Flower Dreams
Thursday, September 30, 2004

Friend, Lover or Enemy - part II

Lilypie Expecting a baby Ticker
Mengikut pandangan Siti, dia kata R nampak matured. Mau tak, masa tu umurnya 24 thn. Aku baru 19. Dipendekkan cite mlm tu R call, kali ni nada dia lain skit tak mcm hari2 sblmnya. R kata nak jumpa aku lagi next week, ada hal penting katanya. Aku panik, apasal dia cakap camtu? Dia tak nak kawan dgn aku dah ke? Dah agak dah, org akan pikir 2-3 kali utk teruskan persahabatan dgn aku bila dah tgk muka. Org gelarkan aku NERD. Dengan spek besar, muka tu cam kaki study je (takde la sgt pon...kuikuikui). Aku cakap dgn Siti apa yang R bagitau aku tadi. Dia pikir lain dari yg aku pikir. Siti rasa R dah jatuh ati dgn aku. Aku tak caya, aku tanya Siti dan roomate yg lain apa sebabnya. Diorang cakap aku ni nampak matured, cam padan la dgn dia tu. Lagi satu diorang cakap muka aku ni ada ciri keibuan, ciri2 wanita yg jadi pilihan bla,bla,bla....(kembang gak waktu tu....ekekek). Wakka Wakka

Hujung minggu yang dinantikan pun tiba. Seperti biasa, R datang ke kolej aku. Aku menanti dgn penuh tanda tanya. Rupa-rupanya betullah agakkan Siti, R bagitau dia suka kat aku. Dia kata dia tak sangka penampilan aku mcm ni. R expect orang yg nak jumpa dia tu imejnya cam Siti....yelah nampak remaja. Bukan cam aku nih nampak tua. Dari situlah bermulanya kisah cinta kami. Circle Of Hearts Dari jumpa seminggu sekali, selang sehari sampailah hari2. Oh ya, lupa nak bagitau dia kerja kontrak, ala yg tlg uruskan buat2 umah, buat jalan tu. Masa memula tu dia mcm tak nak expose kerja dia. Then slowly dia cite kerja dia. Dgn kata lain sebenarnya dia takde kerja dan pendapatan yang tetap. Tp dia ada nyatakan hasratnya nak sambung belajar dlm bisnes...buat part time.Org nak improve kita kena bg semangat la kan.

Dekat sethn aku kenal R, mak tanya aku apa hubungan aku dgn dia. Aku pun story la mcm kat atas tu. Tp bab jumpa kerap tu aku tapis takut kena marah. Bila aku bagitau kerja dia mak nyata tak setuju sama sekali dgn pilihan aku. Mak suruh aku putuskan hubungan serta-merta No No No . Masa cuti semester wayar telefon abah aku sorokkan sbb tak nak R call aku. Tapi aku amik wayar modem and try, buleh so aku call R bagitau apa sebenarnya yg berlaku dan mak dan abah tak suka kitorang berkawan. R naik angin, sbb dia rasa org pandang rendah padanya. Dia nyatakan hasrat nak jumpa dgn mak tp aku tak setuju, takut sesuatu yg lebih buruk berlaku. Tp aku gagal nak halang dia, mana tah dia dpt no telefon opis mak aku. Shocked Dia buat appointment dgn mak nak jumpa kat opis. Dan mak setuju nak jumpa. R suruh aku ikut sekali ke pejabat mak. Masa ni aku pucat lesi, takut, marah, kecewa dgn tindakan R yg buat keputusan tanpa memikirkan akibat ke atas org lain. Tp aku cuba pujuk hati aku ni menyatakan mungkin dia ikhlas nak berkawan serius dgn aku.

Waktu lunch aku jln ke opis mak aku, sbb dekat je. Tgk R dah tunggu kat foyer bwh tu. Aku ajak dia naik atas, dia ikut and then jumpa mak aku. Aku kenalkan R and then aku tgk muka mak lain macam. Mak tanya R apa jaminan hidup yg dia buleh beri kat aku? Tau apa dia jawab, "kalau mak cik nak saya sara Shahida belajar sampai habis saya sanggup buat camtu, kalau mak cik tetapkan itu sebagai syarat". Fuhh, bila dgr R cakap camtu masa tu aku rasa mcm dia bersungguh2. Mak terdiam. And then mak ckp balik " Shahida tgh ngaji lg, kalau buleh mak cik tak mau relationship kamu aktif lagi, biar slow dulu sampai dia abih ngaji". Lepas tu R nampak puas hati dgn jawapan aku. Aku pun lega meeting tgh hari tu end up dgn baik. Ptg tu bila mak balik kerja lain pulak jadiknya, mak kata dia suruh aku putuskan jugak hubungan dgn R. Aku konpius, sbb tadi tgh hari kata dia cam restu je, tup tup lain plak. Alasan mak dia nampak R cam kuang hajo skit sbb buleh bersuara camtu depan mak aku. Masa tu aku nak nangis, makan pun tak lalu, sbb susah hati pikir apa aku nak buat seterusnya. Setelah semalaman aku tak tido memikirkan masalah nih, berendam air mata tu toksah cakap la, selimut penuh dgn hingus, sarung bantal berpeta2 dgn air mata, Crying Into Tissue aku buat keputusan tanpa pikir sbb dan akibat ke atas diri aku. Aku tak pedulik apa mak aku cakap, aku akan ikut kehendak hati aku nih. Masa tu rasa dah cukup besar la konon, nak amik keputusan sendiri. Oh Jeez
sambung lagi......







