Flower Dreams
Monday, October 25, 2004

Juadah berbuka....? Berbuka di mana..?

Lilypie Expecting a baby Ticker
I Dunno Hari ni nak mkn apa pulak ek? Nak berbuka kat mana pulak hari ni? Inilah soalan2 yg selalu menerjah bila tiba hujung minggu. Ada2 sja umah yg nak dikunjungi, kalau ikutkan tu aku tak berapa minat sgt berbuka umah org ni. Yelah, belum tentu buleh mkn apa yg kita nak dan keadaan nanti mesti kelam kabut. Aku suka berbuka dlm keadaan yg tenang, buleh menikmati juadah dgn aman.
Kalau ikutkan plan semlm, hari ni nak berbuka kat umah tok hubby di Sg Tiang. Balik dari kerja terus ke pasar beli kepala ikan, sotong dan sayur sket. Tup2 MIL call ajak berbuka kat umah abg hubby yg sulong kat Kulim Htech. Frust la jugak, selalu hubby buat keputusan tak tanya dulu. Lagipun aku ni tak suka sgt kat biras aku tu, nyampah. Aku plan nak masak gulai kepala ikan siap2 kat umah, tp hubby tak setuju sbb takut tertumpah dlm keta. Plan nak bertolak lepas solat Jumaat, kalau ikut pengalaman yg lepas mmg tak sempat kalau nak masak kat Kulim. Apa taknya, satgi nak singgah byk tempat. Nak amik MIL kat Pendang, pastu ke Sg Tiang pulak amik tok. Chef So aku msk gak siap2 kat umah, gi Kulim hangkot satu periuk tu, senang.
Family Road TripKitorang bertolak kul 2.45, gi amik MIL, tok then baru bertolak ke Kulim. Sampai Kulim 5.15 camtu. Nasib baik aku masak siap2, sbb aku tgk bhn nak buat gulai kat umah BIL cam tak cukup je. Masa aku sampai biras aku tu tgh sibuk2 nak masak utk berbuka; taugeh goreng, daging masak gulai manis dan sambal + ulam timun. Dia buat cucoq keria. Aku saja je tak mau tolong kat dapor, nak balas dendam. Jahat kan aku ni, tp aku puas hati sbb dia layan mak aku lagi teruk. Aku ingat lagi masa aku dlm pantang di umah tok hubby (Sg Tiang) BIL duduk sekali sebelum pindah ke Kulim. Mak aku dtg la bermlm 1-2 mlm kat situ. Biras aku (Kak Shadah) sebgai tuan umah sepatutnya masuk dapor siapkan mkn, ni terbalik pulak, mak aku jadi tukang masak. Kata tak makan mlm konon, bila dah terhidang mentekedarah jugak, mmg bangang. Nasib baik la aku tak posa hari ni, kalau tak abih kurus posa aku.Static Shock
Eyebrow Berbalik kes bukak posa tadi. Lepas dah siap sume, hidang dan kitorang tunggu waktu berbuka. Masa ni MIL nak sendukkan kanji yg dia bwk dari umah,
Bouncy 4
Kak Shadah: Takpa lah mak, saya mkn nasi terus. Kalau mkn kanji nanti tak lalu nasik dah.
(Dah tiba waktu berbuka aku tgk dia tak sentuh lgsg gulai yg aku bwk)
Me: Kak Shadah tak makan gulai ka?
Kak Shadah: Baru 2 hari lepas masak gulai kepala ikan. Ajak kawan abg Shakir berbuka sekali.
Me: Kak Shadah masak rasa lain, saya masak rasa lain.
Kak Shadah: Takpa lah mkn lauk lain dok ada.
Bouncy 4
Grrr Hangin gak aku nih. Kecik ati ada, geram pun ada. Bukan apa, Kak Shadah ni bukan reti jaga ati org, dia kisah hati perut dia je. Hang tak mau mkn sudah! Nasib baik la MIL, tok, hubby dan Abg Shakir jamah gulai aku tu sampai agak licin. Bukan apa, aku ni jarang masak dlm kuantiti yg byk, so tak tau camana rasanya.
Lepas semua berbuka, turn aku plak melantak. Bukan apa kasi can pada yg berpuasa mkn dulu dan aku jaga Nayli yg suka menyibuk nak mkn jugak. Masa aku tgh mkn aku terdengar hubby bergurau dgn anak Kak Shadah yg sulung,
Bouncy 4
Hubby: Danish beli baju raya dak gi?
Danish: Dak gi....
Hubby: Ishhh...bila nak beli ni? Kedai2 semua dah nak tutup dah...nanti tak buleh beraya...
Danish:...(termenung dok pikir kata2 hubby)
Kak Shadah: Tiap2 tahun kita ja dok beli, thn ni biaq abah dia pulak yg beli.
Bouncy 4
Fainting Pastu semua terdiam. Kak Shadah ni cikgu sekolah rendah kahwin dgn abg ipar aku yg masa tu jadi supervisor kat DRB-HICOM kat Shah Alam. Abg ipar aku ajak dia dok Shah Alam, dia tak mau. Alasannya, sesak la, byk pakai duit la....ntah mcm2 lagi alasan dia. Finally abg ipar aku berenti kerja balik kg tak bekerja. Masa ni mmg kebanyakan belanja umah terletak di bahu Kak Shadah. Masa ni diorang dah ada sorang anak. MIL, FIL dan mak2 sedara yg lain marah dgn tindakan Abg Shakir. Yela, bukan senang nak naik jadi supervisor dgn kelulusan SPM yg tak seberapa. Lama jugak tanam anggur pastu dia dan kwn2 dia buat kerja2 kontrak. Pendapatan tak menentu, kesian kat Abg Shakir selalu jadi bhn sindiran Kak Shadah dan keluarga dia. Kak Shadah tu tak sedar, keadaan dia jadi camtu sbb dia jugak. Sapa suruh tak nak pindah Shah Alam? Kalau tak mesti sekrg diorang dah senang.
Bow Down Before You Kata orang rezeki ada di mana2. Alhamdulillah, selepas menghadiri kursus usahawan anjuran MARA, pinjaman MARA sekrg ni abg Shakir dah ada sebuah kedai cold storage, jual daging beku, daging burger dll. Itu pun hasil perkongsian abg Shakir dgn 2 org kawannya yg kerja sebgai engineer kat kilang sekitar Kulim Htech. Sbb tu dari kata2 Kak Shadah tu mcm nak pindahkan balik beban yg selama ni ditanggung kepada suaminya.
Pjg tul cite pasal biras aku nih. Sampai terlupa dgn tajuk aku hari ni. Hari aku berbuka kat umah. Masak ketam bercili, ikam stim dan kerabu mangga. Ok la, cara aku yg tak posa ni. Ketam tu tak abih plak, simpan utk berbuka esok harinya. Hari aku tambah lauk ikan bakar dan air asam. Tak msm bebyk sbb aku kerja ari nih. Ari ni masak apa? Tak tau lagi la...lambat pulak ilham dtg. Yg penting halal. Ok ye, selamat berbuka......








Shida blogged @ 10:27 AM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com