Flower Dreams
Wednesday, June 29, 2005

TING TONGG....UPDATINGGGG...

Lilypie Expecting a baby Ticker

|
Shida blogged @ 4:40 PM



Thursday, June 23, 2005

Cuti pulak

Lilypie Expecting a baby Ticker
Aku nak memulakan kisah hari ni dgn berita gembira yg tersebar di opis dan dah tersiar di berita. Bayi yg hilang dari Hospital Sg Petani tempoh hari telah dijumpai. Nurse yang kerja situ gak yang amik. Pastu terus aku call Kak Bariah nak tau kepastian. Mmg sah, dan menurut Kak Bariah jugak, nurse tu baru kematian anak. So mungkin ada sedikit ganguan emosi nih. Syukur alhamdulillah...selepas 4 hari terpisah dari anak, akhirnya bertemu kembali. Pujian harus diberi kepada pasukan PDRM kerana berusaha menyelesaikan kes ni secepat mungkin.

Mulai esok sampai 28hb aku akan bercuti. Nak ke Pahang utk hantar BIL#5 masuk IKM Pekan. So far tak tau exactly kami nak dok di mana. Memula ingat maybe MIL nak pegi umah adik2nya kat Subang Jaya dan Puchong tu, tp khabarnya diorang plak cadangkan semua ke Kuantan and menginap di sana. Sapa nak uruskan? Definitely not me lah kan. Bukannya dekat nak ke sana tuh. Hmmm...yg pasti aku mintak2lah tak dibuat keputusan last minit, mmg aku tak suka. Dan hubby sendiri dah sedia maklum dgn ketidaksukaan ku itu. Doakanlah agar perjalanan berjalan lancar dan kitorang selamat pergi dan balik.

Ptg semlm lepas balik kerja tetiba teringin nak mkn kanji (bubur lambuk). Bahan2 semua dah ada cuma santan jek. So sad sbb kelapa parut dah tak dijual kat Pacific kat rumah tu, maka guna alternatif je iaitu santan kotak. Kurang gemar...tp nak wat camana kan. So, lepas godek2 kat dapor, siap masak...aku hulur kat jiran sebelah. Malu nak bg sebenarnya, tp bila memikirkan mangkok tak belum dibalas, maka hantam sajalah. Pagi nih aku bwk yg selebihnya ke opis utk dijamu kpd kengkawan. Nak dgr komen supaya aku buleh perbaiki nanti. Adala jugak cadangan yg buleh aku gunakan bila nak masak lagi.

Aku msk gak masak lemak cili api siput (tak tau nama) sbb mak aku belikan yg dlm paket tu. Ok la kot...hehehe..kali ni aku lebihkan sikit cili padi, biar pedas ternganga suamiku....hahahha. Maka dgn itu, tghari nanti berlauk masak lemak la kami. Kalau rasa tak cukup, goreng telur jek. Heheheh...ok dok??

Oklah...dah takde idea nak merapu pa dah. Selamat bercuti hujung minggu ye pembaca sekalian. Jgn sedih2....hidup musti ceria, baru tenang jiwa.

|
Shida blogged @ 11:45 AM



Tuesday, June 21, 2005

Macam-macam....

Lilypie Expecting a baby Ticker

Sekali lagi telah membiarkan blog tak terupdate. Sori for that....

WEEKEND

Paling letih aku rasa cuti ujung minggu kali nih. Mak dan abah aku dtg AS lagi utk urusan mengambil tempahan t-shirt sukan. Tghari ni mak dan adik akan berlepas ke Sarawak. Mak aku involved dlm one of the event kat sana, manakala adik aku tu tak lain dan tak bukan telah mengambil kesempatan utk berjalan2 bg menghabiskan cuti semesternya. So, Jumaat tu aku plan nak masak laksa jek. Sesapa dtg umah aku jamu laksa jek. Memandangkan hubby keja mlm, aku pesan siap2 suh singgah pasar bila balik paginya. Lepas buat breakfast, aku terus ke belakang umah. Ntah camana, sampai seru utk aku kemaskan tanah yg sekangkang tikus kat belakang tu utk nak bercucuk tanam sikit. Bukan pokok bunga, tp bhn2 yg buleh dimkn. Buat masa nih sedang giat membesarkan serai dan pandan yg tak tau buleh idup ke tak. Harap2 tu buleh survive le kan....