|
Shida blogged @ 9:42 AM



Wednesday, September 29, 2004

Friend, Lover or Enemy - part 1

Lilypie Expecting a baby Ticker
Reading Baru lepas baca blog elin dgn "1001 malam"nya. Rasanya setiap orang yang pernah menempuhi alam percintaan tahu betapa perit perjalanannya. Bagi aku apa yang pernah aku lalui sehingga ke gerbang perkahwinan amat amat tidak ku jangkakan sama sekali. Aku malu, keliru dan kesal bila memikirkan kisah2 yang lepas. Namun aku bersyukur kerana Allah telah membuka mata hatiku ke arah kebenaran. Mungkin ada yang akan mengutuk diri ini, sepertimana kawan2 lakukan semasa masih di universiti dulu. Tapi sekarang aku tak kisah, apa orang nak kata, katalah. Yang penting aku puas hati dengan hidup aku sekarang. Bebas dari segala masalah yg buleh menyakitkan otak.

Tujuan aku menulis ni dengan niat buleh diambil iktibar, kot2 ada adik2 yang terjerumus dengan masalah yang sama. Zaman kanak2 cam biasa je, tp aku rasa aku lagi advance dari semua orang dalam hal minat2 kat orang nih. Darjah 4 dah mula minat kat orang dah (hormon tercepat hehehe). Tp minat dari jauh la. Orgnya biasa je, tp aktif sukan tu yg jadi tumpuan tu. Tak menariklah nak cite zaman skolah rendah. Terus ke U lah sbb nothing special happens masa skolah. Maybe sbb aku ni nampak tua dari umur sebenar. Masa aku form 1 org kata aku form 3, masa aku form 5 bila jalan2 kat bandar ke org ingat aku ni dah kawin, patut ke? Tapi tak kisahlah, sampai sekrg ni pun org mcm terkejut bila aku bagitau umur aku.

Masa aku kat U, aku telah diperkenalkan oleh kengkawan dengan MIRC. Masa tu MIRC ni mmg agung gila la, sampai aku pun ketagih Wow. Asal kuar bandar je mesti singgah cc sejam-dua. Jumpa la mcm2 org. Aku ni pulak tak reti nak menipu, lurus bendul cite yg sebenar je takde tipu2. Org kata orang yg suka chatting ni suka menipu. Yang pasti aku bukan satu di antaranya. Bertukar2 no tipon la, email add la kiranya masa tu byk la kenalan cyber. Ada yg call umah, sembang2 biasa je Chatty 2 . Ada plak yg ajak kuar, yg ni maleh layan ada ke kenal idak baru first time call terus ajak kuar (desperate kot). Dalam byk2 tu ada sorang tu yg menarik perhatian, R. Bukan apa, cara R bercakap tu mmg cam seorg yg jujur, berterus terang dan kadangkala tu memberi nasihat. Lama jugak la dok sembang kat tipon je. 6 bulan kemudian setelah sekian lama dok merapu kat telefon dia ajak jumpa. Terkujat gak, sbb takut lepas dah kenal muka terus tak nak kawan plak Very Confused . Awalnya cuba elak, tapi lepas dia pujuk2 setuju gak lah.

Masa tu janji nak jumpa kat kolej aku menginap. Aku pun tunggu la dia sampai. Masa tu buat apa pun serba tak kena
Nervous . Nak ke toilet pun takut, takut dia call takde sapa angkat. And then masa yang ditunggu2kan pun tiba, dia call kata dah sampai dan akan tunggu di cafe. Dia bagitau dia pakai baju kaler biru. Aku ni plak nak pi sorang takut, yelah mana penah jumpa lelaki sengsorang. Aku paksa Siti (yg kawin 21/9 tu) temankan aku. Masa tu dia tgh tido, aku kejut dia merayu sgt teman aku sbb roomate yg lain ada klas. Alhamdulillah dia setuju, dan lepas bersiap2 kami pun gi lah ke cafe. Masa mata dok melilau tu terperasan ada sorang mamat pakai baju biru tp membelakangkan kitorang. Masa ni jantung dup-dap-dup-dap, cam nak patah balik masuk bilik je. Tp lepas pikir2 balik, jumpa je lah apa nak jadi lepas ni pun terserahlah...Lepas tegur mamat tu, and confirm dialah R rasa cam pelik plak. Bukan apa, rasa mukanya familiar je mcm penah jumpa tp di mana ya? So pertemuan hari tu berjalan lancar. Sembang sakan cam kawan lama yg tak jumpa 10 thn. Lepas R belanja makan dia pun balik. Dan aku dgn Siti pun balik bilik sambil dok tanya pendapat Siti pasal R.
Shaking HandsTo be continued......








|
Shida blogged @ 1:48 PM



Monday, September 27, 2004

REMINDER...!!!

