Flower Dreams
Sunday, September 05, 2004

Genting...sungguh nyaman

Lilypie Expecting a baby Ticker
Assalamualaikum.....dah balik, rasa malas nak keja. Bercuti sakan, letih gak badan sbb jalan jauh.

28 Ogos 2004

Bertolak dari rumah kul 9 pm. Gi makan2 and then jumpa kat tol Tandop. Before that, ingat lagi tak pasal poblem gi jalan reramai. Awal2 ni dah nampak dah. Suma skali 5 family nak pegi, 3 tu baru kawin and and 2 lagi dah beranak-pinak (tmasuk saya le tu). H, M, F dan W.....H dan M syer keta yg lain naik keta memasing. Hband balik keja kul 7 pm kata H & M mungkin tak jadi pi sbb mak H masuk spital. Biarlah, takkan nak berseronok gak masa mak kita dok sakit kan. Tup2 masa dekat2 nak btolak tu F call bagitau H & M jadi pi pulak dah. Tu takpe lagi, janji jumpa kat tol Tandop nasib baik tunggu tak sampai 1/2 jam H call kata jumpa kat Tol Sg Dua (Penang) sbb dia naik kat Gurun. Takpe sabar je...ingat kita ni nak berseronok. Perjalanan ok, walaupun kerap berenti sbb kenkawan hband ngantuk. Takpe nanti bahaya lak drive masa ngantuk. Destinasi pertama nak gi Bkt Tinggi maka cari susur kuar Kuantan. Kat situ dah sesat dah berpusing2 sampai masuk Selayang......Peta Malaysia sampai terbentang atas jalan, kalau sesat lagi tak tau la......last2 tanya sorang brader tu nasib baik dah tak jauh dah. Jalan punya jalan maka sampai jugak ke destinasi.......Bkt Tinggi

29 Ogos 2004

Arrive around 8 am kat Bkt Tinggi. Ok, class surrounding nye, hotel baru buat, ala2 French Castle gitu. Berkumpul la jap kat air pancut tu (lupa hotel ape) niat tu nak discuss la kejap nak ape dulu sbb baca signboard kena bayr RM 16 kalau nak masuk dlm. Tanya la brader yg bwk bas tu dia pun cite la....tak sempat nak beramah mesra datangla security hotel tu (ye kot sbb bwk walkie talkie) dari cakapnya tu kami ni takleh berhimpun depan hotel tu nanti mngement marah, paham tu maka kami pun blah ke depan skit nak discuss. Kalau ikut tu my family nak la masuk, yela bukan senag nak sampai sini. Bincang punya bincang diorang taknak masuk alasannya jalan belok2 pening. Haaaa baru korang tau hangpa tak mai Balik Pulau lagi.....kalau dah mai tu mesti tak mau mai dah. Maka kami pun bertolak ke Genting dgn sedihnya, niat nak ajak hband dtg balik lepas dah rehat. Singgah Genting Sempah bfast, diorang pun yg pening2 tu terus carik minyak cap kapak...koman la korang nih.....pastu geng pengantin baru decide nak naik Genting guna cable car. Discuss ngan hband, takkan kita nak naik cable car gak kot, dgn susu la apa la. So, geng2 pengantin baru naik cable car, yg dah byk rakyat tu naik sampai atas, drive. Penginapan lg satu hal.....bila pikir balik cam nak mengamuk. M janji nak call apartment and bila kami sampai kami buleh la masuk dulu. Lastly kena tunggu almost 2 hours kat parking lot sbb cable car tu terkemut2 cam nak mampos. Dan yg lebih menarik lg M tak dpt conform lg dgn pemilik apartment tu, bangang tak? Kitorang tunggu sampai nak jadi ais kat luar ni, bibir dah biru memasing diorang tu relek2 je bergurau-senda dlm cbl car tu. Rasa cam nak pi potong cable tu biar terjun gaung sume. Lastly dekat nak sampai baru diorang call suruh hband jumpa pemilik apartment tu uruskan bilik. Kalau cakap awal kan senang. Tau kami masuk bilik kul bape? 12 tghari kawan2 sekalian......GERAM sungguh. Dah masuk bilik tu hband siap bagitau lg lps turun cbl car tu diorang nak pi melencong theme park terus.....OIiii tak ingat kawan ke? Anak aku ni dah beku, korang nak bergembira lagik??? mmg nak mampus......Jumpa diorang masa nak amik beg sbb tumpang kat keta kitorang mmg aku laser abiih.......mmg sungguh malang nasib korang......bersihkan diri rehat jap. Around 4 pm kami bergerak ke theme park (my family & W) kami dok serumah. Lg 3 tu dok diorang la...maklumlah darah masih manis lg kang dengar bebudak nangis kang terbantut lak.....mkn and naik la satu dua mainan kat situ then balik. On the way amik gambar skit2 sampai bilik around 7 pm. Pengantin2 baru? Ntah le sampai mlm tak jumpa diorang....diorang dah kenyang kot...pepandai la nak idup.....Berita mengejutkan mlm tu M kena balik KL sbb anak menakan dia eksiden masuk spital. H serba salah nak teruskan journey ke tak. F mmg sampai Genting je sbb ada kenduri umah adik ipar dia. ....mlm tu mereka diskas sakan....kami dah ZZZZZZZZZZZZ........