Dasat sungguh area belakang umah aku tuh...macam2 harta karun ada tertanam. Batu2 toksah ckp la....bertong2 aku korek nak buang. Dah setel separuh, aku stop utk setelkan menu utk hari tu. Pendek kata mmg letih la.... Adik aku sampai dari Langkawi dlm kul 6.15 pm camtu. At the same time ada tamu kat umah. So, kenalah mintak adik tunggu jap. Hubby lak kena masuk keja kul 6.45, pendek kata pada masa tu mmg kelam kabut kami nih. Takkan nak halau tamu pulak kan. Sharp 6.30 tamu beransur, dan aku dgn gaya tudung mak itik gi amik adik aku kat jeti. On the way balik, baru teringat yg aku lupa bwk kunci umah. Masa tu mmg hubby dah masuk keja dah. Ishhh...mg porak peranda tul hari tuh. Nasib baik mak dan abah aku dah nak sampai, sbb kat diorang aku ada bg kunci spare. So, selamatlahhh... Malamnya cam biasa, sembang2 sambil mkn then masuk tido.

MIL

Rabu lepas MIL ada singgah umah utk solat. Hari tu jugak dia bagitau dia kena menjalani minor surgery kat Hospital JItra. Erkssss......takutnya dengar. Kalau korang dengar citer MIL mmg terbayang yg kronik2nye...sedangkan prosedurnya sama cam cuci keguguran tu (D & C) jek. Maybe MIL takut kot...heheh. So, surgery tu dah dilaksanakan yesterday pg, and by evening dia dah buleh balik. Aku cuti, maklumlah...hanya aku yg paling hampir dgn MIL...kang dikata kejam lak dibiar MIL sorang2 kat hospital. Sehari suntuk jugak la aku dok berkawad kat wad tuh. Mmg sunyi sungguh kat situ. Aku rasa maybe sbb tempias kes kecuaian yg pernah dilakukan oleh hospital tu. Pasal pesakit yg disakan HIV hasil pemindahan darah kat spital tu. Dengar khabar kes tu dah setel, dan pesakit tu dah terima wang tuntutan samannya sebyk RM 4 juta kalau tak silap.

Lepas MIL kuar, kitorang hantar sampai ke Pendang. Tetiba pulak MIL suh hubby singgah kat Mesra nak beli ayam dan sayur segala. Katanya, BIL#1 nak balik...yelah dah dgr mak masuk spital...anak mana tak panik. Aku puji MIL bab nih.....dlm tak pulih betul pun dok pikir nak menjamu sakan. Tp, natijahnya aku yg kena.....mmg tak tahu nak kata apa. Letih, panas, ngantuk semua ada. Nayli plak meragam...maybe tak cukup tido siang. Lepas nak siap masak lauk seme, aku mandi, bancuh air dan menjamu selera. BIL#1 and family sampai in the middle aku dgn MIL tgh kletung kletang kat dapor. Hubby dah berdengkur awal2 lagi. Sblm maghrib kami bernagkat pulang ke sarang. Mmg letih tak tau nak ckp dah. Kain baju pon tak mampu nak lipat. Kiranya balik tu kemas umah seminimum mungkin then beradu....zzzzzzz.

