Itu perkara2 yang berlaku minggu lepas. Sabtu kami di Kedah ni kerja. Full day plak tu...ishh how boring. And hari Sabtu tu jugak dpt tau Kak La (twins pregger) kena admit hari Khamis sebab bleeding. She got mc for a week. Sian tau, dah masuk 7 mths, jadik camtu plak. Maybe sbb byk panjat tangga nih. And last night aku mimpikan Kak La. Something bad happened to her. Tapi mimpi itu kan mainan tido. Hopefully she can make it sampai cukup 9 mths. Last night Nayli cam selsema+batuk sket. Hidung berair jek and Kak Bariah bagitau tghari semlm bdn dia panas skit, but normal balik by evening. Legaaa sgt. Satgi balik kena amik ubat batuk+selsema dari klinik sbb dah nak abis.
Ok, thats it for today. I will continue whenever available.
Kelas telah bermula. Masa nak update blog pon kurang. Tp nak citer gak pasal balik raya ari tuh. Semuanya seperti yang dirancang, walaupun mcm ada unsur2 nak merosakkannya tetapi berjaya ditepis oleh aku. Aku sedih, sedih sgt bila pepagi raya dgn tak sempat nak gosok gigi, dah kena kemas umah + hidangkan juadah raya sorang2. Tuan rumah dah kalut nak gi semayang raya. Mcm nak menangis pon ada. Tau la aku 'off ', tapi takkan nak biar aku sorang2 kat umah tuh? Hubby plak gi amik BIL yg kononnya dijangka sampai kul 4 am. Tup2 kul 9 am baru sampai di Shahab Perdana. Nak ngamuk la gak. Ntahla, kelam-kabut gak pagi raya nih. Aku plak mana la tau duduk letak pinggan mangkuk yg nak dihidangkan. Last2 aku guna je apa yg ada depan mata. Pastu apa yg tak patut ada atas meja sume masuk tong sampah. Puas hati. Lepas nak siapkan meja makan, baru la aku dan Nayli mandi walaupun masa tu tgh lapar gile, tp takkan nak mengadap rezeki dgn tak mandi + gosok gigi kan. Masa tgh siap2 aku dengar diorang dah balik. Kebetulan plak ada org datang. Apa yang aku hidangkan tadi abih dihangkot ke depan. Nak nangisnyeeeee, perut dah lapar nih. Lepas dah siap anak-beranak, aku ke dapor balik. Tapi cam nak perang je. Aku buat lagi satu hidangan ketupat, rendang utk family makan. Pastu dengar hubby baru sampai. Straight je ke meja makan. Mesti lapar kan, lagi la kalut aku. Selera nak makan semakin kurang. Lepas semua dah makan, my turn plak. Time nih tok ka MIL cakap apa2 pon aku buat2 tak dengar. Perut kena isi dulu wey. Aku rasa kalau org tgk muka aku pon dah tau aku tgh marah. Aku tak pedulik. Nasib baik tak lama lepas tu hubby sound suh siap nak balik Penang. Legaaaaaaa.
Akhirnya, terbuka hati aku nak luahkan dlm blog nih. Tadi mmg takdak mood betul. Ni semua sbb ptg semlm la. Lepas balik kerja ptg semlm, hubby ajak balik Pendang jap. Katanya nak antar MIL balik Sg Tiang. On the way hubby bagitau takde sesapa pon akan balik umah tok raya nih. Maksu dan makcik tak balik, so tok akan sunyi la. Sian la plak, and hubby cadangkan raya Sg Tiang dulu. Lambat gak aku nak bagi jawapan, sbb umah mak aku pon tak dak sapa balik. Harap adik aku sorang tu la. Abg Langkawi tak balik. Hubby bagitau lagi, cam janji la....pagi raya tu, lepas semayang raya balik Penang terus. Dah cakap camtu aku setuju la.
