Wednesday, November 17, 2004
Bila nak menziarah ni???
Diam tak diam dah masuk raya ke 4 dah hari ni. Percaya atau tidak aku and family tak berkesempatan nak menziarah umah sesapa pun lagi, melainkan umah tok. Balik Sg Tiang, hari Jumaat yakni 2 hari sblm raya. Masa tu yang dah balik hanya maksu & family je. Makcik & family akan sampai mlm raya. Letih woooo balut ketupat, kacau rendang, buat laksa...ishhhh mmg letih bangat sihhhh. Tenaga yg ada tak cukup nak menampung semua kerja yang ada. Tapi alhamdulillah semuanya selesai dgn selamat. Seperti yang dijangka la, biras aku yg bertuah tu hanya sampai dekat2 nak bukak posa hari Sabtu tu. Biarla...sesungguhnya dia akan dapat balasannya nanti.
Pagi raya kedua kitorang bertolak balik ke Penang. Rupa2nya sepupu sepapat aku yg dok Sg Lalang datang 4 bijik keta, masa ni mmg sibuk la mak dan adik aku. Aku ingat abg dan kakak ipar aku ada sekali, rerupanya mereka telah awal2 lagi terbang berjalan2 ke rumah sahabat handai. Sian kat mak dan adik aku, nasib baik abg aku tinggalkan maid suruh tolong mak. Aku pun terus salin uniform tolong mak kat dapur. Hubby aku plak mengambil kesempatan test drive keta Honda Accord 2.4 milik sepupu aku yg keja Telekom. Dasat woooo keta tu, tp bukan taraf kitorang ni la. Setakat menumpang rasa beberapa minit pun jadik la. Hari tu mak aku masak mee rebus. Baunya sungguh enak sekali, tp aku tak sempat nak merasa lgsg sbb habis dijamu kepada tamu. Lepas geng Sg Lalang, tiba pulak geng Shah Alam 2 keta. Masa ni baru la abg aku pulang dari beraya, jumpa kak ipar aku aku terus terasa bangga. Nak tau sebabnya? Masa aku baru lepas pantang, dia pulak bersalin anak no 2. Bila dia dah lepas pantang, dia asyik perli aku sbb badan aku dok kembang je tak nguncup pon. Kali ni raya aku dah buktikan bahawasanya aku berjaya menguruskan diri aku. Ini diakui sendiri oleh adik aku. Aku pun kembang kuncup hidung tanda bangga...heheheh. Tu la jgn suka hina orang tak tentu pasal, kan dah kena kat diri sendiri.
Hari ni, raya ke 4 family2 sebelah hubby plan nak buat BBQ sbb lepas hari ni masing2 nak pulang ke destinasi memasing. Baru siap siang sotong 2 kilo nak buat goreng tepung katanya. Dlm kol 12 akan bertolak semula ke Sg Tiang. Acara bakar2 akan mula lepas Asar, mkn sampai kenyang and then aku and family akan balik semula ke AS. Hubby kata sok dia dah keja. Bosan la nak kena beraya sorang2, tapi tak kira la...aku nak balas dendam berjalan2 umah orang plak.
Thn ni Nayli dpt byk gak duit raya. Berapa jumlahnya aku tak sempat nak kira. Alhamdulillah ...rezeki anak kan. Syukur sesangat Nayli tak banyak songeh masa dok ramai2 dgn sepupu sepapat dia sume. Senang aku buat keja. Malam raya tu dia punyala seronok siangnya sampai mlm ngayan takleh tido,
asik nangis je. Aku plak dah la letih siang harinya, hai terduga betul kesabaran aku mlm tu. Nasib baik MIL ada tolong ikhtiarkan baca ayat2 pelindung ke apa tah. Diam gak, tp kul 2 pagi masa makcik aku sampai dari KL dia bunyi plak. Lepas tepuk2 skit tido la dia sampai sok pagi. Pagi raya tu aku bangun terasa sakit belakang+sakit urat belikat. Rasanya silap bantal dah ni. Mintak tlg hubby urutkan, okla skit. Hubby plak sampai tak gi semayang raya sbb sakit perut. asik ulang ke toilet je. Mcm2 sgt menunya tu la pasal asyik membuang je.
Hmmm oklah...nak bersiap la. Dah nak bertolak ke Sg Tiang dah nih. Kalau senang aku merapu lagi. Selamat Hari Raya ye.....

Shida blogged @ 10:39 AM
Nayli Farzana bt. Shatri


4th years of marriage