Flower Dreams
Wednesday, May 25, 2005

CSI NY : Schizophrenia...mungkinkah.....

Lilypie Expecting a baby Ticker
Ini adalah tema atau siri CSI NY malam tadi. Mmg best...rupa2nya sungguh hebat cabaran yang terpaksa dilaluui oleh mereka2 yang mengidap penyakit nih. Diorang sentiasa mendengar suara2 yang akan mempengaruhi tindakan mereka. Akibatnya, sanggup bunuh diri dek kerana hasutan 'suara' itu.

Minta maafla yea.....sekrg ni bukan setakat tgk iklan Akademi Fantasia, bila tgk CSI semlm pon dok teringat lagi kat x-roomate aku yang 'special' nih. IN la.....sapa lagi. Tetiba aku teringat, di celah2 kisah cinta dgn M. Nasir tu ada jugak beberapa insiden yang kekadang membuatkan aku kesian dan nak tergelak bila difikirkan semula.

Kisah cinta IN....dari M.Nasir, kepada Tg. Muda Pahang.....sampailah kepada En. BD, salah sorang pensyarah statistik kat UUM. Hahahahahhaha.....mmg aku akan tergelak sorang2 bila ingat balik. Pasal Tg. Muda......kalau tak salah aku dulu penah kena gosip dgn Siti Nurhaliza dan Normala Samsudin.....bila kitorang dok bincangkan gosip dari majalah tu, dengan tanpa rasa bersalah dan segan IN bgtau, Tg. Muda hanya nak bersuka2 je dengan diorang semua tu. Katanya lagi Tg. Muda penah call dia nak berkenalan.....dan IN plak sanggup layan sembang sampai berjam2 lamanya. IN jugak kata Tg. Muda ada beritahu beberapa plan utk masa depan la kononnya. Tah pape la.....

Kisah Tg Muda tu bagai citer dongeng je bg kitorang. Yang agak best tu pasal kisah cintanya dgn En. BD. Sekali dengar mcm real.....dua kali dengar, citer makin best.....masuk 3, 4, 5 , 6 kali citer terus tembelang pecah. Ekekekkekekek......lawak2 kawan aku sorang nih. Citer En. BD nak goda tu dah biasa sgt dah....buleh kata semua lelaki cerita yang sama....yang menariknya, IN buleh berlakon sikit punya maut bergurau senda, bermanja2 riang ckp dlm telefon. Katanya buah hatinya, En. BD ajak dia dinner.....depan kitorang nihhh, tak tipu....lagak ketawa manja....dok ber'kihkihkih' la....dok ber'ala ayang ni' la, naik loya tekak aku tgk. Ntah dari mana datang idea 'jahat'.....ada sekali tu aku nak uji sejauh mana temberang si IN ni nak bertahan. Masa IN dok berlakon dgn hdphone dia tu, aku kuar carik public phone dlm blok asrama kitorang jugak...dan aku dail no hdphone dia. IT'S RINGING!!!!! Wakakakakkaka.....adakah anda faham sekarang?? Rupa2nya selama ini mmg dia berckp sorang2 kat telefon tu. Tp lagak, ya rabbi mcm laki bini......apa yang berlaku selepas aku call tu disaksikan sendiri oleh S dan LH. Tgh syok melayan 'En. BD'nya tetiba hdphone IN vibrate....terus dia bukak pintu bilik dan marahkan aku. WAKAKAKKAKAKAKKA......HHAHAHHAHAAHAH......yang pastinya tembelang telah pecah.....

