dengki skit. Nak cut cost hanya alasan saja tp cemburu bila pekerja bawahan pakai kereta besar skit dari bos ha mulalah rasa tercabar. Heran gak ek, zaman sekrg ni pun masih ada lg puak2 yang cenggini. Sungguh tak bertamadun. Sampaikan kena berahsia kalau nak pakai keta atau moto yg lebih skit dari bos. Kalau bos tau habih la, heboh satu kilang, tu satu, yang kedua bila hamba Allah tu nak buat OT saja je cari alasan tak nak bg. Apalah salahnya terima hakikat ,rezeki kan masing2 buat pe nak sekat rezeki org. Gaji bos2 pun bukan sikit, jauh lebih byk dari org bawahan, so bakpe nak jealous. Kalau kitorang org bawahan ni mampu nak beli keta MERCEDES sekalipun, tu hak kitorang. Hangpa yg gaji byk tu sapa suruh berutang bebanyak ,sbb tu tak buleh beli keta besar. Geram jugak bila dipikir2kan hal ni, sbb my hband is one of the victim. Kekadang tu kesian gak tgk dia, tensen dgn perangai bos2 yang tak berhati perut. Kite ni nak tolong pun tak reti. Kalau la ada sesapa yg buleh memberi idea silakan, camana nak tulun hband I nih....

Oh ya, keadaan ini berlaku di kilang Sime Tyres Int. Kalau ada mana2 pihak kilang terbaca pernyataan ni adalah lebih AFDAL. Antara lain masalah yang timbul adalah:


  • Tiada peruntukan perubatan bg isteri dan anak2 bg pekerja bwh dari supervisor, ttp utk golongan atasan peruntukan perubatan adalah unlimited
  • MC diberi mengikut kuota. Dlm sehari sesebuah klinik hanya dibenarkan mmberi MC kepada tak lebih dr 3-4 org. Ini hanya makluman secara lisan yg dinyatakan oleh doktor itu sendri takde black and white. Kalau sakit nak mampus pun belum tentu dpt MC. Lastly kena amik EL (emergency leave). Sebut bab sakit ni hband penah dmam kuat sampai gigil tp tak dpt MC. Ada pulak kawan dia sorang ni tak sakit tp nak MC, doktor tak bg and then dia buat2 jatuh pengsan terus dibg MC. Adil ka cam tu?
  • Pasal kenaikan gaji. Bab ni pun dipengaruhi oleh faktor2 hasad dengki. MMg la kenaikan based on evaluation supervisor tapi biar la berlandaskan rules yg ditetapkan, bukan pakai rasa hati. Kesian la org2 bawahan yg bekerja siang malam betulkan mesin itu dan ini tp bila dinilai asyik dpt rendah je. Biar adil. Bagi yang kaki kipas pulak sentiasa dapat tinggi, sedangkan bos2 ni tak tau depa ni tunjuk rajin depan je, bila bos takde buat2 liat nak betulkan mesin la pastu curik tulang, kuar sampai 2-3 jam bebas je. Ha puak2 camtu apsal tak tangkap lak.!!!

Untuk hari ni hanya perkara2 ni yg kite ingat. Nanti balik nak check dlm note apa lg yg hband kite report pasal tmpt keja dia tu ( siap ada note tu....)Cakap bebanyak ni rasa geram cam nak karate je diorang yg tak bertamadun tu
Sampai disini dulu ye...nak balik Penang....bye


|
Shida blogged @ 2:30 PM



Sunday, August 22, 2004

Selesai sudah segalanya...

Lilypie Expecting a baby Ticker

Setelah bercuti dua hari, semuanya back to normal. Air dah kembali tenang. Setelah bersemuka dan meluahkan apa yang sepatutnya maka yg kusut terurai jua. Harap2 lepas ni dah tak berlaku perkara sebegini. Memang la suma ni asam garam umah tangga tp rasanya pahit, kalau masam2 masin tu sedap gak.