BAYI HILANG

Rasanya berita ni dah tersebar dlm akhbar2 tempatan dan berita. Mmg kesian kat pasangan yg kehilangan bayi mereka selepas 6 jam dilahirkan. Abih la reputasi Hospital Sg Petani lepas nih. Ayah bayi tu sebenarnya adik kepada pengasuh Nayli. Memula aku ingat nak hantar jugak Nayli ke rumah pengasuhnya kelmarin, tp Kak bariah dah call mlm sblmnya bgtau pasal hal nih. Kesian, sedih, marah...semua ada sekrg nih. Lebih sakit hati bila tgk tinjauan buletin utama ttg aspek keselamatan kat hospital tuh. Abih kantoi sorang dua pak guard yang dok tido masa bertugas....buleh camtu?? Lepas dah abih jadi camni baru kelam kabut nak ketatkan peraturan keluar masuk wad pediatrik...WHAT FOR???? Apa yg aku paling sakit hati ialah statement yang dikeluarkan oleh pengarah hospital itu sendiri..."kalau nak amik tindakan, teruskan...bukan saya nak kena keluar duit...kerajaan Malaysia yang kena byr semua..." Ishhh...makin membuak rasa marah ini. Mcm tu ke jawapan yg diberikan utk menenangkan pasangan yang telah kehilangan bayi mereka?? Hopefully dia akan dibuang kerja terus....org2 camni ada ciri suka lepas tangan.....baik berenti je, senang citer.

Hopefully, bayi pasangan ni dipulangkan secepat mungkin. Dan bg yg mengambilnya tu diberi hukuman seberat2nya. N

|
Shida blogged @ 12:05 PM



Monday, June 13, 2005

2 minggu yang caca marba....

Lilypie Expecting a baby Ticker

Haluuuuuu....ishh...sudah lama rupanya aku mengabaikan blog ini. Nak buat camana....mood tarak + malas. However, berikut adalah sedikit sebanyak yang berlaku sepanjang 2 minggu lepas...

Kerja
Bab ini yang paling nak pengsan. Siapkan result students untuk mesyuarat senat (internal). Ada jugak la masalah sikit2....lecturer lambat key in markah la, salah key in...dan macam2 lagi. Dan kali ni paling mencabar sbb my bestest assistant, Iena on leave untuk seminggu. Tak salahkan dia...semua ada hak bercuti. Lebih2 lagi cuti sekolah. Mmg nasib la kali ni kelam kabut sikit...lepas meeting kena produce report plak untuk ke senat peringkat HQ. Alhamdulillah, semua berjalan lancar sbb by that time Iena dah balik bercuti. Abih semua kena kerah wat kerja...sbb nak dgn kadar segera..Hmmm...ada la sikit2 prob bila melibatkan mereka2 yang tidak biasa dgn tugas2 camtu. Yang paling penting.....semua dah siap...dah over...dan aku bleh berehat sekrg. Nak cuti....tp kalau aku cuti sorang tak beshh la plak. Tgh dlm proses menghasut hubby utk cuti sama. Dia setuju, cuma tarikhnya tak tau lagi. Dlm minggu depan gak la. Mudah2an berhasil perancanganku. Amin.

Kereta baru
Yaaaa....para pembaca sekalian. Ini juga salah satu perkara yang berlaku dlm minggu lepas. After discussions with hubby, kami telah mencapai kata sepakat utk menyambar MPV plak. Heheheh....aku puas hati dgn keta kali ni. Luas, selesa.....walaupun saiznya sering di'perli' seperti bas. Aku tak kisah. Aku dah tetapkan syarat pada hubby, ....adalah di'HARAM'kan untuk dibuat sebarang perubahan pada body, especially part tayar, absorber dan sebagainya. Aku nak treat elok2 this time. Kalau setakat nak pasang tinted ka...cat ka takpa. Jangan kacau langsung 'kaki'2nya. Sesungguhnya...jgn bayangkan lgsg nak gantikan rim 17 ka, rim 18 ka...akan ku cantas pantas!!! So far...dah seminggu guna mmg puas hati....walaupun tang minyak tu mmg agak dasat gak la.....pandai2la kontrol ye dok...hehehe

Oppss...sebenarnya ada satu rahsia di sini. Khamis lepas telah berlaku sedikit eksiden pada keretaku. Maklumlah...agak besar dari dulu, so sedikit terbabas. Tp aku tak tau langgar apa. Tgk2 dah ada scratch kat bucu bumper depan. Panik aku...hubby mmg tak tau langsung. Aku usahakan sendiri perbaiki masalah itu. Nasib baik la saleswoman yg jual keta tu baik. Dia bawak ke kedai yg ok and....walla...everything back to normal.....phewwww. Sehingga ke saat ini tiada kedengaran komplen dari hubby bila dia basuh keta tetiap mlm atau petang. Syukur.....

