Flower Dreams
Monday, March 21, 2005

Aku pulak yang demam...

Lilypie Expecting a baby Ticker
Uwaaaaaaaaaaaaa.....student tgh cuti, kita pulak kena berhempas pulas memarking kertas. Rakan setugas lain ramai pakat2 bercuti sampai abih cuti sekolah. Aku?? Mmg nakkkk sesgt bercuti, malangnya byk benda kena settle. Mana nak marking exam paper lagi, prepare utk part time class lagi. Jadi kena la berkorban bekerja dgn suasana yang agak sunyi.

Natijahnya, aku bekerja sepanjang cuti sekolah. Cuma sengaja terlintas nak amik cuti kelmarin (Ahad). Malangnya, hujung minggu aku diserang demam panas + lenguh2 dan sakit urat. Mmg seksa bila kena demam mcm nih. Mula terasa tak sedap badan lepas kerja half day Khamis lepas. Balik kerja, lunch, terus mkn ubat. Orang lain demam buleh gak berehat2, tp aku mcm kena berlagak tak sakit. Kerja rumah kena buat jugak, anak kena jaga jugak. Lagipon kerja susun atur perabot (yg buleh dikira dgn jari) pon kena jln sbb ptg Jumaat mak dan abah akan bermlm di rumah. Ok jugak, sbb keluar peluh. Tapi satu yang aku kurang gemar, aku cepat penat@ termengah2 lepas buat kerja. Even baru naik tangga separuh pon rasa cam dah naik 2-3 tingkat. Bukan itu saja, aku pening2 dan muntah. Hubby mula pelik, dia ingat aku pregnant. Ishh........tak mungkinlah, sbb aku tgh 'OFF'. Lagipon, aku sentiasa mengambil langkah berjaga2.........tak penah miss. Family planning beb......heheheh

Sabtu aku ada kelas lagik dgn student OUM. Ini perjumpaan ke-5 iaitu yang terakhir semester ini. Tapi aku kena ganti satu kelas sbb tutorial 4 aku tak sihat. Masa kelas ke-5 ni pon tak berapa sihat lagi, tp gagahkan jugak sbb sian kat pakcik2 dan makcik2 yang sanggup dtg utk menuntut ilmu. Ptgnya, around 5+ aku sampai umah, mandi dan bersiap2 utk bawak mak aku ke umah MIL dan tok di Kg Baru. Sesekali dtg, nak jugak bertandang ke umah besan kan. Destinasi pertama ialah umah tok. Mmg rezeki kami agaknya, baru duduk sekejap ada org dtg hantar laksa. Uishhhhh......sedap lak tu. Teringat-ingat aku sampai la nih. Lepas solat maghrib baru ke umah MIL di Pendang. Kami dijamu nasi pulak. My mom kurang gemar sikit, sbb dia pesen tak mkn waktu dinner. Nak jaga hati tuan rumah dia mkn la jugak. Abah aku tak kisah, apa yang dihidang semua balun ja. Aku pon tak mkn sgt, tp bila nampak ada ikan pekasam terasa ingin mencuba pulak. Dengar cerita kengkawan sedap. Bila dah try, ishhhh......mmg tak kena dgn selera aku gamaknya. Cannot go la.........Lepas mkn, rehat jap then bertolak balik. Sampai rumah around 10pm.

Ahad aku saja amik cuti. Padahal hari ni kelas dah mula. Lantaklah.......biarla aku cuti plak. Lagipon tak best sgt pon, sbb badan tak berapa sihat betul. Dok umah, sembang2 dgn my parents sambil melihat telatah Nayli. So far, dia dah ok sikit dgn org luar. Bila mak dan abah sampai pon dah pandai sambut dan terus ajak diorang bersembang2.....dlm bahasa Jerman la tapi......hehehe. Kadang2 je terkeluar perkataan yang boleh difahami. Kelmarin Nayli telah menumpahkan sikit air minum dia. Air kosong je pon. Aku pon buat2 la nak marah2+membebel suh dia lap air yang ditumpahkan. Dia pon bangun, amik tisu, lap lantai then buang tisu tu dlm bakul sampah. Aku jadi terkedu.......bila aku ajar dia lap lantai ek?? Tak penah pon, suh buang sampah tu selalu la. Maybe dia dok perhati masa aku selalu terbongkok2 lap lantai bila dia tumpahkan sesuatu. Bagus anak mama nih, tgk je dah buleh buat.

