Flower Dreams
Wednesday, October 06, 2004

Kerja, kerja dan kerja lagi.....

Lilypie Expecting a baby Ticker
WoohooStart last week sampai ptg semlm, otak rasa macam dah cair. Asyik kena perah je, soal koontrak dah selesai (semoga buleh renew, amin..), soalan untuk final pun dah hantar. Susah jugak nak buat soalan ni sebenarnya. Dah buat soalan kena buat jawapan pulak. Kalau rasa macam ada masalah je, alter soalan tu. Lagi satu kena ambik berat, kemampuan students. Buat soalan susah2 kang takleh jawab pulak budak2 ni. Bila takleh jawab tu nanti ramai la yg fail, akan mengundang kepada performance pulak nanti. Kali ni mmg puas hati dgn hasil kerahan otak buat soalan, insya-Allah diorang buleh jawab dgn baik.

This Saturday hari bekerja. Boringnye.... Walking Home Crying They decide nak buat Open Day. Mintak skolah2 menengah sekitar sini hantar 5-10 org students and provide kelas English dan komputer percuma. Aku telah dipilih sbg pembantu penyelaras aturcara ari tuh. Ketua dah bagitau awal2 hari tu dia nak amik cuti sbb ada exam paper master. Kesimpulannya hari sabtu ni aku la yg kena make sure everything run smoothly. Esok pg ketua dah bagitau ada short meeting dgn ahli2 unit yg lain sbb nak breif pembahagian tugas. Iena satu unit dgn aku. She'll be one of the computer instructor. Walaupun dah biasa ngajar, suspense jugak sbb tak tau yg nak dtg ni sejauh mana knowlegde ttg komputer. Hopefully hari sabtu ni matlamat tercapai. Computing

Pagi ni kesian kat Iena, on the way ke tmpt kerja kereta rosak.Low Rider Temperature naik katanya, mesti tangki air bocor. Nasib baik la abah dia tlg settlekan. Semoga by this evening kereta dah siap. Kalau tidak kesian nak balik jauh tu. Ptg ni ada kelas aerobik. Tumpang aktiviti kelab student. Bukan senang nak dpt peluang camni, instructor tu dtg sendiri ke sini, kita siap badan je + RM2 sbg yuran kot. Tp berbaloi sgt lah. Ari ni kelas terakhir sbb next week dah puasa. Kelas ni utk kelab aerobik saja tp terbuka jugak la utk staff. Yg dok join tu kak Marina, Iena dan aku la. Agak gak yg lain tp masing2 dgn hal masing2. Aerobics

Oh yes, nak cite skit pasal KNa. Last Saturday balik Penang melawat dia kat hospital Lam Wah Ee. Abg Man kata terpaksa jugak masuk private hospital sbb GH (SPetani) tak habis2 nak buat kajian la, observation la tp sakit kepala KNa tu tak kurang pun. Alhamdulillah ingatan dia dah ok, Cuma katanya kepala sakit dan telinganya bengang. Masa aku sampai ptg sabtu tu kena pulak time cucuk ubat. Ya Allah seksanya aku tgk. Mmg la ubat dicucuk masuk ikut IV kat tgn tp KNa kata sakit sgt, dok terasa ubat tu jln dlm badan. Masa masuk ubat tu KNa kena baring sbb katanya kepala sakit cam nak pecah. Tp keadaannya jauh lebih baik dari hari2 seblmnya. Bygkan jatuh siling 12 kaki, tak ke ngeri tu. Sick In Bed

Semenjak Nayli Baby Girl buleh jalan ni senang la sikit nak gi jalan ke window shopping ke sbb lepas dah penat dukung buleh gilir2 letak dia supaya dia buleh jalan. Ramah terlebih pulak tu, tegur habih semua salesgirl yg dia jumpa. Bila diorang dukung terus nangis. Very the ‘jakun’ jugak anak mama nih. Dari kecik sampai sekrg ni, Nayli mmg takes time kalau nak approach strangers. Dia akan tenung kelip-pok-kelip-pok sampai puas hati baru la buat2 sua tangan ke, nak salam ke.
Bebaru ni bawak gi playground, suka sungguh dia. Sampai kita acah nak tinggalkan dia pun tak kisah. Ramai kawan, tmpt luas, apa lg…engine pun start la. Mlm tu tido 8 pm sampai esok paginya. Sempat la aku ngemas, lipat kain sesikit. Ptg ni rasanya tak bwk ke mana2 kot sbb turn aku pulak nak melompat….ekekekeke. Swinging 2



Shida blogged @ 2:55 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com