Takde apa2 yg menarik berlaku hujung minggu nih, cuma gi kenduri kengkawan yg nak menamatkan zaman bujang. Yang sorang tu x-roomate (Siti Addyanirayati) masa kat UUM dan sorang lagi tu opismate (Zamila). Grand gak la si Siti, maklumlah bapak dia tu Pegawai Pendidikan Daerah Yan mesti org yg kenal pu dasat2. Umah pun kat Kelab Golf Darulaman. Siap ada DJ tu! Tgh usahakan mintak gambar dari dia nih sbb masa sampai tu pengantin lelaki pun baru sampai maka tak sempat nak sembang lama sbb bz kan melayan tetamu. Yang sorang lg tu jauh skit umah nye, Kubur Panjang. Sampai pun around 3.15 pm. Nasib baik masa tu baru lepas akad nikah, jadi sempat la mengambil gambar tp tak clear lak.Pun nak mintak kat dia gak, kena tunggu balik honeymoon la.

Pastu balik umah rehat2 sambil tgk tv. Hband and Nayli dah lelap tp mata ni tak nak pejam la pulak walaupun letih, maka layan tv je la.

Malamnya mak call bagitau yg Kak Tie(sis-in-law), anak2 dan maid dia dah sampai kat jetty Penang dari Langkawi. Abang akan balik ari Isnin sbb ada keja. Cuti sekolah ni nak balik Tganu kot (kg Kak Tie). Nampak gayanya kena balik Penang jap sbb dah lama tak jumpa depa tu. Last jumpa pun raya puasa lepas, lama gak tu. Walaupun dok dekat, AS - Langkawi tu bukannya jauh sgt pun tp cuti hband tak sama tu yg susah tu. Nak gi jalan Bukit Tinggi ni pun sbb dia nak abihkan cuti tahun dia, kalau tak pakai tak berjalan mana la kami ni. Kalau dikira2 ari Sabtu ni kami akan bertolak...yea, yea nak gi jalan....

Sekian......



|
Shida blogged @ 12:59 PM



Thursday, August 19, 2004

GERAM + TENSION + FRUST

Lilypie Expecting a baby Ticker

"Hari ini adalah hari yg amat tak best se tak best tak best nya. Apalah salah saya ni yg sememangnya sentiasa melayan suami saya dengan cukup baik. Makan pakainya saya jaga cukup baik. Walaupun kekadang tu mmg terpaksa memberitahu dgn baik bhw diri ini tak terdaya nak menyiapkan mknnya kerana terlalu letih. Itu saja kelemahan yg saya dpt kesan."

Mukadimah kemain dasat kan, rakan2 sekalian? Sebenarnya takdelah perkara yg terlalu serius berlaku dalam hidup kite nih, cuma cam kecik ati skit je ngan hband. Perkara ni bermula pada hari Sabtu yg lalu di mana hband menyatakan hasratnya nak tukar moto (sekrg pakai skuter ELIT) kepada yg biasa ni sama ada kriss atau ex5. Pada ketika itu juga kite membantah sbb moto yg dok ada sekrg ni masih baru lg, tak sampai sethn pun lagi. And then dia diam, ingatkan benda ni terus diam rupa2nya tak. Hari berikutnya (Ahad) dia bagitau yg dia dah pukul canang kat kilang dia yg dia nak jual moto. Maka adalah beberapa org yg berminat nak beli. Masa tu dlm hati perut ni dah rasa mcm ada api2 nak terkeluar, tp cepat2 gi minum air nak pdmkan. Kali kedua kite menyatakan ketidaksetujuan sama sekali ke atas ideanya itu. Dan dia cuba memujuk, dgn alasan buleh la bwk Nayli gi jenjalan naik moto tu nanti sbb ada bakul kat depan. Dlm keadaan ini saya tak buleh berdiam diri lagi. Masa nak beli skuter dulu tak nak pikir pjg, kalau tak tu buleh beli la beli kriss terus. Masa nak beli skuter tu dia sendri yg ckp bila anak dah besar buleh la berdiri kat depan tu alih2 tak sempat Nayli buleh berjalan pun dah nak tukar....buleh ke camtu? Lepas dah lontarkan point kite dia diam lg. Kite ingatkan dah lenyap rerupanya ada lagi.....