Lilypie Expecting a baby Ticker
Indian Assalamualaikum...kengkawan semua. Hari ni saya nak share something sebagai peringatan dalam kehidupan seharian. Semoga kita sentiasa beringat, kalau nak melakukan sesuatu biarlah berpada-pada dan kena gayanya.
Camni citernya....hari sukan yg lepas saya terima call dari Ilah, sepupu yg dok kat Sg Petani. Dia bagitau kakak iparnye terjatuh dari siling sebab nak check tangki air yg bocor. The first question come in my mind " Abg Man takdak ka?" ....Ilah tak sempat nak cite panjang sbb sibuk nak call sume org nak bagitau kak iparnya masuk spital. So hari tau setakat itu shj maklumatnya.
Perasaan ingin tahu dok membuak2 nak tahu camana keadaan Kak Na. Tadi call my mom tanya habis-habisan, sbb dia bagitau nak gi melawat kelmarin . Baru tau cite sebenarnya. Actually, hbandnye (Abg Man) dah naik nak cari penutup siling tu tapi tak jumpa. Dia dah give up and nak upah org naik atas, tetapi dihalang oleh K Na yg tak puas ati dan dia offer diri nak naik kat atas tu sementara Abg Man pegang tangga. Semasa K Na dok kat atas tu tetiba anak yg kecik menangis maka Abg Man pun lari tgk anak dia tu. Dengan tetiba dengar bunyi benda jatuh. Bila Abg Man pegi bilik air tgk KNa dah tarik dan mulut dia kuar darah berketul2. Abg Man panik masa tu, tp nasib baik buleh pikir dan bertindak bawa wife dia ke hospital. Heret sekali anak2nya yg 4 org tu Family 4 . Masa tu habis seat belakang penuh dgn darah, tak sedarkan diri lagi. Sampai hospital masa tgh check K NA sedar, yg harunya dia tak tau sapa diri dia. Pihak hospital decide kena hantar ke hospital ASetar untuk scan. The result is ada pendarahan dalam otak. Yesterday katanya dia dah tau siapa dirinya tapi masih blur kenapa dia dok kat spital.....yg dok maik melawat dia tu lagi la dia tak kenai. Dr decide mungkin kena tebuk kepala dia kuarkan darah dlm otak dia. Ishhhhhhh....ngeri kan? Nak pulak bab2 tebuk kepala otak nih. Brain
MMg jadik pengajaran la lepas tau cerita ni. My mom pun apa lg marah kat Abg Man dgn kita sekali kena sembur. Moralnya di sini, sekiranya berlaku sebarang kerosakan di rumah, pejabat atau mana2 saja, jgn la memandai nak buat sendiri. Melainkan you are really xpert in that area. Sekrg sapa yg susah, MEREKA DAN KELUARGA MEREKA jugak. Lagi satu jgn la sayangkan duit dari nyawa sendiri. Kalau buleh nak upah org bakpe la nak susah payah buat sendiri, bahayakan diri sendiri jugak. Buat masa ni KNa akan stay kat spital tu utk brapa lama tak tau. Saya doakan agar dia cepat sembuh, raya dah dekat ni dan anak2 pun ramai kang sapa nak jaga lak. Nasib tak keja kalau tak lagi haru kan..... Hospital Bed

Sekali lagi, ambillah iktibar dari cerita di atas. Kita perlu sentiasa berhati2 dalam melakukan pelbagai perkara. Jgn menyesal di kemudian hari.....sekian

Couch Potato






|
Shida blogged @ 1:52 PM



Sunday, September 26, 2004

1/2 more to go bebeh

Lilypie Expecting a baby Ticker
Good day eberibodi......proudly to inform that marking has done almost 1/2. Ada satu klas lagi wehhh. Bila marking question programming camni la, nak bagi markah tu dgn jawapan yg tah hapape mmg buleh weng. Coming task is to complete final question's paper. Ayooo, mid sem pun tak settle betul camne ngan final. This week nampaknya kena work xtra hard (buleh ke?). "Hendak seribu daya, mahu seribu cara", dok ingat dari zaman skolah sampai la ni.Mintak2 la aku nampak satu dari "seribu" cara yang ada.

ari sukan. Syok tu mmg syok, kuar peluh. Sebenarnya bukan main sgt pun, sorak je lebih. Semangat kena bagi kan utk diorang supaya lebih confident. Isyy...terbakar abih kulit tok sah habaq la....kat padang suma pakat tegur cam udang bakaq Sunburn 2. Semangat punya pasal, sekali sekala tak kisah. Last year missed this event sbb baru abih berpantang, depa tak bagi main plak, sbb depa kata "hang tu dok dlm 'safe mode' lagi, toksah dok gatai nak lompat sama la takut terbeghetaih plak jenuh kami kat sini nak jawab"....itu adalah kata2 laser berbau nasihat dari kengkawan sekalian. Mekasih la begitu ambil berat sejak dari awal ngandung sampai dah abih pantang. Semalam main la netball dan 'buat-buat' nak main volleyball Volleyball. Semangat tu sebenarnya lebih ke volley, tp oleh kerana semangat student lebih dasat, maka kami ni (dgn cikge Iena) sorak je lah kat luar court tu. Lastly dpt gak medal 1st place tu.....bangganya. Lebih bangga lagi Johan keseluruhan.......amacam, ok?

