Monday, December 06, 2004
Minggu yang meletihkan
Rasanya dah hampir seminggu tak update blog nih. Walaupun aku ada hantar post yg baru, tp entah apa nasib aku tak appear jugak. Kali ni aku nak buat sampai buleh. Byk benda nak citer tp tak berkesempatan. Last week saja dah spend utk proses kemas-mengemas, angkut-mengangkut dan simpan menyimpan. Itu semua bersempena perpindahan kesemua ahli sebilik dgn aku dari level 1 ke level 2. Ok gak bilik baru nih, ada karpet lagi. Ruang untuk sorang2 luas plak tu, cuma tak buleh muat ramai orang la. Sekrg dah lega dan relaks sbb dah siap semua. Cuma sekrg ada tugas menanti, iaitu men'transfer'kan result student setelah senat meeting ke dlm format yg diberi. Leceh ek HQ ni, nak kena buat report lain plak. Bantah kang tak sambung kontrak plak...takpe ikut je, hehehe.
Dah seminggu jugak l e hubby gi KL membawa mak mertua and the gang melawat adik hubby yg dimasukkan ke HUKM sbb bisul satu badan. Tak le semua, cuma kat lutut, punggung dan ketiak. Besar2 jugak katanya, siap kena bedah lagi. Eeeeee, ngeri dengar. Masa tu dia dok amik exam lak tu, kenalah amik kat spital. Lepas kena bedah tu kena cuci plak tiap2 hari. Hubby cakap bergema satu level tu suara adik dia sbb diorang tak bius
. Arghhhhhh....takutnyeee. Siap nak melarikan diri plak tu, hehehe....mcm2 adik iparku tu.
Kalau ikutkan hubby mmg plan nak gi KL tgk bola. Memandangkan gi awal (Isnin) maka dia lajak sampai Ahad. Tinggal la aku terkonteng2 dgn anak kat sini. Dah tu pinjam keta Nissan Sunny FIL utk bergerak sana sini. Bagai nak patah bahu aku pusing stereng, berat wehhh. Masa aku bwk Iswara dulu takde la seberat itu. Kesannya sampai sekrg dok sakit pinggang. Hubby sampai tghari kelmarin kul 12. Lepas mkn nasik, hantar memasing ke destinasi memasing baru balik umah. Ptgnya, lepas aku balik keja, balik Pendang plak sbb nak hantar kereta FIL. Punya la ramai kereta2 atas jalan, ngantuk aku dibuatnye. Nak speed tak buleh sgt sbb jln sempit, silap2 terjun dlm tali air. Lepas maghrib kitorang balik semula ke umah. Kali ni membelek brg2 yg dibeli di IKEA. Tak byk sgt, beli balang2 dan pelapik kaki. Aku pesan kat hubby suh belikan perhiasan dinding sesikit. Dia kata makcik bagi satu, cantik gak....gambar buah-buahan. Bingkai dia pun cantik. Mekasih la makcik ek, susah2 jek. Kali ni kunjungan ke IKEA lebih kepada nak survey. Hubby berkenan dgn lampu2 dinding yg mcm2, sampai pening. Katanya nanti nak bwk aku skali utk sesi memilih
. Hubby ada gak bagitau dia gi Uptown, tmpt yg digembar-gemburkan oleh paksu. Bunyinya cam menarik je. Yang bestnye, hubby cakap memula nak beli bear utk Nayli, tapi end up tak beli pape pun sbb byk sgt pilihan sampai tak tau nak beli mana satu, buleh camtu? Kalau aku pi la kan....mesti angkut memacam.....heheheh.
Oklah, kena sambung report result la. Bila free update lagi ye....selamat mengharungi minggu ini dgn jayanye kengkawan sekalian.

Shida blogged @ 10:28 AM
Nayli Farzana bt. Shatri


4th years of marriage