Sampai umah MIL, dia tgh solat Asar. Aku buat air siap2, hidang kuih2 yg kitorang beli. Masa kat dapor MIL tanya, tak balik Penang ke? Aku pun bagitau la plan tadi. Dia cam terdiam. Pastu dia bagitau tok buat korban raya kedua. Aku ulang lagi plan kitorang tadi. Dah tu lepas mkn2 semua, hubby offer nak hantar MIL ke umah tok. MIL cakap biar abah hantar, sbb kitorang keja sok (ari ni la). Nada dia tu cam kecewa je kitorang tak cuti2 lagi. Pastu hubby bagitau plan tadi, ni kira ulangan yg ke 3 utk MIL. Panas telinga aku nih....
Aku tak tau nak cakap camana. Pada pandangan aku MIL cam nak ngajor plak dan nak mengarah2 kami buat itu ini. Ini aku paling bosan. We have our own life, decisions...so biar la kami nak buat apa pon. Bila anak dah kawin, mana buleh paksa2 ikut cakap dia plak. Apsal? Tak buleh terima ka anak hang dah kawin? Ni baru kawin org Penang.....kalau kawin nun org Johor nun...Sarawak ka...camana? Huishhhhhhhh...aku panas ati betul la. Sampai la ni dok berbahang lagi. Pagi ni aku call mak aku bagitau pasal tukar plan nih. Nada dia cam sedih tp aku tau dia cover. Mak aku suh ikut cakap hubby. Fine....aku akan ikut, tp kalau dia mungkir janji siap dia. Ada la yang nak jadi rendang nih.
Fuhhhhhhhhhhh...mana pi dah mood raya ntah. Abih lari...plan dah cantik, tetiba tukar. Takpe, janji aku bleh gak spend lama sket kat Penang. Last balik pon raya posa ari tuh. Sekrg ni plak aku dok ngajar OUM, mana sempat nak balik selalu. At least consider la....umah MIL dekat, balik hari pon buleh. Ni Penang...nak balik hari? Baik tak yah balik langsung. Huyoooooo, ari baik bulan baik....tetiba jadi camni plak. Sabar Shida, sabaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrr bebanyak !!!!!
nak kena tangguh kelas lagi. Ingatkan dengan penuh bersemangat dah nak mula kelas ari nih, masuk kelas ada 2 org je out of 31, buleh camtu? Nak marah ada...nak tergelak pon ada. Diorang ni sesuka ati je amik cuti sendiri. Tapi tak salah kan diorang gak sbb nak cuti raya haji dah nih. Sedangkan kita yg bekerja nih excited nak balik, apatah lagi dengan bebudak cam diorang tu. So, the decision is kelas akan start minggu depan, epas raya. Biar la menjamu selera dgn juadah daging korban puas2. Balik sini kita isi minda plak, okay?
Aku nih cepat bosan la.....sekrg nih tgh bosan la nih. Maleh nak wat apa pun. Ngajar nasib baik dapat subjek biasa la, dah penah ajar bertahun2. Tp kan, antara semua pensyarah bawah jabatan IT nih, ada dua org yg "tercabar" sket. Sorang kena ajar lebih dari 3 subjek, sorang lagi kena ajar lebih dari 20 jam seminggu. Sian kat depa, tp nak wat camana....ini semua cabaran. Nak komplen sesgt nanti senang plak diorang nak terminate ke apa ke. Aku nak ucapkan selamat maju jaya dan selamat berusaha kepada Iena kerana kena ajar 4 subjek....heheheh, sabar ek. Aku pun penah kena camtu.
Thn bila ntah, separa gila gak la. Yg sorang tu dia dah biasa dah dgn 22 jam seminggu, so ok la kot.
Oppss ya, baru dapat tau Lara and Mira dah discharged dari hospital. Bagusla kalau camtu. Welcome back dear.....Dapatkan rehat yg cukup ye Lara sebelum masuk office. Walaupun Mira pun sakit, you must take good care of yourself too. Syukur semua dah ok.
