Flower Dreams
Sunday, January 16, 2005

Fening sehhh....

Lilypie Expecting a baby Ticker
Busy gak wehh last week. Registration jekkk manjang. Masa awal minggu tu okeh lagik, sbb yang dtg tu bape kerat je. Ari khamis adalah kemuncaknya, tu pun tak leh nak bukak kaunter sampai kul 5 ptg sbb kaunter bayaran dah tutup kul 3, nak bank in duit. Sampai pengsan2 ada bebudak yg register tuh. Kaunter bukak melambak, tp yang stuck kat kaunter bayaran dan invois. Fening wooooo, macam2 bau ada. Dari wangi sampai la tengik. Dasat, sungguh dasat. Kaunter bayaran tu mmg dah expected akan jadik camtu, sbb nak kena print resit lagi, guna dot matrix plak tu...mmg hancus lambat la. Buleh dikatakan semua staff terlibat, pensyarah ke apa ke semua kena involve jaga kaunter. Aku kena jaga kaunter pendaftaran pelajar ke sistem SMP, dgn insan yg aku tak brapa gemar. Nasib baik la buleh lari, kebetulan sehari sebelum pendaftaran nih HEP mintak tolong aku settlekan kad pelajar. Dah agak nak lupa la camana nak buat, tp lepas tgk buleh la buat. So, tmpt aku kat kaunter digantikan dgn sapa ntah, stud praktikal kot. Sbb keadaan yg crowded tak membenarkan aku meninjau keadaan. Lagipun mmg aku tak mau "membenarkan" diriku ini masuk ke sana. Tak pasai2 aku gak yg pengsan sama....hehehe.
Techy Sistem kad pelajar biasa je, cuma yang leceh nak kena ubah sikit2 isi kandungan kat belakang kad tu, tukar logo baru dan sign pengarah yang baru. Semua ok, cuma sign tu je tak dpt lagi sbb hari ni baru pengarah tu masuk. Kena la sambung hari nih. Masa tengah godek2 sistem kad tu ada la masalah skit, aku pun rujuk la pada sifu aku sejak praktikal lagi, Mahathir aku panggil Che Det. Masa ni aku tau dia pun agak sibuk kena standby takut network prob. Aku tanya gak, alhamdulillah masalah aku selesai dengan bantuannya yang sungguh tak ternilai itu. Dia bagi idea plak lagi suh aku tambah features kat sistem tu supaya nanti admin tak de nak panggil2 aku suh print kad pelajar lagik. sifu, thank u so much. Aku sebenarnya pelik gak dgn Che Det dan kembar dia nih, Che Li. Kekadang tu aku nak tegur pon takut, muka serius sehhh. Tapi aku buat2 lawak gak masa tegur tu. Ok la gak respon tuh. Tapi kekadang tu diorang ni cam nak bagi orang marah je. Macam first day pendaftaran arituh, network tak ok, dan diorang buleh selamba lepak minum2 kat kedai bwh tu. Sampai boss kena gi nyusul push suh tgk keadaan kat atas ni baru la dtg nengok, tu pun muka tak manis langsung. Entahla...aku tak paham. Apa yang pasti diorang berdua ni mmg mempunya pengalaman dan pengetahuan yang cukup dasat tentang bidang komputer dan network, aku mmg salute la Terrific . Dulu nak mintak tolong aku takut je, tp sekrg ni tak takut dah....kena berani wehh nak tuntut ilmu.