Isnin, dia bukak lg bab ni, dia tanya moto mana yg kite suka kriss ke ex5. Kite jawab ELIT. Dia tanya lg, kite bg jawapan yg sama. pastu terus tukar topik. Kite ingatkan hasrat dia nak tukar moto tu dah mati. Lebih dasat dan mengejutkan lagi, pd hari Selasa dia bgtau yg dia dah terima cengkeram dr kawan dia utk beli moto ELIT tu. Kalau keadaan ni berlaku la pada orang pembaca sekalian, marah tak bila suami kita buat camtu? Tanya kemain bila bg pendapat tak pakai skit pun, baik tak yah tanya. Nak buat pape pun buat la mcm idup bujang balik, puas ati!! MMg sakit ati sesgt.

Selasa petang dia ajak gi kedai moto nak suruh pilih model mana yg kite bekenan. On the way kite mmg diam je, sisa2 marah tu dok ada lagi. Kat kedai satu pun tak bekenan, alih2 dia kata dia bekenan ngan Kriss. Pastu nak balik kite cakap ngan dia terus terang suruh pulangkan balik cengkeram dan toksah jual skuter tu. Dia nak pujuk lagi tu kite tak bg muka dah, sbb dah byk kali buat camtu. Sblm ni kite je yg beralah, kali ni kena tegas skit tgk apa nak jadi.

Rabu, dia hantar kite pegi keja (nak amik ati le tu). Rerupanya die ada plan, senyap2 die pegi kedai moto pastu janji nak beli moto idaman dia tu, Kriss. Kite tau ni pun bile call dia waktu lunch. Cadangan asal tu nak suruh dia amik sbb nak balik masak dan lunch sesama. Tau tak dia kat mana? Kat JPJ katanya....uruskan moto. Terus terdiam kite nih, hasrat nak balik masak pun terbang ntah ke mana. Pastu dia ajak lunch kat luar kite cakap dah kenyang. Dia kata saya marah kat dia. Kite diam je waktu tu, apa tak terkata. Dalam hati ni dah sebak nak mampus. Mmg teringin sgt nak masak tomyam sbb tgk blog Dilla sungguh melapaqkan perut, alih2 benda lain yg dtg, mmg potong stim betul. Ptg tu dia amik, dlm keta dia tanya sepatah, jawab setengah patah. Perut tgh kosong ni sbb tak leh makan masa marah. Amik Nayli dari umah pengasuh then terus balik. Opss, lupa nak bagitau yg skuter tu tak jadi jual kat kawan dia, tp mak dia yg beli utk adik dia yg no. 4. Tu satu lg poblem tu. Masalah yang utama di sini adalah KENAPA DIA SENTIASA MEMBELAKANGKAN KITE DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN? NI BUKAN KALI PERTAMA, TP KALI NI YG PALING MENYAKITKAN ATI..!!!!

Di saat ini rasanya cam tak leh tgk muka hband. Cam nak marah je. Kite marah bukannya reti nak cakap2 nih, habih kuat pun nangis je sorang2, tak reti nak marah bebetul. MMg sabar thp maksimum, tak tau la camana kalau dah off limit.


|
Shida blogged @ 9:19 AM



Tuesday, August 17, 2004

Mid sem exam akan bermula

Lilypie Expecting a baby Ticker
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada ibu2 sekalian.............