As for my family and last weekend, tak byk perkara berlaku. Nak berjalan2 gaji lum masuk lg. Ari Jumaat hband keja half day, balik tu mandi dia gi semayang Jumaat and then balik tido, letih sgt kot. Plan nak masak nasik je nak suruh hband beli lauk sbb mmg tak sempat la. Nak basuh baju, lipat baju, kemas umah bla bla bla......DustingSemenjak Nayli dah buleh berjalan nih, kerja jadik berganda...yela, bila kita kemas dia nak kemas gak tp cara dia la...tarik pastu kalau jatuhu ke sepah ke dia tinggal pi sepah tmpt lain. Pintu bilik sahih kena always tutup kalau tak mmg buleh kurus la dlm seminggu...... . Tetiba hband call balik ckp tak yah masak, dia beli nasik bungkus utk kami sorang sbb dia dah makan, lagipun ptg tu nak pi kenduri Soup. Pikir punya pikir baik tak yah beli lgsg, sbb lunch ni tak brapa suka amik. Hband dah tido, tinggal la kami melayan Nayli dok 'sai'e' dlm umah sambil tgk tv. Sekrg ni dia dah pandai salam (amin bg dia..) dan babai bila nak pi keja. Kalau puji "cantiknya tocang dia" dia akan raba rambut dia, bila puji " cantiknya baju dia" dia akan pegang2 baju dia, bak kata tu beauty concious jugak la anak mama sorang nih. Kalau rancangan TV dia suka SESAME STREET dan POLLIE di Disney Channel. Mmg akan melangut kat tv sambil goyang2 badan bila ada lagu. Pagi2 kalau dah bukak baju, mmg pandai menapak tunggu depan bilik air, nak mandi. Malam, bila dia dah ngantuk dia bangun jalan sampai depan pintu bilik and then toleh belakang, xpecting mama atau abah teman dia tidoFamily. Mcm2 telatah dia sejak akhir2 nih......bila balik umah tok dan tok wan dia memula tu tak mau bila dah lama tu saja2 buat telatah, nak show-off. Dia paling suka kat paksu dia (adik hband) asyik sengih2, cuit2 dan mcm2 yg dia buat ngan paksu. Dalam hati tu lega sikit, kot2 la kena pi kursus memana buleh la mintak tulun MIL ngasuh.

Oklah kengkawan, ada separuh lg yg perlu di marking. Insya-Allah akan settle dlm minggu ni gak. Lepas tu uruskan dokumen utk sambung kontrak dan soalan final. Hujung minggu ni otak cair, keja over sgt...ekekeke. Ya Allah berikan aku semangat dan kekuatan untuk meneruskan tugasan hambaMu di dunia ini, amin.......
Computing

|
Shida blogged @ 1:46 PM



Thursday, September 23, 2004

TULUNNN.....

Lilypie Expecting a baby Ticker

ScreamerAri ni baru la sempat 'skit' nak menulih dlm blog nih. Hari2 sblm nih mmg tangan ni dok terketaq2 dah nak meluahkan idea tp mmg byk kekangan la, byk benda tak siap. Salah satunya ialah marking paper, mmg slow cam kura2. Kalau dah tangguh lama2 jadi camni la, jadik baloq liat nak habihkan . Anyway ari ni berazam nak abihkan sebyk mungkin. Yesterday perasan ada satu nama dlm chatbox yg dah lama tak nampak dlm arena perbincangan semasa, Ayu Diana, mangsa ketumbit kronik masa kat MRSM Beseri dulu sampai kena gi belah keluarkan punatnya tu .....heheheh ...sian dia masa tu org dok kata kat dia mcm2, ngintai org la, dok berckp dlm jamban la....dan mcm2 lagi. Last2 dia balik Kelantan uruskan ketumbit dia tu. Bila balik mai cite abih kat kengkawan xperince kena buang punat tu....ekekeke... Kelakar gak bila ingat sengsorang. Diam tak diam benda tu dah lama berlaku masa tu form 4, baru teringat la ni aku ni dah tua rupanya. Anyway tak leh merapu meraban lelama, nak abihkan marking paper nih. Doakan aku agar selamat siapkan marking paper bebudak bertuah tu ye kengkawan sume. AdiossWhoa

|
Shida blogged @ 11:24 AM



Monday, September 20, 2004
Lilypie Expecting a baby Ticker

Shopping di Bukit Jambul Posted by Hello

|
Shida blogged @ 10:25 AM



Sunday, September 19, 2004

Some xperience to share with

Lilypie Expecting a baby Ticker
Baca blog orang kemain lagi, bila bab update blog sendri cam takde idea je. Bila ada special event ke, peristiwa2 yang tertentu baru ada semangat. Iena dah cite xperience bersalin, Kja, Rini pun dah cite. Lepas ni my turn kot tp rasanya dlm byk2 mine is very less cabaran rasanya. Takde la bersiri2 cam org lain..

