Flower Dreams
Wednesday, March 23, 2005

Operasi mencari kain langsir....

Lilypie Expecting a baby Ticker
Hari ni 23hb Mac, tarikh tutup utk permohonan ke IKM. UPU tak tau pulak bila, sbb BIL#5 tu tak layak langsung beli borang tuh. Sempat ke tak borang yang aku tolong isi tu sampai ke destinasi, tak tau la. Geram aku tak habih lagi. Aku rasa tak dihargai, penat lelah aku balik Pendang penat2 sia2 rasanya. Masa aku sampai umah MIL, BIL#5 tu tgh dok dlm bilik....dok membuta, buleh?? Yang aku nih dok tertunduk2 tlg isi borang tuh. Kalau tak kerana MILjgn harap la.......Lebih sedih bila BIL#5 langsung tak keluar dari bilik dia sampailah saat aku nak balik,.....patut ka camtu??? Bukan aku nak belajar weyy!!! Cuba la bersungguh sikit....hadoilaaa.

Tutup kes borang. Semlm kami sefamily ke Pinang Megamall, melawat Nagoya kat situ. Heheheh....sungguh nak menjuling jugak la mata nih melihat pilihan kain2 langsir yang ada. Yang bestnya jauh lebih murah. Lepas balik kerja, amik Nayli balik umah siap2 terus kuar. Nasib baik hubby dah balik dulu dan siapkan kelengkapan semua. Keluar dari rumah around 5.45 sampai kat Telok Ayer Tawar kul 6.30, sbb nak amik mak. Mak bagitau dia berniat nak membuat sumbangan semasa pembuatan langsir. Alhamdulillahhhhhhhh....niat org tak baik kita halang kan....hehehhe. Tapi bukan semua la, kami pon segan asik dpt subsidi ja. Maybe 50-50 camtu...ok la sikit. Terima kasih bebanyak mak yeeaa.

Lepas dah selesai dgn pilihan dan belian yang dibuat, maka kami bergeraklah pulang. Mmmmm....agak tak ramai org kat Megamall tu, apsal ek??? Selalu camtu ke..?? Biarlah...yang penting apa yang kitorang nak tu ada. On the way nak hantar mak, singgah masjid dulu, solat maghrib. Dah selesai, makan time laa...apa lagik. Mak bawak ke Restoran Embun...ok jugak, sbb dekat laut. Tapi, servis lambat laaaaa.....perut dah bunyik sakan. Sampai ja makanan, semua menghadapnya dgn penuh khusyuk (lapar wehh....). Dah kenyang, berangkat pulang. Hantar mak dulu, pastu kami pon menuju pulang ke sarang kami. On the way, hubby ada dok bercerita pasal member2 kat opis. Hmmm...mmg tak tau nak komen camana. Pada aku manusia ni ada macam2 jenis. Kekadang tu nampak ja alim, berkopiah, tapi..... Hasad dengki mmg tak penah hilang dari sifat manusia. Kenapalah tak mahu belajar bersyukur dgn rezeki memasing. Kami nih tak penah kacau orang. Apa yang kami ada sekrg nih, adalah dari hasil titik peluh dan perkongsian kami berdua. Bila diorang dah tahu apa yang kami ada sekrg, ha mulalah jadi perhatian. Kenapa, walaupun gaji kecik tak boleh beli rumah yang selesa sikit ke?? Wahai tuan2 di luar sana, kami ada perancangan kami sendirik. And for your information too, kitorang membeli rumah ke kereta ke..., satu sen pon tak penah mintak duit korang. So, apa masalahnya?? Bila laaaaaaaaa manusia2 macam ni nak bertamadun. Dalam otak tu tak dak benda lain nak pikir, asik nak menjatuhkan org lain ja....sbb DENGKI.

Apa yang mampu aku buat sekrg ni hanyalah terus berdoa kepada-Nya agar sentiasa sabar dan menjauhkan kami semua dari anasir2 jahat yang sentiasa cuba menambahkan cabaran dan dugaan hidup kami, lebih2 lagi my hubby. Amin.


Shida blogged @ 12:29 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com