Itulah cerita aku untuk hari ini......semuanya berpunca dari siri CSI NY yang aku tgk semlm. Pada aku, IN mungkin salah sorang individu yang turut menerima tempias SCHIZOPHRENIA.....yela...dok ckp sorang2, seolah2 ada suara yang dok melayan dia. Amacam....buleh jadi pakar psikiatri tak aku??

|
Shida blogged @ 3:46 PM



Tuesday, May 17, 2005

Alkisah.....M.Nasir dan x-roomateku

Lilypie Expecting a baby Ticker
Hmmm.....marking paper dah selesai. Tinggal nak siapkan coursework la pulok. Sebenarnya hari ni aku nak share dengan pembaca2 sekalian pasal kisah salah sorang x-roomate aku masa kat Kolej TNB UUM. Aku teringat kat dia bila iklan tenaga2 pengajar AF 3 yang akan bermula tak lama lagi, sentiasa tersiar di astro ria. Apa yang aku tertarik, pengetua AF musim ketiga ni adalah M. Nasir. Menarik....dan tak sabar nak tgk mcmana dia handle students nanti. Cerita aku ni pon berkait dgn M. Nasir la jugak.

Begini kisahnya.........semua ni berlaku pada semester pertama masa aku di UUM lagik. 4 org sebilik...mcm sardin. Tapi untuk menimba ilmu, semua tu diketepikan. Biarlah aku kenalkan roomate aku sbg S, LH, IN dan aku sendiri. S dan LH no prob.....kami mmg satu kepala. Apa2 hal mmg diskas sesama. IN nih yang lain dari yang lain. Dia org Pahang. Dari segi fizikal, dia mmg agak besar berbanding kami bertiga. Berkulit gelap, specky, pakai-buang tudung ikut suka dia. Satu kelebihan dia, converse in Mandarin. Aku mmg kagum la bab nih....dengar dia ckp mmg sebijon cam org cina. Sayangnya IN nih ada prob. Kami bertiga tak tau apa sebenarnya masalah dia nih. Nak kata family prob, cam org kaya gak family dia. Cuma ayah dah takde, meninggal. Nak kata kurang perhatian, adik beradik tak ramai pon. Kalau tak salah aku 3 org, abg seorg engineer dan adik.

Masalahnya yang paling membingungkan kami bertiga dan jugak kawan2 dia yang lain (setelah disiasat) adalah dia suka buat2 cerita. Bukan cerita seram ke apa....tapi kisah cinta. Semua mamat2 hensem kat UUM tu berlumba2 nak tackle dia. Mula2 tu kitorang nih percaya jugak.....tapi bila melibatkan org yang agak hensem kat UUM tu, kami mula sangsi.....betul ke minah nih??? Apa yang paling kitorang tak tahan tu bila dia ckp semua mamat2 yg tgh main volleyball kat court Kolej Pernas terhenti sebentar bermain, dok pandang dia bila dia lalu nak ke cafe kolej tu. Masa jalan dgn kitorang, saja la kami nak test betul ke tak cerita dia tu. Kami biar dia jln dulu, pastu kami bertiga ikut belakang. Malangnya.....sapa pon tak pandang kat dia, diorang carry on jek dgn game tu....camana kitorang nak percaya???

Satu lagi yang aku tak tahan nak gelak, bila dia cakap nak bertunang. Dia minta pinjam baju kebaya aku nak gi jumpa bakal tunangnya di Kolej EON. Kononnya nak mencuba baju bertunang lah. Kitorang bertiga ada cantik punya plan....hehhehe. Aku pun bagilah pinjam kebaya aku tu. Masa dulu aku kurus sgt....baju kebaya tu longgar yg amat dan aku jarang pakai. Bila tgk IN pakai je kebaya tu, aku jadi terkedu. Sbb apa??? Bagai nak tercabut butang baju2 kebaya aku. Pastu, mmg nampak ketat sgt...cekang sungguh sampai nampak benang jahitan cam nak terberetas. Tu pun kata longgar lagi....hehehhe...Ahhh...aku tak kisah...janji aku nak siasat jugak, betul ke tidak apa yg dia dok cerita kat kami nih. Sayang waktu tu cam phone masih belum wujud, kalau tak musti best aku dok snap gambor sebagai bukti. Lepas dah bersiap sakan, solek segala.....dia pon berangkat ke tempat yg dia janji nak jumpa bakal tunangnya itu (kononnya..). Aku plak, dengan gigih ikut IN dari belakang. Punya la laju dia berjalan, pastu tertoleh2 ke belakang...mcm tau2 je aku dok ikut. Aku pon make sure dia tak perasan aku. IN guna jln belakang untuk ke Kolej EON. Bg sesapa yg belajar UUM musti tau. Kalau ikut jalan belakang, akan melalui Kolej Pernas dan Petronas. Tiba2 IN masuk salah satu blok Kolej Pernas. Ikut punya ikut rupa2nya dia gi bilik besfren dia masa kat matrik KMKN dulu. Aku tunggu la gak......dekat 20 min camtu. Pastu, sbb lapar aku blah balik bilik dan laporkan hasil siasatan aku sambil melantak maggi. Elok2 aku habih citer jek, IN balik...dgn muka happy tp sedikit kecewa sbb katanya baju yang ditempah tak padan. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa perut kami bertiga nak pecah tahan gelak. Dia bukan gi jumpa bakal tunang dia...tp jumpa kawan dia jek.