Pengalaman sepjg mengandung mmg mcm2 kerenah. Lain org lain masalahnya. Mcm kami ni the first 3 mths mmg kritikal sampaikan rasa cam takde harapan je nak teruskan kandungan. Alah teruk sgt, morning sickness tak yah cakap la....mcm2 kaler kuar, sampai muntah hijau cam alien tu . Pastu siap pengsan lak tu, tu yg dasat tu. Bygkan la tgh dok elok2 ngajar tetiba pitam, abih la students kena ngangkut gi surau. Sedar2 hband dah dtg amik bwk gi klinik. Msk ni dah 2 kali jatuh tp nasib baik baby ok, dr pesan kalau jatuh lg maybe akan keguguran. Punya la cuak bila dgr camtu. Nak buat camne kan dah tak lalu mkn satu hal, low blood pressure mau tak pitam. Alhamdulillah lps tu dah ok. 4 mths++ mmg takde masalh tertonggeng dlm kelas lg. Makan pun semakin lalu dan no morning sickness anymore. Takde la ngidam pelik2, asam2 pun tak teringin sgt, tp hband yg bantai gila jeruk asam semua, ngalahkan org pmpuan. Katanya kalau tak dpt pahit mulut jadinye.

So rutin biasa bg org ngandung ialah pemeriksaan bulanan kat klinik desa. Ni yg paling bosan di dunia. Kalau no giliran no 1 sekali pun selesai mesti dlm kul 11. Mmg lembab gile kekadang tu sampai terpaksa berdiri sbb ramai gile. Sepjg mthly check-up masalah berat bdn mnjadi tumpuan. Tp on- off la, kejap naik byk kejap naik skit. Bila masuk 7 bln berat naik mendadak 5 kg 1 mth followed by high blood pressure. Berterusan sampai nak masuk 8 bulan. Genap 8 bln dah mula buat check-up kat KMC(Kedah Medical Centre). My friend pesan kalau lg sebulan nak bersalin baik continue kat hospital yg kita plan nak give birth. So my case is hypertension, mmg tinggi gile 150/100 dr kata kalau pregnant mmg camtu especially berat bdn tak terkawal. Dr bg ubat darah tinggi dos sederhana. For your information sebenarnya kami mengambil set Salindah di samping mkn ubat drh tinggi tu. tiap2 minggu check, blood pressure naik dan turun. Sampai la dua minggu terakhir tu tak turun2 dah. Bg lg ubat drh tinggi kali ni high dosage tp drh ni ketegar gak tak mau turun. So after scan the baby, dr decide bile cukup2 bulan je kami akan dipaksa bersalin sbb takut risiko mak dan anak. Kalau diikutkan tarikh scan sepatutnya kami deliver end of Ogos tp dlm buku merah ikut kalendar bulat tu 11 Ogos so dah ditetapkan kena bersalin tarikh tu. So sblm kena admit selesaikan dulu keja2, sempat lg merasa nasii kandar berlaukkan telur ikan utk kali terakhir di Penang. Mak dah amik cuti nak tunggu anak dia ni bersalin. Berdebar tu ada tp tak thrill sgt la. Mlm sblm kena admit tu kami pesan la kat hband "kalau jadi apa2 jaga diri bebaik, kalau anak selamat didik bebaik" bergenang jugaklah air mata . Hband bukan setakat bergenang, teresak2 bila cakap camtu . Sampaikan dia kata tak nak hantar gi spital esok. Kenala pujuk bebaik, kita kena terima Qada' dan Qadar yg ditetapkan, kalau selamat alhamdulillah, kalau sebaliknya kena terima dgn redha. Syahdu gak la mlm tu....

Esok pg hari yg dinantikan pun tiba, pi pekena roti canai sekeping dgn nasik lemak sebungkus (tenaga beb nak meneran..). Pastu pi la menyerah diri utk di"bersalinkan". Lepas register, diorang hantar ke bilik bersalin. Pastu dipersiapkan seadanya utk bersalin. Penuh wayar kat perut, masuk air, mkn ubat check blood pressure setiap jam. Letih woo tunggu, cemuih sungguh. Lepas sejam masuk air baru rasa contraction skit. Tu pun sejam sekali, dr plak dtg check 2-3 jam skali. Memula tu takut sakit, lepas tu dah tak takut, yg ada dlm kepala otak ni nak deliver cecepat. pinggang dah sakit, kepala rasa kebas berpinar....mcm2 posisi dah cuba. Sesambil tu mak, MIL and hband masuk gilir2 bagi semangat.

Dlm dok ada contraction tu sempat lg tido 1 jam ++ . Dlm dok mamai2 tu tdgr nurse ckp "ishhh...bagusnya siap tidoq lagi, tak sakit ka? Kalau org lain dah siap menjerit sakan.." Maybe baby dlm perut masih belum bersedia nak kuar kot. Lastly on 3.15 pm dr dtg check lg. Kali ni denyut jantung baby dah lain mcm je, jalan pun tak terbukak lg, dr kata la. So final decision is to operate. Masa ni mcm2 rasa ada. Syok; sbb dah lama sgt tunggu dan takut; sbb kena operate tu, mcm dok tgk kat tv...byk darah...ayoooo. Dgr dr bagitau hband "kena operate, kalau tak nyawa baby dlm bahaya..." Hband terkedu sebentar and then dia sain surat kebenaran tu. Then dia masuk cium dahi and bgtau "everything will be okay, just relax ye...abg tunggu kat luar" Tah camana air mata bergenang syahdu nye bila dia ckp camtu. After preparing me for the operation, sorang nurse tu suruh naik atas stretcher yg akan ditolak ke operation theatre. Keciknye, muat2 je (maklumlah...). On the way ke OT lintas depan mak, MIL and hband. Sedey je muka diorang, kami senyum je...cam takde pape berlaku pun. Masa masuk OT sejuk nak mampus, baru la takut bila tgk equipment di sekeliling, macam2 bunyi ada. Lepas pakar bius tanya satu dua soalan, diorang bagi sedut gas apa ntah pastu terus tak sedar. 1 jam setengah kendian baru sedar. Sedar2 je diorang bagitau yg kami ni dah selamat melahirkan baby girl 3.0 kg yg sihat.

