Flower Dreams
Sunday, February 20, 2005

Rumahku berhabuk lagi...iskkk

Lilypie Expecting a baby Ticker
KLETUNGGG KLETANGGG...!!!!! TRETTT TRETTTTTT..ZUS ZASS ZUSS ZASS.
Ayooooo, very the pening laaaaa. Proses melengkapkan utiliti di rumahku telah bermula. Dimulai dgn pemasangan aircond di bilik bilik tingkat atas. Masa nak pasang ni baru dapat tau aircond point yang dipasang siap oleh pemaju kurang sesuai lokasinya. Lokasi asal akan membuatkan bilik lambat sejuk sbb kedudukan yang tidak menghala katil secara terus. Ishhhh..nyesal den suh pasang sesiap. Kena bayar plak tuh. Oleh kerana perubahan inilah keadaan rumahku kembali berdebu seperti seblm memula masuk dulu. Kerja pemasangan berlaku hari Khamis sehari suntuk. Aku plak keja half day, ishh amatsss tensi bila rehat diganggu oleh bunyi2an yang menyakitkan telinga. Tp kena think positive, semua ni utk keselesaan tuan rumah jugak.
Mopping
Jumaat, kerja membersihkan rumah. Aku punya la semangat mengemop satu umah. Bila aku nak mop dlm bilik ja baru hubby bagitau, tak yah la mop lagi. Sbb hari Sabtu orang nak buat plaster ceiling dan wiring utk stor bwh tangga. Sungguhhh double tensi aku ini. Awat la takmo habaq awal2.....takpe la....nak marah pon tenaga dah abih. Bermandi peluh aku ari tuh sampai terkejut hubby. Tp nak salahkan dia pon takleh gak, sbb dia tido sbb keja mlm. Peluang ni yang aku amik nak kemas umah sesungguhnya.
Teacher
Hari Sabtu aku kena ngajar kat IPDA dari pagi sampai petang. Tp tghari aku balik gak, sbb tak koser la nak jelajah pekan Jitra tuh. Daripada membazir duit ke lain baik bayar tol balik umah, buleh rest. Nayli diserahkan bawah jagaan abahnya. Mcm yang diberitahu, hari tu orang datang buat wiring nak tambah point+ubah point segala. Pastu utk plaster ceiling diorang hantar brg dulu, ari nih baru start buat. Lepas kelas ptg tu aku terus balik. Diorang tgh keja tak siap lagi. Tanpa membuang masa aku masuk bilik utk bermain-main dan berehat bersama Nayli. Tp tido la plak, aku pon join la....heheheh. Hubby cam biasa, dok melangut kat bawah dok tgk orang buat kerja. Dia nak semuanya ok, kemas, halus dan bagus2 saja. Dia sanggup bersengkang mata tak tido siang walaupun baru balik kerja pagi tu. Ishh...mmg la hubby ku ini sgt teliti orangnya. Letih wooo berdepan dgn org camni.
Malamnya datang pulak Indon buat stor bawah tanggaConstruction. Dia start lepas maghrib sampai kul 12 tgh mlm. Aku dgn Nayli dah haruss zzzzzzzzzzzzz Sleeping . Ala, indon yang dok buat umah ni gak. Ntah camana hubby buleh kenal, terus upah suh buat stor tuh. Murah bangat sehh, tak sampai RM400 pon..amatlah berpatutan, kan?
Hari ni tak tau la camana rupa rumahku sekrg. Amat takut utk membayangkannya. Harap2 cepat selesai, buleh la proses mengemas dilakukan secara besar-besaran. Oh ya, nak citer skit pasal Nayli. Semenjak dua menjak ni byk betul cakapnya. Letih la aku nak melayan. Favourite words "jatuh", "tak tau" (siap dgn tunjuk jari lagi), "sabon" (kekadang dengar cam babong...ekekek) dan beberapa perkataan lagi. Lagi satu, hubby ada bwk balik katalog cat utk pilih kaler yang berkenan. Dlm katalog tu ada la gambar hiasan buah, kerusi dan lain2 lagi. Dia cukup suka gambar buah dan "kakak" (any girls yg dia jumpa dia panggil kakak..buleh?). Hampir setiap kali masuk bilik bersama katalog tu dan dok point gambar buah dan pronounce dgn fasih. Bagus la tu...tp letih benor nak melayan.
Baby GirlTentang latihan memasukkan baju dlm laundry basket dan sampah ke bakul sampah, berlangsung dgn jayanya. Sampaikan bila nampak aje ada baju, seluar, tuala yang tak berlipat atau bersangkut dengan baik, semua nak hangkot masuk laundry basket. Semlm aku tercari2 tuala kecil yang aku guna utk cekup masa semayang. Punya la puas carik satu bilik....last2 aku tanya dia. Memula tu cam tak paham apa yang aku cakap, terkebil2 gitu. Pas aku ulang sekali lagi baru dia tunjuk laundry basket. Aku gi tgk mmg ada, tertindan dgn baju2 lain. Bukan apa, aku nih kalau carik sesuatu yang mmg dah confirm aku letak kat tempatnya, mmg akan carik sesungguhnya. Takmo biasakan diri memandang mudah pasal perletakkan barang nih. Kalau ikutkan buleh ja amik tuala lain, tp tak puas hati, nak carik sampai jumpa gaks. Rupa2nya anak dara ku itu punya kerja.....rajin sungguh tulung kemas ye...hehehe.
Ishhh...petang nih cam malas nak balk umah, sbb nak kena berdepan dgn suasana yang kacau bilau. Cepat-cepat la siap...aku nak umah aku back to normal. Rolling Eyes








