Flower Dreams
Tuesday, May 17, 2005

Alkisah.....M.Nasir dan x-roomateku

Lilypie Expecting a baby Ticker
Hmmm.....marking paper dah selesai. Tinggal nak siapkan coursework la pulok. Sebenarnya hari ni aku nak share dengan pembaca2 sekalian pasal kisah salah sorang x-roomate aku masa kat Kolej TNB UUM. Aku teringat kat dia bila iklan tenaga2 pengajar AF 3 yang akan bermula tak lama lagi, sentiasa tersiar di astro ria. Apa yang aku tertarik, pengetua AF musim ketiga ni adalah M. Nasir. Menarik....dan tak sabar nak tgk mcmana dia handle students nanti. Cerita aku ni pon berkait dgn M. Nasir la jugak.

Begini kisahnya.........semua ni berlaku pada semester pertama masa aku di UUM lagik. 4 org sebilik...mcm sardin. Tapi untuk menimba ilmu, semua tu diketepikan. Biarlah aku kenalkan roomate aku sbg S, LH, IN dan aku sendiri. S dan LH no prob.....kami mmg satu kepala. Apa2 hal mmg diskas sesama. IN nih yang lain dari yang lain. Dia org Pahang. Dari segi fizikal, dia mmg agak besar berbanding kami bertiga. Berkulit gelap, specky, pakai-buang tudung ikut suka dia. Satu kelebihan dia, converse in Mandarin. Aku mmg kagum la bab nih....dengar dia ckp mmg sebijon cam org cina. Sayangnya IN nih ada prob. Kami bertiga tak tau apa sebenarnya masalah dia nih. Nak kata family prob, cam org kaya gak family dia. Cuma ayah dah takde, meninggal. Nak kata kurang perhatian, adik beradik tak ramai pon. Kalau tak salah aku 3 org, abg seorg engineer dan adik.

Masalahnya yang paling membingungkan kami bertiga dan jugak kawan2 dia yang lain (setelah disiasat) adalah dia suka buat2 cerita. Bukan cerita seram ke apa....tapi kisah cinta. Semua mamat2 hensem kat UUM tu berlumba2 nak tackle dia. Mula2 tu kitorang nih percaya jugak.....tapi bila melibatkan org yang agak hensem kat UUM tu, kami mula sangsi.....betul ke minah nih??? Apa yang paling kitorang tak tahan tu bila dia ckp semua mamat2 yg tgh main volleyball kat court Kolej Pernas terhenti sebentar bermain, dok pandang dia bila dia lalu nak ke cafe kolej tu. Masa jalan dgn kitorang, saja la kami nak test betul ke tak cerita dia tu. Kami biar dia jln dulu, pastu kami bertiga ikut belakang. Malangnya.....sapa pon tak pandang kat dia, diorang carry on jek dgn game tu....camana kitorang nak percaya???

Satu lagi yang aku tak tahan nak gelak, bila dia cakap nak bertunang. Dia minta pinjam baju kebaya aku nak gi jumpa bakal tunangnya di Kolej EON. Kononnya nak mencuba baju bertunang lah. Kitorang bertiga ada cantik punya plan....hehhehe. Aku pun bagilah pinjam kebaya aku tu. Masa dulu aku kurus sgt....baju kebaya tu longgar yg amat dan aku jarang pakai. Bila tgk IN pakai je kebaya tu, aku jadi terkedu. Sbb apa??? Bagai nak tercabut butang baju2 kebaya aku. Pastu, mmg nampak ketat sgt...cekang sungguh sampai nampak benang jahitan cam nak terberetas. Tu pun kata longgar lagi....hehehhe...Ahhh...aku tak kisah...janji aku nak siasat jugak, betul ke tidak apa yg dia dok cerita kat kami nih. Sayang waktu tu cam phone masih belum wujud, kalau tak musti best aku dok snap gambor sebagai bukti. Lepas dah bersiap sakan, solek segala.....dia pon berangkat ke tempat yg dia janji nak jumpa bakal tunangnya itu (kononnya..). Aku plak, dengan gigih ikut IN dari belakang. Punya la laju dia berjalan, pastu tertoleh2 ke belakang...mcm tau2 je aku dok ikut. Aku pon make sure dia tak perasan aku. IN guna jln belakang untuk ke Kolej EON. Bg sesapa yg belajar UUM musti tau. Kalau ikut jalan belakang, akan melalui Kolej Pernas dan Petronas. Tiba2 IN masuk salah satu blok Kolej Pernas. Ikut punya ikut rupa2nya dia gi bilik besfren dia masa kat matrik KMKN dulu. Aku tunggu la gak......dekat 20 min camtu. Pastu, sbb lapar aku blah balik bilik dan laporkan hasil siasatan aku sambil melantak maggi. Elok2 aku habih citer jek, IN balik...dgn muka happy tp sedikit kecewa sbb katanya baju yang ditempah tak padan. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa perut kami bertiga nak pecah tahan gelak. Dia bukan gi jumpa bakal tunang dia...tp jumpa kawan dia jek.

Lepas kejadian tu, kami hanya layan IN bercerita kisah2 cintanya seolah2 kami percaya 100%. Yup...sungguh byk jejaka yang ditinggalkannya (konon lagi..). Antara pasangan yang paling top adalah M. Nasir sendiri. You all musti tak percaya kan? Tp aku pon tak tau camana dia buleh dpt idea nak ada affair dgn M.Nasir. Kalau tak salah aku masa tu wife dia baru meninggal. Jadi, selalu la IN citer....yg anak M.Nasir yang bongsu tu, Nurnilam Sari mcm dok merengek cari mak dia. Citer yang paling melampau lagi, IN kata M.Nasir mcm merayu kat dia sbb kesunyian...dan anak2 dia perlukan seorg ibu. HAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAH....................mmg kami tak thn sungguh. Aku sampai kuar ke toilet semata2 nak tergelak kuat2. Ekekekekkeke.....Bercinta dgn M.Nasir tu......mmg hebat sungguh kawan aku nih. Yang peliknya, masa tu tak pulak aku terbaca dlm majalah2 hiburan pasal hubungan dia dgn M.Nasir tu....hehehhe

Citer IN dgn M.Nasir diam mcm tu saja.....diikuti dgn kisah cinta dgn org lain pulak. Kalau tak salah aku, bila nak masuk semester 3 IN ditukarkan ke Kolej lain. Tp kami masih mendengar kisah2 cinta dia dan pelbagai jejaka hensem dan glamer bila bersua di kawasan dewan kuliah. Kami yang mendengar hanya mampu menggeleng sambil terfikir...bila minah ni nak sedar ek?? Kisah yang terakhir aku dengar sblm grad ialah....dia dah berkahwin dgn sorang doktor sbg isteri kedua semasa di semester 5. Katanya dah mengandung...tp gugur.....wallahualam betul atau tidak. Tp, selepas anda semua baca kisah IN ni, rasa2nya buleh percaya ke?? Apa yang pasti, setiap kali ada iklan pasal AF 3 tu....musti aku teringat kat dia. Mcmmana dia sekrg ek?? ....aku pon tak tau sbb mmg lost contact terus. Lagipon dia tak penah nak xchange address ke, no tipon ke sblm berpisah dulu. Agaknya dia dah serik kot kena siasat.......hehehhe.


Shida blogged @ 11:55 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com