Flower Dreams
Sunday, September 26, 2004

1/2 more to go bebeh

Lilypie Expecting a baby Ticker
Good day eberibodi......proudly to inform that marking has done almost 1/2. Ada satu klas lagi wehhh. Bila marking question programming camni la, nak bagi markah tu dgn jawapan yg tah hapape mmg buleh weng. Coming task is to complete final question's paper. Ayooo, mid sem pun tak settle betul camne ngan final. This week nampaknya kena work xtra hard (buleh ke?). "Hendak seribu daya, mahu seribu cara", dok ingat dari zaman skolah sampai la ni.Mintak2 la aku nampak satu dari "seribu" cara yang ada.

ari sukan. Syok tu mmg syok, kuar peluh. Sebenarnya bukan main sgt pun, sorak je lebih. Semangat kena bagi kan utk diorang supaya lebih confident. Isyy...terbakar abih kulit tok sah habaq la....kat padang suma pakat tegur cam udang bakaq Sunburn 2. Semangat punya pasal, sekali sekala tak kisah. Last year missed this event sbb baru abih berpantang, depa tak bagi main plak, sbb depa kata "hang tu dok dlm 'safe mode' lagi, toksah dok gatai nak lompat sama la takut terbeghetaih plak jenuh kami kat sini nak jawab"....itu adalah kata2 laser berbau nasihat dari kengkawan sekalian. Mekasih la begitu ambil berat sejak dari awal ngandung sampai dah abih pantang. Semalam main la netball dan 'buat-buat' nak main volleyball Volleyball. Semangat tu sebenarnya lebih ke volley, tp oleh kerana semangat student lebih dasat, maka kami ni (dgn cikge Iena) sorak je lah kat luar court tu. Lastly dpt gak medal 1st place tu.....bangganya. Lebih bangga lagi Johan keseluruhan.......amacam, ok?

As for my family and last weekend, tak byk perkara berlaku. Nak berjalan2 gaji lum masuk lg. Ari Jumaat hband keja half day, balik tu mandi dia gi semayang Jumaat and then balik tido, letih sgt kot. Plan nak masak nasik je nak suruh hband beli lauk sbb mmg tak sempat la. Nak basuh baju, lipat baju, kemas umah bla bla bla......DustingSemenjak Nayli dah buleh berjalan nih, kerja jadik berganda...yela, bila kita kemas dia nak kemas gak tp cara dia la...tarik pastu kalau jatuhu ke sepah ke dia tinggal pi sepah tmpt lain. Pintu bilik sahih kena always tutup kalau tak mmg buleh kurus la dlm seminggu...... . Tetiba hband call balik ckp tak yah masak, dia beli nasik bungkus utk kami sorang sbb dia dah makan, lagipun ptg tu nak pi kenduri Soup. Pikir punya pikir baik tak yah beli lgsg, sbb lunch ni tak brapa suka amik. Hband dah tido, tinggal la kami melayan Nayli dok 'sai'e' dlm umah sambil tgk tv. Sekrg ni dia dah pandai salam (amin bg dia..) dan babai bila nak pi keja. Kalau puji "cantiknya tocang dia" dia akan raba rambut dia, bila puji " cantiknya baju dia" dia akan pegang2 baju dia, bak kata tu beauty concious jugak la anak mama sorang nih. Kalau rancangan TV dia suka SESAME STREET dan POLLIE di Disney Channel. Mmg akan melangut kat tv sambil goyang2 badan bila ada lagu. Pagi2 kalau dah bukak baju, mmg pandai menapak tunggu depan bilik air, nak mandi. Malam, bila dia dah ngantuk dia bangun jalan sampai depan pintu bilik and then toleh belakang, xpecting mama atau abah teman dia tidoFamily. Mcm2 telatah dia sejak akhir2 nih......bila balik umah tok dan tok wan dia memula tu tak mau bila dah lama tu saja2 buat telatah, nak show-off. Dia paling suka kat paksu dia (adik hband) asyik sengih2, cuit2 dan mcm2 yg dia buat ngan paksu. Dalam hati tu lega sikit, kot2 la kena pi kursus memana buleh la mintak tulun MIL ngasuh.

Oklah kengkawan, ada separuh lg yg perlu di marking. Insya-Allah akan settle dlm minggu ni gak. Lepas tu uruskan dokumen utk sambung kontrak dan soalan final. Hujung minggu ni otak cair, keja over sgt...ekekeke. Ya Allah berikan aku semangat dan kekuatan untuk meneruskan tugasan hambaMu di dunia ini, amin.......
Computing


Shida blogged @ 1:46 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com