Lepas kejadian tu, kami hanya layan IN bercerita kisah2 cintanya seolah2 kami percaya 100%. Yup...sungguh byk jejaka yang ditinggalkannya (konon lagi..). Antara pasangan yang paling top adalah M. Nasir sendiri. You all musti tak percaya kan? Tp aku pon tak tau camana dia buleh dpt idea nak ada affair dgn M.Nasir. Kalau tak salah aku masa tu wife dia baru meninggal. Jadi, selalu la IN citer....yg anak M.Nasir yang bongsu tu, Nurnilam Sari mcm dok merengek cari mak dia. Citer yang paling melampau lagi, IN kata M.Nasir mcm merayu kat dia sbb kesunyian...dan anak2 dia perlukan seorg ibu. HAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAH....................mmg kami tak thn sungguh. Aku sampai kuar ke toilet semata2 nak tergelak kuat2. Ekekekekkeke.....Bercinta dgn M.Nasir tu......mmg hebat sungguh kawan aku nih. Yang peliknya, masa tu tak pulak aku terbaca dlm majalah2 hiburan pasal hubungan dia dgn M.Nasir tu....hehehhe

Citer IN dgn M.Nasir diam mcm tu saja.....diikuti dgn kisah cinta dgn org lain pulak. Kalau tak salah aku, bila nak masuk semester 3 IN ditukarkan ke Kolej lain. Tp kami masih mendengar kisah2 cinta dia dan pelbagai jejaka hensem dan glamer bila bersua di kawasan dewan kuliah. Kami yang mendengar hanya mampu menggeleng sambil terfikir...bila minah ni nak sedar ek?? Kisah yang terakhir aku dengar sblm grad ialah....dia dah berkahwin dgn sorang doktor sbg isteri kedua semasa di semester 5. Katanya dah mengandung...tp gugur.....wallahualam betul atau tidak. Tp, selepas anda semua baca kisah IN ni, rasa2nya buleh percaya ke?? Apa yang pasti, setiap kali ada iklan pasal AF 3 tu....musti aku teringat kat dia. Mcmmana dia sekrg ek?? ....aku pon tak tau sbb mmg lost contact terus. Lagipon dia tak penah nak xchange address ke, no tipon ke sblm berpisah dulu. Agaknya dia dah serik kot kena siasat.......hehehhe.

|
Shida blogged @ 11:55 AM



Saturday, May 14, 2005

Hapdet!!

Lilypie Expecting a baby Ticker
Iskk.....terasa lama jugak tiada hapdet ek. So, ini adalah serba sikit....


