Flower Dreams
Wednesday, August 17, 2005

Deretan kenduri kahwin.....

Lilypie Expecting a baby Ticker
Alhamdulillah, jerebu dah kurang kat utara nih. Nasib baik hujan turun jugak di malam hari, byk membantu mengurangkan jerebu nih. Bermula jerebu awal minggu ni, aku datang opis dgn membonceng motor. Tak sihat kan?? Heheheh....tp nak buat camana, hubbyku adalah seorang yang kurang prihatin tentang semua ni. Dia hanya akan prihatin bila dah kena kat diri dia jek. Kalau bini dia ni sakit, takpe. Lagi satu, mmg dia beria2 nak antar aku pergi kerja bila syif malam. Nak hapuskan rasa bersalah dia kot sbb kurang bersua bila dia kerja syif tu. Apa taknya, bila dia keja syif malam patut masuk kul 10.45pm...ni tak...gila OT punye pasal, kul 6.30pm dah masuk. Time tu aku dan anak baru terhegeh2 balik dari opis, hubby dah siap2 nak gi kerja. Kiranya time tu nak bersembang 10 patah pon tak sempat. Tapi aku bersyukur dalam diam bila hubby bagitau kilang tmpt dia kerja tu nak limitkan OT, nak kurangkan kos gamaknya. Walaupun nampak mcm dia kecewa tp aku suka sebenarnya, byk sikit masa dgn family. Nak cari duit lebih? Aku bersyukur dgn keadaan aku sekarang nih. Bg aku, cukuplah kalau hubby buat OT seminimum mungkin. Family jgn sampai ditolak ke tepi.
___________________________________________________________________
***sambungan (Khamis)****

Satu hari hubby ada menyuarakan pasal tindak-tanduk Nayli. Bukan secara serius, masa tgh santai...main2 dgn anak seme. Hubby cakap Nayli ni cam berat sebelah. Sikit2 mama, sikit2 mama. Kalau nak susu, nak mama buat. Dah abih minum susu pon nak mama yg amikkan botol kosong dari tangan dia. Bila hubby nak amik, dia tak bg...katanya nak mama gak. Hmmm...camno nak jawab tuh? Aku kekadang buat tak dengar je bila hubby tanya camtu. Sbb secara logiknya, takkan dia tak penah terpikir semua ni sedikit sebanyak kesan dari semangat OT dia tu. Sampaikan Nayli sendirik dah terbiasa dgn ketiadaan abahnya. Bila tanya "abah mana?", dgn spontan dia akan jawab "kija", walaupun masa tu abahnya ada depan mata tgk tv. Hmm...anak pon dah terbiasa. Mungkin kurang kerap bermesra dgn abah, sampai dah lekat jawapan di mindanya camtu. Tapi sekrg nak improve, sbb kes OT kena sekat tu. Thats why aku bersyukur dlm diam.

Next week on 26th aku akan bertolak ke KL, kenduri kawin sepupu aku. Kendurinya pada 28, saja pegi awal...buleh menziarah Mak Caq kat Sijangkang yang tak baper sihat. Dah lama tak menjenguk ke sana. Mula2 berhasrat gak nak melilau ke IKEA, tp nampak gayanya baik toksah berharap lagi. Sbb, umah yang nak diziarah tu mcm byk jek...sure tak sempat insert dlm agenda. Apa2 pon aku ikut jek.....sesekali berjalan2 pon ok gak...buleh release tension. Nak harapkan kami berjalan sendiri mcm susah je, bila jalan dgn family camni baru meriah sikit. And then, minggu selepas tu cuti merdeka. Kat sini 1 hb pon cuti lagi, Israk mikraj. Kesimpulannya, cuti lagi straight 4 hari. Hubby bercadang2 nak bawak berjalan. Tapi ke mana ek? Akan diberitahu kemudian.

Hujung minggu ni kenduri berderet2. 20hb ada 3 kenduri, 21hb ada 1. Pada 20hb tu satu kenduri terpaksa dilepaskan kerana agak jauh dan lg 2 kenduri tu memerlukan komitmen yg tinggi kerana sepupu hubby. Pada 21 hb plak, ada kenduri gak...walaupon kerja, nak jugak cari masa untuk menghadiri majlis di Gurun. Keputusannya? Tgk keadaan....kalau ok sampailah kami (geng opis) ke rumah kenduri.

Hari ni half day (ariibaaaaa). Tp sedey sbb satu check claim perubatan aku kena return sbb masalah teknikal. Salah org yg issue kata bank. Jadi aku masih menunggu. Apa2 pon, selamat berweekend kepada semua, biar di mana anda berada......


Shida blogged @ 4:09 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com