I have to spend 2 nights there sampai la buleh bangun dan jalan2 skit. Seksa gak woo, katil tak leh goyang langsung, rasa cam nak terburai je perut. Anyway, itulah pahit manis masa ngandung sampai la melahirkan. Akan ku "save" bebaik dlm memori sbg kenangan utk dicerita kat anak2 cucu nanti.

|
Shida blogged @ 4:17 PM



Monday, September 13, 2004

Proses baikpulih

Lilypie Expecting a baby Ticker
Alamak, semua content side bar jatuh merudum ke bawah. Nasib baik la dah ok, tu pun jenuh try ubah mcm2 setting. Jadi ni sejak minggu lepas lg, lepas fotopages tak leh bukak. Agaknya blogku ini pun tau rasa tensen.
Tak banyak benda yang menarik berlaku kebelakangan ini, cuma memerah otak memikirkan apakah solutions yg perlu diambil berikutan peristiwa tamat kontrak yg bakal berlaku hujung NOV ini. Mintak2lah dapat renew, kalau nak apply KPLI pun thn depan baru kuar iklan. Kite dah syok keje kat sini, dah memberi komitmen yang baik, sampaikan sepanjang masa pregnant dulu pun sanggup balik lewat nak siapkan keja. Harap2 tu biarla ada pulangan yg memberangsangkan. Smlm mak call lg tanya camne ngan keputusan nak amik KPLI, kite jwb tak pikir masak2 lg. My parents encourage suruh masuk maktab sbb lebih terjamin. Kite bagitau elaun yg dpt tu tak lepas installment bulanan. Mak kata dia buleh tlg hal tu, yg penting bila dah senang jgn lupa dia plak. Terharunya aku ini, tetiba rasa air mata bergenang waktu tu. Yelah, org tua je dok support walaupun dah kawin. Dah la masa ngaji dulu pun diorang dah berhabis, ni dah kawin pun nak "continue" membebankan mereka lg? Ishhh tak sanggup den nak buat camtu walaupun tmph hanya 10 bulan. Itu saje kekangan kalau amik KPLI, yg lain tu kira ok la....tukar citela, rasa cam nak nangih lak...............
Hmmmmmmmm.....about Nayliku sayang, semenjak dah buleh berjalan ni tak byk gambar yg buleh diamik. Sbb bila kita nak snap je dia jln terkedek2 ke seluruh pelusuk umah (cam la besar sgt umah tu..ekeke). Last Saturday pengasuhnya bagi hadiah kasut bunyi "pet-pet" sempena dah bejalan. Syukur la dapat pengasuh yg tak berkira, jaga anak kite cam anak sendri. Ingat nak bg gak kain pasang utk baju raya kat dia. Bila dah buleh bjalan nih ceria sangat, cuma dia cukup2 tak mau kat orang. Kalau orang dtg umah ke, pi bjalan umah yg dia tak penah tgk tu melekat je kat mama dia, mcm pacat. Kalau sakit perut ke, nak buang air ke jenuh menahan. Sekrg ni tgh giat ngajar jln kat luar rumah, sbb sblm ni nak turun bendul pintu depan umah pun takut. Biar dia biasa skit dgn bentuk muka bumi yg pelbagai nih....hehehehe....oklah nak siap2 balik umah. Jumpa lagi di lain hari di tmpt yg sama.......bye

|
Shida blogged @ 3:49 PM



Thursday, September 09, 2004

Kesabaran terduga lagik

Lilypie Expecting a baby Ticker

Hari ni ari Khamis, so sampai kul 1 pm je. Apa yg berlaku ari nih rasanya bukan saya je yg akan sakit ati malahan kalau kenkawan suma baca pun akan rasa pelik. Pagi tadi masa tgh siap2, jenguk keluar jap, mendung je so pegila amik kunci keta nak panaskan enjin, hajat nak naik keta la sbb nak ujan je. Bila hband balik keja around 8 am dia kata nak antar naik moto, dgn lemah lembutnye kite cakap "ari nak ujan, nanti baby demam lagipun nak bawa buku sekotak kan baik naik keta..". Tahu apa dia cakap, "takpalah sikit ja satgi reta kotoq pulak, semalam baru je basuh". Dengan muka yg MAHA masam ikut je la apa yg dia cakap, kotak buku letak kat raga depan , anak kite kena pegang. Takde masalah, yg siannya Nayli kena ujan walaupun rintik2 je ujan la jugak kan. Cover la jugak kepala dia dgn tudung kite, tp sipi2 tu mesti kena gak. Ya para pembaca sekalian, hari ini saya ingin mendedahkan satu lagi sikap suami saya yang kekadang tu takleh diterima dek akal. Bukan nak sebarkan aib suami sendiri tp manusia mana yg tahan sabar kalau suami dia camtu. Dia sanggup mengabdikan diri kepada keretanya, bukan kereta jadik hamba kita. Orang beli keta nak melindungi diri dari panas/hujan ni dah terbalik pulak. Lagi satu dia tak kisah tentang nyawa/kesihatan anak bini, biar kami ni sakit demam takpe lagi, jgn keta dia basah dan kotor kena air hujan. Ptg ni tah apa nak jadi tak tau lagi. Nak mengarang pepanjang takde mood nih. Nak luahkan skit2 sbb takut jadi gunung berapi Pinatubo lak.....Ya Allah, tingkatkanlah tahap kesabaran hambaMu ini...Amin.



