Wednesday, November 03, 2004
Macam-macam
Hari ni sambung sesi presentation oleh students. Out of 4 groups 3 dah selesai, 1 lagi ada masalah sbb tak buat backup copy. Aku bagi masa sampai ptg ni je kalau tak 0, telur ayam
. Dah berbuih mulut aku ni dok pesan buat backup, tp buat pekak. Bila dah jadi camni baru nak nangis sume. Tegas ttp tegas...markah dah nak kena submit soon, so takleh bagi muka sgt.
Last night hubby bagitau mlm ni pakat2 dgn kawan dia nak berbuka di Kuala Perlis, syurga seafood. Masa aku dok Arau dulu, buleh dikatakan tiap2 bulan agenda makan2 di Kuala Perlis tu wajib.
Kat situ kena pandai pilih kedai, baru puas hati. Aku ni pun kira nasib baik je sbb masa first time singgah kat situ dah masuk kedai yg sedap. So sampai la ni dok masuk kedai yg sama, sampaikan selalu diberi diskaun. Kat KP tu mmg byk sungguh pilihan, kena tanya sapa2 yg kenal. Kalau takde sapa2 main tembak jelah. Ikan dia mmg fresh, masakan dia sedap and harganya jauh lebih murah berbanding kedai2 makanan seafood yg aku penah pi. Aku penah sampai Teluk Tempoyak kat Penang. Situ pun best gak. Ikan dia siap lompat2 lagi masa nak pilih tu, mmg fresh gile. Tapi tula harganya mahal skit, mungkin la ni situ dah jadi tumpuan. Kat Alor Star ni aku penah pi la Perindu dan Samudera (sapa dok AS tau la). Tp kekadang masakan tu tak ok gak, harga pun mahal. Aku and hubby (dan sesapapun rasanya) mesti nak yg terbaik bab2 mkn ni. Memandangkan kitorang lebih berpuashati dgn masakan dan layanan di KP, kitorang sanggup menempuh perjalanan hampir 1 jam ke sana demi mendapatkan makanan yg best. Hubby bagitau yg diorang dah pilih restoran Zaina Ikan Bakar, quite famous la kat situ. Aku tak kisah papepun, janji suasana ok dan tak kelam kabut. Almaklumlah, bila nak mkn ramai2 ni setiap sorang tu mcm pe'el. Teringin nak ajak hubby berbuka kat hotel ke mana ke. Mcm best je dok baca blog kengkawan yg berbuka+reunion kat hotel, dpt mkn mcm2 dan byk plak tu. Nanti nak pujuk hubby gak la....
Sok ptg aku akan balik ke Penang dgn Nayli sbb nak operasi kuih raya. Ajak hubby dia kata kena kerja, cari duit lebih skit. Lagipun nanti raya kilang tutup seminggu so takde can nak keja. Suka ati la, janji aku nak balik Penang gak buat kuih raya. Nak hangkot kuih fav aku bebyk. Mudah-mudahan perjalanan sok takde masalah. Oh ye, on the way akan fetch my mom di Teluk Air Tawar sbb dia amik cuti hari Jumaat nak operasi sekali heheheh. Kalau aku tak sempat update sok doakan perjalanan aku pergi dan balik. Selamat bercuti hujung minggu dan bergembira semasa sesi shoppping-mopping ye.

Shida blogged @ 1:13 PM
Nayli Farzana bt. Shatri


4th years of marriage