Barula ada masa nak meletakkan punggung ni di depan pc sambil update blog ku ini. Tak lama lagi bagi para pensyarah di sini akan datang satu masa di mana kami buleh berehat sebentar setelah mengerah kepala otak mengajar bebudak nih. Bila musim exam shj mmg takde klas, eventho kena jadi invigilator still masa utk berehat tu masih ada. Yg lebih menarik lagi selepas tu bebudak cuti about 1 week, mmg akan sunyi giler dan kitorang plak kena marking paper. masa tu tak tau la sempat ke tak nak surf internet. more over mmg kena siapkan marking awal sbb nak gi holiday kat Genting+ Bukit Tinggi + Terengganu + Kelantan. Camana la agaknya rasa ek, sbb pegi konvoi dgn kengkawan hband. Memasing nak bwk family gi jenjalan sempena cuti skolah nih. Kekadang tu otak tu terpikir gak benda2 yg tak best cthnya,diorang tak penah jln jauh pastu tak buat persediaan awal, tak kira la servis kereta ke, tukar tayar ke dan yg penting skali bawa duit yg mencukupi. MMg bila kite mention bab duit ni org akan ckp "eii kedekutnya hang ni sampai nak berkira". Sebenarnya hadirin dan hadirat sekalian berdasarkan sejarah hidup hband saya yang sungguh baik hati ni, dia selalu di'pow' oleh kengkawannya yg takde ati perut. Kekadang tu bila dia cite sakit ati gak, bukan ape mmg selalu jadi. Bila kite bg jln nak elak dia cam berat je nak ikut,ntah sayang sgt dgn kawan dia kot. Kes yg selalu terkena bila bab nak beli mkn. Hband kite ni tak brape suka mkn kat kantin die tu sbb katanya lauk tak best and kekadang tu dah nak basi. So pi la beli kat luar, maka ada ramai la yg kirim kekadang sampai 10 bungkus. Bila dah kenyang memasing buat dek je. Takkan tak paham kot byr la, ingat org cap duit ke.

Sekarang ni lepas dah kawin and ada anak dan beberapa komitment lain kite ada tegur suami supaya tegas sikit dgn kengkawan yg cam mangkuk ayun tu. Baru la dia berani nak bersuara. Tu pun kekadang terkena gak. Susah kan bila keja reramai camni. Hopefully everything goes smoothly masa trip tu. Ni dianggap meraikan sekali la anniversary and birthday Nayli serentak. Nak buat party tempat tak sesuai umah kecik, kalau dok umah baru tu buleh la gagah nak buat party. Persediaan perlu dibuat mulai sekrg sbb nak berjalan jauh. Tu je kot nak syer. Kalau ada pape lagi kite tambah la lg.


|
Shida blogged @ 2:56 PM



Saturday, August 14, 2004

At last...

Lilypie Expecting a baby Ticker

Setelah beberapa hari mnegabaikan 'blog' ku, hari ni baru berkesempatan nak mencoretkan sesuatu. Sempat baca blog org je tp tak sempat update blog sendiri.

Thursday evening my sis arrived from Langkawi (dr uma abg) setelah 4 hari kat sana. Memula plan tu nak balik Jumaat tp bila tau kat AS ni ada Fun fare maka ditunda ke hari berikutnya, Sabtu. Dah lama jugak la tak membawa diri ini ke suasana sedemikian. Kali terakhir pun gi Pesta Penang yg ntah thn bape ntah. Rerasanya masa tu dok ngaji lagik. Smlm baru berkesempatan pi fun fare, bwk Nayli skali. Ajak abah dia nak main badminton pulak. Aiii bdn tak sihat ni pun nak pi main jugak, satgi balik mula la sakit badan la, apa la. Back to ffare story, nasib baik la pi awal, sbb masa nak kuar balik tu mmg jem giler. Ni la penangan ffare kat AS, maklumlah tak penah buat lagi kat sini. Dasat2 jugak game dia, top gun la, roller coaster la, vortex la (paling ngeri), challenger la (cam sotong tu) dan stall tikam2 dpt hadiah. Ramai tu toksah cakap la. Memula tu adik plan nak naik top gun tp bila tgk org naik jeritan tu toksah ckp la, jantung kite dah berenti dah. Dah tu dok nampak air menitik lak tu (air apa agaknya tu?) maka tak jadik la. Naik yg senang2 je, wonder wheel dan super jet (cam sotong tp jinak la sket) . Nayli steady je, mama dia yg over, siap jerit2 lg tahpape tah. Pasu abihkan token gi tikam2 dpt adiah. Okla skit2 dpt la dam ular (saiz A4 lipat 4 ). Dah tu balik la, sampai umah around 10pm.