30 Ogos 2004

Paginya hband bagitau hanya kitorang and W je akan teruskan ke Ganu. Ahhh biarla, maleh nak pikir lagi sikit lagi bagus.....maleh nak amik tau masalah diorang.....10 am kitorang check out and berpisah di kaki Genting Highlands. Teruskan perjalanan, ok je tak byk masalah sbb tinggal 2 keta. Hway baru tu mmg memudahkan pengguna dan cepat gak. Stop gak 2-3 kali sbb siang, almaklumlah anak2 kecik ni dok membuang je......sampai Ganu around 7 pm. Maleh pikir bebyk terus call hotel yg ada kat map. Yg lain penuh Sri Malaysia je yg kosong terus ke situ jelah......Mandi2 kuar gi Pantai Batu Buruk mkn ikan bakar. Oleh kerana tak tau mana best kami redah je, mmg tak sedap pun kalau nak banding ngan K. Perlis mmg jauh beza. Masa tunggu makanan sampai diorang discuss nak gi Kelate ke tak? Pikir punya pikir tak jadi pi, so esok terus balik AS sbb nak rest sehari sblm keja. Nak kata apa lg dah. Mlm ni mlm merdeka, ramai la manusia, especially geng2 gerek, muda2 lg tu penuh atas jalan. Nak masuk jln pun hband kena jadi polis traffic kalau tak alamatnya tido situ la.....on the way Nayli dah pengsan tak sedar. Sampai bilik mak ngan abah dia plak tak sedar.......

31 Ogos 2004

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!! Tp kami dok kat negeri org....lpas bfast, around 10 am kami btolak ke Pasar Payang, beli kepok lekor, baju2 skit then terus balik. Tak sempat bergambar kat Ganu........MAsa drive balik tu sian tgk hband dok menguap je, maka offer la diri drive dari Dungun sampai Jeli....berenti lunch then sambung balik....sampai umah kul 9 pm, letih toksah cakap la.....Nayli pun bangun kul 9.30 pg esok harinya....byk benda nak buat...baju nak basuh, kemas umah (habuk byk), mkn sah kat luar .....iron baju sbb sok keja......


MORALNYA:

  • Lepas ni kalau nak gi jalan lebih baik takyah pi reramai. Pi sendri2 pun best
  • Duit kena bawak bebyk, buleh dok hotel yg ada swimming pool....dan shopping skit2...hehehe
  • Amik cuti lelama, supaya buleh round segenap pelusuk negeri tu...biar pueh hati....
  • Masa tgh cuti tu jgn ingat langsung pasal keja, cuti utk relaks beb ingat keja dok pejabat le....

Sekian.......


Shida blogged @ 10:13 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com