|
Shida blogged @ 1:19 PM



Monday, February 14, 2005

Cuti?? Lebih baik kerja....

Lilypie Expecting a baby Ticker
Cuti CNY yang aku harapkan dapat memberi suatu ketenangan, memang tak kesampaian. Sebabnya :
  1. Hubby kerja sepanjang cuti berkenaan
  2. Hasrat nak balik Penang cam kena pendam (tp lepas tu hubby offer nak hantar pada ptg Tue, lepas kerja)
  3. Tetiba je tok hubby nak buat kenduri doa selamat pada hari Jumaat (part ni paling benci)
  4. Semua mak2 sedara hubby berkampung kat umah aku hari Sabtu.

Pertama sekali, no. 1 adalah amat mengecewakan aku. Orang lain dengan macam macam plan nak pi berjalan2, aku? Kena dok melangut kat umah jela nampaknya. Masa hari Selasa dok kat opis dah terbayang2 betapa bosannya hari cuti nanti. Tapi nasib baik perkara no 2 tu berlaku. Kalau hubby tak nak hantar pon aku akan balik sendiri.

Balik Penang tak buat atau berjalan ke mana2 pon sbb mmg nak rest dulu. Hari Khamis atau Jumaat ke baru nak kuar ke mana-mana. Lagipun adik aku nak tanya dan belajar skit tentang VB. Aku ok jek, siap bawak balik CPU tu. Tapi semua perancangan hanya sia-sia. Pada petang Rabu tu hubby call bagitau tok dia kat Sg Tiang tu nak buat kenduri doa selamat. Ya Allah.....apsal la suka buat kerja last2 minit nih?! Rasanya diorang semua kena belajar semula erti 'PLANNING' dengan lebih baik lagi. Bengang betul la....dah tu tak jemput my family pulak tu. Kecik ati my mom. Lagi tambah bengang bila hubby suh aku balik sorang and dia nak pi kerja jugak2. Hey, kenduri sapa nih sebenarnya? Apsal aku plak kena bersusah payah, sedangkan kenduri ni pihak dia yang buat??? Memang aku tak tahan.