Tidokan Nayli and then sambung buat keja umah, lipat kain, iron...bla bla bla.....Dah selesaikan suma tgk tv jap walaupun sampai dah berair bijik mata, tunggu hubby balik punya pasal. Bila dia balik buatkan air kat dia and then dia soal siasat lak camne suasana kat ffare tadik. Bila ditanya ni kite pun story la dari A sampai Z. Bab2 bercakap ni mmg suka siap dgn sound effect lagik. Dah puas cite baru masuk tido, awal gak sbb sok keja beb. tu je la kot setakat ini. Sekian........

|
Shida blogged @ 1:08 PM



Tuesday, August 10, 2004

What to do today?

Lilypie Expecting a baby Ticker
Here are the list of things to do for he whole day:

  • Usual routine, the classes ; mid semester exam just around the corner so I should give what students always "love" most, lots and lots of EXERCISES!
  • prepare the questions for mid semester exam; involve 2 subjects here - database and VB
  • don't forget your students' assesments
  • unit's task (UPP): list of students' name according to subject and hall

tu je kot untuk ari nih, tu pun kalau sempat. Ada lagi arahan yang baru diterima, "Ptg ni,5 pm ada meeting buletin KPTM" tambah satu bab lagi. Pastu balik petang ni nak tgk netball match between KPTM and IKMAS. Ok la tu sesekali hilangkan tension kerja seharian, pegila beriadah kejap. Kita ni perlu beriadah supaya badan dan minda kita sentiasa cergas dan cerdas. (Cheewahhhh). Off for now ada keja skit. Nanti jumpa lagi

|
Shida blogged @ 9:21 AM



Monday, August 09, 2004

Memang sungguh tak sangka......

Lilypie Expecting a baby Ticker
Ishhhh......mmg tgh terkejut dan sungguh tak sangka lagi nih. Dah dua ari tak de connection ari ni terus dapat tau yg Dilla (mama Fahim yg kiut tu) rerupanya ex-schoolmate. Cam kelakar lak. mmg tak perasan betul sbb nampak lain, maklumlah dah jadik ibu nih. Yg tersedar bila tgk gambar terbaru masa nak hantar Fahim and hubby dia balik M'sia. Baru jelas nampak muka dia tu. Yang penting dia masih kenal siapa diri ini. Maklumlah dulu kite nih takde la glamer cam dia tu, tapi kitorang kawan gak, mmg gile2 la kan. Tak sangka terjumpa dlm fotopages nih. tu pun nasib baik Eina tgh chat dgn dia terus tumpang nick dia utk chat dgn kwn lama. THANKS IENA!!!

Secara tak langsung dapat tau ttg kengkawan yg ada kat sana sekali. Dah jadi doktor pun ada. Tahniah to all of you. Hopefully buleh jumpa bila dah balik M'sia nanti. Especially Syazri, mmg dah lama tak dengar khabar. Tup2 dah jadik doktor, nak keja kat spital mana? Buleh la merawat kami nanti....heheheh. Byk benda nak sembang tp sbb kekangan masa takleh la sembang lelama, member pun kena tido gak. Lepas ni nak jumpa sapa pun tak tau la, hopefully dpt contact balik sume2 yg dah lama terpisah (jejak kasih la kunun). MMg tak rugi ada account fotopages and blog nih, anything can happen. Thanks to all yang memberitahu ttg fungsi teknologi pada hari ini....Sekian, terima kasih

Dilla, Hafiz & Fahim

|
Shida blogged @ 12:01 PM



Sunday, August 08, 2004

Hujung minggu yang memenatkan

Lilypie Expecting a baby Ticker
MMMmmmm.... ari sabtu ni cuti, nak pegi mana ek? Dalam otak tu plan la memacam tp lastly hband ajak balik kg (umah tok dan mak di pendang) punah harapan nak jenjalan. Okla, sesekali balik kg, tgk tok yg dok sorang tu. Bukan tak minat nak balik kg sebelah hband ni tapi bila balik je mesti ada cerita2 yang menyakitkan jiwa raga ni. Lebih2 lagi cerita pasal pak teh yg tetiba balik selepas menghilangkan diri dan menghabiskan duit ribu2. Kalau tak berkait tak pe, hband lak pi jadi penjamin kereta dia yg dah kena lelong tu, dah kena blacklist (aargghhhh tension....!!!) Org waktu cuti ni la kena rehatkan minda, ni tak kena tadah telinga dengar cerita2 yg tak best tu.