Trip to KL (6/5 - 9/5)


Syukur....perjalanan pergi dan balik berjalan lancar. Yang tak berapa lancarnya, adalah plan semasa di KL....semua berkubur. Tak tau nak marah sapa. Geram sungguh......IKEA hanya tinggal IKEA. Most of the time mmg dihabiskan di rumah kenduri. Tolong siapkan bhn2 nak masak seme. My mom mmg surrender terus dari bab2 masak nih. Lagipon, zaman sekrg ni mana ada masak2 sendiri seme kan....even dok kg pon pakai order jek. Berkira sungguh mak ndak aku nih. Tapi, dlm dok berkira2 tu, sempat jugak pasang tile bilik pengantin, ruang tamu seme. Tak paham sungguh aku. Ini adalah kenduri kahwin yang ke-3 berlangsung di rumahnya.....dan hampir ke semua kenduri berkenaan mengalami situasi kelam kabut yang sama. Kalau tak salah aku, kenduri anaknya yang kedua dulu lagi teruk. Tghari akad nikah, pagi tu buleh lagi suruh anaknya sapu cat. Kena marah dgn abah aku. Padan muka.

Abah aku dgn hubby start terperuk kat tempat masak pada pagi kenduri sbb nak masak nasik. Rasanya 3 periuk derang masak. Muka merah menyala toksah cakap la.... Aku setakat tolong amik brg2 itu ini buleh la, sbb si Nayli very moody pada hari berkenaan. Kejap ramah....bila bosan mula la satu area taman dengar suara dia. Maka pada hari itu aku lebih kepada pemerhati/pengasuh/ yang sewaktu dengannya. Kitorang mula beransur dari umah kenduri dalam pukul 5.30 dgn keadaan letih yang amatss. Abah aku sampai tak lalu nak makan. Kitorang geng Penang ni serbu meja pengantin untuk habihkan lauk. Salah satu sebabnya, lauk pengantin ni dimasak asing. Maka jauh lebih sedap dan ada tambahan iaitu udang besor dan ikan bawal.....heheheh...tgh letih, perut lapar...apa lagi kan.

Malamnya, hanya rest kat hotel. Aku masih tak puas hati sbb hanya dpt jln sekitar SOGO dang jln TAR.....nak gi IKEA jugak!!! Kejam aku kan?? Tak pedulik...aku ajak hubby. Dia kata dia tak tau jln...so kena ajak abg aku la. Masalahnya.........abg aku dah lama terbungkang keletihan. KESIMPULANNYAAAAAAAAAAA.....tak buleh jugak. Hubby ckp lain kali laa....pastu siap pujuk nak bawak gi Cameron Hglands. Ntah bila la pulak....... Aku ckp nak gak beli sesuatu area sinih. Aku ckp nak beli jubah seluar kat kedai depan SOGO. Menarik, cantik dan berpatutan.....aku survey awal lagi dgn mak aku, tinggal nak ajak bos for approval jek......hehehehhehe. Maka, dpt la sepasangggg...tenang sikit hati yang gundah kannn....


Exam week (8/5 - 16/5)

Aku masuk keja semula 11/5. Bebas dari kelas. Tapi kena jaga exam pulok. Ayooooo...mmg cabaran sungguh bila bab jaga exam nih. Mengantuklaaaaaa tak tau nak habaq.... Tapi relaks sikit...tak la kelam-kabut nak pikir ajar apa. Sekrg nih aku dah dpt paper subjek aku. Maka tgh pulun menanda. Target nak siapkan dlm dua hari semua about 100 scripts. Errrr...buleh ke??? Itu matlamat aku masa kini, sbb lepas ni byk kerja menanti bagi Unit Penyediaan Peperiksaan (UPP). Nak proses result lagi....senat meeting lagi....iskkk...iskkkk....Kali ni nak mintak Iena plak ganti aku dlm senat meeting, buleh?? Hehehehe....bagus wooooo....buleh timba pengalaman yang tiada tandingnya. Oklah, kena chow dulu utk teruskan usaha aku utk capai matlamat. Wish me luck yeaaa....