|
Shida blogged @ 10:20 AM



Tuesday, September 07, 2004

Berita yg tak sedap didengar

Lilypie Expecting a baby Ticker

Yesterday my boss buat satu perjumpaan. Selalunya bile meeting melibatkan boss no mesti ada sesuatu yang penting, lebih2 lagi melibatkan bhg. admin and academic sekaligus. Mmg tak salah lg, berita yg kami semua yg berstatus kontrak belum tentu akan disambung perkhidmatan. Ishhh....terkujat gak tu, org dah keja sini 3 thn lebey tip2 dapat berita camni.....nak keja apa lg...bukan senang nak carik keja. Ari ni ramai la yg berstatus kontrak tu berdiskusi ttg penyelesaian. ada yg dah buat resume nak carik keja lain, abih aku camne? Takkan nak carik keja kat negeri lain kot, tak pasal2 berjauhan ngan family. Mak ada call tanya perkembangan tmpt keja, sbb dia pun tahu la skit2 sbb keja MARA gak. Aku pun storyla......terus mak suggest amik KPLI sbb lebih secure. MMg la, masalahnya elaun yg dapat tu tak cukup nak byr loan2 segala...umah lagi keta lagi...tak cukupnye. Tu yg dok tangguh sampai dah ada anak satu tu. Plan nak amik masa baru kawin and takde anak, la ni dah lain dah. Takpelah, berserah pada keadaan, kalau diorang nak sambung, alhamdulilah...kalau tak tu kena la carik alternatif lain....jual nasik lemak ke....berniaga ke (hehhe bertokoh ke nak meniaga nih?) plan je...nak buat ke tak tak tau lagik....kalau kontrak tak sambung maka tamatlah riwayat blogku dan fotopages ini...



|
Shida blogged @ 8:57 AM



Sunday, September 05, 2004

Genting...sungguh nyaman

Lilypie Expecting a baby Ticker
Assalamualaikum.....dah balik, rasa malas nak keja. Bercuti sakan, letih gak badan sbb jalan jauh.

28 Ogos 2004

Bertolak dari rumah kul 9 pm. Gi makan2 and then jumpa kat tol Tandop. Before that, ingat lagi tak pasal poblem gi jalan reramai. Awal2 ni dah nampak dah. Suma skali 5 family nak pegi, 3 tu baru kawin and and 2 lagi dah beranak-pinak (tmasuk saya le tu). H, M, F dan W.....H dan M syer keta yg lain naik keta memasing. Hband balik keja kul 7 pm kata H & M mungkin tak jadi pi sbb mak H masuk spital. Biarlah, takkan nak berseronok gak masa mak kita dok sakit kan. Tup2 masa dekat2 nak btolak tu F call bagitau H & M jadi pi pulak dah. Tu takpe lagi, janji jumpa kat tol Tandop nasib baik tunggu tak sampai 1/2 jam H call kata jumpa kat Tol Sg Dua (Penang) sbb dia naik kat Gurun. Takpe sabar je...ingat kita ni nak berseronok. Perjalanan ok, walaupun kerap berenti sbb kenkawan hband ngantuk. Takpe nanti bahaya lak drive masa ngantuk. Destinasi pertama nak gi Bkt Tinggi maka cari susur kuar Kuantan. Kat situ dah sesat dah berpusing2 sampai masuk Selayang......Peta Malaysia sampai terbentang atas jalan, kalau sesat lagi tak tau la......last2 tanya sorang brader tu nasib baik dah tak jauh dah. Jalan punya jalan maka sampai jugak ke destinasi.......Bkt Tinggi