Ari ni hari ngemas mingguan. Dgn pertolongan hubby la of course, kalau tak mau tergolek dok aku sorang nak ngemas umah nih. Aku tension aaa tgk umah tak pasang langsir dgn sempurna nih. Aku dah suh hubby pasang sendiri rail tu, buleh la gantung langsir sementara. Tapi dia tak nak, sbb takut tak elok. Leceh la, bila malam je meluru naik atas sbb sliding tak cover lagi. Katanya tunggu dia dpt bonus, tempah langsir yg elok skit. Ishhh, sekali pikit hubby aku ni cam eksen sgt la plak. Aku offer nak jahit sendiri langsir seme tp dia mcm pandang rendah je. Yelah, bukan yang canggih manggih la...simple2 je, takde renda2 apa. Aku tak nak cakap byk la...sbb dlm hal ni hubby yang cerewet, so lebih baik ikut dia. Aku tak kisah sgt design langsir tu camana, asalkan lengkap umah ku ada langsir yang buleh menghalang pandangan dari luar.
Reading Malam aku study utk kelas esok. Aku dpt jadi part time tutor dgn OUM, ngajar Human Computer Interaction tuhh. Cam susah skit la nak paham, bukan pe modul diorang nih dah ditranslate ke BM, sesetengah terms tu jadik pelik plak. Kena biasakan la gak. Kelas plak ada setiap sabtu cuti pertama dan ketiga. Aku kena berkorban la nampaknya. Susah la lepas ni nak balik Penang ujung minggu.
Pagi ni aku cam kena cirit birit. 4-5 kali gak la gi toilet, sampai nak lembik. Dlm otak dah decide nak MC jek, tp bila pikir balik nanti bos cakap apa plak. Ni first tutorial, biarla kita bagi good impression skit. Pegi gak le, hubby hantar sbb dia nak tukar ekzos bising ke ekzos biasa. Syukur, termakbul jugak doa aku. Aku mmg benci laaaaaaa dgn ekzos yg besar gabak tu, tp sekrg tidak lagi.....bestnyee. Lunch hubby dtg amik sbb nak bagi keta, dia keja ptg. Kul 2 aku gi plak ajar kelas kedua. Sampai kul 4.30 camtu. Kelakar la rasa ngajar murid2 tua nih....rasa cam pelik memula tu nak treat diorang, tp bantai je. Dah selamat pun tutorial 1. Balik, amik Nayli then balik umah. Letih weyy, kering tekak nasib baik ada bekal mineral dlm keta. Kalau tak mmg mati kehausan Cooler .
Daughter & Mother Dok umah relaks2 je main dgn Nayli. Dah byk akal sekrg nih, bila tgk kita makeup je, dtg la menonong sua muka tu mintak dimakeupkan jugak. Compact powder aku yg dah abih, aku bagi kat dia. Suka dia, abih semua kena makeup. Mangsa terdekat Nemo dan Dolphin. Dok sorang2 bukak bedak tu sapu la kat muka Nemo dan Dolphin....pastu sapu muka sendiri, sambil nyanyi2, cakap sorang2. Isyyy...nak tergelak gak tengok tu. Kekadang tu bila aku terlelap muka aku pun disapunya. Pastu bila kita terpinga2 dia gelak. Buleh tahan tuh.....buleh tahan. Sekrg nih dok train masukkan baju kotor dlm bakul laundry. Ada improvement la jugak, sbb sblm nih dok tersilap masuk bakul sampah....kekekekek. Malam tido awal, letih punya pasal. Tgk Tomb Raider pun masa awal dan last jek, masa tgh2 dah tido Sleeping .....kekekek.
Ari nih keja weyyy. Subjek nak ajar pon cam tak konpem lagik. Rasa2nya kelas start minggu depan gak, sbb minggu ni dah cuti raya haji plak. Bebudak ni kekadang dah pandai plan dah, lepas registration terus balik, sbb cam tau2 je kelas takkan on lagik. Dah tu cam pakat ramai2, sbb tu sekrg ni cam sunyi je walaupun kalau ikutkan minggu ni kelas dah start. Aku tak kisah, janji aku dpt ngajar subjek yg aku dah biasa. Kalau tak jenuh kena study balik. Semoga apa yang aku inginkan tercapai hendaknya. Amin.







Shida blogged @ 10:53 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com