Masa kat umah tok tu yg syok nya part kait buah rambutan dan rambai. Nak mkn tu tak sgt tp suka kait bebyk pastu sedekah kat org (baik tak?) Yelah sampai dah tak termakan, ddrpd terbuang baik disedekah. Ari sabtu ada match badminton, lwn dgn student. Buleh la sesaja nak keluarkan peluh. Tp stamina...hampeh, sbb dah lama tak bersukan maka hari ini mengalami sakit2 badan yang maha teruk. Naik tangga pun terkedek2, kejang sana-sini. Nak dpt main pun jarang2 sekali, bila dah main pulun sampai nak patah pinggang. Dapat la 3rd place ok la tu, main utk seseronok. Anak ditinggalkan kat mak mertua di pendang. Oleh kerana match abih awal, so we decide nak balik penang sbb next week mak ngan abah kena kursus kat PD seminggu.mmg letih la tak tau nak cakap. Sempat la membelek umah mak yg baru nak siap tu. Luas sakan, nak buat kenduri lepas ni mmg senang la. Balik umah lepas tgk konsert AF. Around 11 pm baru bertolak, mama dgn nayli toksah cakap la mmg dah hanyut dulu,maklumlah letih main badminton siang tadi. Abah drive sorang2 tak dak sapa teman, sorry ye yang dah letih sgt, esok keja pulak. Sampai umah around 12.30am, mmg speed giler. Ntah berapa la dia tekan, tak terbukak mata nak tgk meter. Anyway, selamat sampai, dah ptg ni lepas balik keja mmg byk la keja menanti kat umah tu.Chowww....

|
Shida blogged @ 4:05 PM



Tuesday, August 03, 2004

Nayli demam...mama pun demam

Lilypie Expecting a baby Ticker
Sungguh tak terduga, last Sunday Nayli had a fever. Nasib baik tak teruk sgt, her temperature about 38 degree C. Terus bagi ubat demam and around the evening suhu dah turun. Tp dok merengek2 gak le...ishh tak tau nak wat camana. Risau terganggu tidur hband gak sbb dia keja malam. Pastu tepuk2 sikit lelap kejap. Nama pun kejap after 15 minutes dia jaga lak nangis, nak kata lapar baru sudah je minum susu, tak selesa kot. Abah dia terjaga and decide nak bawa keluar jenjalan, kami pun bersiap. Yang syoknya terus dah tak nangis dan siap lonjak2 lagi bila kita siapkan dia. Nampak sgt dia cam dah jemu kena dok kat umah. Naik keta, letak atas car seat and then terus sengih2, dan yg lebih gembira tgk dia dah berpeluh.Alhamdulillah, dah kebah demam dia ni. Lepas round2 lebih kurang balik umah, bagi mkn ubat lagi sekali, salin baju tido and masuk bilik terus tido. Nasib baik mlm tu ok.

Esoknya, mama dia pulak yg rasa cam nak demam. Sakit kepala yang melampau2. Tp degil nak dtg keja gak..konon buleh la thn. Lepas bfast, terus rasa cam dok menekan2 mata.Aduss tak thn beb, tak buleh jadi nih, terus turun bwh(klinik) amik ubat dan dpt MC sekali. Doktor kata maybe pasal my glasses sbb dah lama tak tukar. Tgk la nanti2 la tukar. Teringin nak pakai contact lens tp ntahla, cam tak begitu rajin nak pakai dan buang tiap2 ari. Kalau pakai spec. senang je pakai dan buang bila nak. Tengoklah camana.

Ada class, satgi sambung

|
Shida blogged @ 9:07 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com