Sunday, October 03, 2004
Friend, Lover or Enemy - part III
Aku amik keputusan akan meneruskan hubungan dgn R tanpa pengetahuan mak dan abah. Kelam kabut jugak la nak cover. Pada roomate telah ku jelaskan semua yg terjadi dan mereka berjanji akan sama2 membantu aku merahsiakan hubungan ini dari pengetahuan parents aku. Aku meneruskan hidup seperti sediakala, kuliah, exam dan dating. Bila musim exam tiba, aku jelaskan kat R yg kena kurangkan dating sbb kena study. Dia buleh accept pada mulanya.
Bila musim cuti, time ni yang sedih sbb dah takleh dating. Aku ni bila cuti dok kat umah je, tak berani nak kuar ke mana2 takut mak dan abah menghidu hubungan yyang "tak direstui" ini. Masa nak balik umah ke atau hari terakhir jumpa sblm cuti pjg saat tu paling sedih. Rasa cam nak pisah lama sgt baru nak jumpa. Bagi aku, aku tak kisah cuti setahun pun sbb aku tau camana nak kontrol perasaan aku. Kalau aku kata nak teruskan hubungan aku dgn R aku akan buat. Malangnya R tak mcm tu. Kadang2 dia curi2 tipon aku masa aku cuti. Memula tu dia call siang hari. Ok la jugak sbb parents kerja. Lama kelamaan dia dah berani call waktu mlm. Nasib baik aku yg angkat, tp pucat lesi muka aku sbb kitorang tgh makan mlm. Dalam hati ni nak marah sgt tp kontrol je. Sblm letak tipon tu aku bg warning jgn call waktu ni sbb bahaya. R bagitau yg dia rindu sgt, dan kalau call siang mahal skit. Esok pagi R call lagi, masa ni aku marah habis-habisan dgn menerangkan satu-persatu akibat yg akan menimpa. R terdiam. Kemudian dia mengakui kebenaran penjelasan aku.
Lama jugak la kitorang jadik camtu. Sebenarnya aku beria2 meneruskan hubungan dgn R kerana yakin dgn janjinya utk "upgrade" taraf pendidikannya dgn belajar part time. Malangnya keyakinan aku mula goyah bila dah hampir 2 thn hubungan kami tp dia masih tak berubah. Kerja pun camtu. Kalau ada projek tu adala income kalau takdak? Duit nak carik mana?? Penah sekali kawan aku yg agak laser mulutnya tanya aku, " Aku nak tau sgt la, kenapa hang buleh pilih dia sbg bf. Aku nampak dia tu cam takdak masa depan je...". Aku terkejut kwn aku berani berterus terang sampai mcm tu. Dia tanya tu depan roomates yg lain lak tu. Aku pun xplain kat dia satu-satu. Dari riak wajah dia aku tau dia tak puas ati dgn jawapan aku and then dia tukaq topik. Sedikit sebanyak soalan yang diajukan oleh kawan aku tu mempengaruhi fikiran aku. Aku byk termenung dan memikirkan kebenaran. R perasan aku tak byk cakap masa kuar sesama. Aku pun beritahu kerisauan aku ttg keadaannya yg masih tak tentu arah. R diam mulanya, kemudian dia janji akan ubah keadaannya dalam thn tu gak. Aku pun ok jelah setelah di"convince"kan oleh R.
Tibalah semester yg terakhir aku di U, sem 6 sbb lepas ni aku akan praktikal 4 bulan. Malangnya keadaan R masih tak berubah. Masa dia janji tu adalah dia buat2 sibuk mencari kerja dalam 2-3 bulan, lepas tu senyap. Segala tindakannya membuatkan aku meluat yang amat. Especially time exam. Aku dah bagitau malah dah bagi jadual exam sbg rujukan tp dia tak tak endah. Dia buat bodo gak dtg nak ajak aku kuar. Aku berkeras tak nak. Semenjak mak aku belikan kereta utk kemudahan aku, R seolah2 nak mengambil kesempatan nak menggunakan kereta utk ikut kehendaknya. Masalahnya kalau duit minyak dia byr takpe gak. Ni tak, aku jugak yg kuar pitih. Oleh kerana bosan dgn perangai R, aku boikot dia. Call aku tak jawab. Bila dtg kolej aku suruh housemate kata aku balik kg DLL. Lepas seminggu aku boikot, housemate aku tegur yg aku tak patut buat dia camtu. Yelah dtg dari jauh tp tak dpt jumpa ku. Aku xplain kat housemate semua, dia paham dan still tak setuju dgn tindakan aku. Katanya aku kena berterus terang, kalau tak suka cakap tak suka dan sebaliknya. Lepas pikir2 balik aku decide nak bersemuka dgn R.
Seperti yg dijanjikan, lepas kelas abih aku balik ke kolej dan tunggu R kat kafe. Kali ni aku nekad, apa nak jadi pun jadilah. Dari jauh aku dah nampak R tersengih2 tgk aku sedangkan aku serius, tak balas pun senyumnya.
Duduk saja terus aku fire especially bab kerjayanya.
Air mata aku tak tertahan lagi, aku dah cakap aku ni tak leh marah org. Aku siap bagitau dia, dalam bentuk ugutan la, kalau dlm thn depan (meaning 2001) dia masih di takuk lama, aku akan terima saja siapa yang masuk meminang. R nampak panik, dia pun cam merayu la skit, siap nangis lagi. Tapi terus terang aku cakap, dia nampak cam belakon sgt. Aku tak peduli dah perasaan dia, selama ni aku dah cukup sabar, sekrg tidak lg. Sepertimana yg berlaku sebelumnya, dia beria2 beritahu dia gi interview sana sini. Masalahnya dgn R ni dia tak suka kerja opis. Katanya terikat dgn waktu kerja, tak bebas. Dia lebih suka kerja sendiri, cam yg dia buat. Masa ni baru aku teringat kata2 mak, “kalau kawin dgn R nanti, dpt anak sapa nak sara? Kerja dia tak tetap….silap2 hang yang kena sara idup dia”. Aku seolah2 tersedar dari mimpi, menyedarkan aku bahawa jalan yg aku pilih selama ini salah belaka. Selepas dari peristiwa di kafe tghari tu, aku mmg dah tawar hati dgn R. Tiap kali solat aku berdoa agar ada org masuk meminang. MMg nampak mcm desperate tapi aku tak kisah. Sebenarnya bukan aku tak nak clash dgn R, tapi aku nak it happens slowly, sbb R ni mcm samseng jugak sikit. Pernah satu hari tu bila aku ceritakan pandangan mak dan abah pasal kerjaya dia, R marah dan pernah suarakan nak upah samseng atau bomoh. So, aku kena berhati2, as long as I can control and comfort him maksudnya everyone akan selamat.
Continued…..
(ps: sok finale kot)

Shida blogged @ 2:32 PM
Nayli Farzana bt. Shatri


4th years of marriage