Malam Rabu tu jugak aku karang msg berjela-jela, sampai 6 msg rasanya. Aku luahkan semua yang terbuku dlm hati. Termasuklah perihal kenduri last minit nih. Apa nak jadi pon jadilah. Aku ingat msg sampai mlm tu, rupa2nya soknya baru sampai. Dlm kul 12 tghari Khamis tu hubby call tanya apa yang tak puas hati and immediately dia bagitau akan balik ke Penang sekrg jugak. Aku tak kisah, nak gaduh? Buleh aja...dah lama dok simpan nih. Perturbed

Around 3 pm hubby sampai. Terus meluru masuk bilik carik aku dan tanya apa yang tak puas hati. Berdebat jugaklah dlm tu, tp takdak la sampai pecah2 barang seme. Hubby ajak aku balik ptg tu jugak. Pastu ptg kenduri tu dia kata nak hantar aku balik Penang, kalau aku nak sgt2 habihkan cuti kat umah mak aku. Ingat aku takdak akal ke? Asyik pi sana....pi sini....semua tu kan guna duit...tolnye lagik...jambatan lagik. Nak perli aku la tu. Last2 aku balik ptg tu gak.....dgn tak bercakap sepatah pon dgn hubby. Hubby kununnya nak pujuk aku ajak shopping ke Gurney Plaza, Tapi aku buat dek je. Last2 tak pi pon....sbb dia tak tau jalan. Bila dia tanya aku, aku buat tak tau jek. Melencong ke Pdg Kota Lama, pastu terus naik feri, balik. Nak pi shopping konon.....buleh dikatakan byk shopping kompleks tutup sempena CNY. Kang buat penat jek. Crying 1

Ari Jumaat tu pepagi lagik dah pi umah tok atas perihal no 3. Tolong la buat kerja sikit2. Nasib baik hubby tak pi kerja lepas berdebat sakan dgn aku. Bukan apa, kekadang tu kena tegaskan jugak. Kalau pasal bola ke, badminton ke sanggup pulak amik cuti....ni utk kenduri tok dia sendiri buleh plak nak masuk kerja? Tak logik sungguh. Yang peliknya, abang hubby sefamily tak balik pulak. Alasannya, tak dak sapa nak ganti jaga kedai. Laaaaa...apa susah, wife dia tu kan buleh drive...balik je la dia dan anak. Ngelat sungguh. Lepas kenduri tu diorang bincang2 nak lepak kat umah aku sementara nak naik bas malamnya. Dlm kepala dok pening dah nak masak apa ek? Nasib baik diorang offer nak masak laksa then bawak ke umah aku utk menjamu selera.

Perkara no 4 tu berlangsung seperti yang dirancang. Lebih kurang 3 kereta datang bertandang. Aku tak kisah orang yang dah dewasa nih, tp memang aku penng sungguh dengan anak2 diorang. Memang HEADLESS CHICKEN bak kata Merry. Mcm nak menangis tgk lantai umah aku jadik hitam sbb bebudak tu kuar masuk tak pakai kasut. Masuk toilet pulak tak lap kaki sampai kering....pastu lekat la tapak nan hitam atas lantai. Wuuuaaaaaaaaaaaaaa......Kenapa la mak bapak diorang tak jaga betul2 nih??? Mmg jadik pengajaran la kat aku, lepas ni akan ku ajar anak2 ku supaya berdisiplin. Depan2 diorang aku sental lantai kat dapor yang dah bertukar jadik hitam. Nak kata apa pon kata lah....this is my own house, so I can do what ever I want. Yang lebih menyakitkan hati, lepas aku lap tu pon diorang buat lagi. Kali ni mmg aku tak kasi can. Depan mak bapak diorang aku suruh diorang basuh kaki bersih2, berus dengan berus sabut sampai bersih. Lagaknya cam aku plak mak diorang. Biarlah.....walaupun korang tu tetamu, korang pon kena la jaga adab gak kat umah orang kan?

