Flower Dreams
Monday, February 14, 2005

Cuti?? Lebih baik kerja....

Lilypie Expecting a baby Ticker
Cuti CNY yang aku harapkan dapat memberi suatu ketenangan, memang tak kesampaian. Sebabnya :
  1. Hubby kerja sepanjang cuti berkenaan
  2. Hasrat nak balik Penang cam kena pendam (tp lepas tu hubby offer nak hantar pada ptg Tue, lepas kerja)
  3. Tetiba je tok hubby nak buat kenduri doa selamat pada hari Jumaat (part ni paling benci)
  4. Semua mak2 sedara hubby berkampung kat umah aku hari Sabtu.

Pertama sekali, no. 1 adalah amat mengecewakan aku. Orang lain dengan macam macam plan nak pi berjalan2, aku? Kena dok melangut kat umah jela nampaknya. Masa hari Selasa dok kat opis dah terbayang2 betapa bosannya hari cuti nanti. Tapi nasib baik perkara no 2 tu berlaku. Kalau hubby tak nak hantar pon aku akan balik sendiri.

Balik Penang tak buat atau berjalan ke mana2 pon sbb mmg nak rest dulu. Hari Khamis atau Jumaat ke baru nak kuar ke mana-mana. Lagipun adik aku nak tanya dan belajar skit tentang VB. Aku ok jek, siap bawak balik CPU tu. Tapi semua perancangan hanya sia-sia. Pada petang Rabu tu hubby call bagitau tok dia kat Sg Tiang tu nak buat kenduri doa selamat. Ya Allah.....apsal la suka buat kerja last2 minit nih?! Rasanya diorang semua kena belajar semula erti 'PLANNING' dengan lebih baik lagi. Bengang betul la....dah tu tak jemput my family pulak tu. Kecik ati my mom. Lagi tambah bengang bila hubby suh aku balik sorang and dia nak pi kerja jugak2. Hey, kenduri sapa nih sebenarnya? Apsal aku plak kena bersusah payah, sedangkan kenduri ni pihak dia yang buat??? Memang aku tak tahan.

Malam Rabu tu jugak aku karang msg berjela-jela, sampai 6 msg rasanya. Aku luahkan semua yang terbuku dlm hati. Termasuklah perihal kenduri last minit nih. Apa nak jadi pon jadilah. Aku ingat msg sampai mlm tu, rupa2nya soknya baru sampai. Dlm kul 12 tghari Khamis tu hubby call tanya apa yang tak puas hati and immediately dia bagitau akan balik ke Penang sekrg jugak. Aku tak kisah, nak gaduh? Buleh aja...dah lama dok simpan nih. Perturbed

Around 3 pm hubby sampai. Terus meluru masuk bilik carik aku dan tanya apa yang tak puas hati. Berdebat jugaklah dlm tu, tp takdak la sampai pecah2 barang seme. Hubby ajak aku balik ptg tu jugak. Pastu ptg kenduri tu dia kata nak hantar aku balik Penang, kalau aku nak sgt2 habihkan cuti kat umah mak aku. Ingat aku takdak akal ke? Asyik pi sana....pi sini....semua tu kan guna duit...tolnye lagik...jambatan lagik. Nak perli aku la tu. Last2 aku balik ptg tu gak.....dgn tak bercakap sepatah pon dgn hubby. Hubby kununnya nak pujuk aku ajak shopping ke Gurney Plaza, Tapi aku buat dek je. Last2 tak pi pon....sbb dia tak tau jalan. Bila dia tanya aku, aku buat tak tau jek. Melencong ke Pdg Kota Lama, pastu terus naik feri, balik. Nak pi shopping konon.....buleh dikatakan byk shopping kompleks tutup sempena CNY. Kang buat penat jek. Crying 1

Ari Jumaat tu pepagi lagik dah pi umah tok atas perihal no 3. Tolong la buat kerja sikit2. Nasib baik hubby tak pi kerja lepas berdebat sakan dgn aku. Bukan apa, kekadang tu kena tegaskan jugak. Kalau pasal bola ke, badminton ke sanggup pulak amik cuti....ni utk kenduri tok dia sendiri buleh plak nak masuk kerja? Tak logik sungguh. Yang peliknya, abang hubby sefamily tak balik pulak. Alasannya, tak dak sapa nak ganti jaga kedai. Laaaaa...apa susah, wife dia tu kan buleh drive...balik je la dia dan anak. Ngelat sungguh. Lepas kenduri tu diorang bincang2 nak lepak kat umah aku sementara nak naik bas malamnya. Dlm kepala dok pening dah nak masak apa ek? Nasib baik diorang offer nak masak laksa then bawak ke umah aku utk menjamu selera.

Perkara no 4 tu berlangsung seperti yang dirancang. Lebih kurang 3 kereta datang bertandang. Aku tak kisah orang yang dah dewasa nih, tp memang aku penng sungguh dengan anak2 diorang. Memang HEADLESS CHICKEN bak kata Merry. Mcm nak menangis tgk lantai umah aku jadik hitam sbb bebudak tu kuar masuk tak pakai kasut. Masuk toilet pulak tak lap kaki sampai kering....pastu lekat la tapak nan hitam atas lantai. Wuuuaaaaaaaaaaaaaa......Kenapa la mak bapak diorang tak jaga betul2 nih??? Mmg jadik pengajaran la kat aku, lepas ni akan ku ajar anak2 ku supaya berdisiplin. Depan2 diorang aku sental lantai kat dapor yang dah bertukar jadik hitam. Nak kata apa pon kata lah....this is my own house, so I can do what ever I want. Yang lebih menyakitkan hati, lepas aku lap tu pon diorang buat lagi. Kali ni mmg aku tak kasi can. Depan mak bapak diorang aku suruh diorang basuh kaki bersih2, berus dengan berus sabut sampai bersih. Lagaknya cam aku plak mak diorang. Biarlah.....walaupun korang tu tetamu, korang pon kena la jaga adab gak kat umah orang kan?

Kesimpulannya, cuti aku memang MENGECEWAKAN. Memang aku berharap sangat takkan berlaku lagi perkara macam nih. Jealous bila dengar kawan2 di opis dpt gi jalan sana sini. Aku? Kena melayan kerenah insan2 yang tak penah nak ambil berat perasaan orang lain. Nasib oh nasib....... Rolling Eyes









Shida blogged @ 9:23 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com