Apa la kena dgn blog nih? Aku dah masukkan satu entry ari rabu tu, bila publish je page cannot be displayed. Aku ingatkan dia pending je, rerupanya takde tros. Mmg ampehs sungguh. So, hari ni aku summary je la apa yg berlaku.
&
Dua hari ni aku berhempas pulas dgn Iena memproses result bebudak. Remeh gak le, bila sistem dah weng skit aku rasa cam nak hempuk je monitor depan aku nih.
Dok terjegil depan PC seharian. otak pun rasa dah cair jek. Petang Rabu tu HEA dtg check progress, tup2 ada lagi problem yg masih tak ok. Nasib baik dah settle utk meeting soknye. Pagi Khamis tu aku sampai je opis Iena bagitau HEA suh aku print worksheet result keseluruhan utk tiap semester. Hangin tul, awat chek tak habaq awai2. Dah la masa tu tak bfast lagi. Nasib baik aku dah beli siap2 sblm naik opis. Apa lagi, sambil menyuap sambil dok print la. Meeting sepatutnya kul 9 tertunda ke 9.30 tunggu aku punya pasal. Nasib baik la ada si Iena kalau tak mampos aku tergolek. Sejak Iena masuk group UPP ni aku rasa beban aku kurang skit. Yelah, member UPP yg lain bukan IT background so susah la skit. Sbb tu bila ada je rombakan unit aku akan ikat Iena supaya tak ke mana2, kang susah plak aku. Aku penah ingat dulu, sblm Iena bertukar ke AS aku terpaksa handle bab2 result student ni sampai kul 7-8 pm walaupun masa tu aku tgh ngandung. Walaupun masa tu tugas proses masih lagi dibuat oleh HQ, tp nak print slip result, analysis surat menyurat semua aku kena buat. Alhamdulillah, tugas aku dibwh unit UPP tak lah terbeban sgt sekrg ni, hasil kerjasama jitu ahli2nya.
Hari ni cuti. Takde apa yg menarik berlaku melainkan kerja2 umah biasa yg menanti; laundry, ngemas umah dan sesi lipat-melipat baju yg dok menimbun. Bila dah siap melipat baju dan nak simpan kat almari masing2 baru sedar baju dah terlampau byk, especially mine and Nayli's. Rasa cam nak roboh dah almari tu. Baju2 Nayli plak aku simpan dlm laci plastik toyogo tu, pun dah melimpah. So, kena sort out baju yg dah tak muat masuk kotak supaya senang nak pindah nanti. Nampak gayanya bila masuk umah baru nanti kena pertimbangkan pembelian almari baju yg baru. Nak wat camana kan, baju makin bertambah. Itu dlm dok sedekah baju2 kat orang tu, masih tak muat lagi almari tuh.
Ptg ni hubby janji nak gi Pizza Hut,
sbb nak gunakan baucer RM30 yg SIL kasi. Due date sampai akhir bulan ni je. Tup2 dia kata nak masuk keja awal plak (syif mlm). Aku diam je la, ala2 merajuk la kunun. Terus masa dia dok siap2 nak pi keja aku pun siap2 gak dgn alasan nak kuar mkn, malas masak kalau hubby takde. Aku kuar dgn Nayli ke Star Parade. Tak lapar pun, jln2 ke Kasih Ibu, takde yg menarik pun tp dok aim sepasang kasut kat situ. Kendian ke Reject Shop. Masuk2 je terbekenan dgn satu skirt utk Nayli, RM 3 je, terus aku sapu. Jln2 ke belakang aku berkenan plak dgn skirt+short, skirt sporty TOMMY then aku cari shirt utk dipadankan dgn skirt2 tadi.
Masa dok pilih2 tu aku biar Nayli melilau dlm Reject Shop tu. Bila aku rasa dia ilang dari pandangan je aku panggil nama dia, then dia dtg. Ada skali tu aku dengar dia nangis, kalut aku carik. Rupa2nya staff kat situ nak main2 dgn dia. Nayli ni prinsip dia "You can see, but you cannot touch". Dari jauh dia akan senyum kat org, tp kalau pegang dia, satu Star Parade tu bergegar. Aku pun pilih cepat2,bayar then kuar. Masa kat luar tu, tah camana Nayli jatuh. Abih kasut dia terkeluar tapak. Pegi plak ke Kasih Ibu beli kasut td. Memula tu ingat nak beli cam sandal je, tp teringat hubby pesan suh beli kasut bertutup sbb nanti kuku kaki dia itam masuk tanah. Umah pengasuh ada part yg bertanah, bila main2 tu mesti ada yg masuk dlm kuku dia. Balik umah aku tak larat nak korek kuku dia, nak potong dah pendek dah. Dah selesai dgn kasut, aku ke Pacific bhg groceries.