Kesimpulannya, cuti aku memang MENGECEWAKAN. Memang aku berharap sangat takkan berlaku lagi perkara macam nih. Jealous bila dengar kawan2 di opis dpt gi jalan sana sini. Aku? Kena melayan kerenah insan2 yang tak penah nak ambil berat perasaan orang lain. Nasib oh nasib....... Rolling Eyes








|
Shida blogged @ 9:23 AM



Monday, February 07, 2005

Arghhhhhhhhhhhhh

Lilypie Expecting a baby Ticker
Nampaknya kekerapan meng'update' blog terpaksa diturunkan kepada seminggu sekali. Kalau tak sebelum nih dlm seminggu tu ada gak 2-3 kali citernya. And lepas nih akan byk guna point form jek, mudah dan tepat...hehehe.
  • Keja half day, ptgnya ada bowling tournament antara staff.
  • Oleh kerana start lambat, aku amik Nayli dan balik umah dulu.
  • Nayli tak berapa sihat, selsema, batuk dan badannya cam suam2 gitu. Keadaan ini membuatkan dia dok buat perangai.
  • Oleh kerana keadaan di atas, aku takleh main bowling langsung. Sbb Nayli takmo berenggang langsung. Even suh berdiri sebelah aku masa nak baling bola pon takmo gak. Asik nak peluk kaki aku jek. Kang tak pasal2 anak beranak terjun dlm lane tuh.
  • Balik awal sbb Nayli dah makin tak selesa dgn keadaan panas kat situ. Apa raaa....ada aircond cam tak dak je......jenuh berpeluh+rimas dgn udara yg tak beredar dgn baik.
  • Mlm tu mmg panas sungguh. Kalau dok kat luar pon takdak angin langsung bertiup. Oleh kerana memasing takleh tido, kitorang decide sidai kain kul 2 pg. Mmg tak penah dibuat org.

  • Aktiviti biasa; ngemas, basuh baju (dah sidai) dan sebagainya.
  • Bfast buat cekodok jek.
  • Lunch tak masak pon sbb hubby sibuk ajak pi sana sini survey lampu la, kipas la, aircond la dan bla bla bla......
  • Balik dah terlepek. Lepas rest sat, kemas2 bilik tamu kat atas tu sbb mak dan adik nak dtg. Buleh la tlg ngasuh Nayli sok sbb aku kena gi IPDA ngajor dari pagi sampai ptg.
  • Ntahla.....cuaca yang panas ini membuatkan badan cepat letih tak bermaya. Nak buat apa2 pon cam tak dak semangat. Kesian lagi kat si kecik nih, badan dia cam panas la pulak and she refused to drink her milk sampai abih, luak separuh jek. Lepas mandikan ptg tu, dia terus lena dari 3.30 sampai dekat kul 6 camtu.
  • Mak sampai around 6++. Lepas maghrib kuar carik mkn. Hubby keja ptg, dan akan balik tgh malam. Balik singgah kedai letrik beli kipas berdiri+ekzos fan utk bilik air. Aku beli berdasarkan ciri2 yg hubby bagitau ja.

  • Pagi ni buat nasik goreng. Mak la yg gorengnya, sementara aku melayan Nayli yg dok 'bebai' sejak bangun tido nak kuar umah. Rimas agaknya. Lepas bwk jenjalan kat depan umah tuh okla dia. Macam2 la anakku ini.....
  • Kul 9 aku siap2 nak ke IPDA. Hari ni diorang ada test. Mmg tercabar tul kesabaran. Aku suh jarakkan kedudukan diorang buleh wat tak tau ja. Nasib baik aku siapkan 2 set soalan yg berlainan, aku bagi selang-seli. Nak tiru sgt ye.....mmmuuaahahahahaha.
  • Aku sampai kat umah kul 5. Adik citer Nayli ok jek sbb mak dan adik bwk dia gi Pekan Rabu sbb ada Karnival Pendidikan MARA. Bila balik je cam nak buat hal. Iskkk, mmg kaki jalan tul budak nih. Nasib baik tak lama lepas tu aku dah balik. Kalau tak dok memberontak lagi la nak ajak kuar jenjalan.
  • Mak dan adik balik Penang kul 6. Tinggal la kami dua beranak terkapar keletihan (especially me..). Lepas solat Asar, aku terlelap sampai kul 7. Tau tak elok tido time2 nih, tp cannot help it lah, letih sesgtnye. Kalau kaki ni buleh bercakap, mesti dia mintak cuti sethn....ekekeke.

