Flower Dreams
Tuesday, December 21, 2004

Dah selesai....agaknya

Lilypie Expecting a baby Ticker
*****sambungan*****

Falling Asleep Alhamdulillah, setelah seharian membetulkan analisis dan sebagainya siap jugak di penghujung hari Nerd . Letihs giloss. Meeting untuk dinner pun tak attend. Cam biasa aku antar wakil jek utk dengar intipati meeting tu. Kalau aku masuk meeting gak musti keja aku tak siap. Lepas susun report sume, nak balik terus aku antar kat boss. Lepas antar tu rasa lega jek. Balik amik Nayli, terus balik umah. Lepas semayang Asar aku lepak jap tgk Senario. Hubby tgh tido sbb dia keja mlm. Terasa berat sungguh mata ini, maka terlelap la sebentarSleeping. Sedar2 dah kul 6.30. Tu pun sbb hubby tgh siap2 nak gi keja. Si Nayli pun dok ngekor je abah dia. Hubby masuk bilik depan dia ikut, then gi dapor dia ikut sampai nak masuk toilet pun dia nak ikut masuk gak. Maybe dia rindu nak bermain2 dgn abah dia. Mana taknye, 5 hari yg lepas hubby start keja mlm. Selalunya bila syif mlm hubby akan masuk awal iaitu at 7 pm walaupun masa masuk sebenarnya 11 pm. Bila dah masuk awal tu for sure masa untuk spend dgn Nayli pun kurang. Aku balik kerja pun sampai umah dah kul bape. Masa tu pun hubby tgh tido. Bila aku terlelap dia pulak siap2 nak gi keja. Abih tu bila masa nak bersembang?
Thumbs Down Aku pun sejak akhir2 ni rasa cam sunyi jek sbb dah kurang sembang dgn hubby. Aku mmg benci betul bila dia masuk malam. Dah tu sepanjang 5 hari yg lalu pun hubby bertungkus lumus membersihkan umah baru tu sorang2. Aku kesian kat dia, nak tolong sesangat tp nak buat camana....aku kena save cuti utk kes2 emergency gak. Rasa serba salah tak membantu dia membasuh umah tu. Pagi semlm dia balik keja awal skit, kul tujuh. Masuk umah, makan roti skit terus kalut2 siap ke umah baru. Pagi ni dia balik lagi awal, kul 6. Aku dgr bunyi moto tp cam malas nak bangun, sbb tido lambat. Lepas mandi+semayang subuh dia kuar balik. Aku perasan dia nak masuk bilik, tp bila dia bukak pintu jek Nayli nangis terus dia tak jadik masuk agaknya. Crying 1 Aku sedih, bukan apa....sejak akhir2 ni nak dengar suara suami sendiri pun payah. Aku nampak dia macam runsing jek. Nak tanya, masa tak sesuai. Jadi, sementara aku dok kat umah nih, apa yg mampu aku buat ialah pack barang2 kat umah masuk kotak sikit2. Tapi aku takleh kemas lama2, keadaan berabuk telah membantutkan kerja aku....asyik terbersin je sampai berair idung. Aku dah pesan kat hubby suh bwk balik cover idung tu, maybe dia lupa kot.
Yelling Sebenarnya aku ada berbalah sikit dengan hubby semenjak nak masuk umah baru nih. Hubby cadangkan kitorang buat loan sikit sempena nak masuk umah baru nih. Firstly aku tanya apakah perancangan yg nak dibuat dgn duit loan tu. So dia bagitau la nak beli itu, ini, itu, ini..........Fine. Aku buleh terima sesetengah pendapat dia. Tp bila dia cadangkan extend terus belakang umah (wet kitchen) + kitchen kabinet utk wet and dry aku tak bape setuju. Sapa yang tak suka kalau nak perbesarkan dapor, buat kitchen kabinet sume, tp apa penting bagi aku adalah kemampuan. Nak buat loan mmg senang. Bila dah dapat duit memang seronok, tapi bab nak bayar balik tu yang sakit. Sekarang ni pun kitorang dah byk komitmen pasal installment bulanan. Kereta, umah, trust fund, kredit kad dan 2-3 lagi. Aku hanya pikir balik, mampukah kitorang nak settle sume hutang2 dalam satu masa?? Apa yang aku dapat lihat adalah kesusahan. Jadi, aku bagitau yg aku tak setuju dgn cadangan dia. Dari gayanya aku tau dia tak puas hati dan cuba pujuk aku. Kali ni aku tegaskan pendirian aku ni. Aku tetap tak mau buat loan lagi, kecuali dah settle 1-2 loan yg ada sekrg. The Thinker
SneakySejak kes tu aku perasan hubby cam kurang cakap ngan aku. Kalau mmg betul sbb tu aku tak kisah. Sbb kalau aku setuju, aku nampak masalah. Lebih menyakitkan hati hubby cakap dia nak renovate balik plaster ceiling kat ruang tamu. Itu mmg aku tak setuju sesgt sbb ceiling yg dah siap sekrg ni pun adalah hasil renovate siap2 oleh pemaju. Tup2 nak buat lagi, tak ke membazir??? Lebih baik spend duit tu utk benda lain pulak. Langsir ke, beli perkakas umah ke....kan lebih berbaloi?! Hubby berkeras jugak naktukar ceiling tu. Aku bagitau dia, kalau nak buat jugak jadik apa2 nanti tanggung sendiri. Aku tak nak campur dan tak mau dengar rungutan2 pasal renovation yg bakal berlaku nanti. Annoyed And Disappointed
PoutyMungkin ada orang anggap aku ni pentingkan diri sendiri. Aku tak kisah. Aku boleh terima hidup susah, senang dgn hubby dengan syarat semua keputusan adalah atas persetujuan satu sama lain. Kalau sendiri2 yg decide maka tanggung sendiri. Mungkin bunyinya agak kejam, tapi percayalah I have my own reason. Dari awal aku dah nyatakan hasrat aku kat hubby. Kami kawin dlm usia yg agak muda, baru kerja, jadi simpanan masih tak seberapa. Apa salahnya masuk umah baru dengan kelengkapan yang ada, di samping itu kita menabung. Bila dah cukup baru spend utk perkara2 yg dirancang. Aku tau, it takes time...tapi aku lebih selesa begitu. Kagum dgn pengalaman hidup Merry. Buleh berdikit2 sampailah satu tahap dapat mencapai apa yang diimpikan. Mmg itu yang aku rancang, tapi aku perlukan bantuan, sokongan dan paling penting kerjasama dari hubby. Kalau aku sorang yang beria2 susah nak mencapai apa yang diinginkan pada masanya.
Ponder Kepada semua pembaca, merancang sesuatu memang mudah. Tetapi melaksanakannya amat susah sekiranya tidak dilakukan dengan tegas dan tanpa kerjasama. Oleh itu, tetapkan matlamat bersama-sama dan laksanakan bersama-sama. Muafakat membawa berkat. All My Love








Shida blogged @ 10:10 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com