Nak gak beli buah2 ke, tgk2 troli dah abih kat atas. Kalau nak kena turun plak ke parking lot amik. Malas ah. Aku ke gerai majalah, cam biasa aku aim Mingguan Wanita, Anjung Seri dan Pa&Ma. Yg ada hanya Mingguan Wanita, sahih kena order kat Iena gak lepas ni Pa&Ma. Sbb lepas ni aku dah maleh nak masuk pekan. Dasat kan aku ni, order majalah sampai ke Kangar. Tp takpela, Iena pun dok beli gak majalah tuh.
Ari ni aku keja, full day lak tu. Tak tau nak buat pe tah. Brg2 sume aku dah kemas, get ready utk pindah ke atas. Meeting pun dah selesai cuma kena produce report utk senate di KL. Bab tu biar org lain buat plak. Yang penting part aku dah selesai. Oh ya, last night my sis tipon bagitau Haidar Hamizi kena warded kat Hospital KT sbb cirit birit. Mungkin teruk sgt kot sampai kena masuk air. Puncanya? Tak tau lagi, nak sembang panjang2 pun takleh concentrate sbb masa tu tgh dok ligan Nayli dlm Reject Shop. Sian nephew aku sorang tu. Haidar tu anak kedua abang aku yg dok kat Langkawi tu. Abg dgn SIL kena gi KL sbb kursus induksi 2 minggu kot. So, dioarang tinggalkan 2 anak dgn maidnya kat KT, umah mak SIL kat Chabang Tiga. Mungkin Haidar ada termakan apa2 kot, sbb dia ni pantang jumpa benda mesti nak masuk mulut.
Cite pasal Haidar teringat perangai si Nayli 2-3 hari lepas. Masa aku nak amik dia kat umah pengasuh dia cam tak mau balik je. Bila aku nak amik dari pengasuh dia geleng kepala dia sambil peluk erat Kak Bariah tu. Cam kecik ati gak masa tu, rasa macam dia dah tertukar mak plak. Aku tak pedulik, aku angkat je dia masuk keta. Dia menggelupur ya Allah, nak turun dari keta tu nak gi kat Kak Bariah.
Keluarkan plak, pujuk2 dulu dah ok skit baru masukkan dlm keta. Masuk keta je, dia mula balik. Kali ni aku buat tak pedulik je. Terus drive balik umah. On the way dia meraung mcm sakit je, sampai nak termuntah2 tersedu2. Sampai je kat umah nasib baik hubby dah balik. Aku letak dlm umah, kat ruang tamu terus dia terguling2 ngamok sampai nak terperosok bwh almari kasut. Aku tak pedulik gak, nasib baik abah dia pujuk masuk bilik. Senyap. Pastu bunyi pulak dah, aku terus buat susu, bagi minum. Abih cepat plak tu. Masa tu mata tu dah kuyu dan sisa2 esak tu dok ada lagi. Mungkin dah letih berguling kot, pastu dia terlena. Hubby tanya aku apsal jadik camtu. Aku kata tak tau. Tp masa kat umah Kak Bariah ada cite yg dia dok rebut duit syiling dgn kak cik (anak yg bongsu). Tp takkan sampai camtu kot. Ari Khamis aritu pun dia wat perangai gak. Kali ni aku tak pedulik, aku masuk dlm keta buat bodo je. Sampai kat umah aku ajak dia main masak2. Terus ok. Aku pon layan la walaupun mata ni ngantuk sesgt. Ruang tamu tu penuh dgn periuk belanga dia. Mungkin dia nak main kot, kat umah Kak Bariah tu ramai kawan balik umah dok tgk muka mama dgn abah je. Sekrg ni pun Nayli dah pandai bagitau bila dia poo. "eeeyak" sambil pegang bontot dia. Bila kita ajak mandi terus lari berdiri depan bathroom. Kalau buang air besor dia berdiri depan toilet.(toilet, bathroom asing). Kalau jln2 jumpa budak sebaya atau baby dlm stroller sambil tunjuk2 dan kata "bebee". Buleh la skit2 satu dua perkataan lain. Sementara dia dok minat ni aku dok giat nak carik education CD utk umur dia. Tgkla dlm minggu ni kot. Oklah, dahh byk bercerita. Lain kali sambung lagi ye. Lagipun la ni dok free memanjang heheheh. Bye
