Flower Dreams
Sunday, September 19, 2004

Some xperience to share with

Lilypie Expecting a baby Ticker
Baca blog orang kemain lagi, bila bab update blog sendri cam takde idea je. Bila ada special event ke, peristiwa2 yang tertentu baru ada semangat. Iena dah cite xperience bersalin, Kja, Rini pun dah cite. Lepas ni my turn kot tp rasanya dlm byk2 mine is very less cabaran rasanya. Takde la bersiri2 cam org lain..

Pengalaman sepjg mengandung mmg mcm2 kerenah. Lain org lain masalahnya. Mcm kami ni the first 3 mths mmg kritikal sampaikan rasa cam takde harapan je nak teruskan kandungan. Alah teruk sgt, morning sickness tak yah cakap la....mcm2 kaler kuar, sampai muntah hijau cam alien tu . Pastu siap pengsan lak tu, tu yg dasat tu. Bygkan la tgh dok elok2 ngajar tetiba pitam, abih la students kena ngangkut gi surau. Sedar2 hband dah dtg amik bwk gi klinik. Msk ni dah 2 kali jatuh tp nasib baik baby ok, dr pesan kalau jatuh lg maybe akan keguguran. Punya la cuak bila dgr camtu. Nak buat camne kan dah tak lalu mkn satu hal, low blood pressure mau tak pitam. Alhamdulillah lps tu dah ok. 4 mths++ mmg takde masalh tertonggeng dlm kelas lg. Makan pun semakin lalu dan no morning sickness anymore. Takde la ngidam pelik2, asam2 pun tak teringin sgt, tp hband yg bantai gila jeruk asam semua, ngalahkan org pmpuan. Katanya kalau tak dpt pahit mulut jadinye.

So rutin biasa bg org ngandung ialah pemeriksaan bulanan kat klinik desa. Ni yg paling bosan di dunia. Kalau no giliran no 1 sekali pun selesai mesti dlm kul 11. Mmg lembab gile kekadang tu sampai terpaksa berdiri sbb ramai gile. Sepjg mthly check-up masalah berat bdn mnjadi tumpuan. Tp on- off la, kejap naik byk kejap naik skit. Bila masuk 7 bln berat naik mendadak 5 kg 1 mth followed by high blood pressure. Berterusan sampai nak masuk 8 bulan. Genap 8 bln dah mula buat check-up kat KMC(Kedah Medical Centre). My friend pesan kalau lg sebulan nak bersalin baik continue kat hospital yg kita plan nak give birth. So my case is hypertension, mmg tinggi gile 150/100 dr kata kalau pregnant mmg camtu especially berat bdn tak terkawal. Dr bg ubat darah tinggi dos sederhana. For your information sebenarnya kami mengambil set Salindah di samping mkn ubat drh tinggi tu. tiap2 minggu check, blood pressure naik dan turun. Sampai la dua minggu terakhir tu tak turun2 dah. Bg lg ubat drh tinggi kali ni high dosage tp drh ni ketegar gak tak mau turun. So after scan the baby, dr decide bile cukup2 bulan je kami akan dipaksa bersalin sbb takut risiko mak dan anak. Kalau diikutkan tarikh scan sepatutnya kami deliver end of Ogos tp dlm buku merah ikut kalendar bulat tu 11 Ogos so dah ditetapkan kena bersalin tarikh tu. So sblm kena admit selesaikan dulu keja2, sempat lg merasa nasii kandar berlaukkan telur ikan utk kali terakhir di Penang. Mak dah amik cuti nak tunggu anak dia ni bersalin. Berdebar tu ada tp tak thrill sgt la. Mlm sblm kena admit tu kami pesan la kat hband "kalau jadi apa2 jaga diri bebaik, kalau anak selamat didik bebaik" bergenang jugaklah air mata . Hband bukan setakat bergenang, teresak2 bila cakap camtu . Sampaikan dia kata tak nak hantar gi spital esok. Kenala pujuk bebaik, kita kena terima Qada' dan Qadar yg ditetapkan, kalau selamat alhamdulillah, kalau sebaliknya kena terima dgn redha. Syahdu gak la mlm tu....

Esok pg hari yg dinantikan pun tiba, pi pekena roti canai sekeping dgn nasik lemak sebungkus (tenaga beb nak meneran..). Pastu pi la menyerah diri utk di"bersalinkan". Lepas register, diorang hantar ke bilik bersalin. Pastu dipersiapkan seadanya utk bersalin. Penuh wayar kat perut, masuk air, mkn ubat check blood pressure setiap jam. Letih woo tunggu, cemuih sungguh. Lepas sejam masuk air baru rasa contraction skit. Tu pun sejam sekali, dr plak dtg check 2-3 jam skali. Memula tu takut sakit, lepas tu dah tak takut, yg ada dlm kepala otak ni nak deliver cecepat. pinggang dah sakit, kepala rasa kebas berpinar....mcm2 posisi dah cuba. Sesambil tu mak, MIL and hband masuk gilir2 bagi semangat.

Dlm dok ada contraction tu sempat lg tido 1 jam ++ . Dlm dok mamai2 tu tdgr nurse ckp "ishhh...bagusnya siap tidoq lagi, tak sakit ka? Kalau org lain dah siap menjerit sakan.." Maybe baby dlm perut masih belum bersedia nak kuar kot. Lastly on 3.15 pm dr dtg check lg. Kali ni denyut jantung baby dah lain mcm je, jalan pun tak terbukak lg, dr kata la. So final decision is to operate. Masa ni mcm2 rasa ada. Syok; sbb dah lama sgt tunggu dan takut; sbb kena operate tu, mcm dok tgk kat tv...byk darah...ayoooo. Dgr dr bagitau hband "kena operate, kalau tak nyawa baby dlm bahaya..." Hband terkedu sebentar and then dia sain surat kebenaran tu. Then dia masuk cium dahi and bgtau "everything will be okay, just relax ye...abg tunggu kat luar" Tah camana air mata bergenang syahdu nye bila dia ckp camtu. After preparing me for the operation, sorang nurse tu suruh naik atas stretcher yg akan ditolak ke operation theatre. Keciknye, muat2 je (maklumlah...). On the way ke OT lintas depan mak, MIL and hband. Sedey je muka diorang, kami senyum je...cam takde pape berlaku pun. Masa masuk OT sejuk nak mampus, baru la takut bila tgk equipment di sekeliling, macam2 bunyi ada. Lepas pakar bius tanya satu dua soalan, diorang bagi sedut gas apa ntah pastu terus tak sedar. 1 jam setengah kendian baru sedar. Sedar2 je diorang bagitau yg kami ni dah selamat melahirkan baby girl 3.0 kg yg sihat.

I have to spend 2 nights there sampai la buleh bangun dan jalan2 skit. Seksa gak woo, katil tak leh goyang langsung, rasa cam nak terburai je perut. Anyway, itulah pahit manis masa ngandung sampai la melahirkan. Akan ku "save" bebaik dlm memori sbg kenangan utk dicerita kat anak2 cucu nanti.


Shida blogged @ 4:17 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com