Actually, proses angkut mengangkut dah mula Isnin lepas. Angkut sikit2 guna keta, tinggal perabot2 je nak angkut naik lori. Kemuncaknya adalah pada malam Jumaat yang lalu.
bermula pukul 12 tgh malam. Entah la kenapa angkut tgh mlm. Nak tanya byk2 pun tak best sbb mood hubby mcm tak ok je. Aku tak nak pikir sgt, yang penting dah selamat mengangkut semua. Nasib baik adik2, Jan dan Udin ada. Buleh la tolong2 angkut bebarang naik atas. Kalau tidak mesti aku dgn hubby je nak ngangkat seme tu. Takkan tak tau, kudrat pompuan bukannya kuat sgt. Selain BILs, MIL pun ada sama. Memang niat dia nak dtg baca yasin dan beberapa surah lain. Aku tak kisah, cuma terkilan skit sbb keadaan umah kelam kabut jadi tak sempat nak menyediakan tmpt tido dgn sempurna. Nasib baik diorang jenis yg tak kisah. Dan lebih nasib baik Nayli tak buat hal. Ada gak MIL tolong susun2 brg kat dapor. Sebenarnya aku tak begitu setuju susun aturnya, tp aku diam je nak jaga ati beb.
Hari Jumaat pagi, lepas bangun subuh terus turun bawah kemas2 apa yg patut. Siapkan air dan mkn dgn roti je sbb rasa cam tak mampu nak kuar dah. Hubby plak sambung tido. Aku dgn MIL menyambung tugas susun atur di dapor. Dlm kul 9 aku panggil hubby mintak tlg pasangkan mesin basuh. Entah apa angin pagi tu dia marah2 aku. Depan MIL lak tu. Lepas puas dia marah2 seme, pastu siap mengarah buat itu ini, aku tak tunggu lama.
Aku naik atas amik tudung, kunci kereta terus aku blah sorang ke satu tmpt yg sunyi. Lock pintu, off enjin bukak tingkap skit aku meraung sekuat hati.
Aku sedih sesangat, dah tak terbendung rasanya. Aku tau aku berdosa tinggalkan umah tanpa kebenaran suami, tp mmg tahap kesabaran aku dah max. Lama gak aku lepak situ. Pastu one of my opismate sms kata gaji dah masuk. Aku terpikir tak nak balik umah, so pikir punya pikir...aku decide nak check in hotel je
.
Masa kat bilik hotel tu mcm2 aku pikir. Call masuk aku tak angkat. Sms aku tak balas. Biar, kali ni biar aku tenangkan fikiran aku dulu. Nekad tak nak balik umah mlm tu. Hanya Allah yg tahu betapa terlukanya perasaan aku atas perbuatan hubby, orang yang amat aku sayangi selama ini. Aku tertanya2 apsal aku buat camni ek? Selama ni aku tak penah nak buat camni. PMS kot? Mmg tak silap....Alamak, aku mmg takleh cite lama2 bab nih, sedih masih bersisa. Walaupun sekrg dah selesai sebenarnya, aku takkan lupakan peristiwa hari tu.
Kesimpulannya, hari tu aku tak spend the whole night kat hotel. Aku balik jugak setelah dipujuk oleh mak dan abah aku yg sampai dari Penang lewat ptg hari tu. Hati aku jugak dok teringat kat Nayli. Sayu, sian kat dia. Apa yang berlaku seterusnya biar aku dan yg terlibat je tau. Jadikan teladan dari kisah aku yg sedih ini. Aku seorang yg pemendam, mmg tak reti nak ngadu kat sesapa. Blog jugak tmpt aku meluahkan perasaan. To all my friends out there, if anything happen to me jgn segan silu utk mendedahkan url blog aku ni. Semoga yang terang semakin jelas. Chow....