Monday, November 01, 2004
Interview
Salamssss sume.....hari ni cam bosan jek. Tp ada agenda penting iaitu interview di OUM sbg part time tutor. Ok la kan, buleh la tambah pendapatan skit2, tu pun KALAU dapat...Aku sampai kat tmpt tu 8.45am. Terus register, and luckily aku tergolong dlm kumpulan yg awal. Tapi yang tak menariknya masa fill in form tu aku yg ke-4, 3 yg di atas tu semua ada Masters.... Cam tak de harapan jek...terasa sungguh kecil diri ini di kalangan applicants yg lain. Dah tu kalut skit sbb masa staff diorang call bagitau ada interview, diorang cuma suruh bwk salinan sijil+gambar, tp tak bagitau berapa. Bila diorang kumpulkan sijil2 sume baru aku tau kena ada resume sekali, dah tu nak 2 salinan lak tu. Ingatkan aku sorang rupanya aa yg lain, maka berpusu2lah kami ke kedai fotostat. Before interview ada cam ujian bertulis skit. Masa interview tu diorang tanya soalan2 yg berkaitan subject and post yg aku mintak. Cam teruji pun ada gak nak jawab permasalahan yg diberi, tp oklah. Aku berserah pada takdir sbb applicants ramai dan melibatkan byk fakulti. Dah tu seme jauh lebih berpengalaman dari aku. Takpela kita tunggu jawapannya nanti.....
Lepas interview aku masuk semula opis. Tenangkan perasaan dgn membaca blog2 kengkawan. Dah ok baru sambung marking skit. Sebelah ptg ada student nak buat presentation system. So aku prepare apa yg patut such as booking lab and provide LCD projector. Ok la sistem diorang tu, asalkan memenuhi kehendak subjek. Esok ada lagi 4 group akan present sebelah ptg sbb pg aku kena jaga exam. Esok hari terakhir exam...YAHOOOOO!!! Bukan setakat student merdeka, lecturer pun merdeka sama...heheheh. Tadi hubby call bagitau nak berbuka umah tok kat Sg Tiang. Tak tau nak kata apa dah, dah abih pusing sume patah balik kpd destinasi awal. Ok gak sbb ari ni aku cam malas masak, tapau jela. Oh ya, hari ni gak dpt kerepek bawang+pisang+gunting yg aku pesan. Aku beli sekali besar sbb nak bahagikan 2 umah. Dah mula dpt kuih raya dah....tp event terbesar adalah hujung minggu ni, buat kuih raya kat kg. Siap amik cuti lagik....London Almond, Choc chips dan beberapa biskut yg lain. My fav are those two....yg lain skit2 je. Opsss dah time nak balik....jumpa lagi ye.

Shida blogged @ 4:02 PM
Nayli Farzana bt. Shatri


4th years of marriage