Flower Dreams
Tuesday, September 06, 2005

yeahh...yeahhh...tahap pecut dah nihh...

Lilypie Expecting a baby Ticker
Rasa cam dah sekurun tak update blog nih. Meluat yang amat dgn internet conn kat opis nih. Sekejap ada, pastu lama plak baru adanya. Byk kerja terbengkalai.Mood nak update segala pon ilang. Nak update gambo tu lagi laaaaa.... Bukan tak report, borang dah diisi...panjang lagi aku karang. Masalah problemnya, technician plak cuti 2 minggu..buleh gitu? Nak harap bebudak praktikal ni almaklum sajalah, tak yakin gak aku...kang ilang abih aku punya folder tak pasal2 plak. Ni pon aku curik2 masa hapdet dlm lab. Bebudak tgh test..heheh

Trip to KL (26-28/8)
Marvellous....semua berjalan dgn lancar. Hasilnya...semua pakat keletihan kerana setiap hari yang dilalui digunakan sesungguhnya. Bilik banglo yang kitorang sewa mmg menjadi untuk tido dan rehat shj. Keluar pagi, balik malam. Mmg puas hati. Dan yang lebih puas hati, perkara yang paling aku tak nak mengharap dpt dipenuhi... shopping kat IKEA la apa lagi. Makin byk benda2 yang menarik di sana. Beli la sikit2 dulu...lenkali borong lagi. Ishh..sikit2 pon hampir RM300 melayang, padahal benda kecik2 jek. Sungguh dasatttt penangan. Ingatkan aku ja yg dok terhegeh2 nak shopping situ, hubby lagi dasat....siap ckp lg. Pasni kalau ada duit, kita dtg IKEA beli barang pastu balik AS. Waaaaaa....lagi kronik nih. Tp gila2 pon aku sokong jugakk...Hahahahhaa.

Kenduri kawin sepupu aku pon ok, berjalan lancar. Bukan cam kenduri kat kg2 nih. Aku tak yah sibuk2 wat kerja ke hapa, duduk dan makan dan makan dan makan sampai jadi ular sawa kekenyangan.Hehe... Seumur hidup aku inilah first time aku attend kenduri kawin yg kelas. Buat kat open hall di PULAPOL. Dan yang paling aku kagum, pengantin arrive on time. Pukul 2 mmg dah terpacak siap utk berarak. Maybe sbb kena push dgn pak lang aku, seorg pegawai polis. Apa tah pangkat dia...SAC II kot. Aku tau pon sbb nampak sign kat pintu masuk. Tp ada gak yang sedihnya...kehadiran kitorang dari jauh ni macam tak dialu-alukan pon. Tuan rumah siap berpeluk cium dgn sahabat handai yg datang, sedangkan dgn saudara-mara sendiri salam ndak tak ndak jek...Takpe, alhamdulillah...aku tak nak komen panjang, kang hilang mood.

Kerja semula
Balik dari KL sampai Penang dah malam, nak anar mak dan abah aku kat Teluk Air Tawar. Makan2 segala then baru balik. On the way singgah Tesco Sg Petani dulu, nak borong Drypers. Memula tu teragak2 jugak nak singgah, takut dah tutup. Masa tu pon dah kul 9.30. Last2 gamble gak. Rupa2nya masih ramai yg berlumba2 mengangkot brg...termasuk la aku. Aku pon terus ke targetnya, hangkot 4 Drypers + 1 Huggies terus ke kaunter. Sib baik adik aku ada, tlg hangkot sekali. Puas hati aku. Sekrg kan harga brg dah naik. Semlm aku pegi Pacific ternampak harga baru Drypers, RM41.50!!! Mahalnyaaa!!! Nasib baik aku dah angkut byk, harganya murah RM10 sepeket.

Sampai umah pon dah pukul 11. Esok kena pegi keja. Iskkk...malasnyee. Dan kesannya aku mmg terlambat bangun. 7.45 baru terjaga. Bila waktu "off" ni mmg jam badan ni akan kejut lambat, tp tak sangka selewat ini. Hubby dah selamat pegi kerja lepas subuh tadi. Dia dah kejut aku, tp letih punya pasal aku tido balik...sekali terlajak. Ayakkksss..... sib baik Iena tolong. Hehehe... Dtg opis pon bosan gak sbb ramai yg sambung cuti nak sambut merdeka. Kedah kan cuti straight 4 hari sbb 1/9 tu Israk Mikraj. Aku plak nak simpan cuti utk raya plak. Nak buat kuih raya lagi, tu pon kalau sempat. Kalau tak, alamatnya mkn kuih lelong jelah.

Cuti Merdeka
Tak ke mana2 pon. Byk kenduri kahwin yang perlu dihadiri. Sampai naik muak bau nasi minyak. Tp mkn jugakla kan... Mak dan abah aku sampai dari Penang lepas abah selesai berkawad di Seberang. Heran gak aku, takkan la takdak pengecualian utk warga yang nak pencen ujung thn ni cam abah aku tu. Kesian la pulak tgk dia, tp berjaya mengharungi aktiviti tu dgn selamatnya. Diorang dok umah aku dari Rabu sampai Jumaat. Sepanjang diorang dok sini, aku bawak mak pi satu butik baju siap yang sgt murah. Bygkan..sepasang baju kurung harga paling rendah RM 28 - RM 88. Tudung pon pelbagai....sungguh nak gila aku dibuatnya. Aku beli tudung jek, adik aku beli baju sepasang. Cantik gak. Raya ni takyah susah2 tempah baju, beli siap jek.

mid semester break tamat
Sungguh aku mengharapkan cuti diteruskan lagi. Tp kelas mula balik dahh....semua balik kepada asal. Dgn studentnyaa, dgn kelasnyaa, dgn testnyaa...dan lain2 lagi. Sekrg ni student aku tgh test nih. Mcm2 gaya diorang nih. Masa nak tamat pon, so aku kena tamatkan di sini dulu okeh...

|
Shida blogged @ 12:51 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com