....sekrg nih nak pe plak? VCD video klip britney Iena tak bagi lagi, sbb syok dok tgk ulang2. Bukan memuja sgt personaliti Britney Spears ni, cuma syok tgk dia menari.
Lagu dia pon kekadang ada yg ok. Dressing dia toksah cakap laaa, mmg out terus. Tapi tu la....suka tgk ia menari. Pastu dok berangan la, kalau aku buleh menari cam dia musti syok kan? Mesti fit giler la.....tp buleh berangan je la. Kelas aerobik sejam pon penat tak cukup oksigen, ada ati nak menari cam tu ...ekekekek, lawak tul. Oklah, nak tgk lagi video klip nih. To Iena, aku akan pegang dulu ye cd nih...kalau nak amik la....hehehhe. Bye.
Sistem kad pelajar biasa je, cuma yang leceh nak kena ubah sikit2 isi kandungan kat belakang kad tu, tukar logo baru dan sign pengarah yang baru. Semua ok, cuma sign tu je tak dpt lagi sbb hari ni baru pengarah tu masuk. Kena la sambung hari nih. Masa tengah godek2 sistem kad tu ada la masalah skit, aku pun rujuk la pada sifu aku sejak praktikal lagi, Mahathir aku panggil Che Det. Masa ni aku tau dia pun agak sibuk kena standby takut network prob. Aku tanya gak, alhamdulillah masalah aku selesai dengan bantuannya yang sungguh tak ternilai itu. Dia bagi idea plak lagi suh aku tambah features kat sistem tu supaya nanti admin tak de nak panggil2 aku suh print kad pelajar lagik.
sifu, thank u so much. Aku sebenarnya pelik gak dgn Che Det dan kembar dia nih, Che Li. Kekadang tu aku nak tegur pon takut, muka serius sehhh. Tapi aku buat2 lawak gak masa tegur tu. Ok la gak respon tuh. Tapi kekadang tu diorang ni cam nak bagi orang marah je. Macam first day pendaftaran arituh, network tak ok, dan diorang buleh selamba lepak minum2 kat kedai bwh tu. Sampai boss kena gi nyusul push suh tgk keadaan kat atas ni baru la dtg nengok, tu pun muka tak manis langsung. Entahla...aku tak paham. Apa yang pasti diorang berdua ni mmg mempunya pengalaman dan pengetahuan yang cukup dasat tentang bidang komputer dan network, aku mmg salute la
. Dulu nak mintak tolong aku takut je, tp sekrg ni tak takut dah....kena berani wehh nak tuntut ilmu.
Malam aku study utk kelas esok. Aku dpt jadi part time tutor dgn OUM, ngajar Human Computer Interaction tuhh. Cam susah skit la nak paham, bukan pe modul diorang nih dah ditranslate ke BM, sesetengah terms tu jadik pelik plak. Kena biasakan la gak. Kelas plak ada setiap sabtu cuti pertama dan ketiga. Aku kena berkorban la nampaknya. Susah la lepas ni nak balik Penang ujung minggu.
.
Dok umah relaks2 je main dgn Nayli. Dah byk akal sekrg nih, bila tgk kita makeup je, dtg la menonong sua muka tu mintak dimakeupkan jugak. Compact powder aku yg dah abih, aku bagi kat dia. Suka dia, abih semua kena makeup. Mangsa terdekat Nemo dan Dolphin. Dok sorang2 bukak bedak tu sapu la kat muka Nemo dan Dolphin....pastu sapu muka sendiri, sambil nyanyi2, cakap sorang2. Isyyy...nak tergelak gak tengok tu. Kekadang tu bila aku terlelap muka aku pun disapunya. Pastu bila kita terpinga2 dia gelak. Buleh tahan tuh.....buleh tahan. Sekrg nih dok train masukkan baju kotor dlm bakul laundry. Ada improvement la jugak, sbb sblm nih dok tersilap masuk bakul sampah....kekekekek. Malam tido awal, letih punya pasal. Tgk Tomb Raider pun masa awal dan last jek, masa tgh2 dah tido
.....kekekek.
