Flower Dreams
Thursday, August 19, 2004

GERAM + TENSION + FRUST

Lilypie Expecting a baby Ticker

"Hari ini adalah hari yg amat tak best se tak best tak best nya. Apalah salah saya ni yg sememangnya sentiasa melayan suami saya dengan cukup baik. Makan pakainya saya jaga cukup baik. Walaupun kekadang tu mmg terpaksa memberitahu dgn baik bhw diri ini tak terdaya nak menyiapkan mknnya kerana terlalu letih. Itu saja kelemahan yg saya dpt kesan."

Mukadimah kemain dasat kan, rakan2 sekalian? Sebenarnya takdelah perkara yg terlalu serius berlaku dalam hidup kite nih, cuma cam kecik ati skit je ngan hband. Perkara ni bermula pada hari Sabtu yg lalu di mana hband menyatakan hasratnya nak tukar moto (sekrg pakai skuter ELIT) kepada yg biasa ni sama ada kriss atau ex5. Pada ketika itu juga kite membantah sbb moto yg dok ada sekrg ni masih baru lg, tak sampai sethn pun lagi. And then dia diam, ingatkan benda ni terus diam rupa2nya tak. Hari berikutnya (Ahad) dia bagitau yg dia dah pukul canang kat kilang dia yg dia nak jual moto. Maka adalah beberapa org yg berminat nak beli. Masa tu dlm hati perut ni dah rasa mcm ada api2 nak terkeluar, tp cepat2 gi minum air nak pdmkan. Kali kedua kite menyatakan ketidaksetujuan sama sekali ke atas ideanya itu. Dan dia cuba memujuk, dgn alasan buleh la bwk Nayli gi jenjalan naik moto tu nanti sbb ada bakul kat depan. Dlm keadaan ini saya tak buleh berdiam diri lagi. Masa nak beli skuter dulu tak nak pikir pjg, kalau tak tu buleh beli la beli kriss terus. Masa nak beli skuter tu dia sendri yg ckp bila anak dah besar buleh la berdiri kat depan tu alih2 tak sempat Nayli buleh berjalan pun dah nak tukar....buleh ke camtu? Lepas dah lontarkan point kite dia diam lg. Kite ingatkan dah lenyap rerupanya ada lagi.....

Isnin, dia bukak lg bab ni, dia tanya moto mana yg kite suka kriss ke ex5. Kite jawab ELIT. Dia tanya lg, kite bg jawapan yg sama. pastu terus tukar topik. Kite ingatkan hasrat dia nak tukar moto tu dah mati. Lebih dasat dan mengejutkan lagi, pd hari Selasa dia bgtau yg dia dah terima cengkeram dr kawan dia utk beli moto ELIT tu. Kalau keadaan ni berlaku la pada orang pembaca sekalian, marah tak bila suami kita buat camtu? Tanya kemain bila bg pendapat tak pakai skit pun, baik tak yah tanya. Nak buat pape pun buat la mcm idup bujang balik, puas ati!! MMg sakit ati sesgt.

Selasa petang dia ajak gi kedai moto nak suruh pilih model mana yg kite bekenan. On the way kite mmg diam je, sisa2 marah tu dok ada lagi. Kat kedai satu pun tak bekenan, alih2 dia kata dia bekenan ngan Kriss. Pastu nak balik kite cakap ngan dia terus terang suruh pulangkan balik cengkeram dan toksah jual skuter tu. Dia nak pujuk lagi tu kite tak bg muka dah, sbb dah byk kali buat camtu. Sblm ni kite je yg beralah, kali ni kena tegas skit tgk apa nak jadi.

Rabu, dia hantar kite pegi keja (nak amik ati le tu). Rerupanya die ada plan, senyap2 die pegi kedai moto pastu janji nak beli moto idaman dia tu, Kriss. Kite tau ni pun bile call dia waktu lunch. Cadangan asal tu nak suruh dia amik sbb nak balik masak dan lunch sesama. Tau tak dia kat mana? Kat JPJ katanya....uruskan moto. Terus terdiam kite nih, hasrat nak balik masak pun terbang ntah ke mana. Pastu dia ajak lunch kat luar kite cakap dah kenyang. Dia kata saya marah kat dia. Kite diam je waktu tu, apa tak terkata. Dalam hati ni dah sebak nak mampus. Mmg teringin sgt nak masak tomyam sbb tgk blog Dilla sungguh melapaqkan perut, alih2 benda lain yg dtg, mmg potong stim betul. Ptg tu dia amik, dlm keta dia tanya sepatah, jawab setengah patah. Perut tgh kosong ni sbb tak leh makan masa marah. Amik Nayli dari umah pengasuh then terus balik. Opss, lupa nak bagitau yg skuter tu tak jadi jual kat kawan dia, tp mak dia yg beli utk adik dia yg no. 4. Tu satu lg poblem tu. Masalah yang utama di sini adalah KENAPA DIA SENTIASA MEMBELAKANGKAN KITE DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN? NI BUKAN KALI PERTAMA, TP KALI NI YG PALING MENYAKITKAN ATI..!!!!

Di saat ini rasanya cam tak leh tgk muka hband. Cam nak marah je. Kite marah bukannya reti nak cakap2 nih, habih kuat pun nangis je sorang2, tak reti nak marah bebetul. MMg sabar thp maksimum, tak tau la camana kalau dah off limit.



Shida blogged @ 9:19 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com