Flower Dreams
Monday, January 03, 2005

Bestnyeeeeeee.....ahakss

Lilypie Expecting a baby Ticker
Wahhhhh….dah hari ketiga thn 2005. kejap je kan. Azam thn baru?? Biarla aku sendiri yg tahu, plan dan laksanakan. Apa yang pasti setiap orang ingin memperbaiki apa yg kurang dalam hidup, betul tak?

Thn baru bagi aku tak penah pun disambut dgn meriah. Kekadang tu tak sedar pun thn dah berakhir. Lagipun tahun baru kali ni disambut dengan tragedi yang sungguh menyayat hati, Tsunami. Sad Setiap hari ada saja berita terkini tentang jumlah kematian akibat tsunami. Arghhh….tak nak cite bab sedih lagi. Kita yang tidak terlibat dengan tragedi berkenaan harus bersyukur dengan keadaan kita sekarang.


Hari ni kerja half day. Balik kerja amik Nayli then bawak gi klinik sbb nampak cam idung tersumbat+batuk2. SickyDr check temp and katanya Nayli demam. So, mcm2lah ubat yang diberi. Balik umah, bagi ubat and main2 jap then terlelap dgn mamanya sekali. Lama gak la lelap tu, tersedar pun lepas pak lang hubby called bagitau dia dah tunggu depan umah. Maybe masa tekan loceng tu tak dengar, maklumlah letih. Lepas masuk umah, tinjau2 atas bawah terus cakap nak balik, tak sempat minum pun. Actually diorang (mak lang, pak lang and Elis) nak gi shopping keperluan sekolah Elis, sbb tu tak nak singgah lama. Ishhh, rasa bersalah sgt, tak sedap la plak sbb tak sempat menjamu tetamu. Aku suh diorang dtg lagi next time. Buleh la aku masak pape ke.

Mlm tu aku tak masak, kitorang makan kuar je. Selalunya baru dpt gaji ni mkn la best2 skit. Lepas mkn, on the way balik singgh jap kat Home Mart, kedai perkakas umah yg baru dibuka. Ok la, bebarang pun tak banyak lagi sbb baru bukak kot. Aku beli patung dolphin kat Nayli. Barulah Nemo kat umah tu ada kawan…hehehe. Nampak sgt mama dia yg lelebih.


Aktiviti biasa, kemas umah, basuh kain dan masak. Semenjak dok umah dua tingkat nih kerja bertambah. Dah kemas level bawah nanti nak kemas tingkat atas plak. Level atas aku kemas setelah si Nayli tido, kalau tak jenuh dok main kejar2 nak panjat tangga. Masak pun biasa2 je, sbb mkn utk 2 org je pun. Hubby balik kul 12.30 pm rehat2 then lunch. Pastu dia mandi dan siap2 nak gi semayang Jumaat. Tinggal la aku dgn Nayli tergolek2 kekenyangan. Lepas dah letih dan kena ubat maka tido la si Nayli. Aku buleh sambung lipat kain plak. Balik dari Jumaat hubby bagitau nak balik umah tok kat Kg Baru. Malangnya terpaksa bertukar destinasi iaitu ke umah MIL (Pendang) sbb masing2 tertido sampai kul 5….ahaksss

Balik dari umah MIL sampai pun dah maghrib. Aku panaskan lauk, dinner dulu sbb nanti hubby nak gi main badminton plak. Dah lama dia stop dari main badminton nih. Mlm ni baru nak start balik. Tgh rehat tgk tv mak call bagitau nak datang uma dengan adik. Ok je, lagipun adik aku tak penah mai lagi umah ni. Bila aku bagitau Nayli demam tetiba je tukar plan nak dtg mlm ni gak. Aku ok je mana2 pun. So, diorang sampai kul 12 tgh mlm.


Pagi buat cucur je. Pastu mak kata nak pi pasar. Aku kirim beli ikan sayur semua sbb nak bawak Nayli sekali tak larat ahh nak dukung. Lagipun area tu licin, kang tak pasal2 terlentang. Masa mak dan adik kat pasar abah tipon bagitau nak amik mak gi Spg Empat Perlis utk meminang. Aku pun bagitau mak lepas dia balik. Nampak gayanya cam tak mau ikut, tp dari cara abah tu mcm nak mak pi jugak2. So abah pun mai amik dlm kul 12 pm camtu. Mak tak mau ikut serta rombongan meminang tu bukan apa, nak pi shopping kat AS la tu. Mak sampai umah pun agak lewat, kul 5 camtu. Nampak muka mak masam je. Yelah, tak dpt apa yg dihajati. Lambat pun sbb accident sesama kereta rombongan. Macam2 la…..
Memula mak decide nak balik Penang ptg tu gak, tp abah suh balik sok pagi je sbb dah lewat. So, mlm tu bawak mak dan adik gi beli brg2 keperluan skit while Nayli ditinggalkan dibawah jagaan abahnya dengan jayanya……ekekeke.


Pagi2 lagi mak dan adik kuar sekali masa aku nak pi kerja. Lepas salam2 sume kami pun bertolak ke destinasi memasing. Aku cam biasa la, lepas hantar Nayli, gi opis dan terpaksa melalui satu lagi hari yg membosankan……arghhhhhh


Hari ni pun lebih kurang cam semlm gak….BOSAN. Sempat la tgk citer Kungfu Hustle versi cetak rompak. Okla….aku suka lagi Shaolin Soccer tuh. Waktu lunch my opismate ajak mkn kat luar. Ok gak, dah bosan max ni. Aku, Iena, Yati (tuan punya keta), Kak Liza and Kak Marina ikut je gi memana pun. Lastly stop kat Star Parade, serbu McD dan membeli pilihan memasing. Mmmmmm ….best gak sesekali camni. Kalau kat KL all mommies buleh menjamu selera bersama2, kitorang kat sini pun buleh buat camtu gak, tp sesama opismate je. Yang bestnye campur anak dara sekali. Antara kami berlima ni aku, Iena dan K Marina je yg dah berkeluarga + K Marina plak bakal mendapat anak ke-3. Bestnyeeeeeeeeeeeeeee…….Syok la bila dengar berita gembira camni. Ni yang buat aku cam teringin je nak tambah lagi. Tgk la camna, buat masa ni masih ikut perancangan iaitu tunggu Nayli 3 thn dulu. Tak tau la kalau lepas ni dah berubah fikiran….heheheh. Apa2 pun itu semua kuasa Tuhan, kita yang merancang, Tuhan yang menentukan.

Letih jari-jemariku ini menaip. Panjang gak ek……ni la kalau dah nak citer sume. Pasni aku nak meninjau blog kengkawan plak la. Mana tau kot2 ada berita2 gembira seperti di atas lagi…..heheheh.I Love You







Shida blogged @ 1:00 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com