Flower Dreams
Monday, February 07, 2005

Arghhhhhhhhhhhhh

Lilypie Expecting a baby Ticker
Nampaknya kekerapan meng'update' blog terpaksa diturunkan kepada seminggu sekali. Kalau tak sebelum nih dlm seminggu tu ada gak 2-3 kali citernya. And lepas nih akan byk guna point form jek, mudah dan tepat...hehehe.
  • Keja half day, ptgnya ada bowling tournament antara staff.
  • Oleh kerana start lambat, aku amik Nayli dan balik umah dulu.
  • Nayli tak berapa sihat, selsema, batuk dan badannya cam suam2 gitu. Keadaan ini membuatkan dia dok buat perangai.
  • Oleh kerana keadaan di atas, aku takleh main bowling langsung. Sbb Nayli takmo berenggang langsung. Even suh berdiri sebelah aku masa nak baling bola pon takmo gak. Asik nak peluk kaki aku jek. Kang tak pasal2 anak beranak terjun dlm lane tuh.
  • Balik awal sbb Nayli dah makin tak selesa dgn keadaan panas kat situ. Apa raaa....ada aircond cam tak dak je......jenuh berpeluh+rimas dgn udara yg tak beredar dgn baik.
  • Mlm tu mmg panas sungguh. Kalau dok kat luar pon takdak angin langsung bertiup. Oleh kerana memasing takleh tido, kitorang decide sidai kain kul 2 pg. Mmg tak penah dibuat org.

  • Aktiviti biasa; ngemas, basuh baju (dah sidai) dan sebagainya.
  • Bfast buat cekodok jek.
  • Lunch tak masak pon sbb hubby sibuk ajak pi sana sini survey lampu la, kipas la, aircond la dan bla bla bla......
  • Balik dah terlepek. Lepas rest sat, kemas2 bilik tamu kat atas tu sbb mak dan adik nak dtg. Buleh la tlg ngasuh Nayli sok sbb aku kena gi IPDA ngajor dari pagi sampai ptg.
  • Ntahla.....cuaca yang panas ini membuatkan badan cepat letih tak bermaya. Nak buat apa2 pon cam tak dak semangat. Kesian lagi kat si kecik nih, badan dia cam panas la pulak and she refused to drink her milk sampai abih, luak separuh jek. Lepas mandikan ptg tu, dia terus lena dari 3.30 sampai dekat kul 6 camtu.
  • Mak sampai around 6++. Lepas maghrib kuar carik mkn. Hubby keja ptg, dan akan balik tgh malam. Balik singgah kedai letrik beli kipas berdiri+ekzos fan utk bilik air. Aku beli berdasarkan ciri2 yg hubby bagitau ja.

  • Pagi ni buat nasik goreng. Mak la yg gorengnya, sementara aku melayan Nayli yg dok 'bebai' sejak bangun tido nak kuar umah. Rimas agaknya. Lepas bwk jenjalan kat depan umah tuh okla dia. Macam2 la anakku ini.....
  • Kul 9 aku siap2 nak ke IPDA. Hari ni diorang ada test. Mmg tercabar tul kesabaran. Aku suh jarakkan kedudukan diorang buleh wat tak tau ja. Nasib baik aku siapkan 2 set soalan yg berlainan, aku bagi selang-seli. Nak tiru sgt ye.....mmmuuaahahahahaha.
  • Aku sampai kat umah kul 5. Adik citer Nayli ok jek sbb mak dan adik bwk dia gi Pekan Rabu sbb ada Karnival Pendidikan MARA. Bila balik je cam nak buat hal. Iskkk, mmg kaki jalan tul budak nih. Nasib baik tak lama lepas tu aku dah balik. Kalau tak dok memberontak lagi la nak ajak kuar jenjalan.
  • Mak dan adik balik Penang kul 6. Tinggal la kami dua beranak terkapar keletihan (especially me..). Lepas solat Asar, aku terlelap sampai kul 7. Tau tak elok tido time2 nih, tp cannot help it lah, letih sesgtnye. Kalau kaki ni buleh bercakap, mesti dia mintak cuti sethn....ekekeke.

Oh ya, baru teringat citer nih. Nak celah kat atas tu cam tak sesuai citer panjang2. So aku sambung kat bawah jek. Berlaku masa hari Jumaat la. Camni, one of my opismate (admin) mintak tlg hubby carikkan sesapa yg buleh repair autogate dia kat umah. Dia suarakan masa melawat umah aku lepas tgk betapa sennagnya idup bila dah ada autogate nih. Sblm tu hubby dah gi tgk la camana condition motor+board sume. Motor dia buleh function lagi, cuma board+gigi kat gate tu (tak tau nama..heheh) je kena buat lain. Lepas hubby bawak tukang tgk sendiri, dia bagitau harga semua tu lebih kurang RM650. Ok la kan, bagi aku mmg berpatutan. Hubby bagitau lagi diorang akan bagi 2 remote sekali dgn harga tu. Tp my opismate ni nak tambah lagi satu remote tp nak free la, tak nak tambah duit. Kalau ikutkan satu remote tu RM50. Hubby pon pujuk la cina nih, dan berjaya. So hari Jumaat lepas segala proses pembaikan dilakukan dan siap dah pon. My opismate pi bayar sendiri kat kedai, dan apa yang mengejutkan dia mintak lagi satu remote free. Kali ni mmg that chinese tak bagi la. Pastu buleh dia tipon hubby suh pujuk cina tu bagi gak. Hangin gak aku nih. Mean Tak sangka plak dia ni camtu. Aku bagitau hubby toksah layan sgt apa yg dia mintak. Walaupun dia tu opismate aku, tp ada sesetgh perkara yang tak buleh diikutkan sgt. Takkanlah nak kuarkan Rm50 pon takleh. Rumah besar kemain, buat malu ja. Nak kata takdak duit, aku tau dia ni mmg ada duit yang jauh lebih mencukupi. Inilah yang dikatakan bagi betis nak peha. Lepas nih rasa kalau dia mintak tolong cam malas dah. Penah dgr kengkawan yg lain kecik ati dgn perangai dia nih, tp tak amik pusing hal orang. Sekrg dah kena sendiri, baru rasa apa yg dikatakan org tu betul.

Sneaky Aku tau, tak semua org senang, banyak duit. Aku sendiri pun bukan dari keluarga yang senang dan mewah, tp aku akan fikir gak. Kalau nak tawar menawar sesuatu barang atau service tu mesti la berpada2. Jgn sampai mengada2 plak, kang tak pasal2 hilang kawan. Ishhhh...aku cam takleh jumpa org2 camni, cepat je mulut ni nak me'laser'. Semlm dia cuti, hari ni dia dah masuk kerja...tapi aku tak jumpa lagi la. Kalau jumpa lepas ni, dan tanya pasal hal remote dia yang ke-4 tu mau nak kena nih. Jahat ke aku nih? Well, let me answer it myself. Itu semua bergantung kepada how they treat me back in returns. Kalau ok, ok with me too. Kalau cam berbaur nak amik kesempatan, tikam belakang dan sebagainya mmg carik nahas la tuh. MMuuaahahahahhaaha.......gelak jahat.

Thats it, aku tak nak memanjangkan lagi perasaan marahku ini. Nanti ia bisa memusnahkan mood aku keseluruhannya. Blah







Shida blogged @ 9:34 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com