Flower Dreams
Wednesday, January 05, 2005

Darjah satu punya citer....

Lilypie Expecting a baby Ticker
****arghhhhh....ada lagi yg tak kena dgn analisis result tu!!? Bosan tul kena perbaiki kerja org nih...Sahih rombakan unit nanti aku melarikan diri ke unit lain plaks****

BooksBestnye baca pengalaman ibuk2 sekalian menghantar anak2 yg baru masuk darjah satu dan pre-school. Rasanya zaman sekrg ni dah tak byk kot kerenah bebudak yg baru nak masuk sekolah. Aku ada satu pengalaman yg agar mencabar kewibawaan aku sebagai seorg kakak. Aku ingat lagi, masa tu aku darjah 5, adik aku msuk darjah satu. Mula2 nak pi sekolah bukan main semangat lagi. Dia la yg paling cepat siap, beriya2 ajak abah gi hantar masuk kawasan sekolah. Masa tu sekolah betul sebelah umah je. Dari kelas adik pun buleh nampak pintu depan umah. Kelas aku kat bangunan lain. Masa hari pertama masuk kelas, 1-2 jam yg pertama tu ok....lepas tu dia mula nangis+ngamuk nak balik sbb katanya tak best belajar kat situ. Habih panik cikgu kelas dia. Cikgu panggil aku suruh pujuk adik. Tp mmg dasar keras kepala, tak makan pujuk nye budak nih. Katanya jemu asyik belajar yang sama. Adik aku ni masuk tadika sejak umur 5 thn. Jadi dia melalui pengajaran tadika 2 thn la, tu pun tak sampai 2 thn sbb tgh thn yg kedua tu dia buat mcm alasan tak mau ke sekolah. Bila ditanya tak jawab. Pujuk punya pujuk baru bagitau yg dia jemu pi sekolah belajar benda sama tiap2 hari. Dasat tul adik aku, fikiran cam org tua.
BooksBerbalik kpd kes tadi, lepas pujuk tak jalan gak aku call abah kat pejabat suh dtg tgk adik. Pastu lepas abah pujuk tak jalan gak, lastly abah decide bawak dia gi opis. Kalau balik umah pun tak dak sapa nak jaga. Esoknya tetiba ada assembly. Semua bebudak pun beratur ikut kelas memasing. Adik aku sorang je dok sorang2 kat belakang ngadap arah bertentangan dgn bebudak lain, sambil berpeluk tubuh plak tu. Abah aku mmg dok tunggu lama skit, sbb nak tgk perangai dia hari tu. Aku perasan pun lepas cikgu2 kat depan dok berbisik sambil tunjuk2 kat belakang. Bila aku toleh rupa2nya adik aku buat perangai. Chehs, buat malu kompeni jek. Lepas abih assembly, semua masuk kelas. Adik aku biasa la tak nak masuk kelas sambil hentak2 kaki depan abah aku. Tak tau la apa yg abah kata, adik masuk kelas dia. Lama jugak la abah tunggu kat luar kelas.
TeacherLebih kurang seminggu lebih gak adik aku buat perangai. Aku ni pun berusaha la jenguk dia bila time rehat, apa yg dimakan, pastu tanya la berapa org kawan kenal. Melalui cara tu maybe dia rasa best kot org dok layan dia. Lama2 lepas tu dah ok pe'el dia. Letih gak la aku nak melayan adik aku sorang nih. Apa yg aku realize, sampai sekrg nih dia agak matured berbanding umur tapi panas baran pun ye jugak. Kakak dia ni jugak yg sungguh penyabar, layan la adik tu yg mcm2 perangai...ahaks. Harap2 lepas ni dia akan lebih matang dan memandang masa depan dgn lebih jauh, mcm kakak dia nih.....ekekekek Thumbs Up








Shida blogged @ 3:09 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com