Oh ya, baru teringat citer nih. Nak celah kat atas tu cam tak sesuai citer panjang2. So aku sambung kat bawah jek. Berlaku masa hari Jumaat la. Camni, one of my opismate (admin) mintak tlg hubby carikkan sesapa yg buleh repair autogate dia kat umah. Dia suarakan masa melawat umah aku lepas tgk betapa sennagnya idup bila dah ada autogate nih. Sblm tu hubby dah gi tgk la camana condition motor+board sume. Motor dia buleh function lagi, cuma board+gigi kat gate tu (tak tau nama..heheh) je kena buat lain. Lepas hubby bawak tukang tgk sendiri, dia bagitau harga semua tu lebih kurang RM650. Ok la kan, bagi aku mmg berpatutan. Hubby bagitau lagi diorang akan bagi 2 remote sekali dgn harga tu. Tp my opismate ni nak tambah lagi satu remote tp nak free la, tak nak tambah duit. Kalau ikutkan satu remote tu RM50. Hubby pon pujuk la cina nih, dan berjaya. So hari Jumaat lepas segala proses pembaikan dilakukan dan siap dah pon. My opismate pi bayar sendiri kat kedai, dan apa yang mengejutkan dia mintak lagi satu remote free. Kali ni mmg that chinese tak bagi la. Pastu buleh dia tipon hubby suh pujuk cina tu bagi gak. Hangin gak aku nih. Mean Tak sangka plak dia ni camtu. Aku bagitau hubby toksah layan sgt apa yg dia mintak. Walaupun dia tu opismate aku, tp ada sesetgh perkara yang tak buleh diikutkan sgt. Takkanlah nak kuarkan Rm50 pon takleh. Rumah besar kemain, buat malu ja. Nak kata takdak duit, aku tau dia ni mmg ada duit yang jauh lebih mencukupi. Inilah yang dikatakan bagi betis nak peha. Lepas nih rasa kalau dia mintak tolong cam malas dah. Penah dgr kengkawan yg lain kecik ati dgn perangai dia nih, tp tak amik pusing hal orang. Sekrg dah kena sendiri, baru rasa apa yg dikatakan org tu betul.

Sneaky Aku tau, tak semua org senang, banyak duit. Aku sendiri pun bukan dari keluarga yang senang dan mewah, tp aku akan fikir gak. Kalau nak tawar menawar sesuatu barang atau service tu mesti la berpada2. Jgn sampai mengada2 plak, kang tak pasal2 hilang kawan. Ishhhh...aku cam takleh jumpa org2 camni, cepat je mulut ni nak me'laser'. Semlm dia cuti, hari ni dia dah masuk kerja...tapi aku tak jumpa lagi la. Kalau jumpa lepas ni, dan tanya pasal hal remote dia yang ke-4 tu mau nak kena nih. Jahat ke aku nih? Well, let me answer it myself. Itu semua bergantung kepada how they treat me back in returns. Kalau ok, ok with me too. Kalau cam berbaur nak amik kesempatan, tikam belakang dan sebagainya mmg carik nahas la tuh. MMuuaahahahahhaaha.......gelak jahat.

Thats it, aku tak nak memanjangkan lagi perasaan marahku ini. Nanti ia bisa memusnahkan mood aku keseluruhannya. Blah






|
Shida blogged @ 9:34 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com