Flower Dreams
Tuesday, May 03, 2005

Selamat Hari Pekerja

Lilypie Expecting a baby Ticker
Err...adakah telah lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pembaca? Cuti sehari jek...tp lebih baik dari tak cuti kan..hehe. Cuti Ahad lepas aku pei kenduri akad nikah kawan aku kat Jitra. Akad nikah, kenduri dia biasa je kan....kenduri besar-besaran tak tau bila. Seperti biasa, aku pegi dgn Nayli jek. Naik satu keta dgn K K'own dan K Liza. Kami sampai awal...around 11.30 pg camtu. Pengantin dah pegi mekap. Mmg lengang sgt suasana. Kami ingat dah salah rumah dah. Lama jugak kami tunggu....dah 1.30 ptg pun tak balik lg pengantin. Sakan sungguh mekapnye...ntah2 yang mengiring tu pon hantam mekap sama kot...hehe. Nayli dah buat hal, sbb cuaca amat panas, bahang....ya Allah...abih basah baju Nayli dgn peluh. Taknak duduk langsung...nak suh dukung kuar umah jek. Lagi la panas....dah la matahari terpacak atas kepala...angin pon takdak. Terasa peluh meleleh turun dari muka aku....sungguh tak sangka selama ini kena tunggu majlisnya.

Masa ni dah terpikir nak balik umah jek, tp memandangkan aku menumpang org...kenalah ikut tuan punya keta kan. Lastly, abih satu umah kecoh bila Nayli dan Damia (anak Tie) mengamuk. K K'own offer bawak jenjalan sekejap utk tenangkan. Sempat mkn Trophy lagi tuh...heheh. TQ K'Kown sebab belanja ek. Bila balik ke umah kenduri semula, nasib baik dah ok peel Nayli. Sempat sembang2 dgn pengantin, usik2....Bila lepas akad nikah, Nayli buat hal balik....nak dok kat luar rumah jek. Aku lapar nak mampos time tu....dahaga lagi....sabar je la. Round2 kat luar tu sampai tertido atas bahu...lega. Passing kat K liza sbb aku nak mkn plaks.....mkn cepat2, pastu beransur pulang, kul 4 camtu. On the way balik, singgah Wah Seah Jitra. Aku dok dlm keta, sbb Nayli sedang tido...pastu singgah umah Tie, antar nasik+lauk kenduri sbb dia balik awal, tak sempat mkn seme, Damia takmo duduk dah. Antar K Liza.....jiran dia wat kenduri plak. Panggil kitorang sekali....mkn lagi...hehe. Balik umah K K'own, amik keta...trosss balik. Hubby dah balik, sbb mlmnya nak tgk bola Kedah lwn Selangor (menang ye...4 - 1). Perkara pertama yang aku wat....mandi...bdn melekit2 dan terasa setong minyak tumpah kat muka. Lepas mandi, hubby layan Nayli while aku wat apa2 yang patut. Lepas maghrib, dia kuar tgk bola. Aku dok umah jek...letih sehhhh. Nayli awal lagi dah pengsan. Buletin Utama start...dia dah pengsan. Aku pon dah ngantuk....thn jugak sampai Isyak...lipat baju pon tersengguk2. Lepas Isyak terus zzzzzzzzzzzzz. Hubby balik kul bape pun takmo tau.....CSI ka, Tru Calling ka...semua lenyap dlm mimpi.....hehehehe.

Hari ni relaks sikit, sbb silibus dah abih. Cuma kena layan student yang dtg bertanya itu ini tentang soklan latihan yang aku bagi. Biasala....last2 minit baru kelam kabut nak tanya. Next, kena lengkapkan coursework....bebudak nih dah bising nak tau markah derang. Sabtu ni aku akan ke KL. Plan berubah...memula nak bertolak ari Jumaat. Atas sebab2 tertentu, kena bertolak sehari selepas. And...kena dok hotel, sbb rumah rehat MARA kat PJ tu dah penuh. Apa2lah...janji buleh rest2 yeee. So, aku akan bercuti bermula Ahad sampai Selasa. Harap2 tercapailah hasrat nak ke beberapa tmpt tu....hehehehe


Shida blogged @ 1:37 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com