Flower Dreams
Monday, October 04, 2004

Friend, Lover or Enemy - Finale

Lilypie Expecting a baby Ticker
Hubungan kami berjalan seperti biasa, Cuma kurang rancak berbanding sebelumnya. Untuk praktikal, aku berusaha untuk menjauhkan diri dari R. Malangnya masa tu semua dah tak mau amik budak praktikal sbb dah penuh. Secara tak sengaja aku jumpa sorang kawan aku ni yg dpt reply dari 2 company. Dia offer kat aku tmpt tu. Yang tak best nya tmpt tu still lagi di sekitar area yg buleh dijelajah oleh R. Aku piker biarlah, yg penting sekrg ni aku settlekan study aku dulu. R gembira bila aku dpt praktikal dekat dgn kawasan dia. Mulalah dia plan mcm2. Hmm 2

Surf The Web Bila aku dah mula praktikal, aku warning dia supaya jangan sekali-kali dtg area tmpt praktikal aku, sbb kawan2 mak aku pun ada yg kerja dlm bangunan yg sama. Nasib aku sungguh malang, R masih lagi degil, tak nak dengar cakap. Dia mcm sesaja je nak xpose diri dia dgn persekitaran. Aku menangis dan merayu pada R supaya dengar cakap aku pulak. Apa2 hal nanti aku yang susah sbb kalau parents aku tau, aku yg kena bukan dia. Dia buleh terima, tp tak lama lepas tu dia buat pulak. Sampai aku kena tegur dgn bos tmpt praktikal aku. Lepas tu aku mengamuk sakan, aku marah sungguh2. Tau apa R nak buat? Dia takleh piker benda lain selain nak pukul, bunuh baker umah bos aku tu. Sekali lagi aku ingatkan dia, masa dah suntuk, kalau dia tak kerja jugak hubungan kitorang history. Dia lupa la bab nak bunuh2 org tu dan pujuk aku supaya sabar.

Teacher Habis praktikal, alhamdulillah aku diserap kerja terus kat tmpt ni (tmpt keja sekrg). Dlm 2-3 bulan keja satu hari mak aku call Tanya sama ada aku ada BF ke belum. Aku cakap belum. Mak bagitau hujung minggu ni ada org nak menengok. Aku namakan A. Masa tu dlm hati aku bersyukur sgt. Mula2 aku ingat nak rahsiakan dari R. Tp aku bagitau jugak, nama aku tak bagitau tp kerjanya dan tmpt kerjanya. R marah aku, dia kata aku ni gatai sgt nak kawin. R marah jugak sbb aku tak bagitau mak aku pasal R. Kalau aku bagitau nanti, mesti mak aku marah gile betul tak? Bercinta diam2 dah tu R masih lagi tak kerja. R jadi tak tentu arah. Dia bawak aku gi jumpa sorang bomoh dgn tujuan mak aku akan suka kat R. R bagi beras, gula dan kopi yg dah siap dijampi. Balik umah sewa aku buang semua benda tu. Mmg aku sayangkan R, tp kalau nak parents aku suka kat dia pun biarlah secara natural. Tak yahlah dibantu “supernatural” power plak.

Nak dijadikan cerita R dapat contact number A. R bagitau aku yg A tu lembut orgnya, katanya cam Jaafar Onn gitu. Walaupun tak tgk muka dia tau dari lenggok suara di telefon. R gelakkan aku. Katanya “ha nak kawin sgt, amik la dpt Jaafar Onn,”. Sian kat A, tak pasal2 kena kutuk. Weepy Aku nak menangis masa tu. Bukan sebab diketawakan tapi aku dah nampak apa yg akan berlaku; Mak akan call aku marah2 dan rahsia hubungan aku dan R akan terbongkar. Sangkaan aku tak salah. Mak aku dtg umah sewa aku pada hari yg sama R call A.

Dipendekkan cerita abah aku bagi kata dua, nak kerja atau berenti saja dok umah. Kalau aku nak kerja aku kena putuskan terus hubungan dgn RYelling. Tanpa teragak2 aku pilih yg pertama. Aku mintak maaf bebyk kat mak dan abah sebab memalukan mereka. Wakil rombongan A call mak kata tak jadi sbb katanya BF aku ugut. Aku sedih sgt. Bukan jodoh aku nampaknya. Screamer

Seminggu selepas peristiwa tu, aku ajak R lunch. Lepas makan kenyang2 aku xplain kat R yg aku nak putuskan hubungan dgn dia, secara aman. Alasan yang aku bagi, aku nak buat Master. Aku cakap dgn dia kalau ada jodoh kami maka akan kawin jugak satu hari nanti. R menangis mcm budak kecik, tp aku stone je. Dia cuba pujuk aku tp kai ni aku dah keraskan hati. It's Over 1

Itulah kali terakhir aku bersemuka dgn R, kalau tak silap Dis 2001. Dah memang bukan jodoh kami utk bersatu. Walaupun dia cuba nak contact balik lepas tu tp aku tak layan. Dua bulan aku sendiri. On Feb 2002 aku diperkenalkan oleh opismate dgn housematenya. Sungguh singkat perkenalan kami. Pd bulan April 2002 kami mengikat tali pertunangan dan menamatkan zaman bujang masing2 pada Ogos 2002. Express kan? Itulah jodoh namanya. Kalau berkawan 2-3 thn pun belum tentu berkawin dgn org yg dicintai. Apatah lagi tanpa restu kedua ibu bapa. Aku bersyukur kerana dipertemukan dgn suamiku sekrg yg jauh lebih bertanggungjawab. Mudah-mudahan jodoh aku dan suami kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Bride & Groom









Shida blogged @ 2:34 PM



Nayli Farzana bt. Shatri
Lilypie Baby PicLilypie Baby Ticker

4th years of marriage
Daisypath Ticker
ABOUT ME & HUBBY


Name: Shahida Jamaludin
Age: 27
Birthday: 17 April 1979
*****************************
Hubby's name: Shatri Yahaya
Age: 29
Birthday: 26 April 1977



TAG BOARD




FRIENDS


  • Yati Twins
  • Iena Twins
  • Mummychomel
  • Elin
  • Sue
  • Nong
  • Merry
  • MQ
  • Badak biru
  • Wawa
  • Ilah
  • Intansuryati
  • Gingerdon
  • Larawannabe
  • Mak Andeh
  • Tyra
  • Afdlin




  • IMPORTANT


  • Blogger
  • Nayli's
  • Webmail KPTM
  • BlogSkins
  • BCB Online
  • Maxis



  • RESEPI BEST

  • Resipi yang enak
  • Resepi Hanieliza
  • Resepi Mamafami



  • ARCHIVES


    July 2004
    August 2004
    September 2004
    October 2004
    November 2004
    December 2004
    January 2005
    February 2005
    March 2005
    April 2005
    May 2005
    June 2005
    July 2005
    August 2005
    September 2005
    October 2005
    May 2006
    June 2006


    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com