Flower Dreams
Monday, June 13, 2005

2 minggu yang caca marba....

Lilypie Expecting a baby Ticker

Haluuuuuu....ishh...sudah lama rupanya aku mengabaikan blog ini. Nak buat camana....mood tarak + malas. However, berikut adalah sedikit sebanyak yang berlaku sepanjang 2 minggu lepas...

Kerja
Bab ini yang paling nak pengsan. Siapkan result students untuk mesyuarat senat (internal). Ada jugak la masalah sikit2....lecturer lambat key in markah la, salah key in...dan macam2 lagi. Dan kali ni paling mencabar sbb my bestest assistant, Iena on leave untuk seminggu. Tak salahkan dia...semua ada hak bercuti. Lebih2 lagi cuti sekolah. Mmg nasib la kali ni kelam kabut sikit...lepas meeting kena produce report plak untuk ke senat peringkat HQ. Alhamdulillah, semua berjalan lancar sbb by that time Iena dah balik bercuti. Abih semua kena kerah wat kerja...sbb nak dgn kadar segera..Hmmm...ada la sikit2 prob bila melibatkan mereka2 yang tidak biasa dgn tugas2 camtu. Yang paling penting.....semua dah siap...dah over...dan aku bleh berehat sekrg. Nak cuti....tp kalau aku cuti sorang tak beshh la plak. Tgh dlm proses menghasut hubby utk cuti sama. Dia setuju, cuma tarikhnya tak tau lagi. Dlm minggu depan gak la. Mudah2an berhasil perancanganku. Amin.

Kereta baru
Yaaaa....para pembaca sekalian. Ini juga salah satu perkara yang berlaku dlm minggu lepas. After discussions with hubby, kami telah mencapai kata sepakat utk menyambar MPV plak. Heheheh....aku puas hati dgn keta kali ni. Luas, selesa.....walaupun saiznya sering di'perli' seperti bas. Aku tak kisah. Aku dah tetapkan syarat pada hubby, ....adalah di'HARAM'kan untuk dibuat sebarang perubahan pada body, especially part tayar, absorber dan sebagainya. Aku nak treat elok2 this time. Kalau setakat nak pasang tinted ka...cat ka takpa. Jangan kacau langsung 'kaki'2nya. Sesungguhnya...jgn bayangkan lgsg nak gantikan rim 17 ka, rim 18 ka...akan ku cantas pantas!!! So far...dah seminggu guna mmg puas hati....walaupun tang minyak tu mmg agak dasat gak la.....pandai2la kontrol ye dok...hehehe

Oppss...sebenarnya ada satu rahsia di sini. Khamis lepas telah berlaku sedikit eksiden pada keretaku. Maklumlah...agak besar dari dulu, so sedikit terbabas. Tp aku tak tau langgar apa. Tgk2 dah ada scratch kat bucu bumper depan. Panik aku...hubby mmg tak tau langsung. Aku usahakan sendiri perbaiki masalah itu. Nasib baik la saleswoman yg jual keta tu baik. Dia bawak ke kedai yg ok and....walla...everything back to normal.....phewwww. Sehingga ke saat ini tiada kedengaran komplen dari hubby bila dia basuh keta tetiap mlm atau petang. Syukur.....

Balik kampung
Musim durian telah bermula. Sungguh meriah dgn gerai2 durian di kiri kanan jln. Bermula dari Alor Star, Pendang sampailah ke Balik Pulau. Sungguh dasat.....hubby suka mkn dgn pulut...aku mkn camtu jek, baru syok....hehehe. Ada sekali tu my mom bwk dekat 10 bijik gak ke rumah aku. Balik opis aku tanak pulut, dgn penuh semangat nak mkn. Tp masalahnya aku ni mmg tak reti kot nak kopek durian. Asal aku nak kopek jek, abih lutut tangan aku luka....ish buhsan buhsan....kena la tunggu hubby balik keja tgh mlm baru melantak. Makan pulut durian tgh malam, sblm tido plak tu...buleh??? Balik umah MIL tido semlm...then balik Penang tido semlm. Abg aku and family pon ada. Diorang baru menghabiskan cuti sekolah di KL dan Trganu. Meriah gak la....and maybe ini kali terakhir diorang travel satu family sbb SIL bakal melahirkan baby on September. Hubby sound, kalau nak mkn durian, mkn puas2 sbb tak nak bwk balik. Sbbnya? keta baru nih takdak bonet...kang abih satu keta. Ishhhh....nak kena beli gak la tong yg letak kat bumbung tuh....Aku pun pulun la sampai tak ingat dunia. Akibatnya....gusi aku bengkak dan mlmnya berpeluh sakan walaupun dlm aircond. Sadisss....

Nayli
Wooo...dia ni semakin nakal dan byk karenah. Kuat merajuk jugak. Kalau nak marahkan dia kena tune down suara, cakap slow2...kalau tak mau sebik mulut dan terus masuk sarang, tekup muka dgn bantal. Ishh ishh...sungguh pandai merajuk. Kenderaan yang paling dikenali dan disukai kalau naik kereta adalah BAS...pantang nampak kelibat, abih dipanggil mama dan abahnya suh tgk....bebaru nih baru pandai tunjuk lori plak..moto, kereta tu kurang...maybe sbb kecik kot. Andd...satu lagi dia suka nyanyi lagu dlm siri OUT OF THE BOX channel #63. Tak dilupakan lagu zaman kita kanak2 dulu....sek sek sek..boom boom boomm...ola oli, ku beri nama, saudara saudari....chi ke boom chi ke boom...bla...bla..bla.. adoiii....siap dgn aksi sekali. Bunyi2 binatang pon buleh kenal dan buat sikit2. Apa yang aku perhatikan, Nayli senang kenal binatang kalau ada depan mata dia...mcm kucing, ayam, lembu, kambing tu ok la....yang singa, harimau, zirafah tu kenala bwk ke zoo plak...heheh. Pasal mkn, ada la sikit perubahan...suka sungguh makan ikan goreng. Kalau kita letak nasik dan ikan, dia akan kelas2kan dan mkn ikan jek. Mcm kucing anak mama nih....heheh. Asalkan anak mama sihat, ye sayang....

Thats all for now. Insyaalah, tak terabai dah kot blog nih. Agak relaks sekrg...so buleh ronggeng2, rehat2 dan yang sewaktu dengannya.


Shida blogged @ 11:26 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com