Di samping cerita best musti ada yang tak best. Aku nih bukan jenis nak semua ikut telunjuk aku. BIL yang bongsu baru lepas SPM. Tapi dlm byk2 BILs, yg sorang ni aku cam tak begitu curious nak tau result SPMnya. Sbb dari cerita MIL, anaknya yang bongsu tu mmg tidak 'berkeupayaan' nak mendptkan keputusan yang baik. Salah MIL jugak, tak amik tindakan dari awal. Dari ceritanya, BIL nih kena demam kuning yang teruk sbb tak dibawa ke doctor dgn segera. Mungkin masa tu kesedaran ttg kesihatan masih kurang. Akibatnya, BIL ni 'slow' sikit. Eh......bukan aku ckp ek, ini semua cerita MIL sendiri. Dr pon siap nasihatkan MIL supaya jgn pukul2 anaknya yg bongsu itu kalau result dia tak ok.

Back to story. Semlm MIL called, nak bagitau youngest BIL cam berminat nak amik kursus kat IKM. Kalau ikut resultnya tu mmg utk program SIJIL jelah. MIL nak mintak tolong aku isikan boring permohonan utk BIL. Aku tak kisah, buleh aja nak tlg2 bab2 belajar nih. Bila aku Tanya bila tarikh tutup, dia kata tak tau…buleh camtu? Aku Tanya balik apsal tak tanya masa beli borang tu. MIL kata BIL lupa nak tanya. Pulak tu, tak bagitau pulak camana mode mengisi boring tu ; 1) aku ke Pendang atau 2) BIL tu dtg sendiri umah aku. Fine…..dgn keadaan BIL aku sabar. Pagi nih MIL tipon pulak. Dia bagitau tarikh tutup ialah 23/3, meaning that lusa la tuh. Cara dia bagitau tu mcm mode no 1. Pelik jugak aku, apsal tak suruh anak dia tu dtg sendiri ke umah aku? Sapa yang nak belajar nih? Okay, mungkin alasan MIL ialah BIL takdak lesen motor, kang kena thn susah. Tp buleh pulak lepas anak dia tu pegi naik moto tgk bola sampai ke stadium nun. Masa ni takmau pulak piker takut kena tahan polis ke hapa. Bab ini mmg aku geram sesgt. Jadi ptg ni, nak tak nak lepas kerja terus ke Pendang. Mmg aku takkan tunggu lama punya, tak koser aku. Come on la….kalau betul2 minat nak sambung belajar tunjukkan la kesungguhan. Ni tak, asik aku ja jadi mangsa. Dah la hubby kerja sampai kul 7 mlm nih. Mmg sohih aku balik dgn Nayli jek. Apsal la diorang tak pikir ek?

Frankly….jahat ke aku nih?? Tak kisah la apa org kata, yang pasti kalau asik aku je yang kena bergerak, matila…..Dahla masa aku tgh sarat pregnant dulu hubby buleh pesan suh pi spital sendirik kalau dah sakit. Mentang2 la aku buleh drive, nak suh aku independent la kot. BIL#4 pon mmg aku tlg isikan borang dia, tp dia sendiri yg dtg kat aku. Aku suka, sbb kita buleh nampak kesungguhannya. BIL#4 dah selamat kat British Malaysia Institute, Gombak. Sedihla akuuuuuuuuu. Bila dah jadi camni mula la pikir benda2 negatif jek. Tp, aku rasa lebih baik aku takyah pikir2 byk. Kang tak pasal2 aku kena amik ubat anti-depresen.

Better pen-off now before the negative issues keep entering my mind. Have a nice day mommiee........


Shida blogged @ 2:35 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com