Balik kampung
Musim durian telah bermula. Sungguh meriah dgn gerai2 durian di kiri kanan jln. Bermula dari Alor Star, Pendang sampailah ke Balik Pulau. Sungguh dasat.....hubby suka mkn dgn pulut...aku mkn camtu jek, baru syok....hehehe. Ada sekali tu my mom bwk dekat 10 bijik gak ke rumah aku. Balik opis aku tanak pulut, dgn penuh semangat nak mkn. Tp masalahnya aku ni mmg tak reti kot nak kopek durian. Asal aku nak kopek jek, abih lutut tangan aku luka....ish buhsan buhsan....kena la tunggu hubby balik keja tgh mlm baru melantak. Makan pulut durian tgh malam, sblm tido plak tu...buleh??? Balik umah MIL tido semlm...then balik Penang tido semlm. Abg aku and family pon ada. Diorang baru menghabiskan cuti sekolah di KL dan Trganu. Meriah gak la....and maybe ini kali terakhir diorang travel satu family sbb SIL bakal melahirkan baby on September. Hubby sound, kalau nak mkn durian, mkn puas2 sbb tak nak bwk balik. Sbbnya? keta baru nih takdak bonet...kang abih satu keta. Ishhhh....nak kena beli gak la tong yg letak kat bumbung tuh....Aku pun pulun la sampai tak ingat dunia. Akibatnya....gusi aku bengkak dan mlmnya berpeluh sakan walaupun dlm aircond. Sadisss....

Nayli
Wooo...dia ni semakin nakal dan byk karenah. Kuat merajuk jugak. Kalau nak marahkan dia kena tune down suara, cakap slow2...kalau tak mau sebik mulut dan terus masuk sarang, tekup muka dgn bantal. Ishh ishh...sungguh pandai merajuk. Kenderaan yang paling dikenali dan disukai kalau naik kereta adalah BAS...pantang nampak kelibat, abih dipanggil mama dan abahnya suh tgk....bebaru nih baru pandai tunjuk lori plak..moto, kereta tu kurang...maybe sbb kecik kot. Andd...satu lagi dia suka nyanyi lagu dlm siri OUT OF THE BOX channel #63. Tak dilupakan lagu zaman kita kanak2 dulu....sek sek sek..boom boom boomm...ola oli, ku beri nama, saudara saudari....chi ke boom chi ke boom...bla...bla..bla.. adoiii....siap dgn aksi sekali. Bunyi2 binatang pon buleh kenal dan buat sikit2. Apa yang aku perhatikan, Nayli senang kenal binatang kalau ada depan mata dia...mcm kucing, ayam, lembu, kambing tu ok la....yang singa, harimau, zirafah tu kenala bwk ke zoo plak...heheh. Pasal mkn, ada la sikit perubahan...suka sungguh makan ikan goreng. Kalau kita letak nasik dan ikan, dia akan kelas2kan dan mkn ikan jek. Mcm kucing anak mama nih....heheh. Asalkan anak mama sihat, ye sayang....

Thats all for now. Insyaalah, tak terabai dah kot blog nih. Agak relaks sekrg...so buleh ronggeng2, rehat2 dan yang sewaktu dengannya.

|
Shida blogged @ 11:26 AM



Wednesday, June 01, 2005

BUSYYYY!!!

Lilypie Expecting a baby Ticker
Sorry...no updates utk suatu jangka yang tak tau berapa lama. Dok proses result bebudak sampai berair mata dan nak muntah....uwekkk....Doakan aku selamat sepanjang proses ini. Sekian.

|
Shida blogged @ 9:09 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com