Flower Dreams
Sunday, October 17, 2004

Turn buka puasa

Lilypie Expecting a baby Ticker
How You Doin? Assalamualaikum kepada semua pembaca budiman. Sedar tak sedar hari ni dah hari ketiga kita semua berpuasa. Amacam? Ok ke? Awal2 ni mcm2 dugaan. Sabar lah, sementara perut nak biasa.
Hari pertama puasa mmg letih dan melepek sangat. As usual, mcm thn2 yg sebelumnya, hari pertama puasa mesti berbuka bersama keluarga sama ada IL's house atau my parents. Memandangkan mak dan abah dah dok Penang, so kali ni first day berbuka di IL's. MIL semangat betul menyediakan juadah berbuka. Family my husband ni mmg wajib berbuka dgn kanji. So, MIL mula memasak selepas zohor lagi. Aku tolong la sikit, nak tolong byk tak pandai sgt especially bab2 menu tradisional ni. Selain kanji (bubur lambuk) MIL buat pulut sekaya, satu lengat besar pulak tu. Yang ada tak ramai sgt pun, MIL, FIL, BIL ,hubby, me and not forgotten Nayli. Lauk pauk tak byk sgt, setakat daging+kacang pjg goreng kicap, bawal masak sambal dan sup kaki. Aku ingatkan itu saja menu berbuka hari tu, rupa2nya MIL dah plan nak buat cucuq udang lagi. Memula tu nak bantah jugak, tp mungkin dia buat semua tu sbb kitorang ada kot. Kesian tgk MIL bertungkus lumus, aku nak tolong byk pun susah gak sbb Nayli agak meragam sbb panas. Pasta Bila tiba waktu berbuka, penuh satu meja dgn kuih-muih dan lauk-pauk tadi. Aku berbuka dgn semangkuk kanji dan sedikit kuih. Lepas maghrib nanti hajatnya nak bantai nasik pulak, tapi lalu pulak. Last2 MIL bungkuskan makanan serba sikit utk mkn kat umah+sahur sok pagi.
Hari agak malang sbb tak terjaga sahur. Tersedar pun bila dah azan subuh. Frustnye rasa dan nasib baik lauk-pauk yg MIL bagi dah masuk peti ais. Lupa set jam sbb terlena masa tgh syok nonton. Lepas sembahyang subuh, Clothes Linesidai baju then landing jap . Hubby dah kuar gi keja lepas subuh. Sebelum Nayli bangun buleh la baring2 dulu. 1/2 jam pastu bangunlah puteriku itu. Bila dah bangun tu mmg takde can nak baring2 lagi dah. Bagi susu, mandikan and then lepak2 sambil lipat kain. Nak pi mana takde mood lagipun puasa, dan tak sahur lak tu.
Car 5 Around 11 am tetiba hubby balik. Katanya nak gi tukar tayar. Melayang lagi la duit. Kos 4 bijik tayar + balancing and so adala RM 1100. Tu la, nak sgt tukar sport rim 17. Ye kengkawan, kalau hubby anda nak tukar sport rim 17 ke 18 ke suh diorang pikir pjg. Harga sebijik tayar je dah RM400 kali 4 dah RM1600. Nampak gayanya aku masuk lepas raya la gamaknya ni. Lepas dah selesai around 12 pm hubby balik and sebelum gi keja semula dia ajak berbuka kat Penang. Aku ok je, lagipun sian kat mak dgn abah berbuka berdua je, bila balik bawak Nayli at least terhibur la jugak. Abang aku yg dok Langkawi tu jarang betul balik. Itu aku tak heran sgt, masa mak dan abah dok kat Perlis pun diorang jarang balik apatah lagi bila dah pindah Penang lagi 'double' jarang balik.
Hubby balik keja kul 3 pm, mandi2 then terus balik. Aku dah siap2 awal, tunggu masa nak chalo je. Sampai Balik Pulau kul 5pm, terus ke dapur tulun apa yg patut. Nayli leave to her abah ngasuh. Tak byk menu, ayam masak merah, tomyam campur dan telur masin. Kuih mak buat karipap Singapore. Walaupun tak byk mata tapi kenyang camtu gak dan paling penting tak membazir. Lepas berbuka sembahyang maghrib lepak2 sambil tgk tv. Masa ni lah Nayli nak tunjuk belang, dok sa'ie dalam umah tu entah berapa puluh kali la. Siap lompat2 la, golek2 and satu lagi dia suka buat muka Predator (part bukak topeng nak lawan dgn Arnold tu). Mana dia belajar tah. Lepas buletin utama kitorang balik.
Nayli dah lena awal lagi, sebelum naik bukit dah lelap. Letih sgt kot. Aku pulak tak sedar bila terlelap. Sedar2 dok atas hghway. Entah macamana terpandang meter, 180 km/j tu. Aku menjerit "ahhhhhhhhhh....". Hubby terkejut, dia slowkan keta dan tanya "awat pasaipa ni??". Aku pun bagitau yang aku mimpi kena culik.....ekekekeke. Hubby bersuara "Ingatkan apa la tadi...", heheheh Shy . Camana tah buleh dpt idea kena culik tu. Lepas tu maintain je 110 - 120 camtu...baru la tenang sikit. Sampai umah lebih kurang 10.40 pm. Masukkan lauk yg mak bagi dlm peti and then terus kunci jam, takut peristiwa berulang.
Waktu sahur tadi alhamdulilah terjaga, takde la rasa kesal. Lepas tu iron baju, mandi dan sembahyang subuh. Masak air nak mandikan Nayli. Hubby tolong siapkan Nayli and aku pun bersiap pada masa yg sama. Hari ni hubby hantar naik moto sbb dia keja syif mlm. Asik naik keta je, sesekala nak tukar gak. Dah dekat nak kuar taman tu tetiba rasa pelik satu macam. Rupa2nya aku tak pakai helmet. Aku bagitau hubby, apa lagi kena bebel la. Sepanjang jalan patah balik nak amik helmet potpetpotpet......buleh tahan gak hubby aku ni. Aku diam je sbb mmg salah aku pun. So ari ni aku tak tau nak tuju ke mana pulak utk berbuka...tekaan aku ialah rumah tok hubby di Sg Tiang. Kita lihat jawapannya esok........








Shida blogged @ 10:30 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com