29 Ogos 2004

Arrive around 8 am kat Bkt Tinggi. Ok, class surrounding nye, hotel baru buat, ala2 French Castle gitu. Berkumpul la jap kat air pancut tu (lupa hotel ape) niat tu nak discuss la kejap nak ape dulu sbb baca signboard kena bayr RM 16 kalau nak masuk dlm. Tanya la brader yg bwk bas tu dia pun cite la....tak sempat nak beramah mesra datangla security hotel tu (ye kot sbb bwk walkie talkie) dari cakapnya tu kami ni takleh berhimpun depan hotel tu nanti mngement marah, paham tu maka kami pun blah ke depan skit nak discuss. Kalau ikut tu my family nak la masuk, yela bukan senag nak sampai sini. Bincang punya bincang diorang taknak masuk alasannya jalan belok2 pening. Haaaa baru korang tau hangpa tak mai Balik Pulau lagi.....kalau dah mai tu mesti tak mau mai dah. Maka kami pun bertolak ke Genting dgn sedihnya, niat nak ajak hband dtg balik lepas dah rehat. Singgah Genting Sempah bfast, diorang pun yg pening2 tu terus carik minyak cap kapak...koman la korang nih.....pastu geng pengantin baru decide nak naik Genting guna cable car. Discuss ngan hband, takkan kita nak naik cable car gak kot, dgn susu la apa la. So, geng2 pengantin baru naik cable car, yg dah byk rakyat tu naik sampai atas, drive. Penginapan lg satu hal.....bila pikir balik cam nak mengamuk. M janji nak call apartment and bila kami sampai kami buleh la masuk dulu. Lastly kena tunggu almost 2 hours kat parking lot sbb cable car tu terkemut2 cam nak mampos. Dan yg lebih menarik lg M tak dpt conform lg dgn pemilik apartment tu, bangang tak? Kitorang tunggu sampai nak jadi ais kat luar ni, bibir dah biru memasing diorang tu relek2 je bergurau-senda dlm cbl car tu. Rasa cam nak pi potong cable tu biar terjun gaung sume. Lastly dekat nak sampai baru diorang call suruh hband jumpa pemilik apartment tu uruskan bilik. Kalau cakap awal kan senang. Tau kami masuk bilik kul bape? 12 tghari kawan2 sekalian......GERAM sungguh. Dah masuk bilik tu hband siap bagitau lg lps turun cbl car tu diorang nak pi melencong theme park terus.....OIiii tak ingat kawan ke? Anak aku ni dah beku, korang nak bergembira lagik??? mmg nak mampus......Jumpa diorang masa nak amik beg sbb tumpang kat keta kitorang mmg aku laser abiih.......mmg sungguh malang nasib korang......bersihkan diri rehat jap. Around 4 pm kami bergerak ke theme park (my family & W) kami dok serumah. Lg 3 tu dok diorang la...maklumlah darah masih manis lg kang dengar bebudak nangis kang terbantut lak.....mkn and naik la satu dua mainan kat situ then balik. On the way amik gambar skit2 sampai bilik around 7 pm. Pengantin2 baru? Ntah le sampai mlm tak jumpa diorang....diorang dah kenyang kot...pepandai la nak idup.....Berita mengejutkan mlm tu M kena balik KL sbb anak menakan dia eksiden masuk spital. H serba salah nak teruskan journey ke tak. F mmg sampai Genting je sbb ada kenduri umah adik ipar dia. ....mlm tu mereka diskas sakan....kami dah ZZZZZZZZZZZZ........

30 Ogos 2004

Paginya hband bagitau hanya kitorang and W je akan teruskan ke Ganu. Ahhh biarla, maleh nak pikir lagi sikit lagi bagus.....maleh nak amik tau masalah diorang.....10 am kitorang check out and berpisah di kaki Genting Highlands. Teruskan perjalanan, ok je tak byk masalah sbb tinggal 2 keta. Hway baru tu mmg memudahkan pengguna dan cepat gak. Stop gak 2-3 kali sbb siang, almaklumlah anak2 kecik ni dok membuang je......sampai Ganu around 7 pm. Maleh pikir bebyk terus call hotel yg ada kat map. Yg lain penuh Sri Malaysia je yg kosong terus ke situ jelah......Mandi2 kuar gi Pantai Batu Buruk mkn ikan bakar. Oleh kerana tak tau mana best kami redah je, mmg tak sedap pun kalau nak banding ngan K. Perlis mmg jauh beza. Masa tunggu makanan sampai diorang discuss nak gi Kelate ke tak? Pikir punya pikir tak jadi pi, so esok terus balik AS sbb nak rest sehari sblm keja. Nak kata apa lg dah. Mlm ni mlm merdeka, ramai la manusia, especially geng2 gerek, muda2 lg tu penuh atas jalan. Nak masuk jln pun hband kena jadi polis traffic kalau tak alamatnya tido situ la.....on the way Nayli dah pengsan tak sedar. Sampai bilik mak ngan abah dia plak tak sedar.......

31 Ogos 2004

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!! Tp kami dok kat negeri org....lpas bfast, around 10 am kami btolak ke Pasar Payang, beli kepok lekor, baju2 skit then terus balik. Tak sempat bergambar kat Ganu........MAsa drive balik tu sian tgk hband dok menguap je, maka offer la diri drive dari Dungun sampai Jeli....berenti lunch then sambung balik....sampai umah kul 9 pm, letih toksah cakap la.....Nayli pun bangun kul 9.30 pg esok harinya....byk benda nak buat...baju nak basuh, kemas umah (habuk byk), mkn sah kat luar .....iron baju sbb sok keja......


MORALNYA:

  • Lepas ni kalau nak gi jalan lebih baik takyah pi reramai. Pi sendri2 pun best
  • Duit kena bawak bebyk, buleh dok hotel yg ada swimming pool....dan shopping skit2...hehehe
  • Amik cuti lelama, supaya buleh round segenap pelusuk negeri tu...biar pueh hati....
  • Masa tgh cuti tu jgn ingat langsung pasal keja, cuti utk relaks beb ingat keja dok pejabat le....

Sekian.......

|
Shida blogged @ 10:13 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com