|
Shida blogged @ 2:33 PM



Tuesday, May 03, 2005

Selamat Hari Pekerja

Lilypie Expecting a baby Ticker
Err...adakah telah lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pembaca? Cuti sehari jek...tp lebih baik dari tak cuti kan..hehe. Cuti Ahad lepas aku pei kenduri akad nikah kawan aku kat Jitra. Akad nikah, kenduri dia biasa je kan....kenduri besar-besaran tak tau bila. Seperti biasa, aku pegi dgn Nayli jek. Naik satu keta dgn K K'own dan K Liza. Kami sampai awal...around 11.30 pg camtu. Pengantin dah pegi mekap. Mmg lengang sgt suasana. Kami ingat dah salah rumah dah. Lama jugak kami tunggu....dah 1.30 ptg pun tak balik lg pengantin. Sakan sungguh mekapnye...ntah2 yang mengiring tu pon hantam mekap sama kot...hehe. Nayli dah buat hal, sbb cuaca amat panas, bahang....ya Allah...abih basah baju Nayli dgn peluh. Taknak duduk langsung...nak suh dukung kuar umah jek. Lagi la panas....dah la matahari terpacak atas kepala...angin pon takdak. Terasa peluh meleleh turun dari muka aku....sungguh tak sangka selama ini kena tunggu majlisnya.

Masa ni dah terpikir nak balik umah jek, tp memandangkan aku menumpang org...kenalah ikut tuan punya keta kan. Lastly, abih satu umah kecoh bila Nayli dan Damia (anak Tie) mengamuk. K K'own offer bawak jenjalan sekejap utk tenangkan. Sempat mkn Trophy lagi tuh...heheh. TQ K'Kown sebab belanja ek. Bila balik ke umah kenduri semula, nasib baik dah ok peel Nayli. Sempat sembang2 dgn pengantin, usik2....Bila lepas akad nikah, Nayli buat hal balik....nak dok kat luar rumah jek. Aku lapar nak mampos time tu....dahaga lagi....sabar je la. Round2 kat luar tu sampai tertido atas bahu...lega. Passing kat K liza sbb aku nak mkn plaks.....mkn cepat2, pastu beransur pulang, kul 4 camtu. On the way balik, singgah Wah Seah Jitra. Aku dok dlm keta, sbb Nayli sedang tido...pastu singgah umah Tie, antar nasik+lauk kenduri sbb dia balik awal, tak sempat mkn seme, Damia takmo duduk dah. Antar K Liza.....jiran dia wat kenduri plak. Panggil kitorang sekali....mkn lagi...hehe. Balik umah K K'own, amik keta...trosss balik. Hubby dah balik, sbb mlmnya nak tgk bola Kedah lwn Selangor (menang ye...4 - 1). Perkara pertama yang aku wat....mandi...bdn melekit2 dan terasa setong minyak tumpah kat muka. Lepas mandi, hubby layan Nayli while aku wat apa2 yang patut. Lepas maghrib, dia kuar tgk bola. Aku dok umah jek...letih sehhhh. Nayli awal lagi dah pengsan. Buletin Utama start...dia dah pengsan. Aku pon dah ngantuk....thn jugak sampai Isyak...lipat baju pon tersengguk2. Lepas Isyak terus zzzzzzzzzzzzz. Hubby balik kul bape pun takmo tau.....CSI ka, Tru Calling ka...semua lenyap dlm mimpi.....hehehehe.

Hari ni relaks sikit, sbb silibus dah abih. Cuma kena layan student yang dtg bertanya itu ini tentang soklan latihan yang aku bagi. Biasala....last2 minit baru kelam kabut nak tanya. Next, kena lengkapkan coursework....bebudak nih dah bising nak tau markah derang. Sabtu ni aku akan ke KL. Plan berubah...memula nak bertolak ari Jumaat. Atas sebab2 tertentu, kena bertolak sehari selepas. And...kena dok hotel, sbb rumah rehat MARA kat PJ tu dah penuh. Apa2lah...janji buleh rest2 yeee. So, aku akan bercuti bermula Ahad sampai Selasa. Harap2 tercapailah hasrat nak ke beberapa tmpt tu....hehehehe

|
Shida blogged @ 1:37 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com